Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Langkah-Langkah
Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019
(COVID-19) (Pindaan) 2022.
/akn/my/act/amendment_act/2022/A1641
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) (PINDAAN) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1641 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Langkah-Langkah
Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019
(COVID-19) (Pindaan) 2022.
Pindaan tajuk panjang
Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan memasukkan selepas perkataan “Akta Agensi
Pekerjaan Swasta 1981,” perkataan “Ordinan Buruh Sabah, Ordinan
Buruh Sarawak,”.
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1641
Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “[Akta 246],” perkataan “Ordinan Buruh Sabah
[Bab 67], Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76],”.
Pindaan seksyen 9
Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Apa-apa pertikaian berkenaan dengan apa-apa ketidakupayaan mana-mana pihak atau pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada apa-apa kontrak yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19 bolehlah diselesaikan dengan cara pengantaraan.”.
Bahagian baharu XIa
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian XI bahagian yang berikut:
“Bahagian XIa
PENGUBAHSUAIAN TAMBAHAN KEPADA AKTA PEMAJUAN
PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966
“perjanjian” ertinya suatu perjanjian bagi kontrak jualan bagi jual beli kediaman perumahan dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual G, H, I dan J
Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1989; dan
Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan
Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan)
“perjanjian pertama” ertinya perjanjian yang pertama dibuat antara pembeli dengan pemaju bagi suatu kediaman perumahan berhubung dengan suatu pemajuan perumahan di bawah satu lesen pemaju perumahan dan satu permit iklan dan jualan.
Caj pembayaran lewat 38b. (1) Berhubung dengan suatu pemajuan perumahan, walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, jika disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pembeli gagal untuk membayar apa-apa ansuran bagi tempoh dari 1 Januari 2021
hingga 31 Disember 2021, pemaju tidak boleh mengenakan apa-apa caj pembayaran lewat berkenaan dengan ansuran yang tidak berbayar itu ke atas pembeli itu.
Subseksyen (1) hanya terpakai kepada pembeli dan pemaju suatu pemajuan perumahan yang perjanjian pertamanya telah dibuat sebelum 31 Mei 2021.
Penyerahan pemilikan kosong dan penyiapan kemudahan bersama 38c. (1) Berhubung dengan suatu pemajuan perumahan, walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, pemaju boleh memohon kepada Menteri bagi mana-mana tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021
dikecualikan daripada pengiraan masa bagi penyerahan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau penyiapan kemudahan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam pemajuan perumahan itu.
Apabila mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengecualikan mana-mana tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 daripada pengiraan masa bagi penyerahan pemilikan kosong suatu rumah kediaman atau penyiapan kemudahan bersama jika Menteri berpuas hati bahawa disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan,
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1641
dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pemaju itu tidak dapat menyerahkan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau menyiapkan kemudahan bersama mengikut perjanjian.
Menteri tidak boleh mempertimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika permohonan dibuat selepas habisnya masa bagi penyerahan pemilikan kosong atau penyiapan kemudahan bersama yang dinyatakan di bawah perjanjian.
Subseksyen (1) hanya terpakai kepada pemaju suatu pemajuan perumahan yang perjanjian pertamanya telah dibuat sebelum 31 Mei 2021.
Bagi maksud pengiraan ganti rugi jumlah tertentu atas sebab kegagalan pemaju untuk menyerahkan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau menyiapkan kemudahan bersama, tempoh yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) tidak boleh diambil kira.
Pengambilan pemilikan kosong 38d. Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, jika disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pembeli tidak dapat mengambil pemilikan suatu kediaman perumahan dari tarikh penyampaian suatu notis untuk mengambil pemilikan kosong daripada pemaju semasa tempoh dari 1 Jun 2021
hingga 31 Oktober 2021 atau apa-apa tempoh pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen 38c(2), pembeli itu tidak boleh disifatkan telah mengambil pemilikan kosong itu.
Tempoh liabiliti kecacatan 38e. Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, berhubung dengan mana-mana pemajuan perumahan, tempoh dari 1 Jun 2021
hingga 31 Oktober 2021 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan—
tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong suatu kediaman perumahan;
Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan
Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan)
masa bagi pemaju untuk menjalankan kerja-kerja membaiki dan menyempurnakan apa-apa kecacatan, pengecilan dan kekurangan lain pada suatu kediaman perumahan dan kemudahan bersama.
Kecualian 38f. (1) Apa-apa pengecualian atau pelanjutan yang diberikan di bawah seksyen 38b, 38c, 38d dan 38e tidak boleh menjejaskan apa-apa pengecualian atau pelanjutan yang telah diberikan di bawah seksyen 34, 35 dan 36.
Pengubahsuaian dalam seksyen 38b, 38c, 38d dan 38e tidak boleh menjejaskan apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan, atau apa-apa penghakiman atau award yang diperoleh, untuk mendapatkan caj pembayaran lewat yang kena dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang kena dibayar oleh pemaju atau apa-apa wang lain semasa tempoh dari 24 Oktober 2020
hingga tarikh sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini.
Walau apa pun seksyen 38b dan 38c, apa-apa caj pembayaran lewat yang telah dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang telah dibayar oleh pemaju sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini hendaklah disifatkan telah dibayar dengan sah di bawah
Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966
dan peraturan-peraturannya, dan pembayaran itu tidak boleh dibayar balik kepada pembayar.”.
Penggantian seksyen 39
Tafsiran 38a. Dalam Bahagian ini—
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 39 dengan seksyen yang berikut:
“Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada
Quoted provision
Seksyen 40b disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 10 Jun 2020.”.
Seksyen baharu 40a dan 40b
Akta Perhubungan Perusahaan 1967
seksyen yang berikut:
“Tempoh bagi pemberian pengiktirafan, pembuatan laporan dan pemfailan representasi dari 1 Jun 2021
hingga 31 Disember 2021 40a. Tempoh dari 1 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021
hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi pemberian pengiktirafan atau pemberitahuan secara bertulis kepada kesatuan sekerja pekerja yang berkenaan alasan-alasan untuk tidak memberi pengiktirafan di bawah subseksyen 9(3), pembuatan suatu laporan secara bertulis kepada Ketua Pengarah
Perhubungan Perusahaan di bawah subseksyen 9(4) dan pemfailan representasi di bawah subseksyen 20(1a).
Tempoh bagi pemberian pengiktirafan, pembuatan laporan dan pemfailan representasi bagi majikan, kesatuan sekerja majikan, dsb., yang berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat 40b. (1) Tempoh yang mana-mana majikan, kesatuan sekerja majikan, kesatuan sekerja pekerja atau pekerja berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi pemberian pengiktirafan atau pemberitahuan secara bertulis kepada kesatuan sekerja pekerja yang berkenaan alasan-alasan untuk tidak memberi pengiktirafan di bawah subseksyen 9(3), pembuatan suatu laporan secara bertulis kepada
Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan di bawah subseksyen 9(4)
dan pemfailan representasi di bawah subseksyen 20(1a).
Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan
Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3)
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”.
Penggantian seksyen 42
Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan)
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 42 dengan seksyen yang berikut:
“Tempoh bagi pembaharuan lesen, pembayaran fi lesen dan pendepositan wang jaminan di bawah seksyen 11
Quoted provision
Tempoh dari 18 Mac 2020 sehingga habis tempoh kuat kuasa atau apa-apa tarikh kuat kuasa yang dilanjutkan
Akta ini, tetapi tidak melebihi 31 Disember 2022, hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh—
bagi mengemukakan suatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen 11(1)
Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981; dan
bagi membuat pembayaran fi lesen dan mendepositkan wang jaminan di bawah subseksyen 11(3)
Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.”.
Bahagian baharu XIIIa dan XIIIb
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian XIII bahagian yang berikut:
“Bahagian XIIIa
PENGUBAHSUAIAN KEPADA ORDINAN BURUH SABAH
Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Ordinan
Buruh Sabah 42a. Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1641
Quoted provision
Tempoh dari 1 Jun 2021 sehingga habis tempoh kuat kuasa atau apa-apa tarikh kuat kuasa yang dilanjutkan Akta ini, tetapi tidak melebihi 31 Disember 2022, hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada
Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 7a(3) Ordinan
Buruh Sabah.
Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 7a(3)
bagi pekerja yang berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat 42c. (1) Tempoh yang mana-mana pekerja berada di suatu tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 7a(3) Ordinan Buruh Sabah.
Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3)
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Bahagian XIIIb
PENGUBAHSUAIAN KEPADA ORDINAN BURUH SARAWAK
Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Ordinan
Buruh Sarawak 42d. Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 29 Mei 2021.
Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 8a(3)
Quoted provision
Tempoh dari 29 Mei 2021 hingga 31 Oktober 2021
hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 8a(3) Ordinan Buruh Sarawak.
Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan
Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan)
11
Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 8a(3)
bagi pekerja yang berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat 42f. (1) Tempoh yang mana-mana pekerja berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 8a(3)
Ordinan Buruh Sarawak.
Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3)
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”.
Pindaan seksyen 59
Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 7a(3)
Subseksyen 59(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “9 Jun 2020” dengan perkataan “31 Disember 2021”.