Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 2016.
/akn/my/act/amendment_act/2016/A1510
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (PINDAAN) 2016 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1510 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 2016.
Pindaan seksyen 1
[Akta 316], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 1 dengan memotong subseksyen (3), (4) dan (5).
Pindaan seksyen 4
Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah Akta ini boleh” perkataan “mengarahkan mana-mana anggota polis berpangkat tidak rendah daripada Sarjan”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1510
AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN KHAS) (PINDAAN) 2016
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1510
Pindaan seksyen 5
Seksyen 5 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Pendakwa Raya boleh hadir semasa suatu siasatan di bawah perenggan (3)(c).
Menteri boleh menetapkan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki hadir di bawah subseksyen (3).”.
Seksyen baharu 5a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5
seksyen yang berikut:
“Kesalahan kerana tidak hadir untuk memberikan keterangan, dsb.
Quoted provision
Bagi maksud subseksyen 5(3), mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki untuk hadir yang tanpa alasan yang munasabah gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu atau yang, setelah hadir, enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang ditujukan secara sah kepadanya, atau enggan untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam kuasanya untuk dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 6
Seksyen 6 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
“(ha) bahawa dia hendaklah menggunakan hanya peralatan dan kemudahan komunikasi yang diisytiharkan kepada dan diluluskan oleh Ketua
Pegawai Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan bagi kawasan yang dia dikehendaki tinggal sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu;
Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) (Pindaan)
5
(hb)
bahawa melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perintah sekatan itu, dia tidak boleh mengakses internet;
(hc)
bahawa hendaklah dipasang kepadanya suatu peranti pengawasan elektronik;”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Orang sekatan hendaklah dihantarkan oleh polis, dan hendaklah berada dalam jagaan polis sehingga, ke tempat yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu.”.
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985
hendaklah terus berkuat kuasa
Walau apa pun tempoh kuat kuasa yang dinyatakan dalam resolusi yang disebut dalam subseksyen (1), apabila habis tempoh resolusi tersebut, Akta ibu hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya sebagaimana yang dipinda dalam Akta ini.