Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2025/A1778
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1778 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dalam takrif “dagangan subjek”, dengan menggantikan perkataan “diimport atau dijual untuk pengimportan ke dalam” dengan perkataan “dieksport atau dijual untuk pengeksportan dari negara pengeksport ke”;
Undang-Undang Malaysia
Akta A1778
Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan
(Pindaan) 2025
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1778
dalam takrif “lambakan”, dengan menggantikan perkataan
“pengimportan dagangan ke dalam Malaysia pada nilai”
dengan perkataan “pengeksportan dagangan dari negara pengeksport ke Malaysia pada harga”;
dalam takrif “Menteri”, dengan menggantikan perkataan
“perdagangan antarabangsa” dengan perkataan “pelaburan, perdagangan”;
dengan memasukkan selepas takrif “pegawai kastam”
takrif yang berikut:
‘ “pemintasan” ertinya suatu tindakan pengeksport atau pengeluar dagangan subjek untuk mengelakkan atau menjejaskan duti timbal balas atau anti-lambakan yang dikenakan oleh Kerajaan;’; dan
dengan memasukkan selepas takrif “pihak berkepentingan”
takrif yang berikut:
‘ “pihak berkuasa penyiasat” ertinya mana-mana pegawai awam atau orang, yang dilantik dan diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah subseksyen 30(2a);’.
Pindaan seksyen 9
Subseksyen 9(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam tempoh penyiasatan” dengan perkataan
“semasa penyiasatan”.
Pindaan seksyen 12
Seksyen 12 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Sesuatu penyiasatan boleh digantung pada bila-bila masa—
jika aku janji daripada Anggota pengeksport yang bersetuju untuk menghapuskan atau mengehadkan subsidi disetuju terima oleh Kerajaan; atau
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
jika aku janji daripada mana-mana pengeksport yang bersetuju untuk mengubah harganya disetuju terima oleh Kerajaan.”.
Pindaan seksyen 12a
Seksyen 12a Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Walau apa pun subseksyen (1), suatu duti timbal balas yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah ditamatkan—
lima tahun dari tarikh penamatan kajian semula tamat tempoh yang terkini.”.
Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “memberi maklumat kepada Kerajaan” dengan perkataan
“mengemukakan suatu petisyen bagi kajian semula pentadbiran kepada Kerajaan”;
dalam perenggan (c), dengan menggantikan koma bernoktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (8) sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut:
“(9) Petisyen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi maklumat sedemikian dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi berhubung dengan perenggan (1)(a), (b), (c)
atau (e).
Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen atau maklumat itu untuk menentukan sama ada permulaan kajian semula pentadbiran adalah wajar.
Petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak jika Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan yang mencukupi berhubung dengan perenggan (1)(a), (b), (c) atau (e).
Jika Kerajaan menolak petisyen di bawah subseksyen (11), Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu secara bertulis pihak berkepentingan yang mengemukakan petisyen di bawah subseksyen (1) mengenai keputusan
Kerajaan untuk tidak memulakan suatu kajian semula pentadbiran.
Duti timbal balas yang dikenakan di bawah subseksyen 3(1) dan aku janji yang disebut dalam subseksyen 12(1) boleh terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan Kerajaan di bawah seksyen ini.”.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
7
Seksyen baharu 13c dan 13d
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 13b seksyen yang berikut:
“Kajian semula tamat tempoh 13c. (1) Apabila suatu pihak berkepentingan mengemukakan suatu petisyen kepada Kerajaan atau Kerajaan dengan selainnya mendapat apa-apa maklumat, yang menyokong keperluan suatu kajian semula tamat tempoh, Kerajaan hendaklah memeriksa petisyen atau maklumat itu.
Petisyen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah mengandungi maklumat sedemikian dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa pengenaan berterusan duti timbal balas perlu untuk mengimbangi pensubsidian dan kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.
Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen atau maklumat itu untuk menentukan sama ada—
Petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak jika Kerajaan berpuas hati bahawa—
pengenaan berterusan duti timbal balas tidak lagi perlu untuk mengimbangi pensubsidian;
kemudaratan tidak berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah;
atau
kajian semula tamat tempoh bukan demi kepentingan awam.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1778
Jika Kerajaan menolak petisyen di bawah subseksyen (4),
Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu secara bertulis pihak berkepentingan yang mengemukakan petisyen di bawah subseksyen (1)
mengenai keputusan Kerajaan untuk tidak memulakan kajian semula tamat tempoh.
Kerajaan boleh memulakan suatu kajian semula tamat tempoh jika Kerajaan berpuas hati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa pengenaan berterusan duti timbal balas perlu untuk mengimbangi pensubsidian dan kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah dan kajian semula tamat tempoh hendaklah dimulakan sebelum penamatan duti timbal balas yang disebut dalam seksyen 12a.
Duti timbal balas yang dikenakan di bawah subseksyen 3(1)
dan aku janji yang disebut dalam subseksyen 12(1) boleh terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan Kerajaan di bawah seksyen ini.
Penentuan kajian semula 13d. (1) Jika Kerajaan memutuskan untuk menjalankan suatu kajian semula di bawah seksyen 13, 13a, 13b atau 13c,
Kerajaan hendaklah—
menjalankan kajian semula itu dengan membenarkan pihak berkepentingan untuk memberikan apa-apa komen yang berhubungan dengan kajian semula itu.
Suatu kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 13, 13a, 13b atau 13c hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebelum kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 13, 13a, 13b atau 13c itu selesai, Kerajaan hendaklah memberitahu semua pihak berkepentingan mengenai fakta penting yang sedang dipertimbangkan yang menjadi asas bagi dapatan dan pihak berkepentingan itu boleh membela kepentingannya.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
Apabila kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 13, 13a, 13b atau 13c itu selesai, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis penentuan dengan menyatakan sebab bagi keputusannya.
Jika Kerajaan membuat penentuan berhubung dengan seksyen 13 atau 13c dan jika amaun subsidi pengeksport atau pengeluar yang pengeksportan dagangan subjeknya telah berubah secara substansial kepada de minimis, duti timbal balas kepada pengeksport atau pengeluar yang spesifik boleh tertakluk kepada kajian semula berikutnya oleh Kerajaan.
Suatu penentuan yang dibuat menurut subseksyen (4)
atau (5) hendaklah terpakai bagi dagangan subjek yang diimport pada atau selepas tarikh penyiaran notis penentuan itu.
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, suatu kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 13, 13a, 13b atau 13c boleh ditamatkan pada bila-bila masa jika—
Kerajaan menentukan bahawa penamatan kajian semula itu adalah demi kepentingan awam.
Jika suatu penamatan bagi kajian semula menurut subseksyen (7) berlaku, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis penamatan dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.”.
Pindaan seksyen 17
Seksyen 17 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “dagangan subjek” perkataan “yang dieksport atau dijual untuk pengeksportan dari negara pengeksport ke Malaysia”; dan
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1778
dengan memasukkan selepas perkataan “ternyata”
perkataan “kepada Kerajaan”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “atas apa-apa asas munasabah” perkataan “sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan”.
Pindaan seksyen 24
Subseksyen 24(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam tempoh penyiasatan” dengan perkataan
“semasa penyiasatan”.
Pindaan seksyen 27
Seksyen 27 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Sesuatu penyiasatan boleh digantung pada bila-bila masa jika aku janji harga daripada mana-mana pengeksport untuk mengubah harganya atau untuk menghentikan eksport ke
Malaysia pada harga lambakan disetuju terima oleh Kerajaan dan Kerajaan berpuas hati bahawa kesan kemudaratan daripada lambakan itu dihapuskan.”.
Pindaan seksyen 27a
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Walau apa pun subseksyen (1), suatu duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah ditamatkan—
pada tarikh tidak lewat dari lima tahun dari tarikh pengenaannya; atau
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
lima tahun dari tarikh penamatan kajian semula tamat tempoh yang terkini.”.
Pindaan seksyen 28
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “memberi maklumat kepada Kerajaan” dengan perkataan
“mengemukakan suatu petisyen bagi kajian semula pentadbiran kepada Kerajaan”;
dalam perenggan (d), dengan menggantikan koma bernoktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (8) sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut:
“(9) Petisyen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi maklumat sedemikian dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi berhubung dengan perenggan (1)(a), (c), (d)
atau (f).
Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen atau maklumat itu untuk menentukan sama ada permulaan kajian semula pentadbiran adalah wajar.
Petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak jika Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan yang mencukupi berhubung dengan perenggan (1)(a), (c), (d) atau (f).
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1778
Jika Kerajaan menolak petisyen di bawah subseksyen (11), Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu secara bertulis pihak berkepentingan yang mengemukakan petisyen di bawah subseksyen (1) mengenai keputusan
Kerajaan untuk tidak memulakan suatu kajian semula pentadbiran.
Duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah subseksyen 15(1) dan aku janji yang disebut dalam subseksyen 27(1) boleh terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan Kerajaan di bawah seksyen ini.”.
Seksyen baharu 28c dan 28d
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28b seksyen yang berikut:
“Kajian semula tamat tempoh 28c. (1) Apabila suatu pihak berkepentingan mengemukakan suatu petisyen kepada Kerajaan atau Kerajaan dengan selainnya mendapat apa-apa maklumat, yang menyokong keperluan suatu kajian semula tamat tempoh, Kerajaan hendaklah memeriksa petisyen atau maklumat itu.
Petisyen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah mengandungi maklumat sedemikian dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa pengenaan berterusan duti anti-lambakan perlu untuk mengimbangi lambakan dan kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.
Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen atau maklumat itu untuk menentukan sama ada—
suatu kajian semula tamat tempoh adalah demi kepentingan awam.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
Petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak jika Kerajaan berpuas hati bahawa—
pengenaan berterusan duti anti-lambakan tidak lagi perlu untuk mengimbangi lambakan;
kemudaratan tidak berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah;
atau
Jika Kerajaan menolak petisyen di bawah subseksyen (4), Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu secara bertulis pihak berkepentingan yang mengemukakan petisyen di bawah subseksyen (1) mengenai keputusan Kerajaan untuk tidak memulakan kajian semula tamat tempoh.
Kerajaan boleh memulakan suatu kajian semula tamat tempoh jika Kerajaan berpuas hati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa pengenaan berterusan duti anti-lambakan perlu untuk mengimbangi lambakan dan kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah dan kajian semula tamat tempoh hendaklah dimulakan sebelum penamatan duti anti-lambakan yang disebut dalam seksyen 27a.
Duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah subseksyen 15(1) dan aku janji yang disebut dalam subseksyen 27(1) boleh terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan Kerajaan di bawah seksyen ini.
Penentuan kajian semula 28d. (1) Jika Kerajaan memutuskan untuk menjalankan suatu kajian semula di bawah seksyen 28, 28a, 28b atau 28c,
Kerajaan hendaklah—
menyiarkan suatu notis mengenai permulaan kajian semula itu; dan
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1778
menjalankan kajian semula itu dengan membenarkan pihak berkepentingan untuk memberikan apa-apa komen yang berhubungan dengan kajian semula itu.
Suatu kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 28, 28a, 28b atau 28c hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebelum kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 28, 28a, 28b atau 28c itu selesai, Kerajaan hendaklah memberitahu semua pihak berkepentingan mengenai fakta penting yang sedang dipertimbangkan yang menjadi asas bagi dapatan dan pihak berkepentingan itu boleh membela kepentingannya.
Apabila kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 28, 28a, 28b atau 28c itu selesai, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis penentuan dengan menyatakan sebab bagi keputusannya.
Jika Kerajaan membuat penentuan berhubung dengan seksyen 28 atau 28c dan jika margin lambakan pengeksport atau pengeluar yang pengeksportan dagangan subjeknya telah berubah secara substansial kepada de minimis, duti anti-lambakan kepada pengeksport atau pengeluar yang spesifik boleh tertakluk kepada kajian semula berikutnya oleh Kerajaan.
Suatu penentuan yang dibuat menurut subseksyen (4)
atau (5) hendaklah terpakai bagi dagangan subjek yang diimport pada atau selepas tarikh penyiaran notis penentuan itu.
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain
Akta ini, suatu kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 28, 28a, 28b atau 28c boleh ditamatkan pada bila-bila masa jika—
Kerajaan menentukan bahawa penamatan kajian semula itu adalah demi kepentingan awam.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
Jika suatu penamatan bagi kajian semula menurut subseksyen (7) berlaku, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis penamatan dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.”.
Pindaan seksyen 30
Seksyen 30 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“mana-mana orang atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Menteri” dengan perkataan “pihak berkuasa penyiasat”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Menteri boleh melantik dan memberikan kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai awam atau orang untuk menjadi pihak berkuasa penyiasat.”; dan
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4)
Menteri hendaklah kemudian membuat syor kepada Menteri Kewangan yang hendaklah membuat keputusan berkenaan dengan pengenaan duti timbal balas atau anti-lambakan di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 31
Seksyen 31 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Perlindungan pihak berkuasa penyiasat dan orang yang bertindak di bawah arahan pihak berkuasa penyiasat”;
dengan menggantikan perkataan “mana-mana orang atau pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini” dengan perkataan “pihak berkuasa penyiasat”; dan
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1778
dengan menggantikan perkataan “mana-mana orang atau pegawai sedemikian” dengan perkataan “pihak berkuasa penyiasat”.
Pindaan seksyen 34a
Seksyen 34a Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “sesuatu penentuan muktamad atau sesuatu penentuan kajian semula pentadbiran muktamad di bawah
Akta ini” dengan perkataan “suatu penentuan muktamad menurut subseksyen 10(4) atau 25(4)
atau suatu penentuan kajian semula menurut subseksyen 13d(4) atau 28d(4)”; dan
dengan menggantikan perkataan “Kaedah-Kaedah
Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980]”
dengan perkataan “Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
[P.U. (A) 205/2012]”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan” dengan perkataan
“penentuan muktamad menurut subseksyen 10(4) atau 25(4)
atau suatu penentuan kajian semula menurut subseksyen 13d(4) atau 28d(4)”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan” dengan perkataan
“penentuan muktamad menurut subseksyen 10(4) atau 25(4)
atau suatu penentuan kajian semula menurut subseksyen 13d(4) atau 28d(4)”;
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Pihak berkepentingan yang memfailkan kajian semula kehakiman di bawah subseksyen (1) dan kajian semula kehakiman itu masih belum selesai, tidak boleh meminta untuk suatu kajian semula di bawah seksyen 13, 13a, 13b, 13c, 28, 28a, 28b atau 28c
Akta ini.”; dan
dengan menggantikan perkataan “Aturan 53
subkaedah 1(5) Kaedah-Kaedah Mahkamah
Tinggi 1980” dengan perkataan “Aturan 53
subkaedah 3(5) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012”;
dan
dengan menggantikan perkataan “mana-mana penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad” dengan perkataan
“Akta ini”.
Pindaan seksyen 37
Seksyen 37 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “tindakan” perkataan “atau langkah”.
Seksyen baharu 37a dan 37b
seksyen yang berikut:
“Penyiasatan anti-pemintasan 37a. (1) Apabila suatu pihak berkepentingan mengemukakan suatu petisyen untuk suatu penyiasatan anti-pemintasan kepada
Kerajaan, atau Kerajaan dengan selainnya mendapat apa-apa maklumat berhubung dengan pemintasan, Kerajaan hendaklah memeriksa petisyen atau maklumat itu.
Undang-Undang Malaysia 18
Petisyen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah mengandungi maklumat sedemikian dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi mengenai kewujudan pemintasan itu.
Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen atau maklumat itu untuk menentukan sama ada untuk memulakan suatu penyiasatan anti-pemintasan.
Petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak jika Kerajaan berpuas hati bahawa—
Jika Kerajaan menolak petisyen di bawah subseksyen (4),
Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu secara bertulis pihak berkepentingan yang mengemukakan petisyen di bawah subseksyen (1)
mengenai keputusan Kerajaan untuk tidak memulakan suatu penyiasatan anti-pemintasan.
Jika keterangan atau maklumat itu mencukupi untuk mewajarkan pemulaan suatu penyiasatan anti-pemintasan atau suatu penyiasatan anti-pemintasan adalah demi kepentingan awam, Kerajaan boleh memulakan suatu penyiasatan anti-pemintasan.
Penentuan anti-pemintasan 37b. (1) Jika Kerajaan memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan anti-pemintasan di bawah seksyen 37a, Kerajaan hendaklah—
menjalankan penyiasatan itu dengan membenarkan pihak berkepentingan untuk memberikan apa-apa komen berhubung dengan penyiasatan itu.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
Suatu penyiasatan yang dijalankan menurut seksyen 37a hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebelum penyiasatan yang dijalankan menurut seksyen 37a itu selesai, Kerajaan hendaklah memberitahu semua pihak berkepentingan mengenai fakta penting yang sedang dipertimbangkan yang menjadi asas bagi dapatan Kerajaan dan pihak berkepentingan itu boleh membela kepentingannya.
Apabila penyiasatan yang dijalankan menurut seksyen 37a itu selesai, Kerajaan hendaklah menyiarkan melalui suatu notis penentuan dengan menyatakan sebab bagi keputusannya.
Jika Kerajaan mendapati bahawa pemintasan wujud,
Menteri hendaklah mempunyai kuasa untuk melanjutkan duti timbal balas atau anti-lambakan sedia ada atau mengenakan duti timbal balas atau anti-lambakan ke atas import daripada pengeksport atau pengeluar yang didapati membuat pemintasan.
Jika Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan mengenai tindakan pemintasan oleh pengeksport atau pengeluar,
Kerajaan hendaklah menamatkan penyiasatan anti-pemintasan ke atas negara tertentu atau pengeksport atau pengeluar itu.
Suatu penentuan yang dibuat menurut subseksyen (4)
hendaklah terpakai bagi keluaran serupa dan dagangan subjek yang diimport pada atau selepas tarikh penyiaran notis penentuan itu.”.
Pindaan seksyen 38
Akta A1778
Subseksyen 38(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “form” dengan perkataan “from”.
Pindaan seksyen 40
“penyiasatan atau kajian semula pentadbiran” dengan perkataan
“suatu penyiasatan atau kajian semula”.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1778
Kecualian
Walau apa pun subseksyen (1), suatu kajian semula kehakiman berhubung dengan suatu penentuan kajian semula pentadbiran muktamad di bawah seksyen 34a Akta ibu dan suatu kajian semula pentadbiran di bawah seksyen 13 atau 28 Akta ibu, yang belum selesai sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.