/akn/my/act/act/1984/314

*AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1984
Sections
6
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 is Malaysia Act, cited as Act 314 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri meluluskan undang-undang berkenaan dengan penubuhan dan pengendalian industri berasas kayu. [1 Januari 1985] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri apabila Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] diterima pakai menurut suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan

Negeri menurut Fasal (3) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

Open as pageSuggest a correction

“industri berasas kayu” ertinya industri yang menjalankan usaha memproses, mengawet atau mengering kayu atau menukar kayu kepada pelbagai keluaran;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 314

“kilang buluh” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengawet, memproses dan menukar buluh, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada keluaran pelbagai bentuk dan reka bentuk;

“kilang kerja kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi memproses selanjutnya kayu, rotan dan buluh yang telah ditukar kepada keluaran siap atau separuh siap selain kayu gergaji kasar;

“kilang kotak kayu, kret dan alat angkut” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya membuat kotak, pak, alat angkut atau peti besar untuk membawa barangan;

“kilang kayu kumai” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengilang kumaian;

“kilang lantai parkir” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan kepingan kayu pelbagai bentuk dan saiz yang secara amnya disusun secara bercorak untuk digunakan sebagai bahan lantai;

“kilang mancis” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya menukar kayu kepada bilah, yang hujungnya dibubuh campuran bahan kimia supaya mudah dinyalakan dengan haba atau geseran;

“kilang papan” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan untuk menukar kayu bulat tetapi tidak termasuk gergaji mudah alih berkuasa yang boleh dikendalikan dengan memegang dengan tangan;

“kilang papan bergerak” ertinya suatu kilang papan yang tidak terletak atau terikat secara kekal pada tanah dan yang boleh dibawa dari suatu tempat ke tempat yang lain;

“kilang papan bungkah”, “kilang papan baten” atau “kilang papan laminan” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan papan gubah yang mengandungi teras

Industri Berasas Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 7

daripada jalur kayu daripada pelbagai ukuran yang dicantumkan bersama dengan glu di antara veniar;

“kilang papan gentian” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan papan yang terdiri daripada kayu yang telah dikeluarkan gentian atau pulpanya dan kemudiannya digabung dengan tekanan, haba atau selainnya, dengan atau tanpa bahan pengikat atau bahan tambahan;

“kilang papan lapis” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengopek kayu balak menjadi veniar bagi membuat sesuatu keluaran terpasang yang terdiri daripada lapisan kayu yang diglu atau disimenkan sekali dengan tekanan mengikut arah ira lapisan yang bersempadan berada pada sudut tegak antara satu dengan lain;

“kilang papan serpih” atau “kilang papan serpai” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan papan yang dibuat daripada serpihan kayu, termasuk serpaian, tatal dan habuk kayu yang telah dihancurkan sebahagiannya atau keseluruhannya dan kemudiannya digabung dengan tekanan, haba atau selainnya, dengan atau tanpa bahan pengikat dan bahan tambahan;

“kilang papan tatal kayu” atau “kilang papan simen kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan suatu papan yang terdiri daripada serpihan kayu termasuk serpai, tatal, dan habuk kayu yang dimampat dengan pengikat simen dan bahan tambahan;

“kilang papan wafer” atau “kilang papan flake” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya menukar kayu kepada wafer atau flake kemudiannya menggabungkan wafer atau flake itu menjadi bahan keping dengan menggunakan resin sintetik atau pengikat organik lain berserta dengan penggunaan haba dan tekanan;

“kilang perabot” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan untuk memproses selanjutnya kayu, rotan dan buluh menjadi perabot atau bahagian perabot;

“kilang pulpa dan kertas” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi mengeluarkan gentian kayu melalui proses mekanik atau kimia dan menukar sebahagian atau

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 314

kesemua gentian yang dipisahkan itu menjadi kertas, papan kertas atau keluaran lain yang seumpamanya;

“kilang pulpa rayon” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi mengeluarkan gentian kayu melalui proses mekanik atau kimia menjadi selulosa yang amat bersih dan sesuai bagi pengilangan rayon atau keluaran lain daripada selulosa;

“kilang rotan” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengawet, memproses dan menukar rotan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada keluaran daripada pelbagai bentuk dan reka bentuk;

“kilang veniar” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengopek atau melayang kayu menjadi veniar;

“loji cebis kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya menukar apa jua bentuk kayu kepada cebis-cebis yang lebih kurang sama ukurannya;

“loji hidrolisis kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi menukar karbohidrat yang ada pada kayu atau bahan selulosa lain kepada gula yang kemudiannya akan ditapai untuk menghasilkan alkohol perindustrian;

“loji kayu briket” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya memampatkan habuk kayu, tatal, lebihan kayu dan arang, dengan atau tanpa bahan pengikat, untuk digunakan sebagai bahan api;

“loji komponen bangunan kayu siap dulu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengilang komponen, bahagian sesuatu bangunan yang dipasang lengkap atau struktur lain sebagai persediaan bagi pemasangannya di sesuatu tempat;

“loji pengawetan” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi mengawet kayu dengan bahan pengawet yang boleh mengurangkan rentanan kemerosotan kayu disebabkan oleh kulat, serangga pasak laut atau api;

Industri Berasas Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 9

“loji penyulingan kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi penguraian kayu dengan memanaskan tanpa hubungan udara, dan mengeluarkan terutamanya arang, sulingan tar, asid piroligneus dan gas mudah terbakar;

“loji tanur pengering”

ertinya suatu kebuk yang boleh menyesuaikan kayu kepada aras kandungan air yang dikehendaki melalui penggunaan proses terma, elektrik, suria dan kimia;

“loji tepung kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya menukarkan apa jua bentuk kayu melalui proses mekanik kepada zarah halus;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perhutanan;

“tanur arang” ertinya suatu kebuk atau retort yang dibina daripada bata atau logam bagi pengkarbonan kayu untuk menghasilkan arang atau termasuklah suatu tanur tanah atau tanur lubang.

Badan Perundangan Negeri berkuasa meluluskan undang-undang berkenaan dengan penubuhan dan pengendalian industri berasas kayu

Seksyen 4

Mana-mana undang-undang yang diluluskan oleh sesuatu Badan

Open as pageSuggest a correction

Perundangan Negeri menurut Akta ini hendaklah memperuntukkan―

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 314

(a)

bahawa pengeluaran lesen di bawahnya tidak boleh disifatkan melepaskan pemegang lesen daripada pematuhan kepada mana-mana

Undang-Undang

Persekutuan yang berhubugan dengan aktiviti yang baginya lesen itu dikeluarkan; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawahnya tidak boleh mengandungi apa-apa syarat atau sekatan yang bercanggah atau berlawanan dengan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan pada mana-mana lesen lain yang dikeluarkan kepada pemegang lesen di bawah mana-mana

Undang-Undang Persekutuan yang berkaitan dengan aktiviti yang sama.

Kecualian

Suggest a correction

Seksyen 5

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan hak dan kuasa

Open as pageSuggest a correction

Parlimen untuk meluluskan apa-apa undang-undang sebagaimana difikirkannya patut berkenaan dengan penubuhan dan pengendalian industri berasas kayu.

Industri Berasas Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 11

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Subseksyen 3(1)]

INDUSTRI BERASAS KAYU

1.

(i)

Kilang papan

(ii)

Kilang papan bergerak

2. (i) Kilang veniar

(ii)

Kilang papan lapis

3. (i) Loji tanur pengering

(ii)

Loji pengawetan

4. (i) Kilang perabot

(ii)

Kilang kumai kayu

(iii)

Kilang kerja kayu

(iv)

Kilang lantai parker

(v)

Kilang kotak kayu, kret dan alat angkut

(vi)

Loji komponen bangunan kayu siap dulu

5. (i) Kilang papan bungkah / kilang papan baten / kilang papan laminan

(ii)

Kilang papan serpih / kilang papan serpai

(iii)

Kilang papan gentian

(iv)

Kilang papan tatal kayu / kilang papan simen kayu

(v)

Kilang papan wafer / kilang papan flake

6. Kilang pulpa dan kertas

7. (i) Loji cebis kayu

(ii)

Loji tepung kayu

8. (i) Tanur arang

(ii)

Loji kayu briket

9. Kilang mancis

10. (i) Loji penyulingan kayu

(ii)

Loji hidrolisis kayu

(iii)

Kilang pulpa rayon

11. Kilang buluh

12. Kilang rotan

12

Akta 314

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

−TIADA−

13

Akta 314

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

−TIADA−

Common questions

What is AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984?
*AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 is Malaysia Act, cited as Act 314 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.
Is AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 still in force?
Yes — AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 is currently in force.
When did AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 take effect?
AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 was first recorded in 1984.
How many sections does AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 have?
AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 contains 5 sections.
Where can I read the official version of AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984?
The official text of AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA INDUSTRI BERASAS KAYU (KEKUASAAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1984 (No. 314)