/akn/my/act/amendment_act/2025/A1780

AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2025
Sections
2
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1780 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Perikanan 1985. [ ]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. BAHAWASANYA adalah suai manfaat untuk meminda undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perikanan, termasuk pemuliharaan, pengurusan, akuakultur, penyelidikan, pengembangan dan pemajuan penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara, di perairan perikanan Malaysia, jaminan keselamatan dan kualiti ikan dan keluaran ikan dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas; dan dengan penyu dan penangkapan ikan di sungai dalam Malaysia; DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (1) Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara yang disenaraikan dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama, dan bahawasanya perikanan, termasuk penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara (tidak termasuk penyu), adalah suatu perkara yang disenaraikan dalam Senarai Persekutuan di bawah butiran 9 Senarai I dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan dan penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara adalah juga perkara yang disenaraikan dalam Senarai Bersama di bawah butiran 12 Senarai IIIa dalam Jadual Kesembilan tersebut berkenaan dengan Negeri Sabah dan Sarawak;

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1780

DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (1)(b) Perkara 76 Perlembagaan

Persekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara yang disenaraikan dalam Senarai

Negeri bagi maksud menggalakkan persamaan undang-undang bagi dua buah Negeri atau lebih, dan bahawasanya penyu dan penangkapan ikan di sungai adalah suatu perkara yang disenaraikan dalam Senarai Negeri di bawah butiran 12 Senarai II dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan:

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, menurut peruntukan-peruntukan yang relevan dalam Perlembagaan Persekutuan DIPERBUAT oleh

Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perikanan (Pindaan) 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), seksyen 26 Akta ini tidaklah boleh berkuat kuasa dalam mana-mana Negeri di Malaysia sehingga ia telah diterima pakai melalui undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu.

Pindaan tajuk panjang

2. Akta Perikanan 1985 [Akta 317], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “pengurusan”

perkataan “, akuakultur, penyelidikan, pengembangan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “di perairan perikanan Malaysia,” perkataan “jaminan keselamatan dan kualiti ikan dan keluaran ikan”.

Perikanan (Pindaan)

5

Pindaan mukadimah

3. Akta ibu dipinda dalam mukadimah—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “pengurusan”

perkataan “, akuakultur, penyelidikan, pengembangan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “di perairan perikanan Malaysia” perkataan “, jaminan keselamatan dan kualiti ikan dan keluaran ikan”.

Pindaan seksyen 1

4. Subseksyen 1(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Labuan” dengan perkataan “Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya”.

Pindaan seksyen 2

5. Seksyen 2 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “akuakultur”

takrif yang berikut:

‘ “bahagian atau terbitan” ertinya mana-mana bahagian besar yang lengkap atau bahagian atau terbitan suatu ikan atau penyu, yang dalam bentuk semula jadi, diisikan, didinginkan, diawetkan, dikeringkan, diproses atau selainnya dirawat atau disediakan yang boleh atau tidak boleh dikandungkan dalam sediaan, dan termasuklah—

(a)

daging, tulang, kelenjar, kulit, gigi, cangkerang, sisik, sirip, kuku, pundi udara dan telur;

(b)

tisu, darah, lemak, minyak, bisa dan bahan kumuh;

(c)

apa-apa sebatian yang terbit daripada apa-apa sahaja yang disebut dalam perenggan (a)

atau (b); dan

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1780

(d)

apa-apa benda yang didakwa oleh mana-mana orang, atau yang didapati daripada suatu dokumen yang disertakan, pembungkusan, suatu label atau tanda atau daripada apa-apa hal keadaan lain, sebagai mengandungi suatu bahagian atau terbitan suatu ikan atau penyu;’;

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “benih ikan”

takrif yang berikut:

‘ “eksport” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut, perairan sungai atau udara, mana-mana ikan, tetapi tidak termasuk eksport semula;’;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “eksport”

takrif yang berikut:

‘ “eksport semula” ertinya eksport mana-mana ikan yang sebelum ini telah diimport;’;

(d)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif

“empunya”;

(e)

dalam takrif “ikan”, dengan menggantikan perkataan

“atau benih moluska tetapi tidak termasuk” dengan perkataan “atau benih moluska, atau bahagian atau terbitannya, tetapi tidak termasuk”;

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “ikan” takrif yang berikut:

‘ “import” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke dalam Malaysia melalui darat, laut, perairan sungai atau udara, mana-mana ikan selain ikan dalam persinggahan di Malaysia;’;

(g)

dengan menggantikan takrif “laut wilayah Malaysia”

dengan takrif yang berikut:

‘ “laut wilayah Malaysia” ertinya perairan wilayah Malaysia mengikut had laut wilayah Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3

Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750];’;

Perikanan (Pindaan)

7

(h)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “owner”—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“includes any” perkataan “joint venture partner,”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“sub-lessee of the vessel” perkataan “, or beneficial owner of the vessel as defined in section 2 of the Companies Act 2016 [Act 777]”;

(i)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas takrif “pegawai perikanan darat” takrif yang berikut:

‘ “pemunya”, berhubungan dengan vesel penangkapan ikan, ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang memiliki vesel itu dan termasuklah mana-mana pekongsi usaha sama, pencarter, subpencarter, penerima pajak atau subpenerima pajak vesel itu, atau pemunya benefisial vesel itu sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat 2016 [Akta 777];’;

(j)

dengan memasukkan selepas takrif “pencemar” takrif yang berikut:

‘ “pengangkut” ertinya apa-apa pesawat udara, kenderaan, vesel selain vesel penangkapan ikan atau apa-apa cara pengangkutan lain sama ada melalui darat, laut atau udara;’;

(k)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “pengangkut”

takrif yang berikut:

‘ “pengembangan” ertinya khidmat pengembangan dan termasuklah proses pendidikan melibatkan dasar kerajaan, latihan, pemindahan teknologi, inovasi, demonstrasi, informasi dan publisiti yang dijalankan secara sistematik;’;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1780

(l)

dengan menggantikan takrif “peralatan menangkap ikan”

dengan takrif yang berikut:

‘ “peralatan menangkap ikan” ertinya apa-apa peralatan menangkap ikan sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 61 Akta ini;’;

(m)

dengan menggantikan takrif “peralatan menangkap ikan tradisional” dengan takrif yang berikut:

‘ “peralatan menangkap ikan tradisional” ertinya apa-apa peralatan menangkap ikan sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 61 Akta ini yang dikendalikan—

(a)

tanpa menggunakan suatu vesel penangkapan ikan;

(b)

dengan menggunakan suatu vesel penangkapan ikan yang tidak bermotor; atau

(c)

dengan menggunakan suatu vesel penangkapan ikan yang bermotor yang tidak melebihi empat puluh tanan berdaftar kasar;’;

(n)

dalam takrif “peranti mengumpul ikan”, dengan memotong perkataan “bagi maksud menangkap ikan”;

(o)

dengan memasukkan selepas takrif “Pihak Berkuasa Negeri”

takrif yang berikut:

‘ “pindah kapal” ertinya pemindahan ikan, bekalan, bahan api atau umpan antara vesel penangkapan ikan atau pengangkut di luar bidang kuasa Akta Kastam 1967

[Akta 235];’; dan

Perikanan (Pindaan)

9

(p)

dalam takrif “vesel penangkapan ikan tempatan”—

(i)

dalam perenggan (a)(iv), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (a)

perenggan yang berikut:

“(aa) berhubung dengan penangkapan ikan di laut lepas, yang tidak didaftarkan di luar Malaysia dan dimiliki oleh suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 yang majoriti saham syarikat itu dipegang oleh warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia; atau”; dan

(iii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “atau pertubuhan perbadanan yang diperihalkan di bawah perenggan (a)(i), (a)(ii),

(a)

(iii) atau (a)(iv)” dengan perkataan

“, pertubuhan perbadanan atau syarikat yang diperihalkan di bawah perenggan (a) atau (aa)”.

Pindaan seksyen 3

6. Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“pengurusan” perkataan “, akuakultur, penyelidikan, pengembangan”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“di perairan perikanan Malaysia,” perkataan

“jaminan keselamatan dan kualiti ikan dan keluaran ikan”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “Wilayah-Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan” dengan perkataan “Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya”; dan

(b)

dengan memotong subseksyen (3) dan (4).

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1780

Seksyen baharu 3a

7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3

seksyen yang berikut:

“Tanggungjawab

Ketua Pengarah.

3 a.  ( 1 )   K e t u a P e n g a r a h a d a l a h bertanggungjawab bagi pengawasan am mengenai segala perkara yang berhubungan dengan perikanan di bawah Akta ini kecuali, tertakluk kepada subseksyen 3(1), perkara yang berhubungan dengan penyu dan perikanan darat di Negeri-Negeri

Malaysia.

(2)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan apa-apa atau segala kuasa dan fungsi yang diberikan kepadanya melalui Akta ini kepada mana-mana pegawai perikanan atau timbalan pegawai perikanan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(3)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Ketua Pengarah daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.”.

Pindaan seksyen 6

8. Seksyen 6 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “Persediaan” dengan perkataan “Penyediaan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Ketua Pengarah hendaklah menyediakan dan membuat semakan secara berterusan rancangan perikanan berdasarkan maklumat saintifik terbaik yang ada dan dirancangkan untuk memastikan penggunaan sumber

Perikanan (Pindaan)

11

perikanan secara mampan, yang konsisten dengan prinsip pemuliharaan dan pengurusan yang bertanggungjawab dan pengelakan penangkapan ikan yang berlebihan, dan mengikut keseluruhan dasar negara, rancangan dan program pembangunan.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Ketua Pengarah boleh membangunkan apa-apa pelan pembangunan dan pengurusan perikanan mengikut rancangan perikanan.

(2b)

Penyediaan rancangan perikanan dan pelan pembangunan dan pengurusan perikanan boleh melibatkan rundingan dengan pihak berkepentingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Ketua Pengarah.”; dan

(d)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “kemajuan” dengan perkataan “pembangunan”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“rancangan-rancangan perikanan” perkataan

“dan pelan pembangunan dan pengurusan perikanan”.

Seksyen baharu 6a

9. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6

seksyen yang berikut:

“Rekod, data dan maklumat lain.

6a.  (1)  Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang untuk menyenggara dan memberikan apa-apa rekod, data atau maklumat lain bagi menyokong pembangunan rancangan perikanan dan pelan pembangunan dan pengurusan perikanan dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1780

ditentukan oleh Ketua Pengarah dan orang itu hendaklah menyerahkan rekod, data atau maklumat itu apabila dikehendaki untuk berbuat demikian oleh Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 9

10. Seksyen 9 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“pembinaan” perkataan “atau perolehan”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “lain-lain maklumat”

dengan perkataan “maklumat lain termasuk perkara berkenaan dengan keselamatan, keselesaan dan sanitasi atas vesel”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa spesifikasi dan susun atur am vesel penangkapan ikan yang baharu kepada mana-mana pemunya dan pemunya itu hendaklah mematuhi spesifikasi dan susun atur am itu.”;

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “membina”

perkataan “atau membuat perolehan”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dan tanan”

dengan perkataan “, tanan, enjin, keselamatan, keselesaan dan sanitasi”; dan

Perikanan (Pindaan)

13

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “tidak dibina” perkataan “atau tidak diperoleh”.

Pindaan seksyen 10

11. Perenggan 10(4)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “melalui notis dalam Warta mengeluarkan arahan-arahan berhubungan dengan” dengan perkataan “mengeluarkan arahan bertulis berhubung dengan”.

Seksyen baharu 10a

12. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10

seksyen yang berikut:

“Aktiviti pendaratan, pindah kapal dsb., melibatkan vesel penangkapan ikan tempatan.

10a.  (1)  Tiada pemunya, nakhoda atau anggota kru mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan boleh—

(a)

mendaratkan apa-apa ikan di mana-mana pangkalan atau pelabuhan di dalam atau di luar

Malaysia selain pangkalan atau pelabuhan Malaysia yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan tempatan itu;

(b)

memunggah atau mengambil bekalan, bahan api atau umpan di mana-mana pangkalan atau pelabuhan di dalam atau di luar

Malaysia selain pangkalan atau pelabuhan Malaysia yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan tempatan itu;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1780

(c)

menjalankan aktiviti pindah kapal di perairan perikanan Malaysia atau di laut lepas dalam apa-apa hal keadaan selain aktiviti yang dilesenkan di bawah Akta ini; atau

(d)

menjalankan penyelenggaraan atau pembaikan vesel di luar perairan perikanan Malaysia, melainkan jika orang itu memperoleh kelulusan bertulis daripada Ketua

Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 13

13. Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (2)(c), dengan memasukkan selepas perkataan “atau keselamatan” perkataan “, keselesaan dan sanitasi”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Mana-mana orang yang lesennya dibatalkan di bawah subseksyen (3) tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa permohonan bagi lesen baharu dalam tempoh tidak melebihi lima tahun dari tarikh lesen itu dibatalkan.”.

Perikanan (Pindaan)

15

Seksyen baharu 13a

14. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 13

seksyen yang berikut:

“Pemulangan lesen dan pemberitahuan lokasi vesel penangkapan ikan.

13a.  (1)  Apabila lesen dibatalkan atau disifatkan terbatal, seorang pemegang lesen hendaklah, dalam tempoh empat belas hari selepas lesen dibatalkan atau disifatkan terbatal—

(a)

memulangkan lesen dan tanda pengenalan vesel penangkapan ikan kepada Ketua Pengarah; dan

(b)

memberitahu lokasi vesel itu, dalam apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 14

15. Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah

Bahagian ini hendaklah, melainkan jika digantung atau dibatalkan atau melainkan jika dinyatakan selainnya dalam lesen itu, sah selama tempoh—

(a)

tidak lebih daripada dua belas bulan bagi vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di perairan perikanan Malaysia; dan

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1780

(b)

tidak lebih daripada dua puluh empat bulan bagi vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di laut lepas, dari tarikh pengeluaran lesen itu.”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “atau tanan” dengan perkataan

“, tanan, enjin atau apa-apa pengenalan”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (a)

perenggan yang berikut:

“(aa)  Mana-mana orang yang merosakkan apa-apa pengenalan vesel penangkapan ikan berlesen atau apa-apa pengenalan peralatan menangkap ikan berlesen adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”; dan

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perenggan (b)

dengan perenggan yang berikut:

“(b)  Mana-mana pemunya, nakhoda atau tiap-tiap anggota kru vesel penangkapan ikan yang menggunakan apa-apa huruf, nombor atau cara pengenalan lain selain huruf, nombor atau cara pengenalan lain sebagaimana yang diuntukkan kepada vesel penangkapan ikan itu adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didakwa secara berasingan.”.

Pindaan seksyen 15

16. Seksyen 15 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (1)(a), dengan memotong perkataan

“atau cuba menangkap ikan”;

Perikanan (Pindaan)

17

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Tiada pemunya, nakhoda atau anggota kru apa-apa vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan Malaysia boleh—

(a)

memuat atau memunggah apa-apa ikan, bekalan, bahan api atau umpan;

(b)

menjalankan aktiviti pindah kapal; atau

(c)

menjalankan apa-apa aktiviti penyelenggaraan atau apa-apa aktiviti lain, dalam apa-apa hal keadaan berhubung dengan apa-apa vesel penangkapan ikan atau pengangkut atau apa-apa pangkalan atau pelabuhan kecuali dengan kelulusan bertulis Ketua Pengarah.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

atau (2) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 16

17. Seksyen 16 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“teleks atau faksimili” dengan perkataan “faksimile atau apa-apa cara komunikasi elektronik rasmi”;

(b)

dalam perenggan 4(b), dengan memasukkan selepas perkataan “tercapai” perkataan “dan nakhoda vesel penangkapan ikan asing itu hendaklah memberitahu seorang pegawai berkuasa melalui radio, faksimile atau apa-apa cara komunikasi elektronik rasmi dalam

Bahasa Inggeris atau Melayu”; dan

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1780

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3)

atau (4) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”.

Pemotongan seksyen 20

18. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 20.

Pindaan seksyen 25

19. P e r e n g g a n 2 5 ( b ) A k t a i b u d i p i n d a d e n g a n menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “seratus ribu ringgit”.

Pindaan seksyen 26

20. Seksyen 26 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Mana-mana orang yang—

(a)

menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa bahan yang disyaki boleh digunakan sebagai bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa alat yang dilarang atau sebahagian daripadanya, bagi maksud membunuh, melali, mencacatkan atau menangkap ikan, atau dengan apa jua cara lain menyebabkan ikan itu lebih senang untuk ditangkap;

(b)

membawa atau mempunyai dalam milikannya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa bahan yang

Perikanan (Pindaan)

19

disyaki boleh digunakan sebagai bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa alat yang dilarang atau sebahagian daripadanya, bagi maksud menggunakan bahan letupan, racun atau pencemar, bahan atau perkakas, atau alat yang dilarang itu, atau sebahagian daripadanya, bagi apa-apa maksud yang disebut dalam perenggan (a); atau

(c)

membawa, menerima atau mempunyai dalam milikannya atau di bawah kawalannya apa-apa ikan yang ditangkap dengan menggunakan bahan letupan, racun atau pencemar, atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa bahan yang disyaki boleh digunakan sebagai bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa alat yang dilarang atau sebahagian daripadanya, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “perkakas atau alat” perkataan “, atau sebahagian daripadanya”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika bungkusan atau bekas yang mengandungi ikan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c) telah disita, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel bagi setiap perihalan bungkusan atau bekas yang di dalamnya ikan itu terkandung.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1780

(4)

Jika perlu untuk menguji mana-mana ikan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c) yang telah disita, adalah mencukupi untuk menguji hanya suatu sampel tidak melebihi lima peratus daripada isi padu atau berat ikan yang diperiksa di bawah subseksyen (1).

(5)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa ikan yang terkandung dalam bungkusan atau bekas yang belum dibuka mempunyai sifat, kuantiti dan kualiti yang sama seperti yang didapati dalam bungkusan atau bekas yang serupa yang telah dibuka.”.

Pindaan seksyen 27

21. Seksyen 27 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “atau mengambil”

dengan perkataan “, membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport, mengangkut atau menyimpan”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “penyu”

perkataan “atau mana-mana bahagian atau terbitannya”; dan

(b)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“lima ribu ringgit” dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu ringgit”.

Pindaan seksyen 29

22. Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“penyu, peralatan menangkap ikan, bahan letupan, racun, pencemar, perkakas, alat yang dilarang” dengan perkataan “penyu termasuk bahagian atau terbitannya, peralatan menangkap ikan, bahan letupan, racun atau pencemar, atau sebahagian daripadanya, bahan yang disyaki boleh digunakan sebagai bahan letupan, racun atau pencemar, perkakas atau sebahagian daripadanya, alat yang dilarang atau sebahagian daripadanya,”.

Perikanan (Pindaan)

21

Penggantian seksyen 31

23. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 31 dengan seksyen yang berikut:

“Pengkompaunan kesalahan.

31.  (1)  Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—

(a)

apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada

Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak kurang daripada seratus ringgit dan tidak melebihi denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa tempoh

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1780

lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini telah dikompaunkan mengikut seksyen ini,

Ketua Pengarah hendaklah mengarahkan apa-apa barang daripada jenis yang mudah rosak yang menjadi hal perkara apa-apa kesalahan dijual dan hasil jualan itu dilucuthakkan.

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(6)

Apa-apa kesalahan yang dilakukan berlanggaran dengan perenggan 8(a), subseksyen 11(3), 11(3a), 15(1), 15(2)

atau 19(5), atau seksyen 16, 26 atau 44

tidaklah boleh dikompaun.

(7)

Walau apa pun subseksyen (6),

Ketua Pengarah boleh mengkompaun a p a - a p a k e s a l a h a n d i b a w a h perenggan 8(a), subseksyen 11(3)

atau 11(3a) jika peralatan menangkap ikan yang berhubungan dengannya kesalahan itu dilakukan adalah peralatan menangkap ikan tradisional.

(8)

Jika sesuatu peralatan menangkap ikan menjadi hal perkara apa-apa kesalahan yang dikompaun di bawah subseksyen (2), peralatan menangkap ikan itu boleh dirampas dan dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua

Pengarah.”.

Perikanan (Pindaan)

23

Pindaan seksyen 34

24. Seksyen 34 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “vesel, kenderaan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “vesel penangkapan ikan, pengangkut”.

Pindaan seksyen 37

25. Seksyen 37 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan

“pemajuan dan pengurusan” dengan perkataan

“pembangunan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “dengan berunding dengan

Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan, menggalakkan pemajuan dan pengurusan yang rasional” dengan perkataan

“selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan, menggalakkan pembangunan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan yang rasional”;

(c)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan “dan”

di hujung perenggan itu;

(d)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(f)  peruntukan bagi pemuliharaan sesuatu kawasan atau spesies.”.

Pindaan seksyen 38

26. Subseksyen 38(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Wilayah-Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Wilayah-Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya”;

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1780

(b)

dengan menggantikan perkataan “pemajuan, pengurusan”

dengan perkataan “pembangunan, pengurusan, penyelidikan”;

(c)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“dan pengurusan” dengan perkataan “, pengurusan, pemuliharaan dan penyelidikan”;

(d)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan

“perangkap atau jaring” dengan perkataan “peralatan menangkap ikan”;

(e)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan “senggaraan” dengan perkataan “penyelenggaraan”;

(f)

dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan

“atau kesukanan” dengan perkataan “, kesukanan atau perikanan rekreasi”;

(g)

dalam perenggan (g), dengan memasukkan selepas perkataan

“spesies ikan yang tertentu” perkataan “atau berat dan saiz ikan yang minimum”;

(h)

dalam perenggan (l), dengan memotong perkataan “dan”

di hujung perenggan itu;

(i)

dalam perenggan (m)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “kemajuan, pengurusan” dengan perkataan “pembangunan, pengurusan, penyelidikan”; dan

(ii)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan

(j)

dengan memasukkan selepas perenggan (m) perenggan yang berikut:

“(n) untuk menetapkan kawasan yang dilarang bagi maksud pemuliharaan dan pengurusan penyu dan perikanan darat; dan

Perikanan (Pindaan)

25

(o)

untuk mengawal selia aktiviti pelepasan ikan bagi mencegah pelepasan spesies yang bukan berasal daripada mana-mana bahagian dalam Malaysia atau daripada perairan perikanan Malaysia.”.

Pindaan seksyen 39

27. Seksyen 39 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“dengan berunding” dengan perkataan “selepas berunding”.

Penggantian seksyen 41

28. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 41 dengan seksyen yang berikut:

“Perisytiharan taman laut atau rizab laut.

41.  (1)  Menteri boleh, atas nasihat Majlis

Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan Rizab Laut, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

mengisytiharkan mana-mana kawasan atau sebahagian daripada suatu kawasan di perairan perikanan Malaysia yang dikenal pasti sebagai kawasan yang penting daripada segi ekologi atau biologi dan yang mempunyai kepentingan pemuliharaan yang tinggi sebagai taman laut atau rizab laut untuk—

(i)

memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu dan untuk mengurus, melindungi, memelihara dan mengawal kawasan pembiakan

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1780

semula jadi dan habitat hidupan akuatik, dengan memberi perhatian yang khusus kepada spesies flora dan fauna yang jarang ditemui atau terancam;

(ii)

membenarkan pertumbuhan semula secara semula jadi hidupan akuatik di kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu di mana hidupan itu telah mengalami kemerosotan;

(iii)

menggalakkan kajian penyelidikan saintifik, p e m a n t a u a n d a n pendidikan berkenaan dengan kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu;

(iv)

m e n g e k a l k a n d a n meningkatkan keadaan semula jadi dan daya pengeluaran di kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu; dan

(v)

mengawal selia aktiviti rekreasi dan aktiviti lain di kawasan itu a t a u s e b a h a g i a n daripada kawasan itu untuk mengelakkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan kepada persekitarannya;

Perikanan (Pindaan)

27

(b)

membatalkan perisytiharan mana-mana kawasan atau sebahagian daripada suatu kawasan taman laut atau rizab laut, dengan syarat kawasan atau sebahagian daripada kawasan taman laut atau rizab laut itu hendaklah digantikan dengan suatu kawasan yang mempunyai keluasan dan ekosistem yang setara dengannya.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(b),

Menteri hendaklah, atas nasihat Majlis

Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan Rizab Laut, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan kawasan yang digantikan itu sebagai taman laut atau rizab laut.

(3)

Perintah di bawah subseksyen (2)

hendaklah disiarkan dalam Warta berserta dengan perintah di bawah perenggan (1)(b).”.

Pindaan seksyen 41a

29. Seksyen 41a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan

Rizab Laut hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perikanan;

(b)

seorang wakil Kerajaan Negeri yang berkenaan;

(c)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

(d)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi alam sekeliling;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1780

(e)

seorang wakil Kementerian atau Agensi yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;

(f)

seorang wakil Jabatan atau Agensi yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan negara;

(g)

seorang wakil Jabatan Laut Malaysia;

(h)

seorang wakil Jabatan Perikanan Malaysia;

(i)

seorang wakil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN);

(j)

seorang wakil universiti awam atau institut penyelidikan atau seorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman berhubung dengan hal penyelidikan;

(k)

seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan;

(l)

seorang wakil taman-taman Negeri; dan

(m)

mana-mana anggota lain yang akan dilantik dari semasa ke semasa.”.

Pindaan seksyen 41b

30. Seksyen 41b Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“garis panduan” dengan perkataan “pelan pengurusan dan garis panduan”;

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) untuk mengisytiharkan dan membatalkan perisytiharan mana-mana kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu di perairan perikanan

Malaysia sebagai taman laut atau rizab laut;”; dan

Perikanan (Pindaan)

29

(c)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “teknik” dengan perkataan

“teknikal”.

Pindaan seksyen 43

31. Seksyen 43 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “atau cuba menangkap ikan”;

(ii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan

“tapak pembiak-baik semulajadi” dengan perkataan

“tapak pembiakan semula jadi”;

(iii)

dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “membina” perkataan “, memasang, meletakkan”; dan

(iv)

dengan memasukkan selepas perkataan

“suatu kesalahan” perkataan “dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis secara bertulis untuk mengarahkan mana-mana orang yang telah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(d) di dalam kawasan taman laut atau rizab laut untuk mengalihkan apa-apa bangunan atau binaan lain dalam apa-apa tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu dan apa-apa kos bagi pengalihan itu hendaklah ditanggung oleh orang itu.”.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1780

Pindaan seksyen 46

32. Seksyen 46 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“mana-mana vesel dalam perairan perikanan Malaysia”

dengan perkataan “mana-mana vesel penangkapan ikan atau pengangkut dalam perairan perikanan Malaysia atau laut lepas”;

(b)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) menghentikan, menaiki dan menggeledah, serta memeriksa mana-mana vesel penangkapan ikan atau pengangkut yang mengangkut atau boleh mengangkut ikan, sama ada dalam perairan perikanan Malaysia, laut lepas atau atas darat;”;

(c)

dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan

“perairan perikanan Malaysia” perkataan “, laut lepas”;

(d)

dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan

“perairan perikanan Malaysia” perkataan “atau laut lepas”; dan

(e)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan

“memeriksa mana-mana lesen, permit” dengan perkataan

“menghendaki supaya dikemukakan dan memeriksa mana-mana lesen, permit, kebenaran”.

Pindaan seksyen 47

33. Subseksyen 47(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“mana-mana ikan yang didapati dalam mana-mana vesel atau kenderaan” dengan perkataan “mana-mana ikan yang didapati dalam mana-mana vesel penangkapan ikan atau pengangkut”;

Perikanan (Pindaan)

31

(b)

dalam perenggan (d)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “vesel” dengan perkataan “vesel penangkapan ikan atau pengangkut”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “, atau apa-apa kenderaan”;

(c)

dalam perenggan (f)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “alat yang dilarang” perkataan “, atau sebahagian daripadanya”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;

(d)

dalam perenggan (g), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:

“(h) menyita mana-mana lesen, permit, kebenaran, peranti, komputer, rekod, perakuan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki di bawah

Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah dan piawai antarabangsa yang diakui umum.”.

Pindaan seksyen 47d

34. Seksyen 47d Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Bagi maksud subseksyen (1), tempoh penahanan hendaklah tidak melebihi dua puluh empat jam tidak termasuk masa yang diperlukan untuk perjalanan dari tempat tangkapan ke Mahkamah Majistret.”.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta A1780

Pindaan seksyen 48

35. Seksyen 48 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan

“Jualan” perkataan “atau pelupusan”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Ketua Pengarah boleh melupuskan mana-mana ikan dari jenis yang tidak sesuai untuk dijual yang disita di bawah Akta ini, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, dan apa-apa kos yang dilakukan untuk pelupusan itu hendaklah ditanggung oleh pemunya.”; dan

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Kerajaan Malaysia tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi—

(a)

apa-apa kemerosotan, yang disebabkan dengan apa jua cara, kualiti mana-mana ikan atau benda lain; atau

(b)

pelupusan mana-mana ikan, yang disita di bawah Akta ini.”.

Pindaan seksyen 49

36. Seksyen 49 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “vesel, kenderaan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “vesel penangkapan ikan, pengangkut”.

Pindaan seksyen 50

37. Seksyen 50 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “vesel”

dengan perkataan “vesel penangkapan ikan”;

Perikanan (Pindaan)

33

(b)

dengan menggantikan perkataan “vesel, kenderaan”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“vesel penangkapan ikan, pengangkut”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargonya dan peralatannya menangkap ikan), kenderaan” dengan perkataan “vesel penangkapan ikan, pengangkut”.

Pindaan seksyen 51

38. Seksyen 51 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “vesel”

dengan perkataan “vesel penangkapan ikan”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “vesel, kenderaan”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“vesel penangkapan ikan, pengangkut”.

Seksyen baharu 51a

39. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 51

seksyen yang berikut:

“Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan.

51a.  Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa vesel penangkapan ikan, pengangkut, benda atau barang yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relif lain.”.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1780

Pindaan seksyen 52

40. Seksyen 52 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “Rampasan” dengan perkataan

“Pelucuthakan”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a)  di bawah perenggan 8(a) atau 14(3)(b), subseksyen 11(3), 11(3a), 15(1), 15(2)

atau 19(5), atau seksyen 10a, 26

atau 44; atau”;

(ii)

dalam subperenggan (i), dengan menggantikan perkataan “vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikan), kenderaan” dengan perkataan

“vesel penangkapan ikan, pengangkut”; dan

(iii)

dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:

“(ii)  memerintahkan supaya apa-apa ikan yang disita atau hasil jualan apa-apa ikan atau benda lain daripada jenis yang mudah rosak yang disebut dalam seksyen 48, dan apa-apa bahan letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang, atau sebahagian daripadanya, yang digunakan atau dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dilucuthakkan.”; dan

Perikanan (Pindaan)

35

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana vesel penangkapan ikan, pengangkut, benda, barang, bahan letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang, atau sebahagian daripadanya, ikan yang diperintah supaya dilucuthakkan di bawah subseksyen (1) atau disifatkan terlucut hak atau diperintah supaya dilucuthakkan di bawah seksyen 49 hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.”.

Penggantian seksyen 53

41. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 53 dengan seksyen yang berikut:

“Halangan terhadap pegawai berkuasa.

53.  Mana-mana orang yang—

(a)

enggan memberi mana-mana pegawai berkuasa akses kepada mana-mana tempat, vesel penangkapan ikan atau pengangkut yang pegawai berkuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau m a n a - m a n a p e r u n d a n g a n subsidiarinya atau dalam m e l a k s a n a k a n a p a - a p a kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh

Akta ini;

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai berkuasa d a l a m m e m b u a t a p a - a p a kemasukan yang pegawai berkuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1780

(c)

enggan memberi mana-mana pegawai berkuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah

Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya atau apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”.

Pemotongan seksyen 55

42. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 55.

Seksyen baharu 56a, 56b dan 56c

43. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56

seksyen yang berikut:

“Keterangan berdasarkan andaian.

56a.  Jika Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diperakui secara bertulis oleh

Ketua Pengarah mempunyai pengetahuan atau kemahiran khusus mengenai perikanan memberikan keterangan dengan bersumpah di dalam mahkamah bahawa apa-apa benda atau barang, mengikut mana-mana yang berkenaan, ialah ikan, penyu termasuk bahagian atau terbitannya, peralatan menangkap ikan, dan apa-apa penyakit ikan, pembiakan ikan, pengurusan perikanan, genetik ikan atau forensik perikanan, hendaklah dianggapkan melainkan jika dibuktikan sebaliknya bahawa benda atau barang itu, mengikut

Perikanan (Pindaan)

37

mana-mana yang berkenaan, ialah ikan, penyu termasuk bahagian atau terbitannya, peralatan menangkap ikan, dan penyakit ikan, pembiakan ikan, pengurusan perikanan, genetik ikan atau forensik perikanan.

Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang.

56b.  Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

seseorang pegawai berkuasa bagi atau atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya; dan

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan seorang pegawai berkuasa, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Larangan aktiviti perikanan.

56 c.  (1)  Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis mengenai larangan aktiviti perikanan di mana-mana kawasan yang terdapat pencemar di dalam perairan perikanan Malaysia bagi suatu tempoh yang difikirkannya patut atau sehingga kawasan itu telah kembali pulih.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1780

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (1), mana-mana orang yang menjalankan aktiviti perikanan di kawasan yang dilarang oleh Ketua Pengarah adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini,

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan bagi pelaksanaan subseksyen (1).”.

Pindaan seksyen 57

44. Subseksyen 57(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tiang vesel itu” dengan perkataan “mana-mana bahagian vesel yang mudah dilihat atau satu salinan dokumen itu diiklankan dalam apa-apa bentuk dan cara yang sesuai”.

Seksyen baharu 57a

45. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 57

seksyen yang berikut:

“Perisytiharan palsu.

57a.  Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah

Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 60

46. Seksyen 60 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “Air Leleh” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ayer Leleh”.

Perikanan (Pindaan)

39

Pindaan seksyen 61

47. Seksyen 61 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “pemajuan”

perkataan “, akuakultur, penyelidikan, pengembangan”;

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “di perairan perikanan Malaysia” perkataan “bagi jaminan keselamatan dan kualiti ikan dan keluaran ikan,”;

(c)

dengan menggantikan perenggan (k) dengan perenggan yang berikut:

“(k)  untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan peralatan menangkap ikan dan belat ikan termasuk apa-apa larangan cara menangkap ikan atau peralatan menangkap ikan;”;

(d)

dengan menggantikan perenggan (l) dengan perenggan yang berikut:

“(l)  untuk melarang apa-apa perbuatan termasuk menangkap, mencederakan, membunuh atau memiliki apa-apa spesies ikan;”;

(e)

dalam perenggan (s), dengan memasukkan selepas perkataan “perakuan” perkataan “, kelulusan bertulis”;

(f)

dalam perenggan (u), dengan memasukkan selepas perkataan “sukan” perkataan “atau rekreasi”;

(g)

dalam perenggan (x), dengan memasukkan selepas perkataan “pengurusan” perkataan “ikan atau”;

(h)

dalam perenggan (ad), dengan menggantikan perkataan

“dirizabkan untuk vesel penangkapan ikan tempatan dan nelayan Malaysia” dengan perkataan “dirizabkan atau dizonkan untuk vesel penangkapan ikan tempatan, nelayan Malaysia, sukan atau rekreasi”;

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1780

(i)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam perenggan (af), dengan menggantikan perkataan “yang merbahaya”

dengan perkataan “terancam”;

(j)

dengan menomborkan semula perenggan (al) sedia ada sebagai perenggan (ap); dan

(k)

dengan memasukkan selepas perenggan (ak) perenggan yang berikut:

“(al) untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang digunakan dan kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan-kesalahan itu bagi maksud seksyen 31;

(am) untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan sumber perikanan berasaskan komuniti atau melalui pendekatan ekosistem;

(an) untuk menetapkan kawasan zon bagi pengurusan, pemuliharaan, penyelidikan, pembangunan, penyelenggaraan, kawalan dan perlindungan di perairan perikanan Malaysia;

(ao) untuk menetapkan apa-apa perkara berhubung dengan perkhidmatan pengembangan perikanan;”.

Kecualian dan peralihan

48. (1) Apa-apa lesen yang dikeluarkan kepada vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di perairan perikanan Malaysia sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan sah selama tempoh seolah-olah Akta ibu telah dipinda oleh Akta ini.

(2)

Apa-apa lesen yang dikeluarkan kepada vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di laut lepas sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah

Akta ini sehingga tarikh tamat tempoh lesen itu seolah-olah

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Perikanan (Pindaan)

41

(3)

Apa-apa arahan, penentuan, keputusan, kelulusan bertulis, notis, garis panduan dan tindakan yang dibuat, dikeluarkan, diberikan atau dilakukan oleh Ketua Pengarah sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(4)

Apa-apa penyiasatan atau prosiding yang dimulakan atau yang masih belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Common questions

What is FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025?
AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1780 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025 still in force?
Yes — FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025 is currently in force.
When did FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025 take effect?
FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025 was first recorded in 2025.
How many schedules does FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025 have?
FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025 contains 2 schedules.
Where can I read the official version of FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025?
The official text of FISHERIES (AMENDMENT) ACT 2025 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2025 (A1780) | mylaw.my