/akn/my/act/act/2002/617

AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA 2002

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2002
Last amended
2018
Sections
43
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA 2002 is Malaysia Act, cited as Act 617 2002, currently marked in force and first recorded in 2002.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [3 Mac 2003, P.U. (B) 102/2003] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

“ditetapkan”, jika tiada cara penetapan diperuntukkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau perintah yang disiarkan dalam Warta;

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada yang sebenar, kontingen atau dijangka;

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 11;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, gadaian, kewajipan dan obligasi sama ada masa kini atau masa hadapan, yang sebenar atau kontingen, dan sama ada yang kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi harta intelek;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Cap Dagangan, Pendaftar Paten,

Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian dan Pendaftar Petunjuk

Geografi di bawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan;

“Pengawal” ertinya Pengawal Hak Cipta yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332];

“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 6;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Perundangan Harta Intelek” ertinya perundangan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“rekod” termasuk rekod yang disimpan atau direkodkan dengan menggunakan komputer;

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 9

“tarikh letak hak” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1)

yang kepadanya Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal di bawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan, berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai hak mengenai harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian atau baki.

Bahagian II

Bahagian II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang didapatinya patut—

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;

dan

Suggest a correction

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Perbadanan.

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Peruntukan peletakhakan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)

pada Perbadanan hendaklah terletak hak sedemikian pada

Perbadanan dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau

Pengawal memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap hak atau liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal berhubung dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau terhadap Perbadanan.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 11

Suggest a correction

(6)

Dalam hal hak atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada Perbadanan pada tarikh letak hak, Perbadanan boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga yang lain mengenai hak dan liabiliti itu.

Suggest a correction

(7)

Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan di bawah subseksyen (1) yang Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau

Pengawal menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Perbadanan menjadi pihak kepada perjanjian itu.

Meterai perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Harta Intelek

Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi Perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Perbadanan dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.

Suggest a correction

(4)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana anggota, pekerja atau ejen Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh

Perbadanan bagi maksud itu.

Suggest a correction

(6)

Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Keanggotaan Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(b)

empat orang anggota yang mewakili Kerajaan, seorang daripadanya ialah Ketua Setiausaha Kementerian yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek atau wakilnya;

Suggest a correction

(c)

tiga orang anggota lain yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan tentang harta intelek dan perkara yang berhubungan dengan harta intelek; dan

Suggest a correction

(2)

Menteri hendaklah melantik anggota yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a), (b) dan (c).

Tempoh jawatan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Perbadanan hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 13

Seksyen 8

Peletakan dan pembatalan jawatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pelantikan mana-mana anggota Perbadanan yang dilantik oleh Menteri, kecuali Ketua Setiausaha Kementerian yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek, boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 9

Jawatan seseorang anggota Perbadanan hendaklah menjadi kosong—

Open as pageSuggest a correction

(c)

jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada dua bulan;

Suggest a correction

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau

Suggest a correction

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.

Saraan dan elaun

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap anggota Perbadanan hendaklah dibayar elaun mengikut apa-apa kadar yang ditentukan oleh Menteri.

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang yang sesuai yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman tentang harta intelek atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek untuk menjadi Ketua

Pengarah; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa bilangan orang yang perlu untuk menjadi Timbalan

Ketua Pengarah, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini dan Perundangan Harta Intelek, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah itu boleh melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah di bawah

Akta ini dan Perundangan Harta Intelek sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(4)

Sekiranya Ketua Pengarah tidak dapat melaksanakan kewajipannya buat sementara kerana sakit atau apa-apa sebab lain, salah seorang daripada Timbalan Ketua Pengarah itu boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan atau mana-mana jawatankuasa sebagai penggantinya.

Mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lima orang anggota Perbadanan, seorang daripadanya anggota yang mewakili Kerajaan, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Perbadanan.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 15

Suggest a correction

(3)

Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh

Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(4)

Sekiranya Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, mana-mana anggota Perbadanan selain Ketua Pengarah boleh dilantik oleh anggota-anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

Suggest a correction

(5)

Menteri hendaklah, berkenaan dengan setiap anggota

Perbadanan yang mewakili Kerajaan, melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab dan anggota silih ganti itu, apabila hadir sedemikian, hendaklah bagi semua maksud dianggap sebagai anggota Perbadanan.

Suggest a correction

(6)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Perbadanan hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Perbadanan boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Perbadanan di bawah subseksyen (1) boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan oleh Menteri.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini atau Perundangan Harta Intelek sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Penzahiran kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 15

Akta 617

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

Suggest a correction

(b)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana anggota Perbadanan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota

Perbadanan atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 17

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“anggota keluarga”, berhubung dengan seseorang anggota

Perbadanan atau jawatankuasa, termasuklah—

Suggest a correction

(i)

suami atau isterinya;

(ii)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

Suggest a correction

(iii)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

Suggest a correction

(iv)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya;

dan

Suggest a correction

(b)

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Perbadanan atau jawatankuasa, ertinya—

Suggest a correction

(i)

mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(ii)

mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

Suggest a correction

(iv)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seseorang anggota keluarganya menjadi benefisiarinya; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

mana-mana perbadanan, mengikut pengertian *Akta

Syarikat 2016 [Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya menjadi pengarahnya atau mempunyai kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.

*CATATAN—Akta ini telah memansuhkan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat seksyen 620

Akta 777.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Minit

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding, boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Perbadanan atau sesuatu jawatankuasa yang minit mengenainya telah dibuat mengikut subseksyen (1)

dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

Seksyen 17

Fungsi Perbadanan adalah—

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan

Perundangan Harta Intelek ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;

Suggest a correction

(b)

untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan bagi mentadbir, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah Perundangan Harta Intelek;

Suggest a correction

(c)

untuk mengawal selia dan mengawasi isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek berhubung dengan

Perundangan Harta Intelek;

Suggest a correction

(d)

untuk menasihati tentang kajian semula dan mengemaskinikan

Perundangan Harta Intelek;

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 19

Suggest a correction

(e)

untuk menggalakkan dan meningkatkan latihan dan penyebaran pengetahuan dan maklumat mengenai harta intelek;

Suggest a correction

(f)

untuk mengadakan, menggalakkan dan menyediakan program kerjasama di peringkat kebangsaan atau antarabangsa mengenai isu atau perkara mengenai harta intelek;

Suggest a correction

(g)

untuk memelihara kepentingan Malaysia berkenaan dengan mana-mana perjanjian atau konvensyen antarabangsa yang Malaysia menjadi pihak kepadanya, dan hendaklah setakat yang perlu memberikan kuat kuasa kepada mana-mana peruntukan perjanjian atau konvensyen itu;

Suggest a correction

(h)

untuk menasihati Kerajaan mengenai pembangunan di peringkat antarabangsa mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek;

Suggest a correction

(i)

untuk menjalankan penyelidikan dan untuk mengkomisikan kajian mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek;

Suggest a correction

(j)

untuk menasihati Menteri secara am mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek; dan

Suggest a correction

(k)

untuk menjalankan apa-apa kegiatan dan melakukan apa-apa perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi pentadbiran Perbadanan, atau bagi apa-apa maksud lain, yang selaras dengan Akta ini, yang diarahkan oleh

Menteri.

Kuasa Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Perbadanan hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk menggunakan segala harta Perbadanan, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat oleh Perbadanan;

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Suggest a correction

(b)

untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;

Suggest a correction

(c)

untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang didapatinya patut untuk membantu Perbadanan dalam menjalankan fungsinya;

Suggest a correction

(d)

untuk memberikan pinjaman kepada pekerja Perbadanan bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;

Suggest a correction

(e)

untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi Perbadanan;

Suggest a correction

(f)

untuk melantik dan mengawal selia Pemeriksa di bawah

Akta Paten 1983 [Akta 291]; dan

Suggest a correction

(g)

untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Perbadanan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasanya di bawah Perundangan Harta Intelek.

Suggest a correction

(4)

Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa kuasa

Perbadanan tidaklah termasuk kuasa Ketua Pengarah di bawah

Perundangan Harta Intelek.

Perbadanan boleh menubuhkan jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik dalam kalangan anggota Perbadanan atau mana-mana orang lain yang didapati patut oleh Perbadanan.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 21

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Suggest a correction

(4)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi.

Suggest a correction

(5)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan pada menjalankan kuasanya jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Perbadanan.

Suggest a correction

(6)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Perbadanan.

Suggest a correction

(7)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (5).

Pewakilan fungsi atau kuasa Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini—

(a)

boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan secara am atau khas oleh Perbadanan;

Suggest a correction

(b)

hendaklah dijalankan oleh jawatankuasa itu atas nama dan bagi pihak Perbadanan.

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Perbadanan melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN

Suggest a correction

DENGAN PEKERJA

Penggajian pekerja Kerajaan

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Perbadanan, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja

Kerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebut dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 23

Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Perbadanan yang kesnya tidak termasuk dalam ruang lingkup mana-mana skim pencen atau skim lain yang diwujudkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan

Perbadanan atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Perbadanan boleh memberinya atau mana-mana orang lain yang ditanggung sepenuhnya atau sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan boleh melantik dan mengambil kerja perunding dan ejen untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan maksud

Akta ini dengan lebih baik.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi—

(a)

cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja

Perbadanan; dan

Suggest a correction

(b)

pembayaran ganjaran, pencen dan faedah lain kepada pekerja Perbadanan.

Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 25

Akta 617

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh sesuatu pihak berkuasa tatatertib Perbadanan menurut seksyen ini hendaklah berkenaan dengan pekerja sedemikian mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan

Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1) dalam pemakaiannya kepada pekerja sedemikian bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.

Perlindungan daripada liabiliti diri

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Tiada guaman atau prosiding undang-undang lain boleh dibawa terhadap diri mana-mana anggota atau pekerja Perbadanan atau mana-mana orang lain di bawah arahan Perbadanan bagi apa-apa yang dilakukan atau dimaksudkan untuk dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan atau yang berupa sebagai pelaksanaan

Akta ini atau mana-mana Perundangan Harta Intelek.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 25

Seksyen 27

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota Perbadanan dan jawatankuasanya dan semua pekerja dan ejen Perbadanan semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, pekerja atau ejen itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan

[Akta 574].

Seksyen 28

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana pekerja atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian atau atas sifatnya sebagai pegawai yang diperihalkan dalam Jadual Kedua.

Bahagian V

Bahagian V

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

segala wang yang diterima oleh Perbadanan bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan kepada

Kerajaan sebagai ejennya atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan kepada mana-mana orang;

Suggest a correction

(b)

segala wang yang diterima oleh Perbadanan melalui pemberian;

Suggest a correction

(c)

segala wang yang diperoleh daripada pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa-apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Perbadanan;

26

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Suggest a correction

(d)

segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Perbadanan;

Suggest a correction

(e)

segala wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah

Akta ini; dan

Suggest a correction

(f)

segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Perbadanan.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 30

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

Open as pageSuggest a correction

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan, termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, dan saraan pekerja Perbadanan, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

Suggest a correction

(b)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;

dan

Suggest a correction

(e)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri hendaklah dikemukakan oleh Perbadanan kepada Menteri untuk kelulusannya, dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun kewangan yang berikutnya, memberitahu

Perbadanan tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kewangan dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 32

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 27

Open as pageSuggest a correction

Wang dengan melaksanakan, menjalankan dan menunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Perbadanan adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 33

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Open as pageSuggest a correction

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.

Seksyen 34

Kuasa untuk meminjam

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan terlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wang dengan menerbitkan bon, debentur, saham debentur atau apa-apa sekuriti lain atas apa-apa terma yang didapatinya suai manfaat bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Pelaburan

Suggest a correction

Seksyen 35

Akta 617

Open as pageSuggest a correction

Wang itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang didapati patut oleh Perbadanan selepas berunding dengan Menteri.

Kuasa untuk menubuhkan syarikat 35a. Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri

Kewangan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016

untuk menjalankan dan bertanggungjawab ke atas, untuk mengelolakan dan untuk menguruskan apa-apa aktiviti, projek dan inisiatif yang telah dirancang atau diusahakan oleh Perbadanan dalam pelaksanaan fungsinya di bawah perenggan 17(e), (f) dan (i).

Seksyen 36

Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh atas arahan Kerajaan menyebabkan dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan suatu amaun tidak melebihi tiga puluh peratus daripada lebihan tahunan semasanya selepas tahun ketiga pengendaliannya.

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis,

Pendakwa Raya.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 29

Seksyen 38

Prosiding yang dikendalikan oleh pegawai Perbadanan

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai undang-undang sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] atau seorang pegawai undang-undang Perbadanan yang telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion

Undang-Undang 1976 [Akta 166] boleh hadir dalam mana-mana prosiding sivil yang melibatkan Perbadanan atau mana-mana orang yang memegang mana-mana jawatan yang ditetapkan dalam Jadual

Kedua dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Perundangan Harta

Intelek dan boleh membuat dan melakukan segala tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Perbadanan atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Seksyen 39

Obligasi kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Menteri untuk meminda Jadual Pertama dan Kedua

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama dan Kedua.

Seksyen 41

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, atas syor Perbadanan, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud Akta ini.

30

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Seksyen 2]

1. *Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175]

2. Akta Paten 1983 [Akta 291]

3. Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332]

4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 [Akta 552]

5. Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 [Akta 601]

6. Akta Petunjuk Geografi 2000 [Akta 602]

7. Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta yang dinyatakan dalam butiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Seksyen 28 dan 38]

1. Pengerusi

2. Ketua Pengarah

3. Timbalan Ketua Pengarah

4. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Paten

5. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Cap Dagangan

6. Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal Hak Cipta

7. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Reka Bentuk

Perindustrian

8. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Petunjuk Geografi

*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815] yang mula berkuat kuasa pada 27 Disember 2019—lihat seksyen 164 Akta 815.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 31

Akta 617

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1560

Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia

(Pindaan) 2018 11-01-2018

32

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Akta 617

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 35a

Akta A1560 11-01-2018

Common questions

What is INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002?
AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA 2002 is Malaysia Act, cited as Act 617 2002, currently marked in force and first recorded in 2002.
Is INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002 still in force?
Yes — INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002 is currently in force.
When did INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002 take effect?
INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002 was first recorded in 2002.
How many sections does INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002 have?
INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002 contains 41 sections.
What amends INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002?
INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002 has been amended by AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (PINDAAN) 2018.
Where can I read the official version of INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002?
The official text of INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002 is published at lom.agc.gov.my.