PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2015/765
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD (ADMINISTRATION) ACT 2015 is Malaysia Act, cited as Act 765 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Opening note
Opening note
Part I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
sehingga penyenaraian dan penyebutan harga syer Malaysia
Airlines Berhad dalam senarai rasmi Bursa Malaysia
Berhad, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan pemberhentian yang lebih awal Akta ini.
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini boleh, melalui suatu ketetapan yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen, dilanjutkan selama tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dinyatakan dalam ketetapan itu.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“badan kawal selia” ertinya suatu pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang;
“cadangan” ertinya cadangan di bawah perenggan 17(1)(b);
“hak” ertinya semua hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;
“harta” termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala kepentingan, isemen atau hak, sama ada saksama atau di sisi undang-undang mengenai, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;
“Malaysia Airlines Berhad” ertinya perbadanan yang disebut dalam seksyen 23;
“Menteri” ertinya Perdana Menteri Malaysia;
“pegawai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 dan subseksyen 132(6) Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“pelantik” ertinya orang yang melantik seseorang Pentadbir di bawah seksyen 5;
“pemiutang” termasuklah rakan niaga dalam sesuatu perjanjian, kontrak atau perkiraan dengan Syarikat yang Ditadbir;
“Penasihat Bebas” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 18;
“Pentadbir” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 5;
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
“Syarikat” ertinya Malaysian Airline System Berhad;
“syarikat subsidiari yang dinyatakan” ertinya syarikat subsidiari milik separa yang disenaraikan dalam perenggan 4(c);
“Syarikat yang Ditadbir” ertinya Syarikat, syarikat subsidiari milik penuhnya dan syarikat subsidiari yang dinyatakan yang telah diletakkan di bawah pentadbiran di bawah seksyen 4;
“tanggungan” termasuklah hutang, caj dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan sama ada pada masa sekarang atau hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau tempat lain.
Part II
Peletakan Syarikat, dsb., di bawah pentadbiran
Tertakluk kepada kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu, anggota Syarikat, atau lembaga pengarah Syarikat menurut suatu ketetapan lembaga pengarah, boleh meletakkan—
Abacus Distribution Systems (Malaysia) Sdn. Bhd.
(Syarikat No. 180535-T);
MAS Awana Services Sdn. Bhd. (Syarikat No.
372384-D), di bawah pentadbiran mengikut Akta ini.
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
9
Pelantikan Pentadbir
Pelantik boleh pada bila-bila masa selepas pelantikan
Pentadbir di bawah subseksyen (1) melantik seorang Pentadbir baru untuk menggantikan Pentadbir yang sedia ada.
Jika Pentadbir dilepaskan daripada pelantikannya, dia hendaklah, berkuat kuasa dari pelepasan itu, dibebaskan daripada segala kewajipan dan tanggungan yang berkenaan dengan pentadbirannya atau berhubung dengan kelakuannya sebagai
Pentadbir.
Tempoh pentadbiran
Pentadbiran Syarikat yang Ditadbir oleh Pentadbir hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pelantikan Pentadbir di bawah subseksyen 5(1) dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga pentadbiran itu ditamatkan oleh pelantik.
Kelayakan Pentadbir
Orang yang berikut layak untuk dilantik sebagai
Pentadbir:
seseorang yang, pada pendapat pelantik, berupaya untuk melaksanakan tugas pentadbir.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai
Pentadbir:
seorang yang mempunyai pemegangan syer secara langsung atau tidak langsung dalam Syarikat yang Ditadbir;
seorang yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak atau perkiraan untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan kepada Syarikat yang Ditadbir;
menyebabkan supaya suatu notis pelantikannya disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian kebangsaan, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
Tiap-tiap invois, pesanan untuk barangan atau perkhidmatan, surat urusan, cek, nota kredit, surat cara boleh niaga atau bil muatan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Syarikat yang
Ditadbir atau Pentadbir selepas pelantikan Pentadbir hendaklah mengandungi perkataan “Pentadbir Dilantik”.
Apa-apa ketidakpatuhan kepada subseksyen (1) dan (2) tidak akan menjejaskan kesahan perbuatan Pentadbir dalam pentadbiran
Syarikat yang Ditadbir.
Bagi maksud seksyen ini, “Pendaftar Syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 4 Akta Syarikat 1965.
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
11
Fungsi Pentadbir
untuk menjalankan perniagaan dan pengendalian (termasuk menstrukturkan semula pengendalian itu) Syarikat yang
Ditadbir;
untuk mengambil ke dalam jagaannya atau di bawah kawalannya harta, tanggungan, perniagaan dan hal ehwal
Syarikat yang Ditadbir dan semua harta yang Syarikat yang Ditadbir berhak atau tampak berhak kepadanya;
untuk menguruskan harta, tanggungan, perniagaan dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir, termasuk pelupusan harta dan tanggungan;
untuk mengambil alih kawalan dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada pengarah di bawah Akta
Syarikat 1965 atau melalui perlembagaan Syarikat yang
Ditadbir, dan kuasa pengarah Syarikat yang Ditadbir hendaklah selepas itu terhenti kecuali setakat yang dibenarkan oleh Pentadbir;
untuk membuat apa-apa perkiraan atau kompromi bagi pihak Syarikat yang Ditadbir dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutangnya atau antara syarikat subsidiari yang dinyatakan dengan anggotanya atau mana-mana kelas anggotanya atau antara Syarikat yang
Ditadbir dengan penghutangnya atau mana-mana kelas penghutangnya; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh Syarikat yang Ditadbir atau mana-mana pegawai Syarikat yang Ditadbir jika Pentadbir tidak dilantik.
Tiada apa-apa dalam perenggan (1)(d) boleh menghendaki
Pentadbir untuk memanggil apa-apa mesyuarat Syarikat yang
Ditadbir.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
Kuasa Pentadbir
Dalam melaksanakan fungsinya di bawah seksyen 9, Pentadbir hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:
untuk melakukan semua benda (termasuk melaksanakan kerja) sebagaimana yang perlu untuk menguruskan, merealisasikan dan memelihara harta, usaha dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir;
untuk melantik mana-mana orang sebagai pengarah mana-mana Syarikat yang Ditadbir, sama ada untuk mengisi kekosongan atau selainnya, dan untuk menyingkirkan atau menggantung mana-mana pengarah Syarikat yang Ditadbir daripada jawatan walau apa pun Memorandum dan Artikel
Persatuan atau mana-mana undang-undang yang lain;
untuk mengambil milikan harta Syarikat yang Ditadbir dan bagi maksud itu, untuk mengambil apa-apa prosiding yang difikirkannya suai manfaat;
untuk menjual atau selainnya melupuskan semua atau sebahagian daripada harta, perniagaan, usaha atau harta
Syarikat yang Ditadbir melalui lelongan awam atau kontrak persendirian;
untuk mendapatkan atau meminjam wang dan mencagarkan harta Syarikat yang Ditadbir bagi pemerdapatan atau peminjaman wang itu;
untuk melantik seorang peguam cara atau akauntan, atau seorang berkelayakan profesional yang lain untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya;
untuk membawa atau membela apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang lain atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir;
untuk merujuk kepada suatu timbang tara apa-apa persoalan yang menyentuh Syarikat yang Ditadbir;
untuk mengambil dan mengekalkan insurans berkenaan dengan harta Syarikat yang Ditadbir;
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
untuk melakukan semua perbuatan dan untuk menyempurnakan atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir apa-apa surat ikatan, resit atau dokumen lain;
untuk mengeluarkan, menerima, membuat dan mengendors apa-apa bil pertukaran atau nota janji hutang atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir;
untuk mengambil kerja atau memecat pekerja, dan untuk menentukan pampasan yang kena dibayar kepada pekerja yang dipecat itu;
untuk memindahkan mana-mana harta, perniagaan, tanggungan dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir kepada
Malaysia Airlines Berhad atau mana-mana syarikat subsidiari Malaysia Airlines Berhad;
untuk membeli syer, harta dan kelengkapan mana-mana syarikat, yang Syarikat yang Ditadbir merupakan pemegang syer yang sedia ada dalamnya, yang membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang penting untuk memastikan perniagaan yang terletak hak atau akan terletak hak pada Malaysia Airlines Berhad menurut Bahagian V diteruskan tanpa gangguan;
untuk memberikan atau menerima penyerahan balik suatu pajakan atau sewaan harta Syarikat yang Ditadbir, dan untuk mengambil suatu pajakan atau sewaan apa-apa harta yang dikehendaki atau sesuai bagi Syarikat yang
Ditadbir;
untuk membuat panggilan ke atas mana-mana modal yang belum dipanggil bagi Syarikat yang Ditadbir, mengubah atau mengurangkan semua atau sebahagian daripada modal syer Syarikat yang Ditadbir;
untuk memberi taraf dan menuntut dalam kebankrapan, ketidaksolvenan atau penyelesaian mana-mana orang yang berhutang dengan Syarikat yang Ditadbir dan untuk menerima dividen, dan untuk menyertai surat ikatan amanah bagi pemiutang mana-mana orang itu;
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
untuk mengemukakan atau membela suatu petisyen untuk penggulungan Syarikat yang Ditadbir;
untuk melantik mana-mana ejen untuk membuat apa-apa urusan yang tidak dapat dibuat oleh Pentadbir sendiri atau yang boleh dibuat dengan lebih mudah oleh seorang ejen;
untuk membuat apa-apa pembayaran yang perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya; dan
untuk melakukan segala benda lain yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsi Pentadbir.
Kesan pelantikan Pentadbir
tiada petisyen bagi penggulungan Syarikat yang Ditadbir boleh difailkan oleh mana-mana orang dalam mana-mana mahkamah;
tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulungan Syarikat yang Ditadbir;
tiada penerima, penerima dan pengurus atau penyelesai sementara, boleh dilantik, atau jika dilantik, pelantikannya hendaklah terhenti dengan serta-merta dan dia hendaklah mengosongkan jawatannya;
untuk mewujudkan, menyempurnakan atau menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa harta Syarikat yang Ditadbir;
untuk menguatkuasakan suatu penghakiman ke atas apa-apa harta Syarikat yang Ditadbir;
untuk memiliki semula apa-apa harta dalam milikan, jagaan atau kawalan Syarikat yang Ditadbir; atau
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
untuk menolak apa-apa hutang yang terhutang kepada
Syarikat yang Ditadbir berkenaan dengan apa-apa tuntutan terhadap Syarikat yang Ditadbir, kecuali dengan persetujuan bertulis Pentadbir terlebih dahulu;
tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang yang lain dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan atau diteruskan, dan tiada distres boleh dilevikan, terhadap Syarikat yang Ditadbir atau hartanya kecuali dengan persetujuan bertulis Pentadbir terlebih dahulu;
apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen 176
Akta Syarikat 1965 hendaklah ditangguhkan sine die dan apa-apa perintah sekatan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 176(10) Akta Syarikat 1965 hendaklah dilepaskan dan diketepikan dengan serta-merta; dan
tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang yang lain dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan, atau diteruskan, terhadap mana-mana orang yang menyediakan jaminan atau yang bertindak sebagai penjamin bagi tanggungan Syarikat yang Ditadbir berkenaan dengan tanggungan itu kecuali dengan persetujuan bertulis Pentadbir terlebih dahulu.
Pentadbir tidak akan bertanggungan bagi sesuatu tindakan atau ganti rugi lain berkenaan dengan keengganan untuk memberikan persetujuannya di bawah subseksyen (1).
Pelantikan Pentadbir tidak boleh—
dianggap sebagai meletakkan Pentadbir atau Syarikat yang Ditadbir dalam keadaan yang melanggari atau memungkiri mana-mana kontrak, atau melakukan pecah kepercayaan;
dianggap sebagai meletakkan Syarikat yang Ditadbir dalam keadaan yang melanggari atau memungkiri mana-mana kontrak atau dianggap sebagai menimbulkan hak atau kewajipan bagi mana-mana orang untuk—
menamatkan, membatalkan atau mengubahsuaikan sesuatu perjanjian;
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
menguatkuasakan atau mempercepat pelaksanaan sesuatu obligasi Syarikat yang Ditadbir;
menghendaki pelaksanaan sesuatu obligasi yang tidak selainnya berbangkit untuk pelaksanaan;
atau
dianggap sebagai meletakkan Pentadbir atau Syarikat yang Ditadbir dalam keadaan yang melanggari mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan apa-apa harta atau penzahiran maklumat;
dianggap sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian atau keutamaan berhubung dengan harta Syarikat yang Ditadbir; atau
dianggap sebagai meletakkan Syarikat yang Ditadbir atau Pentadbir dalam keadaan yang melanggari mana-mana undang-undang atau apa-apa perintah mana-mana mahkamah.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang apa-apa prosiding sivil atau jenayah daripada dimulakan atau diteruskan oleh mana-mana badan kawal selia terhadap Syarikat yang Ditadbir.
Moratorium
Menteri boleh, atas permintaan bertulis Pentadbir atau pelantik, melanjutkan moratorium bagi suatu tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan selepas berpuas hati bahawa hal keadaan itu mewajarkan pelanjutan itu, dan kuasa pelanjutan sedemikian tidak boleh dilakukan lebih daripada sekali.
Jika tempoh moratorium dilanjutkan di bawah subseksyen (2),
Pentadbir hendaklah menyebabkan supaya notis pelanjutan itu disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian kebangsaan, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
Keutamaan yang tidak wajar
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
Jika sebutan dibuat dalam undang-undang kebankrapan mengenai suatu tarikh bagi maksud untuk menentukan kesan kebankrapan ke atas transaksi yang disebut dalam subseksyen (1), tarikh itu hendaklah tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.
Perkhidmatan peralihan
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini yang lain atau mana-mana undang-undang lain, jika orang itu tidak membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada Malaysia
Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya hendaklah mempunyai hak untuk mendapatkan daripada orang itu apa-apa kos yang dilakukan atau ganti rugi bagi apa-apa kerugian yang ditanggung.
Penyiasatan oleh Pentadbir
Akta 765
Pernyataan itu hendaklah mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pentadbir dan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
suatu akuan berkanun yang dibuat di bawah Akta Akuan
Berkanun 1960 [Akta 13], yang mengisytiharkan bahawa maklumat dalam pernyataan hal ehwal itu adalah benar dan betul; dan
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh
Pentadbir.
Kewajipan pegawai untuk membantu dalam penyiasatan
menghantar kepada Pentadbir semua buku, rekod dan dokumen Syarikat yang Ditadbir yang berada dalam milikan pegawai itu; dan
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
jika pegawai itu mengetahui lokasi buku, rekod dan dokumen lain yang berhubungan dengan Syarikat yang
Ditadbir, memaklumkan Pentadbir tentang lokasi buku, rekod dan dokumen itu.
Seseorang pegawai Syarikat yang Ditadbir hendaklah—
memberi Pentadbir apa-apa maklumat berkenaan dengan harta, hal ehwal dan hal keadaan kewangan Syarikat yang Ditadbir, sebagaimana yang dikehendaki oleh Pentadbir secara munasabah.
Pentadbir hendaklah, apabila pentadbiran di bawah Akta ini berakhir, mengembalikan apa-apa buku, rekod dan dokumen yang diterima di bawah subseksyen (1) kepada Syarikat yang
Ditadbir.
Part III
Pentadbir boleh merundingi semula kontrak atau menyediakan cadangan atau kedua-duanya
merundingi semula terma dan syarat mana-mana kontrak atau perjanjian Syarikat yang Ditadbir dengan rakan niaga;
menyediakan suatu cadangan berkenaan dengan Syarikat yang Ditadbir atau apa-apa tuntutan dan tanggungan terhadap atau bagi Syarikat yang Ditadbir.
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
Cadangan yang disebut dalam subseksyen (1)(b) boleh termasuk apa-apa peruntukan yang difikirkan patut oleh Pentadbir.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), cadangan itu boleh memperuntukkan bagi pemindahan apa-apa harta, perniagaan atau tanggungan Syarikat yang Ditadbir kepada seseorang yang dinamakan dalam cadangan itu—
mengikut undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi melaksanakan pemindahan harta, perniagaan atau tanggungan itu.
Pentadbir hendaklah, selepas cadangan di bawah subseksyen (1) disiapkan, mengemukakan cadangan itu kepada
Penasihat Bebas dan pelantik.
Pelantikan dan kelayakan Penasihat Bebas
Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Penasihat Bebas melainkan jika—
orang itu tidak mempunyai hubung kait dengan pelantik, pengurusan dan lembaga pengarah Syarikat yang Ditadbir dan Malaysia Airlines Berhad, dan tidak mempunyai apa jua kepentingan dalam Syarikat yang Ditadbir dan
Malaysia Airlines Berhad; dan
suatu bank pelaburan;
seorang (selain orang sebenar) yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pemberian nasihat mengenai kewangan korporat yang merupakan aktiviti terkawal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan yang, pada pendapat pelantik, mempunyai pengalaman yang dikehendaki atau berupaya melaksanakan tugas Penasihat Bebas.
Kajian semula cadangan oleh Penasihat Bebas
Dalam mengkaji semula cadangan itu, Penasihat Bebas boleh mempertimbangkan—
kepentingan semua orang yang terjejas oleh cadangan itu, termasuk pemiutang, Syarikat yang Ditadbir dan Malaysia
Airlines Berhad, jika berkenaan, dengan memberikan setiap kategori orang yang terjejas oleh cadangan itu setiap apa-apa pewajaran yang difikirkannya patut;
atau
apa-apa perkara atau pertimbangan lain yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Penasihat Bebas di bawah hal keadaan itu.
Selepas kajian semula itu disiapkan, Penasihat Bebas hendaklah menyediakan suatu laporan mengenai kajian semulanya dan mengemukakan laporan itu kepada Pentadbir dan pelantik.
Keputusan pelantik
Jika pelantik meluluskan cadangan itu, Pentadbir hendaklah melaksanakan cadangan itu mengikut termanya.
Jika pelantik menolak cadangan itu, pelantik boleh—
Akta 765
Jika pelantik berpendapat bahawa syarat-syarat itu bukan untuk kepentingan Syarikat yang Ditadbir, pelantik boleh—
Sebelum cadangan itu dilaksanakan, Pentadbir hendaklah menghantar suatu salinan cadangan itu dan laporan Penasihat Bebas melalui pos berdaftar kepada alamat terakhir yang diketahui atau melalui cara elektronik kepada setiap pemiutang Syarikat yang
Ditadbir yang terjejas oleh cadangan itu dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh terma cadangan itu.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang atau kontrak, Pentadbir hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan dan melakukan segala benda yang perlu untuk menjalankan dan menguatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan cadangan itu atau mana-mana bahagian cadangan itu tanpa memerlukan
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
23
apa-apa notis atau kelulusan atau persetujuan mana-mana anggota atau pemiutang Syarikat yang Ditadbir atau mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu dan cadangan itu hendaklah mengikat Syarikat yang Ditadbir, pemiutang Syarikat yang Ditadbir dan semua orang yang terjejas oleh terma cadangan itu, termasuk
Malaysia Airlines Berhad, jika berkenaan.
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang mengenai jaminan—
pelaksanaan sesuatu cadangan di bawah seksyen ini tidak membebaskan atau melepaskan apa-apa cagaran yang diperuntukkan oleh mana-mana orang untuk menjamin apa-apa kewajipan atau tanggungan yang dipunyai oleh
Syarikat yang Ditadbir kepada mana-mana pemiutangnya;
dan
setiap cagaran sedemikian dan apa-apa kewajipan atau tanggungan orang yang memberikan cagaran itu hendaklah tetap sah and boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu walau apa pun pelaksanaan cadangan itu, atau apa-apa kompromi, perkiraan, pembentukan semula atau penyatuan yang berkaitan dengan Syarikat yang Ditadbir.
Walau apa pun kegagalan untuk memberitahu mana-mana pemiutang Syarikat yang Ditadbir dan orang yang terjejas oleh terma cadangan itu mengikut kehendak subseksyen (3), kegagalan sedemikian tidak menjejaskan kesahan cadangan itu.
Pemindahan harta atau tanggungan
Bagi maksud seksyen ini, sesuatu sebutan mengenai “Malaysia
Airlines Berhad” dalam Bahagian V hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penerima pindahan yang dicadangkan yang dinamakan dalam cadangan itu.
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
Part IV
Pemerbadanan Malaysia Airlines Berhad
Perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
dengan nama “Malaysia Airlines Berhad” hendaklah mempunyai matlamat utama untuk mengendalikan syarikat penerbangan nasional Malaysia dan hendaklah menjalankan perniagaan syarikat penerbangan nasional sebagai suatu perusahaan komersial dan apa-apa perniagaan lain yang difikirkan patut oleh lembaga pengarah Malaysia Airlines Berhad.
Tawaran pekerjaan
Malaysia Airlines Berhad boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menawarkan pekerjaan kepada mana-mana orang yang sebaik sebelum tarikh tawaran itu berada dalam penggajian atau perkhidmatan Syarikat yang Ditadbir atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Malaysia Airlines Berhad.
Malaysia Airlines Berhad, dsb., bukan majikan pengganti
dianggap sebagai pengganti, pemegang serah hak atau penerima pindahan atau majikan pengganti kepada
Syarikat yang Ditadbir;
bertanggungan bagi apa-apa obligasi yang berhubungan dengan apa-apa pelan persaraan atau pelan manfaat pasca pekerjaan yang lain berkenaan dengan pekerja atau bekas pekerja Syarikat yang Ditadbir atau mana-mana pendahulu bagi Syarikat yang Ditadbir yang wujud sebelum pengambilalihan kawalan atau pelantikan itu; atau
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
bertanggungan bagi apa-apa jumlah wang yang dikira dengan merujuk kepada suatu tempoh masa sebelum
Malaysia Airlines Berhad menjadi majikan orang yang berkenaan.
Malaysia Airlines Berhad, pelantik dan Pentadbir tidak boleh dinamakan sebagai suatu pihak dalam apa-apa tuntutan atau permohonan yang dibuat atau ditambahkan sebagai suatu pihak dalam apa-apa prosiding yang dimulakan atau diteruskan oleh atau bagi pihak mana-mana pekerja atau bekas pekerja Syarikat yang
Ditadbir menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177],
Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan Buruh Sabah 1950 [Sabah
Chapter
Kaedah-kaedah kerja, kod tatakelakuan dan peraturan-peraturan
Malaysia Airlines Berhad boleh, jika difikirkannya patut, mengenakan apa-apa kaedah kerja, kod tatakelakuan dan peraturan-peraturan berhubung dengan pekerjanya mengikut semua undang-undang yang terpakai.
Rundingan dengan kesatuan sekerja dan persatuan
mana-mana kesatuan sekerja yang diiktiraf dengan sewajarnya oleh Malaysia Airlines Berhad mengikut
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan
Sekerja 1959; dan
mana-mana persatuan yang diiktiraf oleh Malaysia Airlines
Berhad, hendaklah melalui mesyuarat, yang mengenainya notis empat belas hari hendaklah diberikan kepada kesatuan sekerja dan persatuan itu oleh Malaysia Airlines Berhad.
Sesuatu mesyuarat yang hendak diadakan di bawah subseksyen (1) tidak boleh diteruskan melainkan jika semua kesatuan sekerja dan persatuan diwakili sewajarnya dalam mesyuarat itu.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
Jika selepas setengah jam dari masa yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat, tidak semua daripada kesatuan sekerja dan persatuan diwakili dengan sewajarnya, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan ke minggu yang berikutnya, pada hari dan masa dan di tempat yang sama tanpa apa-apa notis lanjut.
Jika mesyuarat itu ditangguhkan ke suatu hari yang merupakan hari kelepasan am, mesyuarat yang ditangguhkan itu hendaklah diadakan semula pada hari bekerja yang berikutnya.
Apabila mesyuarat yang ditangguhkan itu diadakan semula pada tarikh yang baru, ketidakhadiran oleh mana-mana kesatuan sekerja atau persatuan tidak boleh menghalang mesyuarat itu daripada diteruskan.
Apa-apa keputusan yang dibuat semasa mesyuarat oleh
Malaysia Airlines Berhad dengan kesatuan sekerja dan persatuan yang hadir pada mesyuarat itu hendaklah sah dan mengikat Malaysia
Airlines Berhad dan semua kesatuan sekerja dan persatuan yang diiktiraf oleh Malaysia Airlines Berhad.
Dalam sesuatu mesyuarat di bawah seksyen ini, jika kesatuan sekerja dan persatuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perkara bagi perbincangan atau rundingan itu berhubungan semata-mata dengan suatu kesatuan sekerja atau persatuan yang khusus, mesyuarat itu hendaklah dibubarkan dan suatu mesyuarat yang berasingan hendaklah diadakan antara Malaysia Airlines Berhad dengan kesatuan sekerja atau persatuan yang khusus itu.
Mesyuarat yang berasingan antara Malaysia Airlines Berhad dengan kesatuan sekerja atau persatuan khusus itu tidak boleh membincangkan apa-apa perkara selain perkara yang diputuskan di bawah subseksyen (7).
Perkara yang berhubungan dengan produktiviti atau penggunaan tenaga kerja dengan berkesan
pencarian sumber dan penguntukan sumber;
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
waktu bekerja dan penjadualan kerja, termasuk had masa penerbangan dan tempoh tugas penerbangan.
Malaysia Airlines Berhad dalam menentukan apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi semua undang-undang dan standard antarabangsa yang terpakai.
Part V
Peletakhakan menurut subseksyen (1) hendaklah mempunyai kesan yang dinyatakan dalam Jadual walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas oleh peletakhakan itu.
Perintah peletakhakan gantian
Mana-mana perintah peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), yang menyatakan bahawa harta atau tanggungan telah dipindahkan kepada dan terletak hak pada
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
Malaysia Airlines Berhad, hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai pemindahan dan peletakhakan itu pada tarikh peletakhakan yang ditetapkan dalam perintah peletakhakan gantian itu.
Jika mana-mana undang-undang menetapkan suatu tempoh masa yang dalamnya pemindahan apa-apa harta atau tanggungan yang dinyatakan sebagai hal perkara bagi perintah peletakhakan gantian itu hendaklah didaftarkan atau difailkan, tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh peletakhakan yang ditetapkan dalam perintah peletakhakan gantian itu atau tarikh perintah peletakhakan gantian itu dikeluarkan, mengikut mana-mana yang kemudian.
Apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh Malaysia Airlines
Berhad atau mana-mana orang lain, yang bergantung pada suatu perintah peletakhakan yang dikeluarkan terdahulu tidak akan terjejas oleh apa-apa peninggalan atau kesilapan yang dibetulkan dalam perintah peletakhakan gantian.
Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan mengenai sesuatu perintah peletakhakan hendaklah disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai perintah peletakhakan gantian.
Part VI
Ketidakpakaian seksyen 132e Akta Syarikat 1965
Seksyen 132e Akta Syarikat 1965 tidak terpakai bagi apa-apa pelupusan melalui apa-apa perkiraan atau transaksi antara Syarikat dengan Malaysia Airlines Berhad.
Tanggung rugi bagi Pentadbir, dsb.
dalam hal Pentadbir, kos, perbelanjaan dan saraannya yang diperuntukkan di bawah terma pelantikannya;
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
dalam hal pelantik, pembayaran balik apa-apa kemudahan kredit yang diberikan oleh pelantik kepada Pentadbir atau kepada Syarikat yang Ditadbir semasa pentadbiran
Syarikat yang Ditadbir;
dalam hal Malaysia Airlines Berhad, pembayaran balik apa-apa kemudahan kredit yang diberikan oleh Malaysia
Airlines Berhad kepada Pentadbir atau kepada Syarikat yang Ditadbir semasa pentadbiran Syarikat yang Ditadbir;
atau
dalam hal mana-mana orang lain, pembayaran balik apa-apa kemudahan kredit yang diberikan oleh orang itu kepada
Pentadbir atau kepada Syarikat yang Ditadbir semasa pentadbiran Syarikat yang Ditadbir dengan kelulusan pelantik.
Walau apa pun mana-mana undang-undang lain, suatu hak tanggung rugi di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai keutamaan ke atas harta Syarikat yang Ditadbir dan hendaklah dibayar dahulu berbanding dengan semua hutang bercagar dan tidak bercagar yang lain.
Kekebalan
Ditadbir bagi—
mana-mana orang yang bertindak di sisi undang-undang bagi pihak pelantik, Pentadbir dan Penasihat Bebas,
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
bagi apa-apa kerugian atau kerosakan kerana atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan atau diarahkan dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati dan dalam penjalanan apa-apa kuasa atau penunaian apa-apa kewajipan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa jua prosiding boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau tribunal atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap Pentadbir yang dilantik di bawah Akta ini dan mana-mana orang yang bertindak dengan sah bagi pihak Pentadbir oleh mana-mana pihak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati dan dalam penjalanan apa-apa fungsi atau kuasa, yang diberikan atau dikenakan ke atasnya di bawah
Akta ini melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh salah laku yang disengajakan atau kecuaian yang melampau
Pentadbir yang dilantik di bawah Akta ini dan mana-mana orang yang bertindak dengan sah bagi pihak Pentadbir.
Had ke atas pemberian perintah mahkamah
bagi menggantung, menyekat atau menyentuh apa-apa tindakan yang diambil atau yang dicadangkan untuk diambil oleh Pentadbir di bawah Akta ini; atau
bagi memaksa Pentadbir untuk melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan, dan apa-apa perintah sedemikian, jika diberikan, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak boleh menjadi hal perkara apa-apa proses pelaksanaan sama ada bagi maksud memaksa pematuhan kepada perintah itu atau selainnya.
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
Keputusan pelantik dalam seksyen 4 dan 5, Menteri dalam subseksyen 12(2) dan Pentadbir dalam subseksyen 17(1) adalah muktamad.
Kesahan transaksi
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang, apa-apa pembayaran yang dibuat, transaksi yang dibuat, atau apa-apa perbuatan atau benda lain yang dilakukan dengan suci hati oleh atau dengan persetujuan Pentadbir adalah sah dan mempunyai kuat kuasa bagi maksud Akta ini dan tidak boleh dianggap sebagai suatu keutamaan tidak wajar semasa penggulungan Syarikat yang Ditadbir.
Benda yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Pemerbadanan Malaysia Airlines Berhad dan semua perbuatan dan benda yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi pihak Malaysia Airlines Berhad dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau dilakukan bagi pihak Malaysia Airlines Berhad hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, disifatkan sebagai dilakukan di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi hak dan obligasi Malaysia Airlines Berhad.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
Jadual
[Seksyen 29]
Tafsiran
1. (1) Dalam Jadual ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pemindah” dan “penerima pindahan” ertinya pihak masing-masing yang dikenal pasti seperti sedemikian dalam perintah peletakhakan;
“perintah peletakhakan” ertinya perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 29;
“tarikh pindah milik” ertinya tarikh yang dinyatakan dalam perintah peletakhakan yang pada hari itu apa-apa harta atau tanggungan dipindahkan dan terletak hak.
Sebutan dalam Jadual ini mengenai “tanggungan” ertinya keseluruhan atau apa-apa bahagian daripada tanggungan sebagaimana yang dipindahkan melalui perintah peletakhakan.
Kesan perintah peletakhakan
2. (1) Jika sesuatu harta dipindahkan di bawah perintah peletakhakan—
dalam hal jika harta itu dipegang oleh pemindah sendiri sebaik sebelum tarikh pindah milik, harta itu hendaklah pada dan dari tarikh pindah milik itu terletak hak pada penerima pindahan; dan
dalam hal jika harta itu dipegang bersesama oleh pemindah dengan mana-mana orang lain sebaik sebelum tarikh pindah milik itu, harta itu hendaklah pada dan dari tarikh pindah milik itu terletak hak pada penerima pindahan bersesama dengan seorang yang lain itu.
Penerima pindahan hendaklah, pada dan dari tarikh pindah milik bagi harta itu, memperoleh dan diletakhakkan dengan segala hak, hakmilik dan kepentingan pemindah, pada masa sekarang dan hadapan, dan obligasi berkenaan dengan, harta itu, bebas daripada apa-apa bebanan kecuali apa-apa kepentingan berdaftar yang ada pada tarikh pindah milik itu.
Suatu perintah peletakhakan yang menyatakan bahawa sesuatu harta atau tanggungan telah dipindahkan dan terletak hak pada penerima pindahan adalah keterangan muktamad bagi pemindahan dan peletakhakan itu pada tarikh pindah milik itu.
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
33
Tiada peruntukan dalam mana-mana perjanjian yang mengehadkan atau melarang hak pemindah atau menghendaki apa-apa keizinan untuk menyerahhakkan, menjual, melupuskan atau memindahkan suatu harta itu boleh terpakai atau mempunyai kuat kuasa berkenaan dengan pemindahan dan peletakhakan harta kepada penerima pindahan.
Berhubung dengan sesuatu tanggungan yang dipindahkan di bawah suatu perintah peletakhakan—
penerima pindahan hendaklah disifatkan sebagai telah mengambil tanggungan dan bertanggungan untuk melepaskan tanggungan itu; dan
pemindah hendaklah dibebaskan dan dilepaskan daripada tanggungan.
Berhubung dengan sesuatu pindahan di bawah suatu perintah peletakhakan—
suatu perjanjian, surat cara yang sedia ada, atau suatu perintah mana-mana mahkamah di bawahnya atau menurut kuasanya pemindah mempunyai hakmilik, pemunyaan, kepentingan atau hak kepada harta atau tanggungan itu hendaklah ditafsirkan dan hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah sebutan mengenai pemindah dalam perjanjian, surat cara atau perintah itu telah digantikan dengan sebutan mengenai penerima pindahan;
sesuatu perjanjian yang sedia ada yang kepadanya pemindah merupakan suatu pihak hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah penerima pindahan menjadi pihak kepada perjanjian itu dan bukannya pemindah;
sesuatu arahan, perintah, mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau keizinan yang sedia ada, sama ada berhubung dengan sesuatu akaun atau tidak yang telah diberikan kepada pemindah, sama ada berseorangan atau secara bersesama dengan orang lain, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah diberikan kepada penerima pindahan sama ada berseorangan atau dengan orang lain itu;
apa-apa cagaran yang dipegang sebaik sebelum tarikh pindah milik oleh pemindah atau oleh seseorang penama atau pemegang amanah bagi pemindah sebagai cagaran untuk pembayaran atau pelepasan apa-apa tanggungan mana-mana orang, hendaklah dipegang oleh penerima pindahan atau oleh penama atau pemegang amanah itu sebagai penama atau pemegang amanah penerima pindahan, dengan keutamaan yang sama seperti pemindah, dan setakat tanggungan itu, hendaklah tersedia pada penerima pindahan sebagai cagaran untuk pembayaran atau pelepasan tanggungan itu; dan jika apa-apa cagaran sedemikian diluaskan kepada pendahuluan atau tanggungan masa hadapan, cagaran itu hendaklah dipegang oleh dan tersedia kepada
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
penerima pindahan sebagai cagaran bagi pendahuluan masa hadapan oleh atau tanggungan masa hadapan penerima pindahan mengikut cara yang sama sebagaimana pendahuluan masa hadapan oleh atau tanggungan masa hadapan pemindah dijamin sebaik sebelum tarikh pindah milik;
sebagai tambahan kepada apa-apa hak, kuasa atau remedi lain yang diberikan kepada penerima pindahan, penerima pindahan hendaklah mempunyai hak, kuasa dan remedi (dan khususnya hak dan kuasa untuk mengambil atau menentang prosiding undang-undang atau prosiding lain atau membuat atau menentang permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa) bagi menentukan, melindungi atau menguatkuasakan hak, hakmilik, kepentingan yang terletak hak pada penerima pindahan, termasuk hak, hakmilik atau kepentingan berkenaan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau prosiding lain atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebaik sebelum tarikh pindah milik itu oleh atau terhadap pemindah, dan menentang apa-apa tuntutan, tanggungan atau kepentingan berdaftar seolah-olah ia adalah pada setiap masa merupakan hak, hakmilik atau kepentingan penerima pindahan;
sesuatu penghakiman, award atau perintah yang diperoleh oleh pemindah dan tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh pindah milik boleh dikuatkuasakan oleh penerima pindahan;
tiada pemindahan kepada atau pemerolehan oleh penerima pindahan boleh menjadi terbatal atau boleh batal disebabkan oleh pemakaian mana-mana undang-undang;
jika jagaan apa-apa barangan, benda atau dokumen itu dipegang oleh pemindah sebagai baili sebaik sebelum tarikh pindah milik, barangan, benda atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah dipindahkan kepada penerima pindahan dan hak dan obligasi pemindah di bawah apa-apa kontrak bailmen yang berhubungan dengan mana-mana barangan, benda atau dokumen itu hendaklah dipindahkan kepada penerima pindahan;
sesuatu surat cara boleh niaga atau perintah bagi pembayaran wang yang diberikan kepada atau digunakan atau diterima oleh pemindah, atau yang kena dibayar di tempat perniagaan pemindah, sama ada diberikan, digunakan atau diterima sedemikian sebelum, pada atau selepas tarikh pindah milik, hendaklah mempunyai kesan yang sama pada dan dari tarikh pindah milik, seolah-olah surat cara boleh niaga atau perintah bagi pembayaran wang itu telah diberikan kepada atau digunakan atau diterima oleh penerima pindahan atau telah kena dibayar di tempat perniagaan penerima pindahan; dan
mana-mana akaun antara pemindah dengan pelanggannya hendaklah menjadi akaun antara penerima pindahan dengan pelanggan itu, tertakluk kepada syarat dan insiden yang berhubungan dengan akaun itu sehingga tarikh pindah milik, dan akaun itu hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai satu akaun yang berterusan.
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
35
Sesuatu pemindahan harta atau tanggungan di bawah suatu perintah peletakhakan tidak boleh—
dianggap sebagai meletakkan penerima pindahan, pemindah, mana-mana orang yang mendapat hakmilik daripada penerima pindahan atau mana-mana orang lain dalam kedudukan mungkir atau ingkar di bawah mana-mana kontrak atau pecah kepercayaan;
dianggap sebagai menimbulkan hak atau kewajipan bagi mana-mana orang untuk—
menamatkan atau meminda sesuatu perjanjian;
menguatkuasakan atau mempercepat pelaksanaan sesuatu obligasi; atau
menghendaki pelaksanaan sesuatu obligasi yang tidak secara lainnya berbangkit untuk pelaksanaan;
dianggap sebagai menjadikan pemindah, penerima pindahan atau mana-mana orang lain melanggar mana-mana undang-undang, rukun undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan apa-apa harta atau tanggungan atau penzahiran maklumat;
melepaskan seseorang penjamin daripada sesuatu kewajipan;
menidaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran; atau
dianggap sebagai menamatkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian (termasuk apa-apa pengecualian cukai) atau keutamaan yang pemindah berhak kepadanya dan yang menurut kuasa Jadual ini telah terletak hak pada penerima pindahan atau yang wujud demi manfaat pemindah berhubung dengan apa-apa harta atau tanggungan yang dipindahkan kepada penerima pindahan menurut Jadual ini.