Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2016/A1512
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2016 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1512 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang disebut
dengan memasukkan selepas takrif “Pengarah” takrif yang berikut:
‘ “Pengerusi Majlis Perbandaran” ertinya Pengerusi sesuatu Majlis Perbandaran yang disebut dalam seksyen 2 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
[Sabah No. 11 tahun 1991] dan subseksyen 2(1) Ordinan
Pihak Berkuasa Tempatan 1996 [Sarawak Bab 20]
dan termasuklah Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran itu;’;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1512
AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2016
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1512
dengan menggantikan perkataan “atau Perbadanan
Putrajaya” dengan perkataan “, Perbadanan
Putrajaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau
Pengerusi Majlis Perbandaran”; dan
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan
dengan memasukkan selepas takrif “warden lalu lintas”
takrif yang berikut:
‘ “Yang Dipertua Majlis Perbandaran” ertinya
Yang Dipertua sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].’.
Pindaan seksyen 3
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “beberapa” dengan perkataan “sekian bilangan”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4a) subseksyen yang berikut:
“(4b) Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau
Pengerusi Majlis Perbandaran boleh melantik sekian bilangan orang dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta ini untuk menjadi warden lalu lintas dan boleh, setelah berunding dengan Ketua Polis
Negara, menetapkan pakaian seragam bagi pegawai tersebut.”.
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 3a
Seksyen 3a Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Pemberikuasaan kepada Datuk Bandar, Yang
Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis
Perbandaran, pegawai Majlis Bandaraya atau Majlis
Perbandaran, dsb.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, apabila dibuat permohonan oleh Yang
Dipertua Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis
Perbandaran, memberi kuasa kepada Yang Dipertua
Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis
Perbandaran itu untuk menjalankan kuasa yang diberikan dan melaksanakan tugas yang dikenakan oleh Akta ini ke atas Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi
Majlis Perbandaran atau warden lalu lintas, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3a)
boleh mengehadkan kuasa yang akan diberikan kepada dan tugas yang akan dilaksanakan oleh Yang Dipertua
Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis
Perbandaran itu.
Apabila dibuat pemberikuasaan di bawah subseksyen (3a), Yang Dipertua Majlis Perbandaran,
Pengerusi Majlis Perbandaran dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran itu boleh menjalankan kuasa yang diberikan dan melaksanakan tugas yang dikenakan oleh Akta ini ke atas Yang Dipertua
Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran atau warden lalu lintas, mengikut mana-mana yang berkenaan.”; dan
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1512
dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan
dengan memasukkan selepas takrif “Majlis
Bandaraya” takrif yang berikut:
‘ “Majlis Perbandaran” ertinya Majlis
Perbandaran bagi suatu kawasan pihak berkuasa tempatan yang telah diisytiharkan dan ditentukan mengikut perenggan 3(d) Akta Kerajaan
Tempatan 1976, perenggan 6(1)(cc) Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961 dan perenggan 3(1)(e)
Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996.’.
Penggantian seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:
“Kuasa dan tugas Dato Bandar, Perbadanan Putrajaya,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran, dsb.
Quoted provision
Kuasa dan tugas Dato Bandar, Perbadanan Putrajaya, Yang
Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran dan warden lalu lintas di bawah Akta ini tidak boleh dijalankan di luar atau berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Putrajaya atau di luar bidang kuasa Majlis Perbandaran, masing-masing.”.
Pindaan seksyen 17
Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda dengan menomborkan semula perenggan (bb) dan (bc) masing-masing sebagai perenggan (ba) dan (bb).
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
7
Pindaan seksyen 35
dalam subseksyen (1) dan (4), dengan menggantikan perkataan “hendaklah” dengan perkataan “boleh”;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini” perkataan “atau seseorang yang dikenakan kompaun di bawah Akta ini dan telah membayar kompaun itu”; dan
Seksyen 35a Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“hendaklah” dengan perkataan “boleh”;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “di bawahnya” perkataan “atau seseorang yang dikenakan kompaun di bawah Akta ini dan telah membayar kompaun itu”; dan
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 37 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Apabila tamatnya tempoh penggantungan di bawah subseksyen 35(1), lesen memandu yang diserahkan balik kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) hendaklah dikembalikan kepada pemegangnya dan mata yang diberikan terhadapnya, jika ada, hendaklah dibatalkan.
Walau apa pun seksyen ini, apabila lesen memandu seseorang digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 35
atau 35a, Ketua Pengarah boleh menolak atau menggantung apa-apa urusan atau transaksi yang terpakai bagi orang itu di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 52
“Penggantungan atau pembatalan lesen memandu
“atau warden lalu lintas” di mana-mana jua terdapat.
Pindaan seksyen 53a
Inggeris, dengan menggantikan perkataan “shall” dengan perkataan
“may”.
Pindaan seksyen 65
dalam subseksyen (1), (3), (5), (6) dan (7), dengan memasukkan selepas perkataan “Perbadanan Putrajaya”
di mana-mana jua terdapat perkataan “, Yang Dipertua
Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran”; dan
dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Pengerusi
Majlis Perbandaran, jika yang menyebabkan kenderaan motor itu dialih ialah seorang warden lalu lintas atau mana-mana pegawai dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran;”.
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
9
Pindaan seksyen 120
Subseksyen 120(1) Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perenggan (ca) yang dinomborkan semula itu perenggan yang berikut:
“(cb) Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Pengerusi
Majlis Perbandaran atau pegawai Majlis
Perbandaran yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau
Pengerusi Majlis Perbandaran;”.
Pindaan seksyen 123
Seksyen 123 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “atau Perbadanan Putrajaya”
dengan perkataan “, Perbadanan Putrajaya, Yang Dipertua Majlis
Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran”.