Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 4
/akn/my/act/amendment_act/2019/A1611
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2019 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1611 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 4
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 4(1)(d)—
dengan menggantikan perkataan “lapan belas” dengan perkataan “dua puluh”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A611
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
(PINDAAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 4
dalam subperenggan (i), dengan memasukkan sebelum perkataan “lima” perkataan “tidak lebih daripada”;
dalam subperenggan (ii), dengan memasukkan sebelum perkataan “lima” perkataan “tidak lebih daripada”;
dalam subperenggan (iii), dengan memasukkan sebelum perkataan “lima” perkataan “tidak lebih daripada”; dan
dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “tidak lebih daripada lima”;
dengan memasukkan selepas perkataan “mempunyai”
perkataan “pengetahuan atau”;
dengan memasukkan selepas perkataan “perniagaan”
perkataan “, ekonomi, keselamatan sosial”; dan
dengan menggantikan perkataan “pengalaman lain yang berkaitan” dengan perkataan “pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan”.
Pindaan seksyen 6
Seksyen 6 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan memotong perkataan “dan adalah layak untuk dilantik semula”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Seseorang ahli Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1) adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada ahli boleh memegang jawatan bagi tempoh keseluruhan melebihi dua belas tahun.”.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 9
Seksyen 9 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Kuorum Lembaga”; dan
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“enam” dengan perkataan “lapan”.
Pindaan seksyen 18
Subseksyen 18(1) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “empat”;
dengan memasukkan selepas perkataan “mempunyai”
perkataan “pengetahuan atau”;
dengan menggantikan perkataan “pengalaman lain yang berkaitan” dengan perkataan “pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan”.
Pindaan seksyen 39
Seksyen 39 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Menghalang orang daripada meninggalkan Malaysia tanpa membayar caruman”;
Undang-Undang Malaysia 6
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) Jika ketua pegawai eksekutif mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar mana-mana caruman yang tertunggak dan kena dibayar di bawah Akta ini, ketua pegawai eksekutif boleh mengeluarkan kepada
Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan caruman yang tertunggak dan kena dibayar dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan
Malaysia, melainkan jika dia membayar caruman yang tertunggak dan kena dibayar itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya.”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“pembuangan negeri atau imigresen, Ketua Polis
Negara atau” dengan perkataan “imigresen,”; dan
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“wang yang kena dibayar” dengan perkataan
“caruman yang tertunggak dan kena dibayar”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Mana-mana orang yang, mengetahui bahawa suatu perakuan telah dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah subseksyen (1), meninggalkan Malaysia tanpa membayar semua caruman yang tertunggak dan kena dibayar yang dinyatakan dalam perakuan itu atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya melakukan suatu
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
7
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, “caruman” termasuklah apa-apa dividen atau caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.”.
Pindaan seksyen 43
Subseksyen 43(8) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “pekerja” perkataan “, sama ada atau tidak”; dan
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“mengikut pengertian Akta ini” dengan perkataan
“, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta ini,”.
Bahagian baharu Vb
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian Va bahagian yang berikut:
“Bahagian VB
PEMILIHAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG UNTUK
MEMINDAHKAN CARUMANNYA
Pemindahan caruman pekerja 53c.
Caruman ahli Kumpulan Wang yang disentuh oleh pemindahan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain di bawah Bahagian ini adalah caruman pekerja ahli Kumpulan
Wang yang pertama disebut.
Pemilihan oleh ahli Kumpulan Wang untuk memindahkan carumannya 53d. (1) Walau apa pun seksyen 51 dan tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria yang dinyatakan dalam
Jadual Kelapan, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih
Undang-Undang Malaysia 8
untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah.
Seorang ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya hendaklah membuat suatu permohonan kepada Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah memindahkan caruman ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang dipilihnya secara bulanan atau mengikut apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Lembaga tertakluk kepada caruman yang ada dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang membuat pemilihan itu.
Penghentian pemindahan caruman 53e. (1) Apabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan berhubung dengan suatu pemindahan caruman, ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan carumannya di bawah seksyen 53d boleh memohon kepada Lembaga untuk menghentikan pemindahan itu.
Suatu permohonan bagi penghentian pemindahan caruman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada
Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah menghentikan pemindahan caruman itu.
Apa-apa amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan sebelum tarikh penghentian pemindahan caruman itu hendaklah dikekalkan dalam akaun ahli Kumpulan Wang itu.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
9
Pemindahan semula caruman 53f.
Jika caruman di bawah seksyen 53d telah dipindahkan secara silap, Lembaga boleh memindahkan semula caruman itu, termasuk apa-apa dividen, ke dalam akaun ahli Kumpulan
Wang yang telah memilih untuk memindahkan caruman itu, tertakluk kepada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan
Wang yang telah menerima caruman yang dipindahkan secara silap itu.”.
Pindaan seksyen 55a
9. Subseksyen 55a(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Perenggan 54(1)(c), (e) dan subseksyen” dengan perkataan “Subseksyen”.
Pindaan seksyen 55b
10. Seksyen 55B Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun yang tergolong dalam kategori ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan 54(1)(c) atau (e) atau perenggan 70c(1)(b) atau (c).”.
Jadual baharu Kelapan
11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketujuh jadual yang berikut:
“Jadual Kelapan
[Seksyen 53d dan 53e]
PEMILIHAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG UNTUK MEMINDAHKAN
CARUMANNYA
Pemindahan caruman ahli Kumpulan Wang ke dalam akaun ahli Kumpulan
Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah
Tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) jadual yang berikut, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (3)
Undang-Undang Malaysia 10
ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah dan perkahwinan mereka telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.
Pemindahan caruman boleh dihentikan oleh ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya apabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang berikut:
pembubaran perkahwinan antara ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya dengan ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan itu;
kematian ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan itu.
(1)
Kriteria ahli
Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya
(2)
Kriteria ahli
Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan
(3)
Kadar caruman yang akan dipindahkan
”.
Ahli Kumpulan Wang itu—
merupakan warganegara
Malaysia atau bukan warganegara
Malaysia; dan
menerima caruman majikan secara bulanan
Ahli Kumpulan
Wang itu merupakan warganegara
Malaysia 2%
caruman x pekerja 11%
ahli
Kumpulan
Wang yang memilih untuk memindahkan caruman itu
Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit yang berikutnya