/akn/my/act/act/1984/311

*AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1984
Sections
42
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984 is Malaysia Act, cited as Act 311 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta berhubungan dengan zon ekonomi eksklusif dan aspek tertentu mengenai pelantar benua Malaysia dan bagi membuat peruntukan mengenai pengawalseliaan aktiviti dalam zon dan pelantar benua dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [1 Mei 1985, P.U. (B) 214/1985] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut :

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peruntukan Akta ini berhubungan dengan pelantar benua adalah sebagai tambahan kepada, dan bukan untuk mengurangkan, peruntukan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83].

Suggest a correction

(3)

Jika sekiranya berlaku apa-apa percanggahan atau ketidakkonsistenan di antara peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, peruntukan Akta ini hendaklah

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

menggantikan peruntukan yang bercanggah atau tidak konsisten undang-undang bertulis yang tepakai itu dan peruntukan yang terkemudian itu hendaklah ditafsirkan sebagai digantikan sedemikian.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai yang tidak bercanggah atau berlawanan dengan peruntukan Akta ini hendaklah sebaliknya terus terpakai.

Suggest a correction

(5)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta dan Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi berkuatkuasanya peruntukan berlainan Akta ini dalam kawasan berlainan zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini”

termasuk peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa jua yang dibuat di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari yang lain tersebut;

“buangan” termasuk—

(a)

apa-apa bahan, sama ada cecair, pepejal, gas, atau radioaktif, yang dilepaskan, dikeluarkan, diletakkan atau dibuangkan dalam alam sekitar laut mengikut isipadu, komposisi atau cara hingga menyebabkan perubahan kepada alam sekitar; atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa bahan yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar melalui perintah dalam Warta sebagai buangan bagi maksud Akta ini;

“campuran berminyak” ertinya—

Zon Ekonomi Eksklusif 9

Suggest a correction

(a)

suatu campuran dengan kandungan minyak sebanyak seratus bahagian atau lebih dalam sejuta bahagian campuran; atau

Suggest a correction

(b)

suatu campuran dengan kandungan minyak tersebut sebagaimana ditetapkan oleh

Menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar melalui perintah dalam Warta sebagai suatu campuran berminyak bagi maksud Akta ini;

“kemalangan laut” ertinya suatu pelanggaran vesel, terkandas atau peristiwa navigasi lain atau kejadian lain atas vesel atau di luarnya yang menyebabkan kerosakan material atau ancaman yang akan berlaku terhadap kerosakan material kepada vesel atau kargo;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan termasuk mana-mana

Menteri yang dipertanggungjawabkan melalui perintah yang dibuat di bawah Akta Tugas-Tugas Menteri 1969 [Akta 2] bagi perkara yang berhubungan dengan sebutan kepada Kerajaan ada dibuat dalam Akta ini, dan mana-mana Menteri lain yang menjalankan sementara tugas

Menteri tersebut;

“Ketua

Pengarah”

ertinya

Ketua

Pengarah

Alam

Sekitar sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974 [Akta 127];

“laut wilayah” ertinya perairan wilayah Malaysia yang ditetapkan menurut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat,

1969 [P.U. (A) 307A/1969];

“minyak” ertinya―

Suggest a correction

(a)

minyak mentah, minyak disel, minyak bahan api atau minyak pelincir; atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa perihalan lain mengenai minyak yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar melalui perintah dalam Warta sebagai minyak bagi maksud Akta ini;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

“nakhoda” berhubungan dengan sesuatu vesel, termasuklah tiap-tiap orang (kecuali malim atau pegawai pelabuhan sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan Perkapalan Dagang 1952

[Ordinan 70/1952] yang pada masa itu memerintah atau menjaga vesel itu, atau bertindak dengan sah di sisi undang-undang sebagai nakhodanya;

“Negara” hendaklah mempunyai erti yang diberi kepada ungkapan itu di bawah undang-undang antarabangsa;

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai perikanan sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 *Akta Perikanan 1985

[Akta 317] sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan

Perkapalan Dagang 1952 [Ordinan 70 tahun 1952], mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Polis 1967 [Akta 344], mana-mana pegawai kastam sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235], mana-mana pegawai angkatan tentera sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Angkatan

Tentera 1972 [Akta 77] mana-mana pegawai awam, tidak kira pangkat yang memerintah sesuatu vesel kepunyaan Kerajaan atau mana-mana orang atau kelas orang lain yang dilantik menjadi seorang pegawai yang diberi kuasa atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 39;

“pelantar benua” ertinya pelantar benua Malaysia sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966;

“pembuangan” ertinya―

Suggest a correction

(a)

membuang apa-apa buangan atau bahan lain dengan sengaja daripada vesel, pesawat udara, platform atau struktur lain buatan manusia di laut; atau

Suggest a correction

(b)

membuang vesel, pesawat udara atau struktur buatan manusia dengan sengaja di laut, tetapi “pembuangan” tidak termasuk―

*Catatan—Akta Perikanan 1963 [Akta 210] telah dimansuhkan oleh Akta Perikanan 1985 [Akta 317]

Zon Ekonomi Eksklusif 11

Suggest a correction

(i)

membuang buangan atau bahan lain yang berkaitan dengan, atau berpunca daripada, penjalanan biasa vesel, pesawat udara, platform atau struktur lain buatan manusia di laut dan kelengkapan mereka, selain buangan atau bahan lain yang diangkut oleh atau ke vesel, pesawat udara, platform atau struktur lain buatan manusia di laut, yang dijalankan bagi maksud membuang bahan itu atau berpunca daripada pergolahan buangan itu atau bahan lain di atas vesel, pesawat udara, platform atau struktur tersebut; atau

(ii)

menempatkan bahan bagi suatu maksud selain cuma membuangkannya, dengan syarat bahawa penempatan demikian tidak berlawanan dengan tujuan Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai atau undang-undang antarabangsa;

“pemunya”, berhubungan dengan sesuatu vesel, ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak, yang olehnya vesel itu dipunyai dan termasuk mana-mana pencatar, pencatar kecil, penerima pajak atau penerima pajak kecil vesel itu;

“pencemar” ertinya apa-apa bahan yang, jika dimasukkan ke dalam laut, mungkin membahayakan kesihatan manusia atau membahayakan sumber kehidupan dalam laut atau hidupan laut yang lain, atau merosakkan kemudahan atau mengganggu kegunaan laut lain yang sah dan, tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu termasuk apa-apa bahan yang ditetapkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai alam sekitar melalui perintah, dalam Warta sebagai pencemar bagi maksud Akta ini;

“perairan perikanan Malaysia” ertinya keseluruhan perairan yang mengandungi perairan dalaman, laut wilayah dan zon ekonomi eksklusif Malaysia yang baginya Malaysia menjalankan hak kedaulatan dan eksklusif perikanan;

“undang-undang bertulis yang terpakai” ertinya mana-mana undang-undang bertulis―

Suggest a correction
Suggest a correction

(a)

yang diperuntukkan yang terpakai berkenaan dengan zon ekonomi eksklusif, pelantar benua atau kedua-duanya, mengikut mana yang berkenaan, melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen 42 atau selainnya diperuntukkan dengan khususnya sebagai dipakai sedemikian; atau

Suggest a correction

(b)

terpakai berkenaan dengan pelantar benua di bawah peruntukan Akta Pelantar Benua 1966, dan termasuk Akta Pelantar Benua 1966;

“vesel” termasuk tiap-tiap perihal kapal atau kapal terapung atau kapal selam atau struktur;

“zon ekonomi eksklusif” atau “zon” ertinya zon ekonomi eksklusif

Malaysia yang ditetapkan mengikut seksyen 3.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

ZON EKONOMI EKSKLUSIF

Suggest a correction

Zon ekonomi eksklusif Malaysia

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika ada suatu perjanjian berkuat kuasa atas perkara itu di antara Malaysia dan suatu Negara dengan pantai yang bertentangan atau berdampingan, soal yang berhubungan dengan persempadanan zon ekonomi eksklusif hendaklah ditetapkan mengikut peruntukan perjanjian itu.

Suggest a correction

(3)

(Dipotong oleh Akta A1277)

Zon Ekonomi Eksklusif 13

Suggest a correction

(4)

Jika Yang di-Pertuan Agong menimbangkan perlu untuk berbuat demikian, dengan mengambil perhatian kepada undang-undang antarabangsa, amalan Negara atau perjanjian yang disebutkan dalam subseksyen (2), dia boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengubah had zon ekonomi eksklusif yang ditetapkan mengikut subseksyen (1).

Hak kedaulatan dalam, dan bidang kuasa ke atas, zon ekonomi eksklusif

Suggest a correction

Seksyen 4

Dalam zon ekonomi eksklusif, Malaysia mempunyai—

Open as pageSuggest a correction

(a)

hak kedaulatan bagi maksud menjelajah dan mengeksploitasi, memelihara dan menguruskan sumber alam, sama ada hidupan atau bukan hidupan, dari dasar laut dan tanih bawah dan perairan superjasen, dan mengenai aktiviti lain bagi pengeksploitasian ekonomi dan penjelajahan zon, seperti pengeluaran tenaga dari air, arus dan angin;

Suggest a correction

(i)

penubuhan dan penggunaan pulau buatan, pepasangan dan struktur;

(iii)

perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar laut; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

apa-apa hak dan kewajipan lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Kecuali jika dibenarkan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, tiada seseorang pun boleh dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua—

(a)

menjelajah atau mengeksploitasi apa-apa sumber alam, sama ada hidupan atau bukan hidupan;

Suggest a correction

(b)

menjalankan apa-apa kerja penyelidikan penggalian atau penggerudian;

Suggest a correction

(c)

menjalankan apa-apa penyelidikan saintifik laut; atau

Suggest a correction

(d)

membina atau memberi kuasa dan mengawal selia pembinaan, pengendalian dan penggunaan—

Suggest a correction

(i)

mana-mana pulau buatan;

(ii)

apa-apa pepasangan atau struktur bagi maksud yang diperuntukkan dalam seksyen 4 atau bagi apa-apa maksud ekonomi lain; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa pepasangan atau struktur yang mungkin mengganggu perjalanan hak Malaysia dalam zon atau pelantar benua.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PERIKANAN

Suggest a correction

Laut dalam zon menjadi sebahagian daripada perairan perikanan Malaysia

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Laut yang terkandung dalam zon ekonomi eksklusif hendaklah menjadi sebahagian daripada perairan perikanan Malaysia.

(d)

Zon Ekonomi Eksklusif 15

Menteri bertanggungjawab mengenai perikanan dalam zon

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perikanan hendaklah juga bertanggungjawab mengenai perikanan dalam zon ekonomi eksklusif.

Seksyen 8

Undang-undang bertulis berhubungan dengan perikanan terpakai dalam zon dan pelantar benua

Open as pageSuggest a correction

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perikanan hendaklah terpakai dalam zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua dengan apa-apa ubah suaian yang perlu atau pengecualian sebagaimana diperuntukkan dalam suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 42.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PERLINDUNGAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Suggest a correction

LAUT

Hak kedaulatan Malaysia untuk mengeksploitasi sumber alamnya

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Malaysia mempunyai hak kedaulatan untuk mengeksploitasi sumber alamnya dalam zon ekonomi eksklusif menurut dasar alam sekitarnya dan mengikut kewajipannya untuk melindungi dan memelihara alam sekitar laut dalam zon.

Seksyen 10

Kesalahan berkenaan dengan melepaskan atau terlepas bahan tertentu

Open as pageSuggest a correction

(a)

pemunya atau nakhoda vesel itu, jika dilepaskan atau terlepas dari sesebuah vesel;

Suggest a correction

(b)

pemunya atau penghuni tempat atas tanah, jika dilepaskan atau terlepas dari tanah;

Suggest a correction

(c)

pemunya atau orang yang bertanggungjawab mengenai pepasangan atau alat, jika dilepaskan atau terlepas dari pepasangan atau alat; atau

Suggest a correction

(d)

pemunya atau juruterbang pesawat udara, jika dilepaskan atau terlepas dari pesawat udara, adalah setiapnya melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.

Suggest a correction

(2)

Jika perbuatan atau peninggalan seseorang selain mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) menyebabkan dilepaskan atau terlepas yang disebut dalam subseksyen itu, maka mana-mana orang lain itu adalah juga melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.

Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidaklah boleh berkuat kuasa sebagai membebaskan atau meringankan orang yang disebut dalam subseksyen (1) daripada liabiliti mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun peruntukan seksyen ini, membuang buangan atau bahan lain boleh dijalankan di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang boleh dikenakannya.

Pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen 10

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen 10, adalah menjadi suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa bahan yang dilepaskan atau terlepas yang disebutkan dalam subseksyen (1) seksyen itu telah disebabkan bagi maksud menjaga keselamatan vesel, tempat atas tanah, pepasangan, alat atau pesawat

(d)

Zon Ekonomi Eksklusif 17

udara yang berkenaan atau bagi maksud menyelamatkan nyawa tetapi suatu pembelaan di bawah seksyen ini tidaklah boleh berkuat kuasa sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa tidaklah perlu dilepaskan atau terlepasnya bahan bagi maksud yang dikatakan atau adalah bukan langkah yang munasabah untuk diambil dalam hal keadaan itu.

Kehendak bagi melepaskan atau dilepaskan bahan tertentu hendaklah dilaporkan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Langkah-langkah berhubungan dengan bencana laut

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Langkah-langkah yang disebutkan dalam subseksyen (1)

hendaklah berkadaran dengan kerosakan sebenar atau yang diancam terhadap garis pantai atau bahagian atau unsur alam sekitar atau kepentingan yang berhubungan termasuk penangkapan ikan.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Arahan dan tindakan untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Suggest a correction

(3)

Pemunya dan nakhoda vesel, pemunya dan penghuni tempat atas tanah, pemunya dan orang yang bertanggungjawab mengenai pepasangan atau alat, atau pemunya dan juruterbang pesawat udara, mengikut mana yang berkenaan, dari mana bahan yang disebut dalam seksyen 10 telah dilepaskan atau terlepas adalah bertanggungan bersesama dan berasing bagi segala kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kesemua atau mana-mana kerja yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan atau ancaman berlakunya kerosakan, dan segala kos dan perbelanjaan hendaklah mula-mulanya dipertanggungkan atas mana-mana harta atau kepentingan yang dipegang oleh orang tersebut.

Suggest a correction

(4)

Jika perbuatan atau peninggalan seseorang selain mana-mana orang disebut dalam subseksyen (3) menyebabkan dilepaskan atau terlepas itu, mana-mana orang lain itu adalah juga bertanggungan bersesama dan berasing dengan orang yang disebut dalam subseksyen itu atas segala kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kesemua atau mana-mana kerja yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) itu untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan atau ancaman berlakunya kerosakan, dan segala kos dan perbelanjaan itu hendaklah mula-mulanya

Zon Ekonomi Eksklusif 19

dipertanggungkan atas mana-mana harta atau kepentingan yang dipegang oleh orang lain itu.

Kuasa untuk menahan dan menjual vesel

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh melepaskan mana-mana vesel yang ditahan di bawah subseksyen (1) apabila pemunya mendepositkan dengan Kerajaan apa-apa jumlah wang atau memberi sekuriti sebagaimana yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah memadai bagi menampung segala kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kerja yang dikehendaki untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan atau ancaman berlakunya kerosakan disebabkan oleh terlepasnya atau pelepasan tersebut.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana vesel yang telah ditahan meneruskan perjalanan ke laut tanpa dilepaskan di bawah subseksyen (2), pemunya atau nakhoda vesel atau mana-mana orang lain yang menyebabkan vesel itu meneruskan perjalanan ke laut adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.

Suggest a correction

(4)

Jika pemunya atau nakhoda mana-mana vesel atau mana-mana orang lain yang didapati melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak dapat membayar denda atau kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kerja yang dikehendaki di bawah subseksyen 14(1), mahkamah boleh, atas permohonan Ketua

Pengarah, memerintahkan penjualan vesel tersebut dan pemakaian hasil penjualan untuk membayar denda dan kos dan perbelanjaan yang dikenakan.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

PENYELIDIKAN SAINTIFIK LAUT

Suggest a correction

Persetujuan

Kerajaan dikehendaki bagi menjalankan penyelidikan saintifik laut

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada seksyen 17, Kerajaan hendaklah memberi persetujuannya di mana penyelidikan saintifik laut akan dijalankan oleh mana-mana Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak bagi maksud keamanan dan bagi menambahkan pengetahuan saintifik mengenai alam sekitar laut.

Hak untuk enggan memberi persetujuan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Kerajaan boleh enggan memberi persetujuannya kepada mana-mana Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak bagi menjalankan projek penyelidikan saintifik laut dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua jika ia mempunyai alasan bagi mempercayai bahawa projek itu—

(a)

bermakna secara langsung terhadap penjelajahan dan pengeksploitasian sumber alam, sama ada hidupan atau bukan hidupan;

Suggest a correction

(b)

melibatkan penggerudian ke dalam pelantar benua, penggunaan bahan letupan atau memasukkan pencemar ke dalam sekitar laut;

Suggest a correction

(c)

melibatkan pembinaan, perjalanan atau penggunaan pulau buatan, pepasangan atau struktur;

Suggest a correction

(d)

mengandungi maklumat yang disampaikan menurut seksyen 18 mengenai jenis dan tujuan projek yang tidak tepat atau jika Negara penyelidik atau pertubuhan

Suggest a correction

(d)

Zon Ekonomi Eksklusif 21

antarabangsa yang layak yang menyelidik mempunyai kewajipan belum ditunaikan kepada Malaysia daripada projek penyelidikan yang sebelumnya; atau

Suggest a correction

(e)

boleh mengganggu aktiviti yang dijalankan oleh Malaysia dalam menjalankan hak kedaulatan dan bidang kuasanya yang diperuntukkan di bawah Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai atau undang-undang antarabangsa.

Kewajipan untuk membekalkan maklumat

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak yang berniat untuk menjalankan penyelidikan saintifik laut dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua hendaklah, tidak kurang dari enam bulan terdahulu dari tarikh yang dijangkakan bermulanya projek penyelidikan saintifik laut, memberi kepada Kerajaan perihalan sepenuhnya mengenai—

(b)

cara dan kaedah yang akan digunakan, termasuk nama, berat tan, jenis dan kelas vesel dan suatu perihalan peralatan saintifik;

Suggest a correction

(c)

kawasan yang tepat mengikut geografi dalam mana projek itu akan dijalankan;

Suggest a correction

(d)

tarikh yang dijangkakan mula datangnya dan perginya vesel penyelidikan atau pertukaran alat dan pengalihannya, sebagaimana berkenaan;

Suggest a correction

(e)

nama institusi yang menaja, pengarahnya dan orang yang bertanggungjawab mengenai projek itu; dan

Suggest a correction

(f)

setakat mana difikirkan yang Malaysia boleh mengambil bahagian atau diwakili dalam projek itu.

Suggest a correction

(f)

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Kewajipan mematuhi syarat tertentu

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(a)

memastikan hak Kerajaan, jika ia berkehendakkan, untuk mengambil bahagian atau diwakili dalam projek penyelidikan saintifik laut, terutamanya atas vesel penyelidikan dan kapal lain atau pepasangan penyelidikan saintifik, apabila praktik, tanpa pembayaran apa-apa saraan kepada saintis Malaysia dan tanpa obligasi membuat sumbangan terhadap kos projek;

Suggest a correction

(b)

membekalkan Kerajaan dengan laporan permulaan, atas permintaannya, secepat yang dapat, dan keputusan muktamad dan kesimpulan selepas tamatnya penyelidikan itu;

Suggest a correction

(c)

mengaku janji untuk mengadakan akses untuk Kerajaan, atas permintaannya, kepada semua data dan contoh daripada projek dan begitu juga untuk membekalkannya dengan data yang boleh ditiru dan contoh yang boleh dibahagikan tanpa menjejaskan nilai saintifiknya;

Suggest a correction

(d)

jika diminta, membekalkan Kerajaan dengan nilaian data tersebut, contoh dan keputusan penyelidikan atau memberikan bantuan dalam nilaian atau tafsirannya;

Suggest a correction

(e)

memastikan, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh

Kerajaan, bahawa keputusan penyelidikan boleh didapati melalui saluran yang berkenaan atau saluran antarabangsa, secepat yang dapat;

Suggest a correction

(f)

memberitahu Kerajaan dengan serta merta mengenai apa-apa perubahan besar dalam rancangan penyelidikan;

Suggest a correction

(g)

melainkan dipersetujui sebaliknya, mengalihkan pepasangan penyelidikan saintifik atau kelengkapan apabila sahaja tamat penyelidikan.

Suggest a correction

(2)

Seksyen ini adalah tanpa menjejaskan syarat yang diadakan oleh Kerajaan bagi penjalanan budi bicaranya untuk memberi atau menahan persetujuan menurut seksyen 16 atau 17, mengikut mana yang berkenaan, termasuk menghendaki perjanjian terdahulu sebelum keputusan penyelidikan sesuatu projek yang berkepentingan secara langsung boleh didapati di peringkat antarabangsa bagi penjelajahan dan pengeksploitasian sumber alam.

Penggantungan atau pemberhentian sementara aktiviti penyelidkan saintifik laut

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(a)

aktiviti penyelidikan tidak dijalankan menurut maklumat yang diperuntukkan di bawah seksyen 18 yang atasnya persetujuan Kerajaan didasarkan; atau

Suggest a correction

(b)

Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak yang menjalankan aktiviti penyelidikan gagal mematuhi peruntukan seksyen 19.

Suggest a correction

(2)

Kerajaan boleh memerintahkan pemberhentian apa-apa aktiviti penyelidikan saintifik—

(a)

yang menyimpang daripada maklumat yang diperuntukkan di bawah seksyen 18 telah terjumlah kepada perubahan besar dalam projek penyelidikan atau aktiviti penyelidikan; atau

Suggest a correction

(b)

yang jika mana-mana keadaan yang dijangkakan dalam subseksyen (1) tidak diperbaiki dalam tempoh masa yang munasabah, sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Berikutan pemberitahuan oleh Kerajaan mengenai perintah penggantungan atau pemberhentian, Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak hendaklah dengan serta-merta menamatkan kesemua atau mana-mana aktiviti penyelidikan saintifik laut yang tertakluk kepada pemberitahuan tersebut.

Suggest a correction

(4)

Suatu perintah penggantungan di bawah subseksyen (1) boleh ditamatkan oleh Kerajaan dan aktiviti penyelidikan saintifik laut dibenarkan berterusan jika Negara penyelidikan atau pertubuhan antarabangsa yang layak mematuhi syarat yang dikehendaki di bawah seksyen 18 dan 19 dalam tempoh masa yang munasabah, sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

PULAU BUATAN, PEPASANGAN DAN STRUKTUR

Suggest a correction

Larangan ke atas pembinaan, pengendalian atau penggunaan pulau-pulau buatan, dll. kecuali dengan kebenaran

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kerajaan hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas pulau buatan, pepasangan dan struktur dalam zon dan pelantar benua, termasuk bidang kuasa mengenai kastam, fiskal, kesihatan, keselamatan dan undang-undang imigresen.

Suggest a correction

(3)

Kerajaan boleh, apabila perlu, menubuhkan zon keselamatan yang munasabah di sekeliling pulau buatan, pepasangan dan struktur yang dalamnya langkah-langkah yang berkenaan bagi memastikan keselamatan kedua-dua navigasi dan mengenai pulau buatan, pepasangan dan struktur.

Zon Ekonomi Eksklusif 25

Suggest a correction

(4)

Bidang zon keselamatan hendaklah ditetapkan oleh Kerajaan, dengan mengambil perhatian standard antarabangsa yang terpakai.

Notis sewajarnya hendaklah diberi mengenai takat zon keselamatan.

Suggest a correction

(5)

Semua vesel mesti menghormati zon keselamatan ini dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang Kerajaan mungkin berikan mengikut standard antarabangsa yang diakui umum mengenai navigasi sekeliling pulau buatan, pepasangan, struktur dan zon keselamatan.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

KABEL BAWAH TANAH DAN TALIAN PAIP

Suggest a correction

Persetujuan Kerajaan perlu bagi memasang kabel bawah tanah dan talian paip

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(1)

,

Kerajaan bleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan perlu bagi memasang atau menyelenggara kabel dan talian paip tersebut dalam menjalankan haknya untuk mengambil langkah yang munasabah bagi penjelajahan pelantar benua, pengeksploitasian sumber alam dan pencegahan, pengurangan dan kawalan dari pencemaran kabel atau talian paip tersebut.

Kewajipan pemunya kabel bawah tanah atau talian paip

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Pemunya mana-mana kabel bawah tanah atau talian paip yang tidak digunakan lagi atau yang tidak dapat diperbaiki hendaklah dengan serta-merta memberitahu Kerajaan mengenainya dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Kerajaan, memindahkan kabel atau talian paip tersebut dalam tempoh masa sebagaimana diarahkan oleh Kerajaan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(a)

menahan, menaiki dan menggeledah mana-mana vesel dalam zon ekonomi eksklusif dan memeriksa apa-apa lesen, permit, rekod, perakuan atu apa-apa dokumen lain yang dikehendaki dibawa atas vesel tersebut di bawah

Akta ini, atau undang-undang bertulis itu atau apa-apa kaedah dan standard antarabangsa yang diakui umum, dan membuat salinan daripadanya;

Suggest a correction

(b)

membuat apa-apa penyiasatan selanjutnya dan pemeriksaan fizikal vesel, krunya, kelengkapan, alat perkakas, perabot, segala yang bersangkutan dengannya, storan dan kargo sebagaimana perlu bagi menentukan sama ada atau tidak suatu pelanggaran yang disyaki terhadap peruntukan Akta ini atau undang-undang bertulis itu telah dilakukan;

Suggest a correction

(c)

memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawh Akta ini atau undang-undang bertulis itu akan atau telah dilakukan;

Suggest a correction

(d)

menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu;

Suggest a correction

(e)

menahan apa-apa benda yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai telah digunakan dalam perlakuan sesuatu

Suggest a correction

(e)

Zon Ekonomi Eksklusif 27

kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu;

Suggest a correction

(f)

menahan apa-apa vesel, termasuk kelengkapan, alat perkakas, perabot, segala yang bersangkutan dengannya, storan dan kargonya yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai telah digunakan dalam perlakuan apa-apa kesalahan atau berhubungan dengan apa-apa kesalahan yang telah dilakukan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu.

Suggest a correction

(2)

Suatu surat penerimaan hendaklah diberi bagi apa-apa benda, vesel atau barang yang ditahan di bawah subseksyen (1).

Kejar buru

Suggest a correction

Seksyen 25

Akta ini atau undang-undang bertulis itu, tanpa waran—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kuasa yang diberi kepada pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 24 bolehlah dijalankan menurut seksyen ini berkenaan dengan vesel tersebut melampaui had zon ekonomi eksklusif setakat yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.

Suggest a correction

(3)

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh apa-apa perjanjian serantau atau dua hala yang mana Malaysia ialah satu pihak, hak kejar buru hendaklah terhenti sebaik sahaja vesel itu memasuki laut wilayah atau zon ekonomi eksklusif Negaranya sendiri atau mana-mana Negara ketiga.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Bagaimana orang yang ditangkap diuruskan

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun pegawai yang diberi kuasa boleh menahan dalam jagaan seseorang yang ditangkap bagi tempoh yang lebih lama daripada yang munasabah mengikut segala hal keadaan kes itu.

Suggest a correction

(3)

Tempoh tersebut tidaklah boleh sekiranya tidak ada atau selepas tamat tempoh perintah khas seorang Majistret di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] yang melebihi dua puluh empat jam, tidak termasuk masa yang diambil bagi perjalanan perlu dari tempat penangkapan ke Mahkamah Majistret.

Bagaimana vesel yang ditahan diuruskan

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana vesel yang ditahan di bawah Bahagian dan krunya hendaklah dibawa ke pelabuhan yang terdekat atau yang senang terdapat dan diuruskan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai.

Menghalang pegawai yang diberi kuasa, dll.

Seksyen 28

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan sengaja menghalang mana-mana pegawai yang diberi kuasa dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberi kepadanya oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai;

Suggest a correction

(b)

tidak mematuhi perintah atau kehendak seseorang yang berkaitan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu; atau

Zon Ekonomi Eksklusif 29

Suggest a correction

(c)

tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang bertulis itu yang tidak ada hukuman diperuntukkan baginya kerana kegagalan mematuhi dengannya itu, melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

Bahagian IX

BAHAGIAN IX

KESALAHAN, PENALTI, PROSIDING UNDANG-UNDANG

Suggest a correction

DAN PAMPASAN

Penalti am

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang bersalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang mana hukuman tidak ada diperuntukkan baginya boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.

Kesalahan oleh syarikat, perkongsian, dll.

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai telah dilakukan oleh suatu syarikat, perkongsian, firma atau perniagaan, tiap-tiap pengarah dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti yang mengakibatkan pelakuan kesalahan, tiap-tiap anggota perkongsian dan tiap-tiap orang yang berkaitan dengan pengurusan firma atau perniagaan tersebut melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalam seksyen 29.

Seksyen 31

Nakhoda bertanggungan bagi kesalahan yang dilakukan dalam veselnya

Open as pageSuggest a correction

Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai telah dilakukan oleh mana-mana orang atas suatu vesel, nakhoda vesel tersebut adalah juga melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalam seksyen 29.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Seksyen 32

Penahanan dan pelucuthakan vesel, dll

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika benda, vesel atau barang yang ditahan di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, pegawai yang diberi kuasa yang menahan benda, vesel atau barang hendaklah, secepat yang dapat, memberi notis mengenainya secara bertulis kepada pemunya; dan jika pemunya tidak dijumpai, suatu notis yang bermaksud sedemikian hendaklah disiarkan dalam

Warta dan, jika benda, vesel atau barang itu ialah kepunyaan orang asing, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah menyebabkan wakil diplomat di Malaysia diberitahu mengenai bendera Negara vesel berkenaan atau mengenai negara pemunya benda atau barang itu ialah seorang rakyat melalui Kementerian yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal luar negeri.

Suggest a correction

(3)

Jika pemunya benda, vesel atau barang tidak boleh dijumpai walaupun segala tindakan telah diambil di bawah subseksyen (2) dan oleh kerananya pemunya tidak boleh dijumpai prosiding di bawah

Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai tidak dapat dimulakan, benda, vesel atau barang yang ditahan hendaklah dipegang selama satu bulan dari tarikh tindakan terakhir yang diambil di bawah subseksyen (2) yang pada akhir tempohnya benda, vesel atau barang itu hendaklah dilucut hak kepada Kerajaan melainkan suatu tuntutan diterima mengenainya dalam tempoh yang tersebut di atas dan dalam hal yang demikian suatu siasatan hendaklah diadakan oleh mahkamah yang berbidang kuasa kompeten untuk memutuskan

Zon Ekonomi Eksklusif 31

kesahan tuntuan dan benda, vesel atau barang itu hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

Kuasa mahkamah memerintah untuk pelucuthakan

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, mahkamah hendaklah, sebgai tambahan kepada apa-apa penalti yang boleh dikenakan, memerintahkan benda, vesel atau barang yang menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan dilucuthakkan dan apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan atau persetujuan yang diberi di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu digantung bagi suatu tempoh masa sebagaimana difikirkan patut atau dibatalkan atau ditarik balik, mengikut mana yang berkenaan.

Seksyen 34

Pelupusan benda, vesel atau barang yang diperintah supaya dilucut hak

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana benda, vesel atau barang yang diperintah supaya dilucuthakkan di bawah seksyen 33 hendaklah dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

Seksyen 35

Mahkamah boleh memerintahkan dilucut hak vesel yang disita dalam hal keadaan tertentu

Open as pageSuggest a correction

Jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa mana-mana benda, vesel atau barang yang ditahan di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai adalah hal perkara, atau telah digunakan dalam pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu, mahkamah boleh memerintahkan dilucut hak benda, vesel atau barang itu walaupun tiada orang telah didapati melakukan kesalahan tersebut.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Kelas Satu mempunyai bidang kuasa dan kuasa penuh di bawah Akta, atau undang-undang bertulis yang terpakai

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(1)

tidaklah boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan dengan apa-apa cara daripada bidang kuasa dan kuasa

Mahkamah Tinggi untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawh

Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah

Majistret Kelas Satu yang berhampiran dengan tempat kesalahan dilakukan, atau yang terletak di tempat perbicaraan yang paling mudah sampai dalam hal keadaan kes, sebagaimana ditetapkan oleh

Pendakwa Raya.

Suggest a correction

(4)

Seksyen ini hendaklah tidak menjejaskan peruntukan Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubungan dengan pemindahan kes.

Anggapan mengenai peta, pelan atau carta yang dibuat dengan kuasa Kerajaan

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, mahkamah hendaklah menganggap bahawa peta, pelan atau carta yang berupa sebagai dibuat dengan kuasa dari—

(c)

Kerajaan suatu Negara sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia bagi kegunaan, telah dibuat demikian dan adalah tepat.

Pendakwaan terhadap kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila seseorang dibawa ke hadapan mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya mengizinkan pendakwaan itu, pertuduhan hendaklah dibacakan dan diterangkan kepadanya tetapi dia tidak dikehendaki mengaku terhadapnya, dan peruntukan Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah diubah suai sewajarnya.

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik orang lain menjadi pegawai yang diberi kuasa

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

Tanpa menjejaskan takrif “pegawai yang diberi kuasa” dalam seksyen 2, Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah dalam

Warta, melantik orang atau kelas orang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu menjadi pegawai yang diberi kuasa atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Kerosakan disebabkan kepada mana-mana orang atau harta atau alam sekitar dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika perbuatan atau peninggalan seseorang selain mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) menyebabkan kerosakan, pelepasan atau terlepasnya itu, maka mana-mana orang lain itu adalah juga bertanggungan bersesama dan berasingan dengan orang yang disebut dalam subseksyen itu atas kerosakan itu, melainkan jika selainnya diperuntukkan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis lain itu.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan (2) liabiliti tersebuat hendaklah diperluaskan kepada pembayaran pampasan apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada seseorang, vesel, alat perkakas, kemudahan atau struktur yang digunakan dalam apa-apa aktiviti termasuk menangkap ikan dan aktiviti berkaitan, yang berkaitan dengan penjalanan hak Kerajaan dan rakyat Malaysia, dan mengenai orang lain di mana hak tersebut dijalankan dengan persetujuan Kerajaan, dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua dan pampasan boleh juga dibayar bagi aktiviti kepolisian dan pengawalan dan aktiviti bagi perlindungan alam sekitar dan

Zon Ekonomi Eksklusif 35

perkapalan yang diperlukan oleh kerosakan yang disebutkan dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Apa-apa tuntutan pampasan di bawah seksyen ini boleh dibawa di hadapan mana-mana Mahkamah Tinggi, Mahkamah

Sesyen atau Mahkamah Majistret Kelas Satu di Malaysia, mengikut mana yang berkenaan, mengikut nilai atau amaun tuntutan; dan jika tuntutan dibawa sedemikian, mahkamah berkenaan hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa sepenuhnya untuk membicarakan ke atasnya.

Suggest a correction

Bahagian X

BAHAGIAN X

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1) peraturan tersebut boleh memperuntukkan bagi apa-apa perkara berikut:

(a)

mengawal selia penjalanan penyelidikan saintifik laut dalam zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua;

Suggest a correction

(b)

menetapkan langkah-langkah bagi perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar laut zon ekonomi eksklusif termasuk syarat-syarat yang akan dipatuhi oleh vesel asing sebelum memasuki mana-mana pelabuhan atau perairan pendalaman Malaysia atau yang melawat mana-mana perhentian luar pantai;

Suggest a correction

(c)

mengawal selia pembinaan, pengendalian dan penggunaan pulau buatan dan pepasangan dan struktur lain dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua, termasuk penubuhan zon keselamatan di sekililing pulau buatan, pepasangan dan struktur tersebut;

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Suggest a correction

(d)

mengawal selia penjelajahan dan pengeksploitasian zon ekonomi eksklusif bagi pengeluaran tenaga dari air, arus dan angin dan bagi maksud ekonomi lain;

Suggest a correction

(e)

memperuntukkan apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat bagi penguatkuasaan hak dan bidang kuasa

Malaysia ke atas zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua.

Undang-undang bertulis hendaklah terpakai dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua atau kedua-dua dengan perintah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan undang-undang bertulis tersebut supaya terpakai dengan apa-apa pengubahsuaian atau pengecualian kepadanya sebagaimana difikirkannya perlu dan jika dibuat sedemikian olehnya, undang-undang bertulis tersebut hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dalam pemakaiannya dalam zon ekonomi eksklusif, pelantar benua atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Pengubahsuaian yang disebutkan dalam subseksyen (2) boleh meliputi pindaan kepada undang-undang bertulis tersebut yang Yang di-Pertuan Agong fikirkan perlu—

(a)

untuk menjadikan undang-undang bertulis itu berkesan dalam pemakaiannya dalam zon ekonomi eksklusif, pelantar benua atau kedua-duanya;

Suggest a correction

(b)

bagi mengelakkan apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan di antara peruntukan undang-undang bertulis tersebut dan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai; atau

Zon Ekonomi Eksklusif 37

Suggest a correction

(c)

menyeleraskan peruntukan undang-undang bertulis itu dengan peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan dalam Dewan Rakyat secepat mungkin selepas ia dibuat, dan jika suatu usul dicadangkan dan dijalankan oleh Dewan tersebut, dalam masa tiga bulan dari tarikh perintah dibentangkan di hadapannya, tidak membenarkan perintah itu, perintah itu hendaklah kemudiannya menjadi tidak sah tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua yang dibuat di bawah perintah itu atau pembuatan apa-apa perintah baharu.

_______________

38

Akta 311

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A1277

Akta Zon Ekonomi Eksklusif 01-05-2007

(Pindaan) 2006

_______________

39

Akta 311

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

3

Akta A1277

01-05-2007

____________

Suggest a correction

Common questions

What is EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984?
*AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984 is Malaysia Act, cited as Act 311 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.
Is EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984 still in force?
Yes — EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984 is currently in force.
When did EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984 take effect?
EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984 was first recorded in 1984.
How many sections does EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984 have?
EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984 contains 42 sections.
Where can I read the official version of EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984?
The official text of EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984 is published at lom.agc.gov.my.