PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/amendment_act/2019/A1589
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA MAKTAB KERJASAMA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2019 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1589 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Bahagian II Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 September 2011.
Bahagian III dan IV Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta.
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1589
Bahagian II
AKTA MAKTAB KERJASAMA (PERBADANAN) (PINDAAN) 2011
Penggantian seksyen 2 hingga 13
Teks bahasa kebangsaan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan)
(Pindaan) 2011 [Akta A1398], yang disebut “Akta ibu” dalam
Bahagian II
‘Penggantian seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Maktab yang dilantik di bawah subseksyen 4l(1);
“Kumpulan Wang Rizab” ertinya Kumpulan Wang
Rizab yang ditubuhkan di bawah sekyen 7a;
“Kumpulan Wang Simpanan Bercarum” ertinya
Kumpulan Wang Simpanan Bercarum yang ditubuhkan di bawah seksyen 7b;
“Lembaga” ertinya Lembaga Maktab Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4b;
“Maktab” ertinya Maktab Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi;
“tahun kewangan” ertinya tempoh dari satu hari bulan
Januari hingga tiga puluh satu hari bulan Disember dalam sesuatu tahun.”.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
5
Penggantian seksyen 3
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 3 dengan seksyen yang berikut:
“Penubuhan Maktab Koperasi Malaysia
Maktab boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Maktab boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut—
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih yang boleh menjadi terletak hak padanya melalui pembelian, atau melalui apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;
memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menjual, menggadaijanjikan, memajak, menukarkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih apa-apa perihalan atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Maktab atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut; dan
menjalankan, melaksanakan dan menunaikan, mengikut peruntukan Akta ini, segala kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan, diperuntukkan atau dikenakan ke atas Maktab oleh mana-mana peruntukan.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1589
Penggantian seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:
“Fungsi Maktab
untuk menyediakan suatu kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain dan membuat apa-apa penganugerahan diploma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Maktab;
untuk mencetak atau menerbitkan, atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan, buku tentang koperasi atau apa-apa mata pelajaran yang berkaitan dengannya;
untuk membuat apa-apa kaedah-kaedah sebagaimana yang perlu untuk mengawal selia tanggungjawab dan kawalan pegawai dan kakitangan Maktab dan untuk mengenakan apa-apa fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkannya patut;
untuk menjalankan kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain, secara bersesama atau bersekutu, gabungan, usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi atau badan profesional, atau mana-mana pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia; dan
untuk menasihati Menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan latihan dan pendidikan koperasi.”.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
7
Seksyen baharu 4a hingga 4p
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4
seksyen yang berikut:
“Kuasa Maktab 4a. Maktab hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa untuk—
menganugerahkan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf kepada orang yang mengikuti kursus pengajian yang dikendalikan oleh Maktab dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau sebagaimana yang boleh ditetapkan;
memulakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk lain bagi kepujian, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan yang disediakan oleh Maktab;
memberikan pinjaman atau bantuan kewangan untuk pelajar yang memerlukan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh
Lembaga;
memasarkan atau mengkomersialkan perkhidmatan, dapatan penyelidikan dan keluaran Maktab;
meminta dan menerima apa-apa fi sebagaimana yang boleh dari semasa ke semasa ditentukan oleh
Lembaga atau sebagaimana yang ditetapkan;
melakukan apa-apa perkara, sama ada yang bersampingan dengan kuasa itu atau tidak, yang boleh dilakukan bagi pengembangan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib dalam Maktab; dan
menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancang atau dijalankan oleh Maktab dengan kelulusan Menteri Kewangan.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1589
Lembaga Maktab 4b. (1) Maktab hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga Maktab yang terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi;
tiga orang lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan, pengendalian atau kebajikan Maktab.
Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(a), (d), (e),
Seorang pegawai kanan Maktab hendaklah dilantik oleh Lembaga sebagai Setiausaha kepada Lembaga tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi.
Anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (1)(a),
, (e), (f), (g) dan (h) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a), (d), (e), (f), (g) dan (h) terhenti menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Kehilangan kelayakan daripada menjadi anggota Lembaga 4c. Seseorang hendaklah hilang kelayakan daripada dilantik atau menjadi anggota Lembaga—
jika dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh lebih daripada dua tahun;
jika dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 4d. (1) Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak berupaya untuk melaksanakan fungsinya atau semasa mana-mana tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1589
Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi atas apa-apa sebab tidak berupaya untuk melaksanakan fungsi
Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk melaksanakan fungsi
Pengerusi.
Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi dan hendaklah mempunyai segala kuasa Pengerusi.
Pengosongan jawatan 4e. Jawatan seseorang anggota Lembaga yang disebut dalam subseksyen 4b(1) hendaklah menjadi kosong—
apabila anggota itu meletakkan jawatan melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri; atau
apabila habis tempoh atau pembatalan pelantikannya.
Pembatalan pelantikan 4f. (1) Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota Lembaga yang disebut dalam perenggan (1)(a), (d),
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Lembaga atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga atau Maktab;
jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan dengan sepatutnya tugasnya sebagai anggota
Lembaga;
jika dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh lebih daripada dua tahun;
jika dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi, atau dalam hal
Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.
Walau apa pun subseksyen (1), pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan sebab bagi pembatalan itu.
Mesyuarat Lembaga 4g. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu tetapi tidak kurang daripada empat kali setahun bagi maksud mempertimbangkan aktivitinya.
Jika atas apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh
Lembaga terdapat undi yang sama rata, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit mesyuarat Lembaga yang dibuat hendaklah, jika ditandatangani sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1589
tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit mesyuarat telah dibuat hendaklah disifatkan sebagai telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Penzahiran kepentingan 4h. (1) Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya—
apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat kontrak; atau
apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah dizahirkan kepada Lembaga mengenai hakikat dan jenis kepentingannya.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar seksyen ini.
Lembaga boleh mengundang orang lain dalam mesyuarat 4i. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihati Lembaga mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
Seseorang yang diundang di bawah subseksyen (1)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Elaun 4j. Anggota Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 4b(1)
dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 5a boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Kesahan tindakan dan prosiding 4k. Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—
suatu kekosongan dalam keanggotaan, atau kecacatan dalam perlembagaan, Lembaga; atau
suatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Pelantikan Ketua Pengarah 4l. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Ketua Pengarah hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
Lembaga hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pengarah apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Pelantikan pegawai dan kakitangan 4m. (1) Maktab boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga, apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah, pegawai dan kakitangan lain, sebagaimana yang perlu untuk menjalankan maksud Maktab.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1589
Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pengarah dan boleh melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah di bawah Akta ini.
Cawangan Maktab 4n. (1) Lembaga boleh menubuhkan dan menyenggarakan apa-apa cawangan atau cawangan-cawangan Maktab di mana-mana tempat atau tempat-tempat di Malaysia atau di mana-mana jua sebagaimana yang Lembaga berpendapat bahawa adalah wajar bagi maksud menjalankan peruntukan
Akta ini.
Lembaga hendaklah melantik berkenaan dengan suatu cawangan, seorang Pengarah Cawangan yang hendaklah menjadi ketua eksekutif, pegawai pentadbiran dan akademik cawangan, dan dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan
Ketua Pengarah.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 4o. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri.
Menteri boleh memberikan kepada Lembaga arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini, yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Lembaga.
Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan yang diberikan di bawah seksyen ini secepat yang dapat dilaksanakan.
Meterai perbadanan Maktab 4p. (1) Meterai perbadanan Maktab boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Meterai perbadanan Maktab hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah dan hendaklah digunakan dengan kebenaran Lembaga.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
Meterai perbadanan Maktab hendaklah dicapkan pada semua diploma dan sijil dan ditandatangani oleh—
Ketua Pengarah atau, semasa ketiadaannya, seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga; dan
mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Lembaga, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Maktab yang sah.
Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeterai boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Maktab; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Maktab oleh
Ketua Pengarah, atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga secara am atau khusus.”.
Penggantian seksyen 5
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 5 dengan seksyen yang berikut:
“Jawatankuasa Pengajian
Jawatankuasa Pengajian hendaklah termasuk orang yang berikut:
Seorang pegawai kanan Maktab hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Pengajian.
Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh
Maktab, Jawatankuasa Pengajian hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Pengajian boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Pengajian untuk memberi nasihat mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Pengajian.”.
Seksyen baharu 5a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5
seksyen yang berikut:
“Kuasa Lembaga untuk menubuhkan jawatankuasa lain 5a. Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya patut dan tertakluk kepada apa-apa arahan oleh Lembaga, suatu jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.”.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
17
Seksyen baharu 7a dan 7b
seksyen yang berikut:
“Kumpulan Wang Rizab 7a. (1) Maktab boleh menubuhkan dan menguruskan suatu
Kumpulan Wang Rizab.
Tertakluk kepada subseksyen (3), pembayaran ke dalam dan keluar daripada Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
Kumpulan Wang Rizab tidak boleh digunakan selain bagi maksud Maktab.
Kumpulan Wang Simpanan Bercarum 7b. Maktab boleh, dengan kelulusan Menteri dan dengan persetujuan Perbendaharaan, menubuhkan dan menguruskan suatu Kumpulan Wang Simpanan Bercarum bagi Ketua
Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 4l dan pegawai dan kakitangan yang dilantik di bawah seksyen 4m.”.
Seksyen baharu 8a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8
seksyen yang berikut:
“Hadiah 8a. (1) Lembaga boleh, bagi pihak Maktab, menerima dengan cara pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, bantuan, warisan atau selainnya, apa-apa harta dan wang sebagai bantuan kewangan Maktab atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Apa-apa harta atau wang yang diterima oleh Maktab di bawah subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada terma dan syarat yang padanya harta atau wang itu diberikan dan diterima, digunakan oleh Lembaga untuk kesemua atau mana-mana maksud Maktab mengikut Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1589
Suatu daftar hendaklah disimpan berkenaan dengan semua harta dan wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (1), termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang padanya harta dan wang itu telah diberikan.
Semua harta dan wang yang diberikan dan diterima bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud yang baginya harta dan wang itu diberikan dan diterima dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.”.
Pindaan seksyen 10
Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“Majlis” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Lembaga”.
Pindaan seksyen 11
Seksyen 11 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “Majlis” dengan perkataan “Lembaga”.
Pindaan seksyen 12
Seksyen 12 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Majlis” dengan perkataan “Lembaga”.
Seksyen baharu 12a hingga 12g
seksyen yang berikut:
“Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 12a. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Maktab atau terhadap Lembaga, mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Maktab berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh Maktab atau olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas sifat yang sedemikian.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
19
Pekhidmat awam 12b. Tiap-tiap anggota Lembaga, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Maktab, semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, kakitangan atau ejen itu, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Obligasi kerahsiaan 12c. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seseorang anggota Lembaga, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Maktab, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Prosiding sivil 12d. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap Maktab atau dalam apa-apa prosiding lain yang dalamnya Maktab dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengari, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengari, mana-mana orang atau pegawai Maktab yang diberi kuasa bagi pihak itu melalui arahan khas atau am Ketua Pengarah, boleh bagi pihak Maktab, memulakan prosiding itu atau hadir dalam dan mengendalikan prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Maktab.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1589
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati 12e. Tiada tindakan atau guaman boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi pihak Maktab, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan dengan suci hati pada menjalankan atau menunaikan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini atas kepercayaan yang munasabah bahawa adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk disampaikan.
Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah dan garis panduan 12f. (1) Lembaga boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah dan garis panduan sebagaimana yang perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Secara khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah dan garis panduan itu boleh memperuntukkan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:
penentuan kehendak yang mengawal selia pengiktirafan dan penganugerahan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf untuk diberikan oleh Maktab;
syarat dan kemasukan dan kebajikan pelajar;
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
apa-apa perkara yang tergolong dalam kuasa Maktab di bawah seksyen 4a.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 12g. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
yang memperuntukkan tatatertib pelajar Maktab, termasuk menetapkan kesalahan tatatertib, hukuman tatatertib dan tatacara bagi prosiding tatatertib; dan
mengenai apa-apa perkara sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan
Akta ini dengan lebih baik.” ’.
Bahagian III
(PEMERBADANAN) 1968
[AKTA NO. 35 TAHUN 1968]
Pindaan tajuk panjang
Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968
[Akta No. 35 tahun 1968], yang disebut “Akta ibu” dalam Bahagian ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan menggantikan perkataan
“Maktab Kerjasama” dengan perkataan “Institut Koperasi”.
Pindaan am
Kecuali bagi seksyen 13, Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Maktab” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “Institut”.
Pindaan seksyen 1
“Maktab Kerjasama” dengan perkataan “Institut Koperasi”.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1589
Pentafsiran sebutan mengenai Akta ibu
Jika, pada dan selepas permulaan kuat kuasa Bahagian ini, suatu sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai “Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968”, sebutan itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Akta Institut
Koperasi (Pemerbadanan) 1968”.
Sebutan mengenai “Maktab” di bawah Akta Maktab Kerjasama
(Pemerbadanan) 1968
Apa-apa sebutan mengenai “Maktab” yang ditubuhkan di bawah
Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Institut
Koperasi Malaysia.
Pindaan seksyen 3
Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “College” dengan perkataan “Institute”.
Pindaan seksyen 7
dengan menggantikan perkataan “Maktab Kerjasama”
dengan perkataan “Institut Koperasi”;
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (b)
dengan perkataan “; dan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) hendaklah dibayar kepadanya wang yang diterima daripada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan
Koperasi.”.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
23
Peruntukan kecualian dan peralihan
Apa-apa prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Maktab Koperasi Malaysia sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini bolehlah diteruskan atau dimulakan pada dan selepas mula berkuat kuasanya Bahagian ini atas nama Institut Koperasi Malaysia.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang disempurnakan oleh Maktab Koperasi Malaysia di bawah meterai perbadanan “Maktab Koperasi Malaysia” sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya apabila Bahagian ini mula berkuat kuasa.
Mana-mana orang yang merupakan anggota Lembaga,
Jawatankuasa Pengajian atau mana-mana jawatankuasa Maktab
Koperasi Malaysia sebaik sebelum mula berkuat kuasanya
Bahagian ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, terus menjadi anggota Lembaga, Jawatankuasa Pengajian atau mana-mana jawatankuasa Institut Koperasi Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Semua pegawai dan kakitangan yang dilantik oleh Maktab
Koperasi Malaysia sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, disifatkan telah dilantik oleh Institut Koperasi Malaysia atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi pegawai dan kakitangan itu sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini.
Jika perubahan telah dibuat pada dan selepas permulaan kuat kuasa Bahagian ini, berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan kakitangan Institut Koperasi Malaysia yang disifatkan di bawah subseksyen (5) telah dilantik oleh Institut, pegawai dan kakitangan itu hendaklah diberi suatu pilihan sama ada untuk terus tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang sedia ada atau menjadi tertakluk kepada syarat baharu perkhidmatan.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1589
Segala wang yang terkandung dalam atau yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang Maktab Kerjasama Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta ibu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Institut Koperasi Malaysia.
Apa-apa aset, syer dan tanggungan lain kepunyaan Kumpulan
Wang Maktab Kerjasama Malaysia sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini hendaklah menjadi, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, aset, syer dan tanggungan Kumpulan Wang
Institut Koperasi Malaysia.
Segala wang yang terkandung dalam Kumpulan Wang
Rizab dan Kumpulan Wang Simpanan Bercarum Maktab Koperasi
Malaysia hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada
Kumpulan Wang Rizab dan Kumpulan Wang Simpanan Bercarum
Institut Koperasi Malaysia.
Bahagian IV
(INCORPORATION) ACT 1968
[ACT 437]
Pindaan tajuk panjang
Co-operative College (Incorporation) Act 1968 [Act 437], yang disebut “Akta ibu” dalam Bahagian ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan menggantikan perkataan “College” dengan perkataan “Institute”.
Pindaan am
Kecuali bagi seksyen 13, Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “College” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “Institute”.
Pindaan seksyen 1
Subseksyen 1(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Co-operative College” dengan perkataan “Co-operative
Institute”.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
25
Pentafsiran sebutan mengenai Akta ibu
Jika, pada dan selepas permulaan kuat kuasa Bahagian ini, suatu sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai “Co-operative College (Incorporation) Act 1968”, sebutan itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
“Co-operative Institute (Incorporation) Act 1968”.
Sebutan mengenai “College” di bawah Co-operative College
(Incorporation) Act 1968
Apa-apa sebutan mengenai “College” yang ditubuhkan di bawah Co-operative College (Incorporation) Act 1968 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Co-operative Institute of Malaysia.
Pindaan seksyen 7
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (b)
dengan perkataan “; and”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) into which shall be paid sums received from the
Co-operative Societies Education Trust Fund.”.
Peruntukan kecualian dan peralihan
Apa-apa prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Co-operative College of Malaysia sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini bolehlah diteruskan atau dimulakan pada dan selepas mula berkuat kuasanya Bahagian ini atas nama Co-operative Institute of Malaysia.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang disempurnakan oleh Co-operative College of Malaysia di bawah meterai perbadanan “Co-operative College of Malaysia” sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya apabila Bahagian ini mula berkuat kuasa.
Mana-mana orang yang merupakan anggota Lembaga,
Jawatankuasa Pengajian atau mana-mana jawatankuasa Co-operative
College of Malaysia sebaik sebelum mula berkuat kuasanya
Bahagian ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, terus menjadi anggota Lembaga, Jawatankuasa Pengajian atau mana-mana jawatankuasa Co-operative Institute of Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Semua pegawai dan kakitangan yang dilantik oleh
Co-operative College of Malaysia sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa
Bahagian ini, disifatkan telah dilantik oleh Co-operative Institute of Malaysia atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi pegawai dan kakitangan itu sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini.
Jika perubahan telah dibuat pada dan selepas permulaan kuat kuasa Bahagian ini, berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan kakitangan Co-operative Institute of Malaysia yang disifatkan di bawah subseksyen (5) telah dilantik oleh Institute, pegawai dan kakitangan itu hendaklah diberi suatu pilihan sama ada untuk terus tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang sedia ada atau menjadi tertakluk kepada syarat baharu perkhidmatan.
Segala wang yang terkandung dalam atau yang kena dibayar ke dalam Co-operative College of Malaysia Fund yang ditubuhkan di bawah Akta ibu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Co-operative Institute of Malaysia Fund.
Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)
Apa-apa aset, syer dan tanggungan lain kepunyaan
Co-operative College of Malaysia Fund sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini hendaklah menjadi, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, aset, syer dan tanggungan Co-operative
Institute of Malaysia Fund.
Segala wang yang terkandung dalam Kumpulan Wang Rizab dan Kumpulan Wang Simpanan Bercarum Co-operative College of Malaysia hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada
Kumpulan Wang Rizab dan Kumpulan Wang Simpanan Bercarum
Co-operative Institute of Malaysia.