Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2018/A1564
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PUSAT JAGAAN (PINDAAN) 2018 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1564 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dalam takrif “penghuni”, dengan memasukkan selepas perkataan “seseorang” perkataan
“di bawah umur enam puluh tahun”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1564
AKTA PUSAT JAGAAN (PINDAAN) 2018
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1564
Pindaan seksyen 3
dalam perenggan (f), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan dengan perkataan “; atau”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:
“(g) mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 [Akta 802].”.
Seksyen baharu 11b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11a seksyen yang berikut:
“Orang yang berumur enam puluh tahun dan ke atas boleh diterima masuk 11b. Pengendali pusat jagaan berdaftar boleh menerima masuk mana-mana orang yang berumur enam puluh tahun dan ke atas sebagai orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar dan penerimaan masuk itu hendaklah berdasarkan kriteria sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan
Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018.”.