PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2015/772
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
ANIMAL WELFARE ACT 2015 is Malaysia Act, cited as Act 772 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Opening note
Part I
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 772
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 772
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“haiwan” ertinya apa-apa makhluk hidup selain manusia dan termasuklah apa-apa haiwan, burung, haiwan akuatik, reptilia atau serangga tetapi tidak termasuk hidupan liar di bawah
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716];
“haiwan persembahan” ertinya mana-mana haiwan yang digunakan bagi maksud apa-apa hiburan, pameran, sukan, rakaman audio-visual dan pertunjukan haiwan;
“karkas” ertinya bangkai haiwan dan termasuklah mana-mana bahagian badan sama ada secara berasingan atau selainnya;
“kebajikan haiwan” termasuklah keperluan haiwan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 24;
“Lembaga” ertinya Lembaga Kebajikan Haiwan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani;
“pegawai kebajikan haiwan” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 36;
“pembantu sukarela kebajikan haiwan” ertinya mana-mana orang yang berkelayakan yang dilantik di bawah seksyen 37;
“pemunya” ertinya mana-mana orang yang memiliki apa-apa haiwan dan termasuklah mana-mana orang pada masa ini bertanggungjawab tentang mana-mana haiwan atau mana-mana orang yang menghuni mana-mana premis;
“pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara dan apa-apa kaedah pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;
“pihak berkuasa veterinar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Binatang 1953 [Akta 647];
Kebajikan Haiwan 9
“premis” termasuklah apa-apa rumah, bangunan, pondok, bangsal, struktur, platform, loji, gudang berlesen, kontena dan tanah sama ada dipagari atau dibina di atasnya atau tidak;
“tatacara pengurusan veterinar yang diterima pakai” termasuklah nyahtanduk lembu, cucuk hidung lembu, pengacipan telinga, pengetagan telinga, pemangkasan bulu, tanduk, gading atau kuku, dan membuat tanda pada haiwan atau apa-apa tatacara lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Part II
Penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan
Suatu badan yang dikenali sebagai “Lembaga Kebajikan
Haiwan” ditubuhkan.
Fungsi Lembaga
untuk memantau kerja-kerja persatuan atau badan yang ditubuhkan bagi maksud mencegah trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan;
untuk memantau kerja-kerja bagi perlindungan haiwan, termasuklah haiwan dalam rumah penyelamat, tempat perlindungan haiwan atau kawasan perlindungan;
untuk memantau keadaan tempat di mana haiwan boleh mencari perlindungan apabila haiwan itu lemah atau memerlukan perlindungan;
untuk memberikan pendidikan berhubung dengan layanan berperikemanusiaan kepada haiwan dan untuk menggalakkan pembentukan pendapat umum berhubungan dengan tindakan mengakibatkan trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan;
untuk mempromosikan kebajikan haiwan melalui ceramah, buku, poster, pameran sinematografi dan lain-lain;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 772
untuk menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan kebajikan haiwan, pencegahan tindakan yang mengakibatkan trauma, kesakitan atau penderitaan ke atas haiwan, pencegahan pembunuhan yang tidak sepatutnya dan untuk mengadakan peruntukan bagi kebajikan dan kesejahteraan haiwan;
untuk mentadbirkan, menguatkuasakan dan memastikan pelaksanaan yang berkesan Akta ini; dan
untuk melaksanakan semua fungsi sebagaimana yang dibenarkan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, termasuklah fungsi yang boleh diamanahkan kepada Lembaga di bawah arahan
Menteri.
Dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang, pegawai atau mana-mana pihak berkuasa dan orang, pegawai dan pihak berkuasa itu hendaklah terikat untuk mematuhi arahan tersebut.
Pewakilan fungsi Lembaga
Mana-mana jawatankuasa atau pegawai awam yang diwakilkan dengan fungsi sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira akan semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang ditentukan oleh Lembaga.
Mana-mana fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak
Lembaga.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga itu sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana-mana fungsi yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Kebajikan Haiwan 11
Keanggotaan Lembaga
seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, yang hendaklah dilantik oleh Menteri sebagai
Timbalan Pengerusi;
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara Semenanjung Malaysia atau wakilnya;
dekan fakulti berhubung dengan veterinar, daripada suatu institusi pengajian tinggi awam yang dilantik oleh Menteri;
seorang pegawai kanan Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani yang dilantik oleh Menteri;
Menteri bolehlah, selepas berunding dengan Lembaga, melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota Lembaga.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan
Ternak Sabah dan Ketua Penolong Pengarah (Veterinar)
Jabatan Pertanian Sarawak hendaklah menjadi anggota ex-officio
Lembaga tetapi tidak berhak mengundi sewaktu mesyuarat Lembaga.
Menteri hendaklah, selepas berunding dengan Lembaga, melantik seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menjadi Setiausaha Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 772
Anggota silih ganti
Seseorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat
Lembaga hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai anggota Lembaga.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, berhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti berhenti menjadi anggota Lembaga.
Tempoh jawatan
Tertakluk kepada apa-apa syarat tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota
Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(b), (f), (g), (h)
atau (i) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
Elaun dan perbelanjaan
Anggota Lembaga, anggota silih ganti atau mana-mana orang yang diundang ke mana-mana mesyuarat Lembaga di bawah subseksyen 12(6) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(b), (f), (g), (h) atau (i) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
Kebajikan Haiwan 13
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(b),
, (g), (h) atau (i) berhenti menjadi anggota Lembaga, oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 772
Mesyuarat Lembaga
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Lembaga dan jika bagi apa-apa sebab Pengerusi tidak hadir,
Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan.
Pengerusi dan empat anggota lain Lembaga hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Lembaga.
Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang menggantikan Pengerusi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai undi pemutus.
Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga bagi maksud menasihati
Lembaga tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat tersebut.
Jawatankuasa
Suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menimbangteliti perkara yang dirujuk kepadanya oleh
Lembaga dan membuat syor yang sesuai mengenai perkara itu kepada Lembaga.
Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Kebajikan Haiwan 15
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula bagi apa-apa tempoh yang boleh ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada, dan hendaklah bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Suatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada
Lembaga dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat bagi maksud menasihati jawatankuasa tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 772
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat jawatankuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya.
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (13) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, jawatankuasa; atau
terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi arahan kepada Lembaga selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan itu.
Part III
Kehendak bagi lesen
Walau apa pun subseksyen (1), lesen tidak diperlukan untuk aktiviti penyembelihan haiwan bagi maksud keagamaan dan adat.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima belas ribu ringgit dan tidak lebih daripada tujuh puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
Kebajikan Haiwan 17
Permohonan dan pengeluaran lesen
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang difikirkan oleh
Lembaga perlu dan berkaitan kepada permohonan itu dan Lembaga boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, menghendaki pemohon itu supaya memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang difikirkan oleh Lembaga perlu bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi lesen itu.
Lembaga boleh, apabila menerima suatu permohonan untuk lesen di bawah subseksyen (1), mengeluarkan lesen atau menolak untuk mengeluarkan lesen.
Jika permohonan lesen itu diluluskan oleh Lembaga, lesen itu hendaklah dikeluarkan atas nama pemohon apabila dibayar fi yang ditetapkan dan Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya perlu.
Lesen tidak boleh dipindah milik
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Tempoh lesen
Sesuatu lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah
Akta ini hendaklah berkuat kuasa selama tempoh lima tahun daripada tarikh pengeluaran atau pembaharuannya, melainkan jika—
Lembaga menyatakan apa-apa tempoh yang lebih pendek dalam lesen itu;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 772
Seseorang pemegang lesen hendaklah memberikan kepada
Lembaga apa-apa maklumat yang difikirkan oleh Lembaga perlu dan berkaitan bagi permohonan itu.
Lembaga boleh, apabila menerima suatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1), memperbaharui lesen atau menolak untuk memperbaharui lesen itu.
Jika suatu permohonan untuk suatu pembaharuan lesen diluluskan oleh Lembaga, lesen itu hendaklah diperbaharui apabila dibayar fi yang ditetapkan dan Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Mempamerkan lesen
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pemegang lesen tidak dikehendaki untuk menyebabkan salinan lesen itu dipamerkan jika dia menjalankan aktiviti di luar premis itu tetapi pemegang lesen itu hendaklah memastikan dia atau orang yang bertanggungjawab terhadap aktiviti itu mempunyai satu salinan lesen bersamanya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Kebajikan Haiwan 19
Penggantungan dan pembatalan lesen
pemegang lesen atau mana-mana pekerja kepada pemegang lesen itu telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
pemegang lesen telah melanggar apa-apa syarat yang dinyatakan dalam lesen itu;
pemegang lesen tidak mematuhi apa-apa peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; atau
Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen itu dibenarkan untuk memohon suatu pembaharuan lesen semasa tempoh penggantungan.
Lembaga boleh, dengan memberikan suatu notis secara bertulis kepada pemegang lesen, membatalkan suatu lesen di bawah mana-mana keadaan yang berikut:
pemegang lesen tidak meremedi alasan bagi penggantungan atau mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa alasan bagi penggantungan itu tidak akan berulang dalam tempoh empat belas hari sebelum berakhir tempoh penggantungan; atau
Lembaga boleh menghilangkan kelayakan seseorang pemegang lesen daripada memohon lesen yang lain sebelum habisnya tempoh lesen yang dibatalkan itu.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 772
Lembaga hendaklah memberikan pemegang lesen suatu notis secara bertulis sebelum Lembaga membuat suatu keputusan di bawah subseksyen (1) atau (3).
Apabila berlakunya penggantungan atau pembatalan, pemegang lesen hendaklah menyerahkan balik lesen kepada Lembaga tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh notis penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepadanya.
Lembaga hendaklah memulangkan lesen yang digantung di bawah subseksyen (6) kepada pemegang lesen selepas berakhir tempoh penggantungan itu.
Apabila lesen telah dibatalkan atau digantung, ia tidak berkuat kuasa daripada tarikh pembatalan atau semasa tempoh penggantungan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Rayuan kepada Menteri
dengan keengganan Lembaga untuk mengeluarkan atau memperbaharui apa-apa lesen; atau
dengan penggantungan atau pembatalan apa-apa lesen, boleh dalam masa tiga puluh hari selepas dimaklumkan secara bertulis berkenaan dengan keengganan, penggantungan atau pembatalan itu, merayu secara bertulis kepada Menteri terhadap keputusan itu.
Menteri boleh, selepas menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), membenarkan atau menolak keputusan yang dirayu terhadapnya, dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Dihalang daripada memegang lesen
Jika seseorang pernah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya, dia boleh dihalang daripada memegang apa-apa lesen oleh Lembaga bagi tempoh tidak melebihi lima tahun bermula pada tarikh prosiding berkenaan dengan sabitan itu diselesaikan dengan muktamad.
Kebajikan Haiwan 21
Part IV
Kewajipan pemunya atau pemegang lesen
mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan keperluan haiwan dipenuhi, termasuklah—
keperluannya kepada persekitaran yang sesuai;
keperluan untuk membolehkannya mempamerkan corak kelakuannya yang semula jadi;
keperluannya untuk ditempatkan bersama dengan atau berasingan daripada haiwan lain; dan
keperluannya untuk dilindungi daripada kesakitan, penderitaan, kecederaan dan penyakit; dan
memastikan bahawa hal keadaan yang adalah berkaitan untuk mengambil kira kepada keperluan haiwan itu di bawah perenggan (a) termasuklah—
apa-apa tujuan yang sah untuk haiwan itu dipelihara;
dan
Tiada apa-apa dalam seksyen ini terpakai bagi pemusnahan yang sah mana-mana haiwan bagi maksud yang munasabah secara wajar dan berperikemanusiaan.
Pemunya atau pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima belas ribu ringgit dan tidak lebih daripada tujuh puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 772
Notis penambahbaikan
menetapkan suatu tempoh bagi pemunya atau pemegang lesen mengambil langkah-langkah yang disebut dalam perenggan (b); dan
kesan tidak mematuhi arahan seperti yang dinyatakan di dalam notis penambahbaikan.
Pemunya atau pemegang lesen hendaklah mematuhi kehendak notis yang disebut dalam subseksyen (1).
Jika notis penambahbaikan di bawah subseksyen (1)
disampaikan kepada pemunya atau pemegang lesen, tiada prosiding bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 24(3) boleh dimulakan.
Seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh, sebagaimana yang difikirkannya perlu, melanjutkan tempoh pematuhan yang dinyatakan dalam notis penambahbaikan itu.
Pemunya atau pemegang lesen yang melanggar subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Haiwan yang digunakan dalam penyelidikan, ujian atau pengajaran
semua langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan keperluan fizikal, kesihatan dan kelakuan haiwan itu
Kebajikan Haiwan 23
diambil menurut Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang ditetapkan oleh Menteri;
haiwan tersebut hendaklah menerima, jika boleh dilaksanakan, rawatan yang akan melegakan apa-apa kesakitan atau keperitan yang tidak munasabah atau tidak sepatutnya apabila haiwan itu sakit atau cedera; atau
apa-apa tahap kesakitan atau keperitan itu dikurangkan seminimum yang mungkin dalam hal keadaan apabila ciri penyelidikan, ujian atau pengajaran itu tidak dapat mematuhi perenggan (a) atau (b).
Tiada seorang pun, kecuali sekolah, boleh menggunakan haiwan untuk penyelidikan, ujian atau pengajaran kecuali ia dilesenkan oleh Lembaga.
Garis panduan berkenaan dengan penyelidikan, ujian atau pengajaran haiwan di sekolah hendaklah menurut mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga.
Tiada seorang pun boleh membiakkan mana-mana haiwan untuk digunakan dalam penyelidikan, ujian atau pengajaran melainkan jika diluluskan oleh Lembaga.
Bagi maksud seksyen ini, “sekolah” mempunyai makna yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pendidikan 1996
[Akta 550].
Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengangkutan haiwan
makanan dan air yang cukup, kepada haiwan yang diangkut dalam pengangkut itu bagi memastikan penghantaran selamat haiwan itu kepada penerima konsainan di tempat konsainan.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 772
Tiada seorang pun boleh mengurung atau mengekang dengan kejam haiwan yang diangkut dalam pengangkut di bawah subseksyen (1).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima belas ribu ringgit dan tidak lebih daripada tujuh puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
Penjualan haiwan kepada orang berumur bawah dua belas tahun
Mana-mana orang yang menjual haiwan kepada seseorang yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu berumur di bawah dua belas tahun, melainkan jika orang itu ditemani oleh seorang dewasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima belas ribu ringgit dan tidak lebih daripada tujuh puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
Part V
Kesalahan penganiayaan
dengan kejamnya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera atau menakutkan mana-mana haiwan;
terlebih naik atau terlebih tunggang mana-mana haiwan, kecuali untuk aktiviti yang berhubung dengan sukan ekuestrian yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576];
menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan mana-mana haiwan dipergunakan sedemikian;
Kebajikan Haiwan 25
sebagai pemunya mana-mana haiwan atau, sebagai penjaga mana-mana haiwan di dalam kurungan, tidak atau cuai untuk menyediakan makanan, minuman atau tempat perlindungan yang mencukupi untuk haiwan itu;
dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan, menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya, atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada mana-mana haiwan;
menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan mana-mana haiwan dikurung, diangkut, diangkat atau dibawa dengan apa-apa cara atau kedudukan yang menyebabkan haiwan itu mengalami kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya;
mengambil kerja, menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan diambil bekerja apa-apa kerja atau buruh, mana-mana haiwan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit, kerengsaan, luka atau kudis, atau selainnya tidak sesuai untuk diambil bekerja;
mencacatkan mana-mana haiwan dengan apa-apa cara termasuklah memotong telinga, memendekkan ekor, mencabut gigi taring, mencabut kuku, menyelar, menindik atau mengurangkan salakan melainkan dengan apa-apa cara yang ditentukan dan diperakukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar;
melapah, memanggang atau membunuh mana-mana haiwan yang masih hidup kerana kepercayaan karut melalui tatacara yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada haiwan itu;
mengeluarkan mana-mana bahagian haiwan yang masih hidup melalui suatu tatacara yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada haiwan bagi maksud untuk mendapatkan kulit, minyak atau produk haiwan yang lain;
memasang dinamit, mengelektrikkan atau membubuh racun ke dalam mana-mana anak sungai, sungai atau jasad air yang lain bagi maksud untuk membunuh, menuai atau menangkap haiwan;
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 772
menyimpan mana-mana haiwan dengan dirantai atau ditambat dengan menggunakan rantai atau tali yang pendek atau berat, atau memincangkan kaki haiwan itu;
menyimpan atau mengurung mana-mana haiwan di dalam sangkar atau bekas lain yang ukuran tinggi, panjang dan lebarnya tidak mencukupi bagi membenarkan pergerakan semula jadi haiwan itu;
membuat tawaran jualan mana-mana haiwan yang sedang menderita kesakitan disebabkan oleh kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau perbuatan aniaya yang lain;
memiliki, tanpa alasan yang munasabah, mana-mana haiwan yang sedang menderita kesakitan disebabkan oleh kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau perbuatan aniaya yang lain;
meninggalkan mana-mana haiwan dalam keadaan yang boleh menyebabkan haiwan itu mengalami trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit;
sebagai pemunya mana-mana haiwan, dengan sengaja atau cuai menyebabkan mana-mana haiwan keluar tanpa pengawasan di mana-mana tempat ketika haiwan itu dijangkiti penyakit berjangkit;
sebagai pemunya mana-mana haiwan, dengan sengaja atau cuai menyebabkan mana-mana haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera untuk mati di mana-mana tempat;
menyebabkan, mendapatkan atau membantu dalam pelagaan atau pengumpanan mana-mana haiwan, atau menyimpan, menggunakan, menguruskan, atau melakukan atau membantu dalam pengurusan mana-mana premis atau tempat bagi maksud pelagaan atau pengumpanan mana-mana haiwan, atau membenarkan mana-mana premis atau tempat dijaga, diurus atau digunakan, atau menerima atau menyebabkan atau mendapatkan mana-mana orang untuk menerima, wang bagi kemasukan mana-mana orang ke premis atau tempat itu;
menggalakkan atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan menembak atau pertandingan yang haiwan dilepaskan dari kurungan bagi maksud penembakan itu; atau
Kebajikan Haiwan 27
menganjurkan, mengambil bahagian, menggalakkan atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan apa-apa sukan atau aktiviti yang melibatkan penggunaan haiwan, yang haiwan itu tertakluk kepada penganiayaan, sama ada semasa sukan atau aktiviti itu sendiri atau semasa dalam latihan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Walau apa pun subseksyen (1), perbuatan berikut tidaklah menjadi suatu kesalahan penganiayaan:
apa-apa perbuatan yang telah ditentukan oleh Lembaga sebagai tatacara pengurusan veterinar yang diterima pakai;
apa-apa pengumpanan mana-mana haiwan perosak bagi maksud kesihatan awam, pengawalan penyakit, pengawalan populasi dan penempatan semula bagi pemuliharaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang sah atau mana-mana orang yang diluluskan oleh Lembaga; atau
memberi makan haiwan sebagai makanan bagi haiwan lain menurut tabiat pemakanan semula jadi haiwan itu.
Pembunuhan haiwan
Walau apa pun subseksyen (1), pembunuhan mana-mana haiwan adalah dilarang melainkan jika—
haiwan itu mengalami sakit yang tidak dapat dirawat sebagaimana yang ditentukan dan diperakui oleh seseorang pihak berkuasa veterinar atau seseorang doktor veterinar berdaftar;
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 772
pembunuhan haiwan itu disifatkan perlu bagi menamatkan penderitaan haiwan itu sebagaimana yang ditentukan dan diperakui oleh seseorang pihak berkuasa veterinar atau seseorang doktor veterinar berdaftar;
pembunuhan itu dilakukan untuk mencegah bahaya yang sudah nyata kepada kehidupan atau anggota badan manusia;
pembunuhan itu dilakukan bagi maksud kawalan populasi haiwan oleh mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
pembunuhan itu diluluskan oleh jawatankuasa etika haiwan pada akhir mana-mana prosedur penyelidikan, ujian dan pengajaran; atau
pembunuhan itu adalah bagi apa-apa sebab yang ditentukan dan diperakukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar.
Bagi maksud seksyen ini—
“jawatankuasa etika haiwan” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh mana-mana institusi dan diluluskan oleh Lembaga;
“sakit yang tidak dapat dirawat” ertinya haiwan yang telah cedera parah atau sakit dengan prognosis genting yang diperakukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Pemberian racun
memberikan apa-apa ubat atau bahan yang beracun atau memudaratkan kepada mana-mana haiwan; atau
Kebajikan Haiwan 29
menyebabkan apa-apa ubat atau bahan yang beracun atau memudaratkan diambil oleh mana-mana haiwan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, “ubat atau bahan yang beracun atau memudaratkan” termasuklah ubat atau bahan yang, oleh sebab kuantiti atau cara yang diberikan atau diambil, mempunyai kesan suatu ubat atau bahan yang beracun atau memudaratkan.
Usaha niaga pelagaan haiwan
menyebabkan suatu pelagaan haiwan berlaku atau percubaan untuk berbuat sedemikian;
memberikan maklumat tentang suatu pelagaan haiwan kepada orang lain dengan niat untuk menggalakkan kehadiran ke pelagaan itu;
membuat atau menerima suatu pertaruhan ke atas suatu keputusan pelagaan haiwan;
membuat atau menerima suatu pertaruhan ke atas sesuatu yang mungkin berlaku semasa pelagaan haiwan itu;
ada dalam milikannya, apa-apa yang direka atau disesuaikan bagi maksud pelagaan haiwan;
mempunyai mana-mana premis yang digunakan untuk pelagaan haiwan.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 772
Tiada seorang pun boleh, tanpa kuasa yang sah atau sebab yang munasabah—
membekalkan, menyiarkan, menayangkan atau memiliki suatu rakaman audio-visual pelagaan haiwan.
Perenggan (2)(b) tidak terpakai—
jika pembekalan suatu rakaman audio-visual adalah bagi maksud pemasukan atau, penyiaran atau penayangan dalam filem, dokumentari dan berita.
Bagi maksud seksyen ini—
“pelagaan haiwan” ertinya suatu keadaan apabila haiwan itu ditempatkan bersama-sama dengan haiwan lain atau dengan manusia, bagi maksud berlaga, bergusti atau mengumpan;
“pembekalan suatu rakaman audio-visual” ertinya membekalkan suatu rakaman audio-visual dalam apa-apa cara termasuklah apa-apa rakaman audio-visual dalam bentuk data yang disimpan secara elektronik bagi maksud menghantar data tersebut;
“penyiaran atau penayangan” ertinya menyiarkan atau menayangkan suatu imej bergerak yang diterbitkan semula daripada suatu rakaman audio-visual melalui apa-apa cara;
“rakaman audio-visual” ertinya suatu rakaman, dalam apa-apa bentuk, yang suatu imej yang bergerak boleh dengan apa-apa cara diterbitkan semula dan termasuklah data yang disimpan dalam komputer, cakera atau cara elektronik lain yang boleh ditukarkan kepada suatu imej yang bergerak;
“usaha niaga pelagaan haiwan” ertinya apa-apa acara yang melibatkan suatu pelagaan antara sekurang-kurangnya dua haiwan dan dijalankan bagi maksud sukan, pertaruhan atau hiburan kecuali haiwan itu mempamerkan kelakuan semula jadi mereka.
Kebajikan Haiwan 31
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Kegagalan menjalankan jagaan dan pengawasan yang munasabah
Seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atas sebab kecuaian tidak boleh dipenjarakan tanpa memberikannya pilihan untuk denda.
Part VI
Kuasa berhubung dengan haiwan dalam distres
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh memusnahkan suatu haiwan tanpa perakuan doktor veterinar berdaftar jika ternyata kepadanya bahawa—
keadaan haiwan itu menunjukkan tiadanya alternatif yang munasabah untuk memusnahkannya; atau
tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk mendapatkan perakuan doktor veterinar berdaftar pada masa itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 772
Seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh mengambil milik haiwan itu jika seseorang doktor veterinar berdaftar memperakui bahawa—
haiwan itu berkemungkinan akan menderita jika haiwan itu tidak diambil milik.
Seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh bertindak di bawah subseksyen (3) tanpa perakuan seseorang doktor veterinar berdaftar jika ternyata kepadanya bahawa haiwan itu sedang menderita atau berkemungkinan akan menderita atau tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk mendapatkan perakuan seseorang doktor veterinar berdaftar pada masa itu.
Seseorang doktor veterinar berdaftar atau seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh memeriksa dan mengambil sampel daripada mana-mana haiwan bagi maksud subseksyen (1) atau (3).
Jika mana-mana haiwan diambil milik di bawah subseksyen (3), seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh—
mengalihkan haiwan itu atau mengaturkannya supaya ia dialihkan, ke suatu tempat selamat;
di premis di mana haiwan itu diletakkan apabila ia diambil milik; atau
di mana-mana tempat lain yang difikirkan oleh pegawai kebajikan haiwan sesuai; atau
menandakan haiwan itu dengan menggunakan apa-apa kaedah atau apa-apa cara menurut Akta ini, atau mengaturkan supaya ia ditandakan, bagi maksud pengecaman.
Mana-mana orang boleh menggunakan apa-apa peralatan di premis yang disebut dalam perenggan (6)(b).
Doktor veterinar berdaftar atau pegawai kebajikan haiwan hendaklah memaklumkan pemunya atau pemegang lesen jika doktor veterinar berdaftar atau pegawai kebajikan haiwan menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini tanpa pengetahuan pemunya atau pemegang lesen.
Kebajikan Haiwan 33
Pegawai kebajikan haiwan itu boleh membuat suatu permohonan kepada mahkamah untuk pemunya atau pemegang lesen untuk membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung dalam melaksanakan kuasanya di bawah seksyen ini.
Bagi maksud subseksyen (3) dan (4), “milik” termasuklah pemilikan anak mana-mana haiwan yang diambil milik.
Perintah berhubung dengan haiwan yang diambil milik
menyatakan apa-apa rawatan untuk diberikan kepada haiwan oleh pihak berkuasa veterinar atau mana-mana doktor veterinar berdaftar;
Jika haiwan diambil milik ketika ia bunting, mahkamah boleh membuat perintah di bawah subseksyen (1), berhubung dengan mana-mana anak yang lahir daripada kandungan tersebut.
Mahkamah boleh membuat perintah di bawah subseksyen (1)
jika—
terdapat permohonan oleh pemunya atau mana-mana orang lain yang mempunyai kepentingan yang mencukupi terhadap haiwan; dan
pemunya atau pemegang lesen telah diberikan peluang untuk didengar melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa adalah tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk berkomunikasi dengan pemunya atau pemegang lesen.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 772
Jika mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh—
melantik mana-mana orang untuk melaksanakan atau mengatur untuk melaksanakan perintah itu;
memberikan kuasa tambahan kepada mana-mana orang, termasuk kuasa untuk memasuki premis di mana haiwan yang baginya perintah itu terpakai ditempatkan bagi maksud melaksanakan perintah itu; atau
mengarahkan seseorang untuk membayar perbelanjaan untuk melaksanakan perintah itu.
Mahkamah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, hendaklah mengambil kira keperluan untuk melindungi nilai haiwan dan mengelakkan apa-apa kenaikan perbelanjaan yang seseorang itu boleh diperintahkan untuk membayar.
Seseorang yang dengan sengaja menghalang seseorang yang menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Part VII
Pegawai kebajikan haiwan
Seseorang pegawai kebajikan haiwan hendaklah mempunyai semua kuasa yang terletak hak padanya di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.
Kebajikan Haiwan 35
Pembantu sukarela kebajikan haiwan
Seorang pembantu sukarela kebajikan haiwan tidak boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.
Kad kuasa
Bila mana seseorang pegawai kebajikan haiwan menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan, kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
Kuasa penyiasatan
Bagi maksud subseksyen (1), Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593] hendaklah terpakai dan seseorang pegawai kebajikan haiwan hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah untuk menjalankan penyiasatan.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Jika seseorang pegawai kebajikan haiwan berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 772
dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 56
Kanun Tatacara Jenayah penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai kebajikan haiwan itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 56 Kanun Tatacara Jenayah dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Kuasa untuk memasuki premis
Walau apa pun seksyen 40, mana-mana pegawai kebajikan haiwan boleh memasuki mana-mana premis bagi maksud—
memeriksa mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang difikirkannya perlu;
menentusahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai kebajikan haiwan; atau
mengambil sampel mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang dijumpai di dalam premis yang difikirkannya perlu bagi maksud analisis tanpa apa-apa bayaran.
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut
Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh pegawai kebajikan haiwan itu—
memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai kebajikan haiwan itu memeriksa pengangkut itu; dan
membuka semua bahagian pengangkut itu untuk digeledah dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan pelaksanaan penggeledahan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai kebajikan haiwan itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengelak premis atau pengangkut
Kebajikan Haiwan 37
Pemunya atau penghuni premis atau pengangkut itu hendaklah bertanggungjawab bagi penjagaan umum atau kebajikan haiwan, keseluruhan penyelenggaraan dan penyimpanan selamat mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang telah dilak di dalam premis atau pengangkut yang disebut dalam subseksyen (1).
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (1)
atau memindahkan haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 772
daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Senarai benda yang disita
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—
penghuni premis tempat mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang disita itu dijumpai; atau
orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu, jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 42.
Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak diduduki, pegawai kebajikan haiwan itu hendaklah bila-bila mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu supaya mudah dilihat di atau pada premis itu.
Perintah menahan haiwan, karkas, dsb., yang disita di bawah
Akta ini
Bagi maksud seksyen ini, “haiwan” termasuklah anak kepada haiwan itu.
Kebajikan Haiwan 39
Perintah berhubung dengan haiwan, karkas, dsb., yang disita di bawah Akta ini
adalah tertakluk kepada pereputan yang cepat dan semula jadi yang sifatnya tidak tahan lama;
adalah bahan yang berbahaya, bertoksik, memudaratkan atau beracun seperti dadah yang diharamkan dan berbahaya atau karkas atau daging yang memudaratkan dan beracun;
atau
yang jagaannya adalah tidak munasabah memandangkan perbelanjaan atau kesusahan yang akan terlibat, boleh membuat suatu perintah untuk haiwan, karkas, bahan atau benda lain tersebut dimusnahkan atau selainnya dilupuskan mengikut cara yang mahkamah fikirkan sesuai berdasarkan laporan doktor veterinar berdaftar Kerajaan, dan hasil jualan itu, jika ada, hendaklah disimpan sehingga selesai prosiding jenayah itu.
Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) jika—
mahkamah berpuas hati bahawa adalah tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk menghubungi pemunya atau pemegang lesen.
Jika mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh memerintahkan seseorang untuk membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan perintah itu.
Mahkamah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, hendaklah mengambil kira keperluan untuk melindungi nilai haiwan dan mengelakkan apa-apa peningkatan perbelanjaan yang seseorang boleh diperintahkan untuk membayar.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 772
Bagi maksud seksyen ini, “haiwan” termasuk anak kepada haiwan tersebut.
Pegawai kebajikan haiwan boleh meminta bantuan untuk memeriksa benda yang berhubungan dengan kesalahan
Seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh meminta bantuan mana-mana orang untuk memeriksa mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang disita atau ditahan di bawah
Akta ini jika orang itu mempunyai kelayakan yang perlu untuk memeriksa haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini.
Kos menyimpan haiwan, dsb., yang disita
Jika mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan oleh pegawai kebajikan haiwan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang disabitkan dengan kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan bolehlah didapatkan semula dengan sewajarnya.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan semula
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak untuk mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relif lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Kebajikan Haiwan 41
Part VIII
Kesalahan kedua atau berikutnya
Mana-mana orang yang bersalah untuk kali kedua atau berikutnya atas kesalahan yang sama di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak lebih daripada dua kali jumlah denda asal untuk kesalahan itu atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga bulan.
Pelucuthakan
Jika pemunya atau pemegang lesen haiwan disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 52(3) disebabkan pelanggaran perintah di bawah subseksyen 52(1), mahkamah di mana dia disabitkan boleh, daripada berurusan atau sebagai tambahan berurusan dengan pemunya atau pemegang lesen dalam apa-apa cara lain, membuat suatu perintah untuk melucuthakkan pemunyaan haiwan itu daripada pemunya atau pemegang lesen, atau membuat suatu perintah bagi haiwan itu dilupuskan atau dimusnahkan.
Jika haiwan yang berkenaan dengan suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) mempunyai anak, mahkamah boleh memasukkan dalam perintah, pelucuthakan pemunyaan anak itu atau bagi haiwan itu dilupuskan atau dimusnahkan.
Jika mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2), mahkamah boleh—
melantik mana-mana pegawai kebajikan haiwan untuk melaksanakan atau mengatur pelaksanaan perintah itu; dan
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 772
memerintahkan pemunya atau pemegang lesen itu membayar apa-apa perbelanjaan untuk melaksanakan perintah itu.
Hilang kelayakan
menjadi pihak pada suatu perkiraan yang dia berhak untuk mengawal atau mempengaruhi cara haiwan itu disimpan.
Mahkamah boleh—
jika mahkamah mendapati seseorang itu memiliki atau menyimpan mana-mana haiwan yang baginya perintah itu terpakai, menggantung pelaksanaan perintah itu, dan apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 53
berkaitan dengan hilang kelayakan, untuk suatu tempoh yang difikirkannya perlu bagi membolehkan perkiraan alternatif dibuat berkenaan dengan haiwan itu.
Seseorang yang melanggar perintah hilang kelayakan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Kebajikan Haiwan 43
Penyitaan haiwan berhubung dengan hilang kelayakan
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), yang berhubungan dengan mana-mana haiwan yang dimiliki oleh orang yang tertakluk kepada hilang kelayakan di bawah seksyen 52, hendaklah mempunyai kesan sebagai suatu perintah di bawah seksyen 51.
Mahkamah yang membuat perintah di bawah seksyen ini boleh—
melantik seseorang pegawai kebajikan haiwan untuk melaksanakan, atau mengatur pelaksanaan, perintah itu;
dan
memerintahkan seseorang untuk membayar apa-apa perbelanjaan untuk melaksanakan perintah itu.
Kuasa mahkamah untuk memerintahkan pemusnahan haiwan
Jika suatu mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah itu boleh—
melantik seorang pegawai kebajikan haiwan untuk melaksanakan atau mengatur pelaksanaan, perintah itu;
dan
memerintahkan seseorang itu, jika ada, membayar perbelanjaan untuk melaksanakan perintah itu.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 772
Pelucuthakan item yang digunakan dalam atau berhubung dengan kesalahan
Apabila apa-apa item berhubungan dengan kesalahan itu disita di bawah Akta ini tetapi orang yang dikatakan melakukan kesalahan itu tidak diketahui atau tidak boleh dijumpai, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, memerintahkan apa-apa item yang berhubungan dengan kesalahan itu dilucuthakkan.
Tiada perintah untuk melucuthakkan boleh dibuat berkenaan dengan suatu pengangkut melainkan nama pemunya dan tempat tinggalnya diketahui dan dia diberikan peluang untuk didengar.
Jika terdapat apa-apa hasil daripada jualan item yang berhubungan dengan kesalahan itu yang disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, memerintahkan apa-apa hasil itu dilucuthakkan.
Bagi maksud seksyen ini, “item” ertinya apa-apa barang atau bahan berkenaan dengan suatu kesalahan yang telah dilakukan dan yang ialah suatu hal perkara berhubung dengan keterangan yang perlu untuk membuktikan pelakuan kesalahan itu.
Part IX
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu ialah ketua pegawai eksekutif, pengarah, pengurus, setiausaha atau
Kebajikan Haiwan 45
pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa kapasiti sedemikian atau yang dalam apa-apa cara atau kepada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dituduh secara berasingan atau bersama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;
dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira sifat fungsinya atas kapasiti itu dan segala keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah-langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan ketelitian yang wajar untuk mencegah perlakuan kesalahan itu.
Kegagalan mematuhi perintah yang sah
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah bertulis yang dikeluarkan oleh Menteri, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Gambar haiwan boleh diterima sebagai keterangan
Gambar atau salinan gambar haiwan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mahkamah jika ia melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah atau kesusahan untuk haiwan itu dibawa ke mahkamah.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 772
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
mana-mana anggota Lembaga, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana doktor veterinar berdaftar bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Menteri, Lembaga atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah
Akta ini, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.
Kesalahan yang boleh dikompaun
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Lembaga atau mana-mana pegawai kebajikan haiwan yang telah diwakilkan kuasa oleh Lembaga itu secara bertulis, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Kebajikan Haiwan 47
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—
tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat; dan
mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang disita dari mana-mana premis boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh pegawai kebajikan haiwan selepas mengambil kira jenis kesalahan dan keadaan mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain mengikut terma dan syarat kompaun tersebut.
Pemulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan haiwan yang digunakan dalam penyelidikan, ujian atau pengajaran;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengurusan dan penjagaan haiwan yang diuji kaji, yang diselamatkan, yang dipulihkan dan yang ditangkap;
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 772
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan muatan maksimum, termasuklah apa-apa muatan disebabkan oleh berat penumpang, untuk dibawa atau ditarik oleh haiwan;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan langkah-langkah yang harus diambil dalam mengangkut haiwan sama ada melalui rel, jalan, jalan air pedalaman, laut atau udara dan dalam sangkar atau bekas lain atau dengan apa-apa cara haiwan boleh diangkut;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengendalian haiwan sebelum disembelih dan proses penyembelihan;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan latihan, perumahan, penjagaan, pameran, pertunjukan, atau bagi penggambaran persembahan haiwan atau pembiakan atau penjualan haiwan;
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan kos yang boleh didapatkan di bawah Akta ini dan apa-apa perundangan subsidiarinya, amaun kos tersebut atau cara bagaimana ia dikira, orang yang bertanggungan terhadap pembayaran kos dan keadaan di mana mendapatkan kos boleh diremit atau dikecualikan secara keseluruhan atau sebahagiannya;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan kelayakan, pengalaman, kelakuan dan tugas pegawai kebajikan haiwan dan pembantu sukarela kebajikan haiwan;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan tatacara pengurusan veterinar yang diterima pakai;
Kebajikan Haiwan 49
untuk mengawal selia pembekal latihan atau pertubuhannya dalam bidang kebajikan haiwan termasuk modul latihan;
dan
untuk memperuntukkan apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan untuk pentadbiran sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Kuasa untuk meminda Jadual
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.
Peruntukan peralihan
Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),
Lembaga hendaklah mengeluarkan perakuan penerimaan kepada orang itu.
Sementara menunggu keputusan permohonan, seseorang itu boleh terus menjalankan aktiviti itu.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 772
Jadual
[Seksyen 15]
Aktiviti yang melibatkan haiwan
Aktiviti berikut dianggap sebagai aktiviti yang melibatkan penggunaan haiwan bagi maksud Akta ini:
1. Penginapan haiwan
2. Menunggang dan mengepung haiwan
3. Haiwan persembahan
4. Pembiakan haiwan
5. Penyelidikan, ujian dan pengajaran haiwan
6. Penyelamatan dan pemulihan haiwan
7. Aktiviti yang berhubungan dengan tempat kurungan dan perlindungan haiwan
8. Kuarantin haiwan
9. Latihan haiwan
10. Aktiviti jualan haiwan hidup dalam kurungan
11. Penyembelihan haiwan
12. Pelupusan haiwan
13. Kawalan haiwan terbiar oleh mana-mana individu, organisasi atau badan korporat