Jadual Keempat tanpa pemerakuan Lembaga melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Notis oleh Lembaga bagi orang yang berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan 33E. (1) Jika mana-mana bahan binaan yang tidak diperakukan mengikut Akta ini sedang diuruskan atau sedang diakui janji untuk diuruskan oleh atau akan diuruskan oleh mana-mana orang, Lembaga boleh, melalui notis dalam bentuk yang ditetapkan, menyampaikan kepada orang itu menghendaki orang itu supaya berhenti memulakan atau meneruskan, melibatkan diri dalam atau terlibat dalam atau mengaku janji untuk melibatkan diri atau terlibat dalam berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan itu.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak notis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kod amalan bagi industri pembinaan 33F. Lembaga atau mana-mana badan lain yang diberi kuasa oleh undang-undang boleh, dari semasa ke semasa, merumuskan, membangunkan, menyemak semula dan meluluskan mana-mana kod amalan yang sesuai dan perlu bagi industri pembinaan.”.
Undang-Undang Malaysia 22
Pindaan seksyen 34
22. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 34 dengan seksyen yang berikut:
“Pengenaan levi
34. (1) Tiap-tiap kontraktor hendaklah mengisytiharkan dan mengemukakan kepada Lembaga, mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga, apa-apa kontrak yang telah diawardkan kepadanya mengenai apa-apa kerja pembinaan.
(2) Bagi tiap-tiap kontrak yang disebut dalam subseksyen
(1) , sama ada disetemkan atau tidak, yang mempunyai jumlah kontrak yang melebihi lima ratus ribu ringgit, kontraktor hendaklah bertanggungan untuk membayar kepada Lembaga suatu levi pada kadar suku peratus daripada jumlah kontrak itu.
(3) Tiap-tiap kontraktor hendaklah menzahirkan sepenuhnya kepada Lembaga semua fakta dan hal keadaan yang menyentuh liabilitinya untuk membayar levi itu.
(4) Lembaga hendaklah memberitahu kontraktor amaun levi yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga dan pemberitahuan oleh Lembaga itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang amaun levi yang kena dibayar oleh kontraktor.
(5) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah kadar levi yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
(6) Dalam keadaan apabila terdapat lebih daripada seorang kontraktor yang merupakan pihak kepada suatu kontrak yang disebut dalam subseksyen (1), setiap dan tiap-tiap kontraktor itu adalah bertanggungan bersesama dan berasingan untuk membayar levi itu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya sehingga memuaskan hati Lembaga.
(7) Jika Lembaga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat dalam mana-mana kontrak yang
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
23
disebut dalam subseksyen (1) mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung yang—
(a) mengubah jumlah kontrak yang dikenakan levi yang kena dibayar atau yang jika tidak kerana itu akan menjadi kena dibayar;
(b) melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang telah timbul atau yang jika tidak kerana itu akan timbul untuk membayar levi itu;
(c) menghindari atau mengelakkan daripada apa-apa kewajipan atau liabiliti yang dikenakan atau yang jika tidak kerana itu akan dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini; atau
(d) menghalang atau mencegah kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana hal,
Lembaga boleh, tanpa menjejaskan kesahan yang dipunyainya dalam apa-apa hal lain atau bagi apa-apa maksud, untuk tidak mengambil kira atau untuk mengubah syarat itu dan membuat apa-apa penyesuaian sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian kesan langsung atau tidak langsung syarat sedemikian dalam kontrak itu.
(8) Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (7),
Lembaga boleh—
(a) menganggap nilai keseluruhan mana-mana kerja pembinaan atau mana-mana bahagian daripadanya sebagai nilai bagi jumlah kontrak;
(b) membuat apa-apa pengiraan atau pindaan mengenai apa-apa nilai mana-mana kerja pembinaan atau kontrak sebagaimana yang perlu untuk menyemak semula liabiliti mana-mana orang untuk membayar levi atau mengenakan apa-apa liabiliti untuk membayar levi ke atas mana-mana orang mengikut penjalanan kuasa itu olehnya; dan
(c) membuat apa-apa pindaan sebagaimana yang perlu bagi menyemak semula liabiliti mana-mana orang untuk membayar levi atau mengenakan apa-apa liabiliti untuk membayar levi ke atas mana-mana orang mengikut penjalanan kuasa itu olehnya.
Undang-Undang Malaysia 24
(9) Jika seseorang kontraktor tidak membayar apa-apa levi yang kena dibayar dalam tempoh yang ditetapkan oleh
Lembaga, kontraktor itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau empat kali ganda amaun levi yang kena dibayar itu, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(10) Seseorang kontraktor yang melanggar subseksyen (1)
atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”.
Seksyen baru 34A
23. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 34
seksyen yang berikut:
“Levi kena dibayar sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Lembaga 34A. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah
Bahagian ini boleh didapatkan kembali sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Lembaga.”.
Bahagian baru VIIIA
24. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VIII
Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN VIIIA
KEWAJIPAN KONTRAKTOR
Kewajipan kontraktor 34B. (1) Seseorang kontraktor yang mengusahakan apa-apa kerja pembinaan hendaklah—
(a) memberitahu dan mengemukakan kepada Lembaga apa-apa maklumat dan dokumen, termasuk apa-apa dokumen sokongan yang berhubungan dengan kerja pembinaan itu, sama ada baru atau sebaliknya, mengikut Akta ini;
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
25
(b) memastikan kerja pembinaan dijalankan mengikut peruntukan Akta ini, mana-mana peraturan, terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan
(c) memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan.
(2) Bagi maksud seksyen ini, “memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan” ertinya memastikan bahawa mana-mana bangunan atau kerja pembinaan yang sedang dijalankan atau telah dijalankan dengan apa-apa cara yang—
(a) tidak menyebabkan, atau mengancam untuk menyebabkan risiko kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta; atau
(b) tidak menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan keruntuhan keseluruhan atau sebahagian—
(i) bangunan yang berkenaan dengannya kerja pembinaan itu sedang dijalankan atau telah dijalankan; atau
(ii) apa-apa bangunan, jalan atau pembentukan semula jadi lain yang bertentangan, selari, bersebelahan atau rapat dengan mana-mana bahagian bangunan atau kerja pembinaan itu.
Pelanggaran kewajipan oleh kontraktor 34C. (1) Jika Lembaga berpendapat bahawa seseorang kontraktor telah melanggar mana-mana kewajipannya di bawah subseksyen 34B(1), Lembaga boleh membuat sama ada salah satu atau semua yang berikut:
(a) mengambil orang yang berkelayakan atau pakar untuk menjalankan apa-apa penyiasatan dan ujian sebagaimana yang perlu dan untuk menasihati
Lembaga tentang semua perkara yang berhubungan dengan keselamatan bangunan yang berkenaan dengannya kerja pembinaan sedang dijalankan atau telah dijalankan;
Undang-Undang Malaysia 26
(b) mengenakan ke atas kontraktor itu, semua atau mana-mana arahan dalam subseksyen (2);
(c) mengenakan penalti yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit ke atas kontraktor itu.
(2) Lembaga boleh, bagi maksud keselamatan awam atau mencegah apa-apa situasi yang disebut dalam subseksyen 34B(2), mengeluarkan suatu arahan bertulis kepada kontraktor kerja pembinaan itu, supaya kontraktor itu—
(a) serta-merta menghentikan kerja pembinaan itu;
(b) menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan dengan kos kepada kontraktor apa-apa pemeriksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(c) menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan dengan kos kepada kontraktor apa-apa kerja pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(d) memusnahkan atau menyebabkan supaya dimusnahkan dengan kos kepada kontraktor bangunan yang cacat, atau apa-apa kegagalan atau kejadian lain yang berlaku yang berkenaan dengannya kerja pembinaan itu sedang dijalankan atau telah dijalankan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan mengalihkan apa-apa sisa runtuhan akibat pemusnahan itu; atau
(e) membatalkan atau menggantung pendaftaran kontraktor itu yang diberikan di bawah Akta ini.
(3) Jika mana-mana kontraktor tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen ini dalam masa yang dinyatakan, Lembaga boleh menjalankan arahan itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga dan mendapatkan dalam mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa, sebagai hutang yang kena dibayar kepada Lembaga, semua perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah oleh
Lembaga dalam berbuat demikian daripada kontraktor itu.
(4) Tanpa menjejaskan hak Lembaga untuk menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (3), mana-mana kontraktor yang tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen
(2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
27
didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan berkenaan dengan ketidakpatuhan yang berterusan, dikenakan denda tambahan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(5) Mana-mana kontraktor yang kepadanya suatu arahan di bawah subseksyen (2) telah dikeluarkan, semasa arahan itu berkuat kuasa, hendaklah mempamerkan suatu salinan arahan itu pada tiap-tiap pintu masuk bangunan yang dengannya arahan itu berhubungan, dan salinan itu hendaklah dipamerkan dengan cara yang boleh dibaca dengan mudah oleh orang di luar bangunan itu.
(6) Mana-mana kontraktor yang melanggar subseksyen (5)
melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(7) Lembaga boleh memerintahkan kontraktor kerja pembinaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) untuk membayar atau membayar balik kepada Lembaga, keseluruhan atau sebahagian daripada perbelanjaan yang dilakukan oleh
Lembaga bagi pengambilan orang yang berkelayakan atau pakar di bawah perenggan (1)(a) dan sekiranya kontraktor tidak membayar amaun yang kena dibayar itu, Lembaga boleh mendapatkan dalam mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa, sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada
Lembaga, sekian banyak amaun yang kena dibayar oleh kontraktor itu.
Kematian yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan oleh kontraktor 34D. (1) Mana-mana kontraktor yang melanggar kewajipannya di bawah perenggan 34B(1)(c), dan yang pelanggaran kewajipan itu menyebabkan kematian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Seksyen 34C terpakai bagi seksyen ini kecuali perenggan 34C(1)(c).
Undang-Undang Malaysia 28
(3) Suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi kesalahan boleh tangkap bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593].
Kewajipan orang yang menguruskan atau mengawal tapak pembinaan 34E. (1) Mana-mana orang yang mempunyai hak dan kuasa untuk menguruskan atau mengawal mana-mana tapak pembinaan hendaklah mempunyai kewajipan untuk memastikan, setakat yang munasabah dapat dilaksanakan, bahawa tapak pembinaan dan cara-cara memasuki dan keluar dari tapak pembinaan itu adalah selamat dan tidak berbahaya kepada kesihatan.
(2) Kewajipan di bawah subsekyen (1) hanya terpakai berhubungan dengan perkara yang orang itu mempunyai hak dan kuasa untuk menguruskan atau mengawal.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.
Penggantian Bahagian IX
25. Akta ibu dipinda dengan menggantikan Bahagian IX dengan
Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IX
PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN
Pemberiankuasaan kepada pegawai
35. Pengerusi boleh, secara bertulis, memberi kuasa mana-mana pegawai Lembaga untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
29
Kuasa penyiasatan 35A. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini.
(2) Apabila selesai penyiasatannya, pegawai diberi kuasa hendaklah serta-merta memberikan segala maklumat yang berhubungan dengan pelakuan mana-mana kesalahan kepada seorang pegawai yang menjaga suatu balai polis dan seorang pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Kad kuasa 35B. (1) Pengerusi hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi.
(2) Bilamana pegawai sedemikian menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran 35C. (1) Jika ternyata pada seorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
(a) mana-mana premis atau tapak pembinaan telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
(b) terdapat dalam mana-mana premis atau tapak pembinaan, keterangan yang perlu kepada pengendalian penyiasatan terhadap,
Undang-Undang Malaysia 30
pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan atau kaedah yang dibuat di bawah Akta ini,
Majisret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa seorang pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan untuk memasuki premis atau tapak pembinaan itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa pegawai diberi kuasa untuk—
(a) menggeledah dan menyita apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;
(b) mengambil sampel apa-apa bahan binaan atau benda yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan;
(c) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu; dan
(d) mengarahkan bahawa premis atau tapak pembinaan itu atau mana-mana bahagian daripadanya atau apa-apa benda di dalamnya, hendaklah dibiarkan tanpa disentuh, sama ada secara am atau khusus, dengan melekatkan suatu lak.
(3 Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis atau tapak pembinaan di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.
(4) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu—
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis atau tapak pembinaan itu atau apa-apa halangan ke premis atau tapak pembinaan itu untuk masuk ke dalam premis atau tapak pembinaan itu;
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
31
(b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang pegawai diberi kuasa itu diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan
(c) menahan mana-mana orang yang di dalam premis atau tapak pembinaan itu sehingga penggeledahan itu selesai.
(5) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain itu di premis atau tapak pembinaan yang di dalamnya bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain itu dijumpai.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 35D. Seseorang pegawai diberi kuasa, selepas menerima maklumat, yang mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan suatu waran geledah di bawah seksyen 35C—
(a) penyiasatan itu akan terjejas;
(b) matlamat kemasukan itu akan terkecewa;
(c) mana-mana bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah memberikan keterangan bagi pelakuan kesalahan yang diminta itu boleh dipindahkan atau diganggu; atau
(d) keterangan yang diminta itu boleh diganggu atau dimusnahkan,
Undang-Undang Malaysia 32
boleh menjalankan berkenaan dengan premis atau tapak pembinaan itu, segala kuasa yang disebut dalam seksyen 35C dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Pemeriksaan atau pengujian bahan binaan, dsb., yang disita 35E. (1) Jika terdapat keperluan untuk menguji mana-mana bahan binaan atau apa-apa benda lain yang disita di premis atau tapak pembinaan di bawah Akta ini, adalah mencukupi dengan hanya menguji suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada nilai atau berat bahan binaan atau apa-apa benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu.
(2) Mahkamah hendaklah menganggap bahawa bahan binaan atau apa-apa benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu adalah yang sama jenis, kuantiti dan kualiti dengan bahan binaan atau apa-apa benda lain yang disita.
Pelantikan juruanalisis 35F. Lembaga boleh melantik mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi juruanalisis bagi maksud menjalankan suatu analisis terhadap mana-mana bahan binaan atau apa-apa benda lain dan untuk memperakukan keadaan, jenis, kaedah pengilangan, kualiti, standard dan grednya.
Perakuan analisis 35G. (1) Suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh
Lembaga dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta ini, menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu melainkan jika tertuduh menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai seorang saksi, dan dalam hal itu dia hendaklah memberikan notis bertulis kepada Lembaga tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
33
(2) Jika Lembaga berhasrat untuk memberikan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai keterangan, Lembaga hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
Kuasa untuk memasuki premis, dsb.
35H. Walau apa pun seksyen 35C dan 35D, seorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis atau tapak pembinaan bagi maksud—
(a) memeriksa apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu;
(b) menentusahkan ketepatan rekod atau pernyataan maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa atau kepada Lembaga; atau
(c) memungut sampel yang dikehendaki di bawah Akta ini.
Pemeriksaan orang 35I. Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang lain yang sama jantinanya dengannya, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Capaian kepada data berkomputer 35J. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2) Bagi maksud seksyen ini, capaian hendaklah diberikan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer itu.
Undang-Undang Malaysia 34
Waran boleh diterima walau apa pun kecacatan 35K. Sesuatu waran penggeledahan yang dikeluarkan di bawah
Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
Senarai benda yang disita 35L. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa hendaklah menyediakan suatu senarai bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang dan benda lain yang disita dan mengenai premis atau tapak pembinaan yang di dalamnya ia dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.
(2) Suatu salinan senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada penduduk premis atau tapak pembinaan di mana bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain itu dijumpai atau kepada ejen atau pekhidmatnya di premis atau tapak pembinaan itu.
(3) Jika premis atau tapak pembinaan itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, bila-bila masa mungkin, menampalkan suatu senarai kesemua yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis atau tapak pembinaan itu.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes 35M. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui arahan bertulis menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana dikehendaki.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
35
(2) Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes 35N. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu.
(2) Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.
(4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen
(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a) selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang pernyataan itu dibuat olehnya; dan
Undang-Undang Malaysia 36
(b) selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Kebolehterimaan pernyataan dalam keterangan 35O. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu ditangkap dan sama ada semasa penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan, oleh orang itu atau dengan didengari oleh seorang pegawai diberi kuasa atau orang lain, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan orang itu dan, jika orang yang dipertuduh itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.
(2) Pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh diterima atau digunakan—
(a) jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi, pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang ternyata padanya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau
(b) dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan seperti yang berikut atau perkataan yang seumpamanya:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada kamu bahawa kamu tidak perlu berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu katakan, sama ada sebagai menjawab soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
37
(3) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum sempat amaran diberikan kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya atas alasan dia tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin selepas itu.
(4) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dipertuduh dengan kesalahan yang baginya subseksyen (1)
terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut dalam perenggan (2)(b) telah diberikan kepadanya.
Penjualan dan pelupusan bahan yang disita 35P. (1) Pengerusi boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya apa-apa bahan binaan yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil jualan itu dipegang sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—
(a) bahan binaan itu adalah daripada jenis mudah rosak atau mutunya mudah merosot;
(b) penjagaan bahan binaan itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
(c) terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan bahan binaan itu; atau
(d) bahan binaan itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakukan oleh juruanalisis membuktikan, bahawa bahan binaan yang diuji olehnya tidak berada dalam keadaan baik, pegawai diberi kuasa itu boleh menyimpannya dalam jagaan atau, jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan bahan itu, menyebabkan bahan itu dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh Pengerusi.
Undang-Undang Malaysia 38
Bahan binaan yang disita, dsb., boleh dilucuthakkan 35Q. (1) Mana-mana bahan binaan atau hasil jualannya, atau mana-mana kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang disita pada penjalanan mana-mana kuasa di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
(2) Mana-mana bahan binaan atau hasil jualannya, atau mana-mana kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dilucuthakkan atau diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan di bawah
Bahagian ini hendaklah menjadi harta Lembaga.
Pelepasan benda yang disita 35R. (1) Jika apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu boleh, pada bila-bila masa selepas itu, melepaskannya kepada orang yang ditentukannya sebagai orang yang berhak ke atasnya di sisi undang-undang jika dia berpuas hati bahawa ia tidak diperlukan selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam keadaan itu baik pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu, mahupun Kerajaan, Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau
Lembaga tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan itu telah dilakukan dengan suci hati.
(2) Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan suatu salinan rekod itu hendaklah dihantar kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua
Polis Negara dalam tempoh tujuh hari selepas pelepasan itu.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
39
Kos memegang kelengkapan, dsb., yang disita 35S. Jika apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Lembaga sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada
Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 35T. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang disita dalam penjalanan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Halangan 35U. Seseorang yang—
(a) mengamang, melengahkan, merintangi, menyekat atau menghalang seseorang pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk membuatnya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturannya dalam pelaksanaan mana-mana kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh
Akta ini;
(b) memecahkan apa-apa lak yang telah diletakkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa di mana-mana tempat;
Undang-Undang Malaysia 40
(c) tidak mematuhi mana-mana permintaan sah seseorang pegawai diberi kuasa dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini;
(d) tidak, enggan atau abai untuk memberikan apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; atau
(e) tanpa alasan yang munasabah tidak menunjukkan apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kuasa polis 35V. Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menjalankan kesemua kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Kuasa tambahan 35W. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada yang berikut:
(a) menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang dipegang oleh kontraktor atau orang lain dan untuk meneliti, memeriksa dan memuat turun, membuat salinan atau mengambil cabutan daripadanya;
(b) menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah
Akta ini;
(c) membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.”.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
41
Pindaan seksyen 37
26. Seksyen 37 Akta ibu dipinda—
(a) dalam subseksyen (2)—
(i) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) menetapkan syarat, cara, bentuk, jenis, gred dan tatacara bagi pendaftaran, akreditasi atau pemerakuan kontraktor dan personel binaan dan penggantungan, pembatalan, pengembalian semula atau penolakan pendaftaran, akreditasi atau pemerakuan kontraktor dan personel binaan;”;
(ii) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) menetapkan cara, bentuk dan tatacara bagi pungutan levi;”;
(iii) dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
“cara dan bentuk akreditasi dan pemerakuan pekerja binaan mahir dan penyelia tapak binaan” dengan perkataan “syarat, cara, bentuk, jenis, gred dan penentuan standard kemahiran dan kecekapan personel binaan”;
(iv) dalam perenggan (f), dengan memasukkan selepas perkataan “kawalan” perkataan “anggota,”;
(v) dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (h);
(vi) dengan menggantikan perenggan (i) dengan perenggan yang berikut:
“(i) menetapkan bentuk, kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;”; dan
Undang-Undang Malaysia 42
(vii) dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:
“(j) memperoleh, mendapatkan dan menyenggarakan maklumat yang b e r h u b u n g a n d e n g a n i n d u s t r i pembinaan;
(k) menetapkan mekanisme rayuan bagi mana-mana keputusan Lembaga kepada
Menteri dan boleh memperuntukkan bahawa keputusan Menteri itu adalah muktamad dan konklusif;
(l) menetapkan hal keadaan yang terpakai bagi mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa tempoh peralihan apabila mula berkuatkuasanya mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(m) mengawal selia dan menguatkuasakan standard dalam industri pembinaan termasuklah cara, bentuk dan tatacara;
(n) menetapkan cara, bentuk, jenis dan gred yang berhubungan dengan pemerakuan bahan binaan dan mutu kerja binaan;
(o) menetapkan syarat dan kehendak bagi perlaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan; dan
(p) apa-apa perkara lain secara amnya untuk menguatkuasakan peruntukan Akta ini.”; dan
(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.”.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
43
Pindaan seksyen 38
27. Subseksyen 38(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga” dengan perkataan “oleh Pendakwa Raya”.
Seksyen baru 38A, 38B dan 38C
28. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 38
seksyen yang berikut:
“Kehadiran bagi Lembaga dalam prosiding sivil 38A. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Lembaga—
(a) mana-mana pegawai Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa oleh Pengerusi; atau
(b) mana-mana anggota Bar Malaysia, boleh bagi pihak Lembaga, menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan semua kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.
Perlindungan kepada Lembaga, dsb.
38B. (1) Tiada tindakan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Lembaga atau anggotanya, pegawainya, pekhidmatnya atau ejennya bagi apa-apa benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Lembaga atau anggotanya, pegawainya, pekhidmatnya atau ejennya secara suci hati tanpa kecuaian dan dibuat bagi menjalankan mana-mana kuasa atau pelaksanaan mana-mana kewajipan di bawah Akta ini.
(2) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau anggotanya, pegawainya, pekhidmatnya atau ejennya berkenaan dengan apa-apa
Undang-Undang Malaysia 44
perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan oleh
Lembaga atau anggotanya, pegawainya, pekhidmatnya atau ejennya atas sifat itu.
Pengkompaunan kesalahan 38C. (1) Lembaga boleh menetapkan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun.
(2) Lembaga, dengan persetujuan Pendakwa Raya secara bertulis, boleh pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum dan dalam hal yang ada denda minimum, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum tetapi tidak kurang daripada denda minimum yang diperuntukkan yang kepadanya orang itu bertanggungan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam surat tawaran bertulisnya.
(3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang telah disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
45
(5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang di bawah Bahagian IV
Akta ini.”.
Seksyen baru 39A
29. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 39
seksyen yang berikut:
“Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.
39A. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau mana-mana kumpulan orang lain melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau dalam apa-apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian—
(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu; dan
(b) jika pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—
(i) bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan
Undang-Undang Malaysia 46
(ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mengelak berlakunya kesalahan itu.
(2) Jika mana-mana orang adalah bertanggungan di bawah
Akta ini terhadap apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekerjanya atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran sedemikian dilakukan—
(a) oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya;
(b) oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau
(c) oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.”.
Pindaan seksyen 40
30. Seksyen 40 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen
(1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk dikenakan, mana-mana orang atau golongan orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini bagi apa-apa sebab yang baik yang selaras dengan maksud Akta ini.”.
Pindaan Jadual Ketiga
31. Jadual Ketiga Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“subseksyen 32(2)” dengan perkataan “subseksyen 33A(2)”.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
47
Jadual baru Keempat
32. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketiga
Jadual yang berikut:
“JADUAL KEEMPAT
[Subseksyen 33C(1)]
STANDARD BAGI PEMERAKUAN BAHAN BINAAN
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga 1.
Peralatan kebersihan (seramik):
Singki
(a)
Mangkuk tandas tanpa
(b)
tangki pam
Mangkuk tandas dengan
(c)
tangki pam
Bidet dan tempat buang
(d)
air kecil
Tangki pam dilengkapi
(e)
dengan mekanisme
Tangki pam tidak dilengkapi
(f)
dengan mekanisme
Tangki pam plastik
(g)
MS 147:2001 : Spesifikasi bagi
Kualiti Perkakas Kebersihan
Tembikar Berkaca China
MS 147:2001 dan MS 1522:2007
Spesifikasi bagi Mangkuk Tandas
Tembikar Berkaca China
MS 147:2001, MS 1522:2007
dan MS 795:2002
MS 147:2001
MS 147:2001 dan MS 795:2002
MS 147:2001
MS 795:2002 2.
Jubin seramik
MS ISO 13006:2003 3.
Perancah bingkai keluli
MS 1462:1999 4.
Paip lempung berkaca dan pemasangan dan siku paip bagi saliran dan pembetung
MS 1061:Bahagian 2:2008
Undang-Undang Malaysia 48
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga 5.
Wayar keluli lembut diturunkan sejuk bagi pengukuhan konkrit
MS 144:2006 6.
Serat kimpalan keluli bagi pengukuhan konkrit
MS 145:2006 7.
Simen Portland:
Simen Portland putih
(a)
Simen Portland mengeras
(b)
biasa dan cepat
Simen Portland tahan
(c)
sulfat
Simen Portland relau abu
(d)
bahan api hancur
Simen Portland relau
(e)
bagas
MS 888:1991
MS 522:Bahagian 1:2007
MS 1037:1986
MS 1227:2003
MS 1389:1995 8.
Simen hidraulik:
(a) Simen abu bahan api hancur pozzolana
(b) Simen relau bagas sanga tinggi
MS 1520:2001
MS 1388:1995
MS 794:2010 9.
Bar keluli tergelek panas bagi pengukuhan konkrit
MS 146:2006 10.
Sistem kekuda bumbung kayu siap dulu
CIS 5 11.
Keratan keluli berstruktur bukan aloi tergelek panas
MS 1490:2001
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
49
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga 12.
Cerucuk konkrit pra-tuang bagi tapak
MS 1314:Bahagian 1-6:2004 13.
Tali wayar keluli bagi lif
MS ISO 4344:2004 14.
Spesifikasi bagi perancah bingkai keluli
MS 1462:1999 15.
Produk besi dan keluli:
Spesifikasi bagi batang
(a)
wayar keluli berkarbon rendah
Spesifikasi bagi batang
(b)
wayar keluli berkarbon tinggi
Spesifikasi bagi wayar
(c)
keluli berkarbon rendah
Spesifikasi bagi lembar
(d)
tegasan terlega wayar tujuh tak bersalut bagi konkrit prategasan
Spesifikasi bagi wayar
(e)
keluli berkarbon rendah yang tergalvani bagi menyalut kabel
MS 1092:1987
MS 1093:1987
MS 1137:2009
MS 1138:Bahagian 1-4:2007
MS 1239-1:2009 16.
Bahan penebatan:
Spesifikasi bagi bahan
(a)
penebatan terma gentian mineral
MS 1020:2010 17.
Kaca apung:
(a) Spesifikasi bagi kaca apung dan kaca apung plat digilap
MS 1138:Bahagian 1-4:2007
Undang-Undang Malaysia 50
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga 18.
MS 1064 : 2001 GARIS PANDUAN
BAGIPENYELARASAN
BERMODUL BANGUNAN:
(a) Tangga dan bukaan tangga
(f) B a t u , b a t a d a n bongkah
(h) Komponen konkrit tetulang
MS 1064:Bahagian 3:2001
MS 1064:Bahagian 4:2001
MS 1064:Bahagian 5:2001
MS 1064:Bahagian 6:2001
MS 1064:Bahagian 7:2001
MS 1064:Bahagian 8:2001
MS 1064:Bahagian 9:2001
MS 1064:Bahagian 10:2001 .”.
Peruntukan peralihan
33. (1) Mana-mana personel binaan yang, sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah terlibat atau diambil atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai personel binaan termasuk mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir, boleh terus berbuat demikian selama tempoh dua belas bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2) Semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), personel binaan termasuk penyelia tapak binaan dan pekerja binaan mahir itu hendaklah, dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan membuat permohonan bagi pendaftaran, akreditasi atau pemerakuan, mengikut mana-mana yang terpakai baginya, mengikut Akta ini.
(3) Mana-mana orang yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah berurusan atau mengaku janji untuk diambil dalam berurusan dengan bahan binaan yang dinyatakan di bawah Jadual Keempat tanpa pemerakuan oleh Lembaga, boleh terus berbuat demikian selama tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.