/akn/my/act/act/2015/768

*AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2015
Sections
15
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 is Malaysia Act, cited as Act 768 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia dan bagi pendaftaran dan pengiktirafan Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah dalam memberikan perkhidmatan teknologi dan perkhidmatan teknikal dan bagi perkara yang berkaitan. [1 Ogos 2015, P.U. (B) 286/2015] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

“Daftar” ertinya daftar yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 17;

“Juruteknik Berkelayakan” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 22(2);

“Juruteknik Bertauliah” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 22(4);

“kemahiran” ertinya suatu kebolehan yang diperoleh dan diamalkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja dengan kompeten;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Teknologis

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 31;

“Lembaga” ertinya Lembaga Teknologis Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab terhadap *Lembaga Teknologis Malaysia;

“orang berdaftar” ertinya Teknologis Profesional, Teknologis

Berijazah, Juruteknik Bertauliah dan Juruteknik Berkelayakan;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Teknologis yang dilantik di bawah subseksyen 18(1);

“perkhidmatan teknikal” dan “perkhidmatan teknologi” ertinya perkhidmatan yang ditentukan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;

“Teknologis Berijazah” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 21(2);

“Teknologis Profesional” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 21(4).

*CATATAN—Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2020 [P.U. (A) 201/2020].

Teknologis dan Juruteknik 9

Seksyen 3

Ketidakpakaian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), peruntukan Akta ini tidak terpakai bagi profesional yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa pada masa Akta ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran profesional.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA

Suggest a correction

Penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga adalah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;

Suggest a correction

(c)

dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkan wang melalui overdraf bank atau selainnya bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (b); dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

Suggest a correction

(d)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan dengan, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Lembaga.

Fungsi Lembaga

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk mengiktiraf Teknologis Profesional dan Juruteknik

Bertauliah sebagai profesional;

Suggest a correction

(b)

untuk menyimpan dan menyenggara Daftar di bawah seksyen 17;

Suggest a correction

(c)

untuk menyediakan kemudahan bagi menggalakkan pendidikan dan latihan dan untuk mengadakan atau menyebabkan supaya diadakan, program pembangunan profesional bagi orang berdaftar untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka yang berhubungan dengan profesion mereka;

Suggest a correction

(d)

untuk menjalankan penilaian atau menyebabkan supaya penilaian dijalankan oleh institusi yang diluluskan oleh

Lembaga bagi maksud penerimaan masuk ke dalam profesion;

Suggest a correction

(e)

untuk menentukan dan mengawal selia kelakuan dan etika profesion teknologis dan juruteknik; dan

Suggest a correction

(f)

secara amnya, untuk menjalankan segala tindakan dan melakukan segala benda sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.

Teknologis dan Juruteknik 11

Kuasa Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh—

(a)

meluluskan atau menolak permohonan bagi pendaftaran di bawah Akta ini atau meluluskan apa-apa permohonan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan;

Suggest a correction

(b)

mengenakan fi atau apa-apa caj lain sebagaimana yang difikirkannya patut yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;

Suggest a correction

(c)

membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Lembaga, majlis dan jawatankuasa;

Suggest a correction

(d)

mengambil kerja apa-apa bilangan pekerja sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga bagi melaksanakan maksud Akta ini;

Suggest a correction

(e)

membayar saraan, elaun dan faedah lain kepada pekerja;

Suggest a correction

(f)

melantik jawatankuasa yang terdiri daripada orang yang ditentukan oleh Lembaga untuk membantu Lembaga dalam menjalankan fungsinya;

Suggest a correction

(g)

menubuhkan majlis bagi menilai jaminan kualiti program dalam bidang teknologi;

Suggest a correction

(h)

melantik mana-mana orang untuk mewakili Lembaga dalam apa-apa jawatankuasa, panel atau institusi yang orang itu kemudiannya membuat syor kepada Lembaga mengenai

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

semua perkara yang berhubungan dengan kelayakan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion; dan

Suggest a correction

(i)

membatalkan pendaftaran mana-mana orang berdaftar atau memotong daripada Daftar, atau memasukkan semula ke dalam Daftar, nama mana-mana orang berdaftar.

Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(b)

suatu jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan 6(2)(f); dan

Suggest a correction

(c)

suatu majlis yang ditubuhkan di bawah perenggan 6(2)(g).

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang, jawatankuasa atau majlis yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan itu.

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang Presiden yang hendaklah merupakan seorang

Teknologis Profesional berdaftar; dan

Suggest a correction

(b)

tidak lebih daripada lapan belas orang anggota lain yang—

Suggest a correction

(i)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan awam

Persekutuan;

(ii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada dua orang yang hendaklah merupakan

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;

Suggest a correction

(iii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam sektor swasta;

Suggest a correction

(iv)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota organisasi yang mewakili bidang teknologi yang berkaitan dan menggalakkan kemajuan bidang teknologi;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan

Teknologis

Profesional berdaftar dalam perkhidmatan institusi pengajian tinggi;

(vi)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan

Juruteknik

Bertauliah berdaftar dalam perkhidmatan institusi latihan kemahiran; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

Suggest a correction

(vii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada tiga orang daripada kalangan lembaga profesional lain yang berkaitan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Presiden yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Teknologis

Profesional berdaftar; dan

Suggest a correction

(b)

tidak lebih daripada lapan belas orang anggota lain yang—

Suggest a correction

(i)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan awam

Persekutuan;

(ii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada dua orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;

Suggest a correction

(iii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam sektor swasta;

Suggest a correction

(iv)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota organisasi yang mewakili bidang teknologi yang berkaitan dan menggalakkan kemajuan bidang teknologi;

Teknologis dan Juruteknik 15

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Teknologis

Profesional berdaftar dalam perkhidmatan institusi pengajian tinggi;

(vi)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Juruteknik

Bertauliah berdaftar dalam perkhidmatan institusi latihan kemahiran; dan

Suggest a correction

(vii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada tiga orang daripada kalangan lembaga profesional lain yang berkaitan.

Meterai perbadanan

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Teknologis dan Juruteknik 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Teknologis Malaysia”

bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Presiden atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Presiden atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Presiden secara bertulis.

Suggest a correction

(4)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

Suggest a correction

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota

Lembaga atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Presiden bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(6)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Tempoh jawatan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang anggota Lembaga mati atau meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, seorang anggota baru hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan dilantik untuk menggantikan anggota itu dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh pelantikan anggota yang digantinya itu.

Elaun

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Presiden dan anggota Lembaga hendaklah dibayar elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Seksyen 12

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Lembaga boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis sekurang-kurangnya tiga puluh hari secara bertulis kepada Menteri.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 13

Teknologis dan Juruteknik 17

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(e)

dalam hal Presiden, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri;

Suggest a correction

(f)

dalam hal seseorang anggota Lembaga selain Presiden, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

Suggest a correction

(g)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual

14. (1) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi anggota

Lembaga.

(2)

Menteri boleh meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Penzahiran kepentingan

15. (1) Seseorang anggota Lembaga, majlis atau jawatankuasa yang memperoleh suatu kepentingan secara langsung atau tidak langsung sama ada dengan sendirinya, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, majlis atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Lembaga, majlis atau jawatankuasa itu hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga, majlis atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga, majlis atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum

Lembaga, majlis atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

Teknologis dan Juruteknik 19

(3)

Seseorang anggota Lembaga yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen

(1)

hendaklah dipecat daripada Lembaga oleh Menteri.

(4)

Seseorang anggota majlis atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) hendaklah dipecat daripada majlis atau jawatankuasa oleh Lembaga.

(5)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga, majlis atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota

Lembaga, majlis atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota

Lembaga, majlis atau jawatankuasa, termasuklah—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

(c)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

(d)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

(e)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga, majlis atau jawatankuasa, ertinya—

(a)

orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(b)

firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;

(c)

pekongsi anggota itu;

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta

Syarikat 2016 [Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.

BAHAGIAN III

PENDAFTARAN TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK

Perkhidmatan teknikal dan perkhidmatan teknologi

16. Lembaga hendaklah menentukan—

(a)

perkhidmatan teknikal berkenaan dengan mana-mana operasi yang berhubungan dengan pengujian produk, pentauliahan produk dan penyenggaraan produk; dan

(b)

perkhidmatan teknologi berkenaan dengan mana-mana operasi yang berhubungan dengan pembangunan produk, pembuatan produk, pengujian produk, pentauliahan produk dan penyenggaraan produk, bagi maksud Akta ini.

Daftar

17. (1) Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar yang hendaklah terdiri daripada empat bahagian seperti yang berikut:

*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Teknologis dan Juruteknik 21

(a)

Bahagian A — yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain Teknologis Profesional;

(b)

Bahagian B — yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain Teknologis Berijazah;

(c)

Bahagian C — yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain Juruteknik Bertauliah; dan

(d)

Bahagian D — yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain Juruteknik Berkelayakan.

(2)

Maka hendaklah ditunjukkan bersetentang dengan nama setiap orang berdaftar di dalam Daftar bidang teknologi yang dia layak untuk amalkan dan butir-butir tentang apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga di bawah perenggan 6(2)(a).

Pelantikan dan kewajipan Pendaftar

18. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Teknologis yang hendaklah berada di bawah arahan Lembaga dan menandatangani semua perakuan pendaftaran dan pembaharuannya, dan perintah

Lembaga, dan merekodkan semua catatan pendaftaran, penggantungan, pembatalan, pemotongan dan kemasukan semula ke dalam Daftar.

(2)

Pendaftar hendaklah menyiarkan, melalui cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dalam bahasa kebangsaan dan bahasa

Inggeris, nama, alamat, nombor pendaftaran dan butir-butir lain orang berdaftar—

(a)

yang pendaftarannya telah melalui perintah Lembaga—

(i)

digantung di bawah perenggan 27(2)(b); atau

(ii)

dibatalkan di bawah perenggan 27(2)(c);

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(b)

yang nama dan butir-butir lainnya telah dipotong daripada

Daftar di bawah subseksyen 28(1); atau

(c)

yang telah dimasukkan semula di bawah subseksyen 30(1).

(3)

Penyiaran di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat—

(a)

dalam masa tujuh hari dari tamat tempoh rayuan dalam subseksyen 41(1); atau

(b)

dalam masa tujuh hari dari tarikh pengesahan Lembaga

Rayuan mengenai perintah Lembaga di bawah subseksyen 44(4), jika terdapat rayuan difailkan terhadap perintah

Lembaga itu.

Teknologis Profesional

19. Seseorang Teknologis Profesional berhak untuk—

(a)

meluluskan dan mengesahkan cara atau perjalanan perkhidmatan teknologi yang hendak dijalankan;

(b)

memperihalkan atau mengemukakan dirinya di bawah apa-apa nama, gelaran atau jawatan—

(i)

yang mengandungi perkataan

“Teknologis

Profesional” atau yang setara dengannya dalam apa-apa bahasa lain;

(ii)

yang mengandungi apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan untuk membayangkan bahawa dia ialah seorang Teknologis Profesional;

(iii)

menggunakan gelaran singkatan “Ts.” bagi

Teknologis Profesional sebelum namanya dengan kelulusan Lembaga; atau

Teknologis dan Juruteknik 23

(iv)

menggunakan singkatan

“P.Tech.”

bagi

Teknologis Profesional dan kepakarannya selepas namanya dengan kelulusan Lembaga;

(c)

menggunakan atau mempamerkan apa-apa papan tanda, kad atau peranti lain yang memperkenalkan atau membayangkan bahawa dia ialah seorang Teknologis

Profesional; dan

(d)

menggunakan cap sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

Juruteknik Bertauliah

20. Seseorang Juruteknik Bertauliah berhak untuk—

(a)

meluluskan dan mengesahkan cara atau perjalanan perkhidmatan teknikal yang hendak dijalankan;

(b)

memperihalkan atau mengemukakan dirinya di bawah apa-apa nama, gelaran atau jawatan—

(i)

yang mengandungi perkataan

“Juruteknik

Bertauliah” atau yang setara dengannya dalam apa-apa bahasa lain;

(ii)

yang mengandungi apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan untuk membayangkan bahawa dia ialah seorang Juruteknik Bertauliah;

(iii)

menggunakan gelaran singkatan “Tc.” bagi

Juruteknik Bertauliah sebelum namanya dengan kelulusan Lembaga; atau

(iv)

menggunakan singkatan

“C.Tech.”

bagi

Juruteknik Bertauliah dan kepakarannya selepas namanya dengan kelulusan Lembaga;

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(c)

menggunakan atau mempamerkan apa-apa papan tanda, kad atau peranti lain yang memperkenalkan atau membayangkan bahawa dia ialah seorang Juruteknik

Bertauliah; dan

(d)

menggunakan cap sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

Pendaftaran Teknologis Berijazah dan Teknologis Profesional

21. (1) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang memegang ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Lembaga boleh memohon untuk didaftarkan sebagai Teknologis Berijazah selepas pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Selepas permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), dan berdasarkan kepada kriteria sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga, Lembaga boleh meluluskan permohonan untuk didaftarkan sebagai Teknologis Berijazah.

(3)

Seseorang Teknologis Berijazah yang didaftarkan di bawah subseksyen (2) yang telah—

(a)

memperoleh pengalaman amali sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(b)

membayar fi yang ditetapkan; dan

(c)

mematuhi semua kriteria yang ditentukan oleh Lembaga, boleh memohon untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional.

(4)

Selepas permohonan dibuat di bawah subseksyen (3), dan berdasarkan kepada kriteria sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga, Lembaga boleh meluluskan pendaftaran seseorang

Teknologis Berijazah sebagai Teknologis Profesional.

Teknologis dan Juruteknik 25

Pendaftaran Juruteknik Berkelayakan dan Juruteknik Bertauliah

22. (1) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga boleh memohon untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Berkelayakan selepas pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Selepas permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), dan berdasarkan kepada kriteria sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga, Lembaga boleh meluluskan permohonan untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Berkelayakan.

(3)

Seseorang Juruteknik Berkelayakan yang didaftarkan di bawah subseksyen (2) yang telah—

(a)

memperoleh pengalaman amali sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(b)

membayar fi yang ditetapkan; dan

(c)

mematuhi semua kriteria yang ditentukan oleh Lembaga, boleh memohon untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Bertauliah.

(4)

Selepas permohonan dibuat di bawah subseksyen (3), dan berdasarkan kepada kriteria sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga, Lembaga boleh meluluskan pendaftaran seseorang

Juruteknik Berkelayakan sebagai Juruteknik Bertauliah.

Permohonan bagi pendaftaran

23. Suatu permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat kepada

Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga dan disertakan dengan fi yang ditetapkan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

Perakuan pendaftaran

24. (1) Pendaftar hendaklah, selepas penerimaan fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada orang yang permohonan bagi pendaftaran telah diluluskan oleh Lembaga suatu perakuan pendaftaran dalam bentuk yang akan ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Tiap-tiap perakuan pendaftaran, kecuali perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepada seseorang Teknologis Berijazah atau

Juruteknik Berkelayakan, hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, tamat tempoh satu tahun dari tarikh pendaftaran diluluskan di bawah subseksyen 21(4) atau 22(4), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Dalam apa-apa prosiding, perakuan pendaftaran hendaklah menjadi bukti muktamad bahawa orang yang dinamakan dalam perakuan pendaftaran itu ialah orang berdaftar.

Pembaharuan pendaftaran

25. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepada Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah boleh diperbaharui setelah perakuan pendaftaran itu tamat tempoh.

(2)

Permohonan bagi pembaharuan hendaklah dibuat kepada

Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga dan disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Jika Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah tidak membaharui pendaftarannya selepas dua belas bulan dari tarikh tamat tempoh perakuan pendaftaran itu, dia tidak boleh memohon bagi pembaharuan pendaftaran itu di bawah seksyen ini tetapi sebaliknya hendaklah memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 21 atau 22, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Teknologis dan Juruteknik 27

Pemberitahuan pertukaran alamat

26. Tiap-tiap orang berdaftar hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Pendaftar mengenai apa-apa pertukaran alamatnya.

BAHAGIAN IV

PENGGANTUNGAN, PEMBATALAN PENDAFTARAN, DSB.

Penggantungan dan pembatalan pendaftaran

27. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Lembaga boleh membuat apa-apa perintah yang dinyatakan dalam subseksyen (2) terhadap orang berdaftar di bawah apa-apa hal keadaan yang berikut:

(a)

jika dia disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau rasuah di Malaysia atau di tempat lain;

(b)

jika dia menawarkan atau menerima apa-apa komisen yang pada pendapat Lembaga merupakan suatu komisen haram;

(c)

jika semasa bertindak atas sifat profesionalnya, dia pada masa yang sama tanpa mendedahkan fakta itu secara bertulis kepada pelanggannya, merupakan seorang pemilik tunggal, pekongsi, pengarah atau anggota bagi atau pemegang syer substantial dalam atau ejen bagi mana-mana syarikat pejanji atau pembuatan atau firma atau perniagaan atau mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam mana-mana syarikat atau firma atau perniagaan itu, yang dengannya dia berurusan bagi pihak pelanggannya;

(d)

jika pendaftarannya di bawah Akta ini telah diperoleh melalui fraud atau salah nyataan;

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(e)

jika kelayakannya telah ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperoleh atau yang olehnya kelayakan itu diawardkan;

(f)

jika dia didapati tidak sempurna akal;

(g)

jika dia didapati tidak berupaya atau tidak mampu lagi untuk melaksanakan kewajipan profesionalnya dengan berkesan;

(h)

jika dia seorang bankrap;

(i)

jika dia didapati oleh Lembaga telah melanggar atau tidak mematuhi Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(j)

jika dia tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang kepadanya pendaftarannya tertakluk;

(k)

jika dia didapati bersalah oleh Lembaga atas apa-apa perbuatan atau kelakuan yang pada pendapat Lembaga adalah mengaibkan atau keji; atau

(l)

jika dia tidak menunaikan kewajipan profesionalnya dengan kemahiran, ketelitian dan ketekunan yang sewajarnya.

(2)

Perintah yang disebut dalam subseksyen (1) ialah—

(a)

pengeluaran suatu amaran bertulis atau teguran;

(b)

penggantungan pendaftaran bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun; atau

(c)

pembatalan pendaftaran.

(3)

Lembaga tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) berdasarkan kepada apa-apa hal keadaan yang

Teknologis dan Juruteknik 29

dinyatakan dalam perenggan (1)(b) hingga (d) atau perenggan 1(f)

hingga (l) melainkan jika—

(a)

orang berdaftar yang terhadapnya Lembaga berhasrat untuk membuat perintah itu telah diberikan suatu peluang untuk didengar secara lisan atau secara bertulis sama ada dengan sendiri atau melalui seseorang yang dilantik oleh orang berdaftar itu; dan

(b)

semasa pendengaran, jika berkenaan, sekurang-kurangnya lima orang anggota Lembaga hadir.

(4)

Lembaga hendaklah memberitahu orang berdaftar secara bertulis dalam masa tujuh hari perintah itu dibuat dalam subseksyen (1).

Pemotongan daripada Daftar

28. (1) Lembaga hendaklah memerintahkan pemotongan daripada

Daftar bagi nama dan butir-butir lain—

(a)

orang berdaftar yang telah meninggal dunia;

(b)

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah yang tidak membaharui pendaftarannya di bawah seksyen 25; atau

(c)

orang berdaftar yang pendaftarannya telah dibatalkan.

(2)

Jika pemotongan daripada Daftar dibuat di bawah perenggan

(1)

(b) atau (c), Lembaga hendaklah melalui pos berdaftar memberitahu orang berdaftar secara bertulis mengenai perintah pemotongan itu dalam masa tujuh hari perintah itu dibuat.

Perakuan hendaklah dikembalikan

29. Orang berdaftar yang namanya dipotong daripada Daftar hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

pemberitahuan pemotongan itu, menyerahkan balik kepada Lembaga perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini.

Kemasukan semula

30. (1) Jika orang berdaftar yang namanya telah diperintahkan supaya dipotong daripada Daftar di bawah perenggan 28(1)(c) telah merayu terhadap perintah itu dan rayuannya dibenarkan, Lembaga

Rayuan hendaklah memerintahkan kemasukan semula namanya ke dalam Daftar dan memberi notis secara bertulis kepada orang berdaftar dalam masa tujuh hari perintah itu dibuat.

(2)

Selepas perintah kemasukan semula dibuat, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada orang berdaftar.

BAHAGIAN V

KEWANGAN

Kumpulan Wang Lembaga Teknologis Malaysia

31. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan

Wang Lembaga Teknologis Malaysia” ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Lembaga.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

wang yang diterima oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa jumlah wang yang diluluskan oleh Parlimen;

(c)

semua wang dan harta yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga yang berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya;

Teknologis dan Juruteknik 31

(d)

apa-apa kos yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh,

Lembaga dalam apa-apa penyelesaian tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah; dan

(e)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh Lembaga.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

32. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Lembaga;

(b)

membayar elaun dan belanja anggota Lembaga, anggota majlis dan anggota jawatankuasa;

(c)

membayar saraan, elaun, faedah dan belanja pekerja

Lembaga;

(d)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah

Akta ini; dan

(e)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

33. (1) Perbelanjaan Lembaga setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Lembaga bagi mana-mana satu tahun kewangan hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(2)

Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri hendaklah dikemukakan oleh Lembaga kepada

Menteri untuk kelulusannya, dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun kewangan yang berikutnya, memberitahu Lembaga tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(3)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kewangan dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

34. Menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Kumpulan

Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Lembaga mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Akaun bank

35. Lembaga hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga; dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan setakat yang dapat dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh Presiden dan Pendaftar atau mana-mana dua orang anggota Lembaga yang diberi kuasa oleh Presiden secara bertulis bagi maksud itu dari semasa ke semasa.

Teknologis dan Juruteknik 33

Kuasa untuk meminjam

36. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan terlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan terlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wang dengan menerbitkan bon, debentur, saham debentur atau apa-apa sekuriti lain atas apa-apa terma yang didapatinya suai manfaat bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Pelaburan

37. Kumpulan Wang boleh, setakat yang wang itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang didapati patut oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Tatacara kewangan

38. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri.

Tahun kewangan

39. Tahun kewangan Lembaga hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

Akaun dan laporan

40. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun

Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya tentang aktiviti

Lembaga dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun Lembaga yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan

Lembaga; dan

(b)

suatu penyata aktiviti Lembaga.

(2)

Lembaga hendaklah, secepat yang mungkin, menghantar suatu salinan penyata akaun dan penyata aktiviti yang disebut dalam subseksyen (1) yang diperakui oleh Ketua Audit Negara dan suatu salinan Laporan Ketua Audit Negara kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Dewan Parlimen.

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

BAHAGIAN VI

AM

Alasan bagi rayuan

41. (1) Seseorang—

(a)

yang telah ditolak pendaftarannya oleh Lembaga;

(b)

yang setelah didaftarkan telah dipotong namanya daripada

Daftar menurut perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah perenggan 28(1)(c); atau

Teknologis dan Juruteknik 35

(c)

yang terkilan dengan perintah Lembaga di bawah subseksyen 27(1), boleh, dalam masa tiga puluh hari penerimaan pemberitahuan secara bertulis tentang penolakan, pemotongan atau perintah itu, merayu kepada Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 dan

Lembaga Rayuan itu boleh terus membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya adil atau patut.

(2)

Seseorang yang rayuannya di bawah perenggan (1)(a) telah ditolak oleh Lembaga Rayuan boleh membuat permohonan baharu di bawah seksyen 21 atau 22, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Lembaga hendaklah menguatkuasakan apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan dengan serta-merta.

Lembaga Rayuan

42. Bagi maksud Bahagian ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu

Lembaga Rayuan yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang lain yang setiap seorang mempunyai minimum sepuluh tahun pengalaman dalam bidang teknologi yang dilantik oleh Menteri.

Tempoh jawatan anggota Lembaga Rayuan

43. Seseorang anggota Lembaga Rayuan hendaklah, melainkan jika dia meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara yang melantiknya dan hendaklah layak untuk dilantik semula.

Rayuan

44. (1)

Rayuan terhadap perintah Lembaga hendaklah dibuat melalui notis secara bertulis kepada Lembaga Rayuan dan suatu salinan notis itu hendaklah dihantar kepada Presiden Lembaga.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(2)

Selepas menerima salinan notis rayuan itu, Presiden Lembaga atau semasa ketiadaan Presiden, anggota yang diwakilkan oleh

Presiden hendaklah menyebabkan supaya disediakan dan dihantarkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan rekod atau ringkasan rekod prosiding Lembaga dan suatu penyata yang menyatakan alasan yang berdasarkannya Lembaga membuat keputusannya.

(3)

Selepas menerima rekod atau ringkasan rekod dan penyataan alasan bagi keputusan Lembaga, Pengerusi Lembaga Rayuan hendaklah mengadakan mesyuarat Lembaga Rayuan untuk mendengar rayuan.

(4)

Lembaga

Rayuan selepas mendengar rayuan boleh mengesahkan, mengubah atau mengakaskan keputusan Lembaga.

(5)

Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.

Jawatankuasa Penyiasat dan kuasanya

45. (1) Bagi maksud seksyen 27, Lembaga hendaklah melantik suatu Jawatankuasa Penyiasat yang terdiri daripada—

(a)

seorang

Pengerusi, yang merupakan

Teknologis

Profesional;

(b)

dua orang daripada kalangan Teknologis Profesional atau

Teknologis Berijazah; dan

(c)

dua orang daripada kalangan Juruteknik Bertauliah atau

Juruteknik Berkelayakan, untuk menjalankan penyiasatan.

(2)

Jika Pengerusi Jawatankuasa Penyiasat merupakan anggota

Lembaga, dia tidak boleh menjadi anggota Lembaga apabila Lembaga menjalankan pendengaran atau membuat perintah di bawah subseksyen 27(1) berkenaan dengan orang berdaftar yang telah diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasat yang dia merupakan Pengerusi.

Teknologis dan Juruteknik 37

(3)

Jawatankuasa Penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1)

boleh, bagi maksud sesuatu penyiasatan—

(a)

menghendaki mana-mana orang supaya hadir di hadapannya dan memberikan keterangan secara bersumpah atau ikrar, dan Pengerusi Jawatankuasa

Penyiasat yang mempengerusikan penyiasatan itu boleh mengendalikan sumpah itu; dan

(b)

menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa buku, dokumen atau kertas yang berhubungan dengan hal perkara penyiasatan yang berada dalam jagaan orang itu atau di bawah kawalannya.

(4)

Selepas penyiasatannya selesai, Jawatankuasa Penyiasat hendaklah mengemukakan suatu laporan berserta dengan syornya, jika ada, kepada Lembaga bagi pertimbangannya.

(5)

Seseorang hendaklah—

(a)

hadir dan memberikan keterangan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Penyiasat;

(b)

menjawab dengan benar dan sepenuhnya apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana anggota

Jawatankuasa Penyiasat; dan

(c)

mengemukakan kepada Jawatankuasa Penyiasat apa-apa buku, dokumen atau kertas yang dikehendaki daripadanya.

(6)

Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, menggantung pendaftaran orang berdaftar bagi tempoh tidak melebihi enam bulan sementara selesai penyiasatan oleh Jawatankuasa Penyiasat di bawah

Akta ini dan semasa tempoh penggantungan itu, dia tidak boleh menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

Penalti kerana memperoleh pendaftaran dengan dakwaan palsu, dsb.

46. Seseorang yang—

(a)

memperoleh atau cuba untuk memperoleh pendaftaran atau perakuan pendaftaran di bawah Akta ini dengan secara sedar membuat atau menghasilkan atau menyebabkan supaya dibuat atau dihasilkan apa-apa akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau tipuan sama ada secara bertulis atau selainnya;

(b)

dengan sengaja membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa catatan palsu dalam Daftar;

(c)

memalsukan, mengubah atau melancung apa-apa perakuan pendaftaran di bawah Akta ini;

(d)

menggunakan apa-apa perakuan pendaftaran yang dipalsukan, diubah atau dilancung di bawah Akta ini dengan mengetahui bahawa perakuan itu telah dipalsukan, diubah atau dilancung;

(e)

menyamar sebagai orang berdaftar;

(f)

membeli atau secara fraud memperoleh suatu perakuan pendaftaran di bawah Akta ini yang dikeluarkan kepada orang lain;

(g)

menjual apa-apa perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau

(h)

melanggar seksyen 19 atau 20, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Teknologis dan Juruteknik 39

Indemniti

47. Tiada tindakan atau prosiding boleh dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah terhadap Lembaga, Lembaga Rayuan,

Jawatankuasa Penyiasat, majlis atau jawatankuasa yang dilantik oleh

Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, Lembaga Rayuan,

Jawatankuasa Penyiasat, majlis atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak Lembaga bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam menunaikan mana-mana fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Pekhidmat awam

48. Semua anggota Lembaga, Lembaga Rayuan, Jawatankuasa

Penyiasat dan anggota majlis, jawatankuasa dan mana-mana pekerja dan ejen Lembaga semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah

Akta ini sebagai anggota, pekerja atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

Obligasi kerahsiaan

49.

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga—

(a)

tiada anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa atau majlisnya atau mana-mana pekerja atau ejen

Lembaga atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat

Lembaga atau mana-mana jawatankuasa atau majlisnya, sama ada semasa atau selepas tempoh memegang jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya dalam penjalanan kewajipannya; dan 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(b)

tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Lembaga boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

50. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi menetapkan fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang disediakan dalam pelaksanaan fungsi Lembaga.

Teknologis dan Juruteknik 41

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 14]

Kekerapan dan tempat mesyuarat

1. (1) Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga.

(2)

Lembaga hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Presiden, dengan syarat bahawa mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

(3)

Presiden hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri.

(4)

Semasa ketiadaan Presiden, anggota hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat.

Kuorum

2.

Presiden dan sekurang-kurangnya satu per tiga daripada anggota Lembaga yang lain hendaklah membentuk kuorum pada mesyuarat Lembaga.

Undi pemutus

3.

Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Presiden hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

4. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

Minit

5. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Minit mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit berkenaan dengannya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Tatacara

6. Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Kesahan perbuatan dan prosiding

7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau terdapat apa-apa kecacatan dalam penubuhan Lembaga; atau

(b)

terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga

8.

Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.

43

Akta 768

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

44

Akta 768

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Common questions

What is AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015?
*AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 is Malaysia Act, cited as Act 768 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Is AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 still in force?
Yes — AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 is currently in force.
When did AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 take effect?
AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 was first recorded in 2015.
How many sections does AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 have?
AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 contains 13 sections.
Where can I read the official version of AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015?
The official text of AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 is published at lom.agc.gov.my.