/akn/my/act/act/2012/741

*AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2012
Sections
114
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERKHIDMATAN POS 2012 is Malaysia Act, cited as Act 741 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan perkhidmatan pos dan pengawalseliaan industri perkhidmatan pos, dan bagi perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. [1 April 2013, P.U. (B) 94/2013] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

“barang pos” ertinya suatu surat, bungkus-ikat, bungkusan, pembalut atau kontena yang boleh dipungut, disalurkan dan diserahkan menerusi rangkaian pos seseorang pemegang lesen;

“bayaran pos” ertinya suatu caj atau fi termasuklah caj atau fi tambahan yang kena dibayar bagi pungutan, penyaluran dan penyerahan barang pos oleh pemegang lesen;

“capaian hiliran” ertinya suatu capaian kepada rangkaian pos dan kemudahan rangkaian pos seseorang pemegang lesen bagi proses akhir dan bagi maksud penyerahan oleh pemegang lesen yang lain;

“daftar” ertinya mana-mana daftar yang disenggarakan oleh

Suruhanjaya bagi maksud Akta ini;

“ditetapkan” jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui peraturan–peraturan di bawah Akta ini;

“industri perkhidmatan pos” termasuklah perkhidmatan pos dan apa-apa perkhidmatan lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini;

“karung mel” ertinya apa-apa karung, peti, bakul, bungkusan, sampul atau kontena termasuklah beg berkunci, yang di dalamnya barang pos disalurkan, sama ada ia mengandungi atau tidak mengandungi apa-apa barang pos;

“kemudahan rangkaian pos” ertinya apa-apa kemudahan dan kelengkapan yang digunakan oleh pemegang lesen sebagai sebahagian daripada rangkaian posnya dan dalam hal pemegang lesen perkhidmatan sejagat, termasuklah pejabat pos, peti pos, peti penghantaran dan kenderaan pos;

“lesen” ertinya suatu lesen perkhidmatan sejagat atau lesen bukan perkhidmatan sejagat yang diberikan di bawah subseksyen 13(2);

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi industri perkhidmatan pos;

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya—

(a)

mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri bagi maksud Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor;

“pejabat pos” termasuk mana-mana tempat, peranti atau pengangkut mel yang diberi kuasa oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat bagi pengeposan, penerimaan, penyisihan, pengendalian, penyaluran atau penyerahan barang pos;

“pemegang lesen” ertinya sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan yang telah diberikan suatu lesen di bawah Akta ini untuk menyediakan perkhidmatan pos;

“pengangkut mel” ertinya cara yang digunakan untuk menyalurkan barang pos;

“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Syarikat 1965;

“pengenal pasti pos” ertinya apa-apa nama, logo, tanda atau reka bentuk yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada seseorang pemegang lesen—

Suggest a correction

(b)

yang dengan jelas menunjukkan kepada orang awam bahawa barang pos telah, atau diniatkan untuk diterima oleh pemegang lesen untuk penyaluran melalui pos;

“Pengendali Pos Ditetapkan” ertinya pemegang lesen perkhidmatan sejagat yang ditetapkan oleh Menteri;

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017 – lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

“pengguna” ertinya seseorang yang menggunakan rangkaian pos pemegang lesen sama ada sebagai pengirim atau penerima barang pos atau yang menggunakan perkhidmatan kewangan pos atau perkhidmatan pos elektronik;

“penyaluran barang pos” ertinya suatu proses apabila barang pos yang dihantar oleh pengirim ke suatu tempat akses sehingga ia diserahkan kepada penerima oleh pemegang lesen, atau ia dikembalikan kepada pengirim atau dilupuskan di bawah Akta ini oleh pemegang lesen;

“peranti pemproses data” ertinya apa-apa kelengkapan atau peranti yang daripadanya maklumat boleh dikeluarkan semula, dengan atau tanpa bantuan apa-apa kelengkapan atau peranti lain;

“kelengkapan mengutip atau menghantar mel” ertinya peralatan yang disediakan oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat untuk mengumpul dan menghantar mel termasuklah peti pos, peti bungkusan dan peti penghantaran;

“perkhidmatan bukan sejagat” ertinya perkhidmatan pos yang boleh disediakan kepada pengguna pada kadar selain kadar yang ditetapkan bagi perkhidmatan sejagat;

“perkhidmatan pos elektronik” ertinya perkhidmatan pos elektronik sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 35;

“perkhidmatan kewangan pos” ertinya perkhidmatan kewangan pos sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 34;

“perkhidmatan pos” ertinya pengumpulan, penyaluran dan penyerahan apa-apa barang pos;

“perkhidmatan sejagat” ertinya perkhidmatan pos, yang termasuk perkhidmatan pos asas yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk disediakan kepada pengguna ke seluruh Malaysia, pada kadar yang ditetapkan;

Perkhidmatan Pos 15

“peti pos” ertinya apa-apa peti atau bekas yang ditetapkan oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat, yang dalamnya pengirim boleh mendepositkan barang pos bagi maksud pungutan;

“peti surat” ertinya sesuatu bekas yang disediakan oleh pengguna untuk menerima barang pos yang dihantar kepada pengguna itu atau ke alamat pengguna itu;

“pos” ertinya suatu perbuatan meninggalkan suatu barang pos di mana-mana tempat, bekas, peranti atau pengangkut mel pemegang lesen atau dengan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen untuk memungut barang pos dan dalam hal pemegang lesen perkhidmatan sejagat, juga bererti meninggalkannya di mana-mana pejabat pos atau mendepositkan dalam mana-mana peti pos;

“rangkaian pos” ertinya suatu sistem organisasi dan sumber dalam apa-apa bentuk atau cara yang digunakan oleh pemegang lesen dalam menjalankan operasinya termasuklah aspek-aspek sistem yang digunakan bagi—

Suggest a correction

(b)

mengendali dan mengangkut barang pos dari tempat akses ke pusat pengagihan;

Suggest a correction

(d)

mengagih barang pos kepada penerima;

“setem pos” ertinya apa-apa label atau setem yang melambangkan apa-apa kadar fi bayaran pos atau jumlah lain yang kena dibayar berkenaan dengan suatu barang pos, dan termasuk setem pos pelekat dan setem yang dicetak, dicetak timbul, ditera atau selainnya ditunjukkan pada mana-mana sampul, pembalut, poskad atau barang lain, sama ada setem itu dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah undang-undang mana-mana negara lain;

“surat” ertinya apa-apa bentuk komunikasi bertulis atau dokumen komunikasi di dalam sampul surat atau sesuatu paket kecil yang

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

ditujukan kepada orang tertentu atau ke suatu alamat tertentu dan diangkut selain melalui cara elektronik, dan tidak termasuk kategori yang dinyatakan di bawah seksyen 12;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589];

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

“tatacara pengendalian aduan” ertinya dokumen siaran yang disebut dalam subseksyen 51(1);

“tempat akses” ertinya tempat rangkaian pos pemegang lesen yang melaluinya pengirim mempunyai akses melalui apa-apa cara, dan dalam hal pemegang lesen perkhidmatan sejagat temasuklah pejabat pos dan peti pos;

“terma dan syarat am” ertinya terma dan syarat am pemegang lesen yang disebut dalam seksyen 32.

Serahan

Suggest a correction

Seksyen 3

Perkhidmatan Pos 13

Open as pageSuggest a correction

(b)

mendepositkan sesuatu barang pos ke dalam beg berkunci pejabat pos atau peti surat atau apa-apa bekas lain atau peranti yang disediakan untuk menerima barang pos penerima; atau

Suggest a correction

(c)

meninggalkan sesuatu barang pos dengan penerima atau pengkhidmat atau ejennya atau dengan mana-mana orang lain yang dianggap sebagai diberi kuasa oleh penerima untuk menerima barang pos, mengikut cara biasa bagi penyerahan barang pos kepada penerima, dan jika penerima

Perkhidmatan Pos 17

adalah seorang tetamu atau sedang tinggal di sesuatu hotel, serahan kepada tuan punya atau pengurus hotel itu atau ejennya hendaklah disifatkan sebagai serahan kepada penerima.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

FUNGSI SURUHANJAYA

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan perkhidmatan pos, termasuklah perkara-perkara berkaitan dengan penjalanan fungsinya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

untuk melaksanakan dan menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri perkhidmatan pos;

Suggest a correction

(c)

untuk melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan

Akta ini dan untuk mengesyorkan pembaharuannya;

Suggest a correction

(d)

untuk menggalakkan dan menggiatkan perkembangan industri perkhidmatan pos mengikut pembangunan ekonomi Malaysia;

Suggest a correction

(e)

untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan pos yang disediakan oleh pemegang lesen termasuklah kadar bayaran pos yang telah ditetapkan, penentuan standard prestasi dan standard kemudahan dan penguatkuasaannya;

Suggest a correction

(f)

untuk memantau pematuhan oleh pemegang lesen kepada standard perkhidmatan yang ditetapkan, obligasi-obligasi kontraktual dan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Suggest a correction

(g)

untuk membangunkan, mengawal, melaksanakan, menyenggara dan mengurus sistem poskod dan pengalamatan di Malaysia;

Suggest a correction

(h)

untuk menggalakkan persaingan dalam menyediakan perkhidmatan pos;

Suggest a correction

(i)

untuk melindungi kepentingan pengguna-pengguna perkhidmatan pos yang dibekalkan oleh pemegang lesen berkenaan dengan—

Suggest a correction

(j)

untuk berusaha sebaiknya bagi memudahkan segala tuntutan munasabah berhubung dengan perkhidmatan pos;

Suggest a correction

(k)

untuk menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian industri perkhidmatan pos;

Suggest a correction

(l)

untuk mengawal selia pengeluaran setem pos termasuklah keluaran setem-setem pos definitif, kenangan dan khas dan apa-apa barang filateli yang lain; dan

Suggest a correction

(m)

untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang pada hemat Suruhanjaya perlu, berfaedah atau sesuai bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh membenarkan Pengerusi Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

Perkhidmatan Pos 19

Memastikan penyediaan perkhidmatan sejagat

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

ruang lingkup perkhidmatan sejagat hendaklah dibentukkan dan ditentukan dengan jelas;

Suggest a correction

(b)

perkhidmatan sejagat hendaklah tersedia untuk semua orang dalam Malaysia kecuali dalam keadaan geografi atau hal keadaan lain yang ditentukan oleh Menteri;

Suggest a correction

(c)

perkhidmatan sejagat hendaklah boleh diakses melalui tempat-tempat akses yang secukupnya bagi memenuhi keperluan semua pengguna;

Suggest a correction

(d)

perkhidmatan sejagat hendaklah tersedia kepada semua pengguna di bawah terma dan syarat yang telus, objektif dan tidak mendikriminasikan;

Suggest a correction

(e)

keselamatan dan kerahsiaan barang pos hendaklah terpelihara;

Suggest a correction

(f)

perkhidmatan sejagat hendaklah ditawarkan secara kekal tanpa gangguan kecuali dalam hal-hal force majeure;

Suggest a correction

(g)

perkhidmatan sejagat hendaklah disediakan pada standard kualiti munasabah; dan

Suggest a correction

(h)

perkhidmatan sejagat hendaklah disediakan pada kadar mampu ke seluruh Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Dalam memastikan penyediaan perkhidmatan sejagat yang sewajarnya, Menteri boleh, dengan syor daripada Suruhanjaya, membuat peraturan-peraturan tentang apa-apa perkara berkaitan dengan perkhidmatan sejagat bagi maksud subseksyen (1).

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Pemantauan dan pelaporan kepada Menteri

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah memantau dan melaporkan perkara-perkara yang berikut:

(c)

mutu perkhidmatan sejagat yang diberikan kepada para pengguna di seluruh Malaysia;

Suggest a correction

(d)

kecekapan dan mutu penyediaan perkhidmatan pos oleh pemegang-pemegang lesen;

Suggest a correction

(e)

kadar-kadar yang dibayar oleh pengguna bagi perkhidmatan pos;

Suggest a correction

(f)

apa-apa kekurangan dalam ruang lingkup atau pengendalian

Akta ini; dan

Suggest a correction

(g)

perkara-perkara lain yang Menteri sifatkan perlu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya hendaklah menyiarkan laporan itu mengikut cara yang difikirkannya sesuai, dengan secepat yang dapat dilaksanakan berikutan dari tarikh Suruhanjaya menyerahkan laporan itu kepada

Menteri.

Perkhidmatan Pos 21

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah selaras dengan peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya hendaklah menjalankan kuasanya yang diberikan di bawah Akta ini dengan cara yang selaras dengan arahan itu.

Suggest a correction

(4)

Setiap arahan hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.

Suggest a correction

(5)

Arahan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh yang kemudian yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam arahan itu.

Suggest a correction

(6)

Arahan itu hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam arahan itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.

Pengubahan arahan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tatacara yang ditetapkan dalam subseksyen 7(4), (5) dan (6)

hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Daftar arahan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua arahan termasuklah apa-apa pengubahsuaian, pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan yang dikeluarkan oleh Menteri mengikut subseksyen 99(1).

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PERUNTUKAN PELESENAN

Suggest a correction

Menteri boleh memberikan lesen

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(b)

suatu lesen perkhidmatan bukan sejagat, bagi melaksanakan perkhidmatan pos atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dan mengikut Akta ini.

Permohonan bagi lesen

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa selepas permohonan bagi lesen dibuat, meminta pemohon untuk memberi Suruhanjaya, dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, maklumat atau dokumen lanjut.

Suggest a correction

(3)

Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan, tetapi

Perkhidmatan Pos 23

tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan yang baru.

Suggest a correction

(4)

Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia diluluskan atau ditolak.

Suggest a correction

(5)

Seseorang yang menyediakan perkhidmatan pos tanpa lesen sah yang diberikan di bawah seksyen 10 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Ketidakpakaian

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama untuk memasukkan suatu kategori tambahan atau memotong suatu kategori sedia ada yang Menteri fikirkan patut.

Pemberian atau penolakan lesen

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(a)

penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen 11(1);

atau

Suggest a correction

(b)

penerimaan maklumat atau dokumen lanjut yang diminta oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 11(2), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh, selepas menimbangkan syor Suruhanjaya, memberikan atau menolak untuk memberikan lesen.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Suggest a correction

(3)

Jika Menteri memberikan lesen di bawah subseksyen (2), dia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(4)

Keputusan Menteri untuk memberi atau menolak untuk memberikan lesen hendaklah disampaikan kepada pemohon oleh

Suruhanjaya melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.

Syarat-syarat lesen

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(a)

syarat standard yang ditetapkan bagi lesen itu; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen 13(3).

Suggest a correction

(2)

Pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat lesen di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menambah, mengubah atau membatalkan syarat-syarat lesen

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum Menteri membuat keputusan di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah memberi pemegang lesen itu—

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat Menteri berserta dengan suatu salinan draf mengenai pengenaan, pengubahan atau pembatalan itu; dan

Perkhidmatan Pos 25

Suggest a correction

(b)

suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Menteri hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan atau untuk mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen itu suatu notis bertulis mengenai keputusan Menteri di bawah subseksyen (3)

dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

Serah hak atau pindah hak milik lesen

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang lesen yang menyerahhak atau memindah hak milik lesennya kepada mana-mana orang lain tanpa kelulusan bertulis terdahulu Menteri melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Penggantungan atau pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(a)

pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini;

Suggest a correction

(b)

pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen itu;

Suggest a correction

(c)

pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau

Suggest a correction

(e)

telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak pemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Sebelum Menteri membuat keputusan di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah memberi pemegang lesen itu—

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat Menteri untuk menggantung atau membatalkan lesen; dan

Suggest a correction

(b)

suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Menteri hendaklah, selepas menimbang apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk menggantung atau membatalkan lesen itu atau tidak.

Perkhidmatan Pos 27

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya hendaklah memberi pemegang lesen itu suatu notis bertulis mengenai keputusan Menteri di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Suggest a correction

(5)

Pemegang lesen itu tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan daripada Menteri atau Suruhanjaya jika lesen itu digantung atau dibatalkan mengikut subseksyen (1).

Tarikh kuat kuasa penggantungan atau pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 18

Penggantungan atau pembatalan suatu lesen di bawah seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

hendaklah berkuat kuasa pada—

(a)

suatu tarikh yang dinyatakan oleh Menteri dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen 17(4); atau

Suggest a correction

(b)

jika tiada tarikh dinyatakan dalam notis bertulis yang diberi di bawah subseksyen 17(4), apabila tamatnya tiga puluh hari dari tarikh notis itu disampaikan kepada pemegang lesen itu.

Penyiaran penggantungan atau pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa kelengahan atau kegagalan untuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan tidak boleh dalam apa-apa cara pun menjejaskan kesahan penggantungan atau pembatalan itu.

Suggest a correction

(3)

Menteri dan Suruhanjaya tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada atau yang disebabkan oleh penyiaran notis yang disebut dalam subseksyen (1).

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Penyerahan lesen

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah, tidak kurang daripada lima tahun daripada tarikh penyerahan balik yang diniatkan, memberi notis bertulis kepada

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Penyerahan hendaklah berkuat kuasa pada tarikh Suruhanjaya menerima lesen dan notis di bawah subseksyen (1), atau jika suatu tarikh kemudian dinyatakan di dalam notis, pada tarikh itu.

Suggest a correction

(4)

Penyerahan suatu lesen tidak boleh ditarik balik melainkan jika ia dinyatakan akan berkuat kuasa pada suatu tarikh kemudian dan sebelum tarikh itu Suruhanjaya, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen, membenarkan penyerahan itu ditarik balik.

Pembaharuan lesen

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membaharui suatu lesen yang sedia ada kecuali dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini;

Suggest a correction

(b)

pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen itu;

Suggest a correction

(c)

pemegang lesen itu telah mendapatkan lesen itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;

Perkhidmatan Pos 29

Suggest a correction

(d)

pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(e)

seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau

Suggest a correction

(f)

telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak pemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen itu untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan itu dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), jika maklumat atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (3) tidak diberi oleh pemegang lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberi oleh Suruhanjaya, Menteri boleh menolak untuk membaharui lesen itu.

Suggest a correction

(5)

Jika Menteri enggan membaharui lesen itu, Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemegang lesen itu melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keengganan

Menteri untuk membaharui lesen itu.

Suggest a correction

(6)

Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen peluang untuk membuat penghujahan bertulis kepada Menteri dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari.

Suggest a correction

(7)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (6), Menteri hendaklah, selepas menimbang apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

mengambil kira sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk membaharui lesen itu atau tidak.

Suggest a correction

(8)

Jika Menteri memutuskan untuk tidak membaharui lesen itu,

Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keputusan Menteri dan hendaklah menyiarkan keputusan itu dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian kebangsaan yang satunya berbahasa kebangsaan dan satu lagi berbahasa Inggeris untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Suggest a correction

(9)

Apa-apa kelengahan atau kegagalan untuk menyiarkan notis yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dalam apa-apa cara pun menjejaskan kesahan keputusan Menteri untuk tidak memperbaharui lesen itu.

Suggest a correction

(10)

Menteri dan Suruhanjaya tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada atau yang disebabkan oleh penyiaran notis yang disebut dalam subseksyen (8).

Kesan pembatalan, penyerahan atau tidak memperbaharui lesen

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh membenarkan pemegang lesen itu secara bertulis untuk terus menyediakan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan bagi apa-apa jangka masa dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud menggulungkan hal ehwal pemegang lesen itu.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau

Perkhidmatan Pos 31

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Notis tentang niat untuk menggantung operasi

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Pemegang lesen hendaklah memberitahu Suruhanjaya, secara bertulis, tentang apa-apa niat untuk menggantung operasi mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri.

Bahagian V

BAHAGIAN V

PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEMEGANG

Suggest a correction

LESEN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Nama dagangan pemegang lesen perkhidmatan sejagat

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh memberikan kebenaran secara bertulis kepada pemegang lesen perkhidmatan sejagat atau ejennya untuk menggunakan perkataan-perkataan yang dinyatakan dalam Jadual

Kedua sebagai nama dagangan tanpa apa-apa caj.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam

Warta, meminda Jadual Kedua bagi memasukkan perkataan tambahan atau memotong perkataan sedia ada sebagai nama dagangan.

Kelirupaan nama pemegang lesen perkhidmatan sejagat

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penghasilan atau pengeluaran setem pos

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kategori setem pos yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat di bawah subseksyen (1)

hendaklah termasuk definitif, kenang-kenangan, khas atau apa-apa kategori lain yang ditetapkan oleh Menteri.

Hak untuk menjual setem pos

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat dan seseorang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat tidak boleh menjual setem pos lebih daripada nilai yang ditandakan kecuali bagi maksud filateli.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), penjualan setem pos yang membawa tanda batal bagi maksud filateli tidaklah dilarang.

Suggest a correction

(4)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi

Perkhidmatan Pos 33

sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pelan tema tahunan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah, dalam tempoh enam puluh hari dari penerimaan pelan di bawah subseksyen (1), meluluskan pelan tersebut tanpa pindaan atau dengan pindaan.

Mengarkibkan setem pos

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Spesimen bagi setiap penghasilan setem pos hendaklah diarkibkan dengan cara yang selamat dan wajar oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat bagi maksud filateli, yang hendaklah termasuk helaian cetakan, plat cetakan dan artifak lain yang digunakan berkaitan dengan penghasilan setem pos.

Seksyen 30

Pemasangan peti pos atau kelengkapan pungutan atau penghantaran yang lain

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat sebelum memasangkan apa-apa tempat akses hendaklah memperoleh kebenaran Pihak

Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkenaan yang lain apabila dikehendaki berbuat demikian.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Pengecualian daripada liabiliti bagi kehilangan, salah serahan, kelengahan atau kerosakan

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kehilangan, salah serahan, kelengahan atau kerosakan kepada mana-mana barang pos dalam perjalanan penyaluran borang pos itu, melainkan jika terbukti bahawa pemegang lesen perkhidmatan sejagat telah melakukannya dengan niat jahat atau secara cuai atau sengaja, menyebabkan kehilangan, salah serahan, kelengahan atau kerosakan itu.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

TERMA DAN SYARAT AM PERKHIDMATAN POS

Suggest a correction

Penyerahan terma dan syarat am

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Suruhanjaya meminta pemohon untuk menyerahkan terma dan syarat amnya atau apa-apa aspek terma dan syarat itu kepada

Suruhanjaya dalam bentuk elektronik, pemohon hendaklah melakukannya dalam format yang boleh diterima oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Dalam hal pemegang lesen perkhidmatan sejagat, terma dan syarat amnya hendaklah diluluskan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak untuk menyiarkan terma dan syarat am itu atau apa-apa aspek terma dan syarat itu dan untuk menjadikan salinannya tersedia untuk pihak ketiga.

Perkhidmatan Pos 35

Had liabiliti dalam terma dan syarat am pemegang lesen perkhidmatan sejagat

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa had daripada liabiliti yang terkandung di dalam terma dan syarat am hendaklah menjadi pembelaan terhadap apa-apa pendakwaan, tindakan atau prosiding daripada apa-apa sifat, sama ada di mahkamah atau sebaliknya, diambil terhadap pemegang lesen perkhidmatan sejagat dan hendaklah secara berkesannya mengehadkan liabiliti pemegang lesen perkhidmatan sejagat setakat itu.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika pemegang lesen perkhidmatan sejagat telah bersetuju secara kontrak dengan pihak lain mengenai peruntukan had daripada liabiliti, terma dan syarat berkontrak tersebut hendaklah mengatasi.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, melalui kaedah-kaedah yang disiarkan dalam

Warta, menetapkan ruang lingkup dan fi bagi perkhidmatan kewangan pos.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud Akta ini, “perkhidmatan kewangan pos” bermakna suatu julat perkhidmatan kewangan pos yang akan disediakan oleh

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

pemegang lesen perkhidmatan sejagat termasuk kiriman wang, kiriman pos, deraf pos, cek pos dan cek perjalanan pos.

Perkhidmatan pos elektronik

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, melalui kaedah-kaedah yang disiarkan dalam

Warta, menetapkan ruang lingkup dan fi perkhidmatan pos elektronik.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh menyiarkan garis panduan berkenaan dengan semua perkara berhubung dengan perkhidmatan pos elektronik.

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

PENGAWALSELIAAN KADAR

Suggest a correction

Prinsip mengenai penetapan kadar

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Kadar bayaran pos yang ditentukan oleh pemegang lesen hendaklah berasaskan kepada prinsip yang berikut:

(a)

bahawa kadar secara munasabahnya adil dan tidak berdiskriminasi;

Suggest a correction

(b)

bahawa kadar berorientasikan kos dan tidak mengandungi diskaun yang secara tidak munasabah memudaratkan peluang persaingan pemegang lesen yang lain;

Suggest a correction

(c)

bahawa kadar distrukturkan dan peringkat ditetapkan untuk menarik pelaburan dalam industri perkhidmatan pos; dan

Perkhidmatan Pos 37

Suggest a correction

(d)

bahawa kadar mengambil kira standard kadar yang disyorkan oleh suatu organisasi antarabangsa yang Malaysia merupakan anggota berhubung dengan perkhidmatan pos.

Kadar boleh dikawal selia

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(a)

kadar bayaran pos yang akan dicaj oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan yang termasuk dalam takrif perkhidmatan sejagat atau perkhidmatan bukan sejagat dan menyatakan bahawa kadar yang ditetapkan adalah kadar minima atau maksima yang boleh dicaj atau kadar sebenar yang hendaklah dicaj; dan

Suggest a correction

(b)

penyiaran atau pendedahan kadar dan kenaikan kadar bagi perkhidmatan pos.

Suggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

mengenai kadar yang boleh dicaj oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat bagi perkhidmatan pos, bolehlah termasuk—

(a)

suatu bahagian tertentu daripada perkhidmatan sejagat, mengikut prinsipnya, bahawa kadar hendaklah seragam ke seluruh Malaysia; dan

Suggest a correction

(b)

perkhidmatan sejagat yang selebihnya apabila kadar boleh berubah bagi zon geografi yang berbeza, atau bagi penghantaran di antara zon geografi yang berbeza, untuk mencerminkan perbezaan dalam kos yang ditanggung oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat bergantung kepada zon atau zon-zon geografinya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa kadar berhubung dengan perkhidmatan pos mengikut terma dan syarat yang difikirkannya sesuai.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Suggest a correction

Bahagian IX

BAHAGIAN IX

AMALAN PERSAINGAN AM

Suggest a correction

Larangan terhadap perlakuan antipersaingan

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(2)

Garis panduan itu boleh termasuk rujukan kepada—

(a)

keperluan untuk mengimbangi antara galakan persaingan dan pemberian perkhidmatan berkualiti ke seluruh

Malaysia;

Suggest a correction

(d)

kesan perlakuan pemegang lesen terhadap bilangan pesaing dalam pasaran pos dan bahagian pasaran mereka;

Suggest a correction

(e)

kesan perlakuan pemegang lesen terhadap sekatan kemasukan ke dalam pasaran pos;

Suggest a correction

(f)

kesan perlakuan pemegang lesen terhadap julat perkhidmatan dalam pasaran pos;

Perkhidmatan Pos 39

Suggest a correction

(g)

kesan perlakuan pemegang lesen terhadap kos dan struktur keuntungan dalam pasaran pos; dan

Suggest a correction

(h)

apa-apa perkara lain yang Suruhanjaya berpuas hati adalah berkaitan.

Larangan terhadap pembuatan perjanjian pakatan sulit

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya boleh memutuskan bahawa seseorang pemegang lesen berada pada kedudukan dominan dalam suatu pasaran pos.

Seksyen 43

Garis panduan mengenai maksud “kedudukan dominan”

Open as pageSuggest a correction

(2)

Garis panduan itu boleh menyatakan perkara-perkara yang boleh diambil kira oleh Suruhanjaya, termasuklah—

(a)

galakan persaingan terhadap pemberian perkhidmatan berkualiti ke seluruh Malaysia;

Suggest a correction

(c)

teknologi dan arah aliran komersial global yang mempengaruhi kuasa pasaran;

Suggest a correction

(e)

kuasa untuk membuat keputusan penentuan kadar dengan bebas oleh pemegang lesen;

Suggest a correction

(f)

tahap perbezaan produk atau perkhidmatan dan promosi jualan dalam pasaran pos; dan

Suggest a correction

(g)

apa-apa perkara lain yang Suruhanjaya berpuas hati adalah berkaitan.

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen pada kedudukan dominan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen pada kedudukan dominan dalam suatu pasaran pos supaya menghentikan

Perkhidmatan Pos 41

perlakuan dalam pasaran pos yang mempunyai, atau mungkin mempunyai, kesan mengurangkan persaingan yang cukup besar dalam mana-mana pasaran pos, dan untuk melaksanakan langkah pemulihan yang sesuai.

Seksyen 45

Kebenaran bagi perlakuan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan Bahagian ini, Suruhanjaya hendaklah membenarkan perlakuan itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kebenaran itu adalah demi kepentingan negara.

Suggest a correction

(3)

Sebelum membenarkan perlakuan itu, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu supaya mengemukakan suatu aku janji berkenaan dengan perlakuannya dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan kebenaran itu.

Suggest a correction

(4)

Jika pemegang lesen itu kemudiannya menarik balik aku janji itu, kebenaran itu hendaklah disifatkan tidak pernah diberikan bagi maksud Bahagian ini.

Suggest a correction

(5)

Seseorang pemegang lesen boleh menarik balik sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa.

Daftar kebenaran

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semasa mengenai kebenaran perlakuan di bawah Bahagian ini menurut subseksyen 99(1).

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Seksyen 47

Penalti bagi kesalahan

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 48

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang diniatkan untuk menghalang atau mengurangkan—

(a)

apa-apa perlakuan oleh pemberi perkhidmatan asing yang akan, atau mungkin akan mengakibatkan, pengurangan persaingan dengan cukup besar dalam suatu pasaran pos; atau

Suggest a correction

(b)

salah guna kuasa pasaran dalam suatu pasaran pos.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian X

BAHAGIAN X

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(a)

keanggotaan badan itu terbuka kepada semua orang;

Suggest a correction

(b)

badan itu berupaya untuk melaksanakan sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan Akta ini yang berkaitan; dan

Perkhidmatan Pos 43

Suggest a correction

(2)

Badan itu hendaklah bersetuju secara bertulis untuk menjadi

Forum Pos sebelum pelantikan itu boleh didaftarkan.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh memutuskan bahawa suatu badan yang sedia ada yang sebelum itu telah dilantik sebagai Forum Pos tidak lagi menjadi badan yang sesuai bagi maksud Akta ini, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa badan itu tidak memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Suatu pelantikan atau penarikan balik pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran, atau suatu tarikh yang kemudian yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

Fungsi Forum Pos

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memberi maklum balas dan membuat syor kepada

Suruhanjaya mengenai apa-apa perkara yang berkenaan dengan kepentingan pengguna perkhidmatan industri pos;

Suggest a correction

(b)

untuk mewakili kepentingan pengguna perkhidmatan industri pos termasuklah pengendalian aduan;

Suggest a correction

(c)

untuk menggalakkan kepentingan pengguna yang berhubungan dengan tarif dan standard perkhidmatan industri pos;

Suggest a correction

(d)

untuk mengenal pasti dan sentiasa mengkaji semula perkara-perkara yang menyentuh kepentingan pengguna dan memastikan bahawa pemegang lesen menyedari akan, dan responsif terhadap, urusan mengenai perkhidmatan mereka;

Suggest a correction

(e)

untuk membuat publisiti tentang kewujudan, fungsi dan kerja Forum Pos dalam melindungi kepentingan pengguna;

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Suggest a correction

(f)

untuk membangun tataamalan bagi perkhidmatan pos; dan

Suggest a correction

(g)

untuk menjalankan apa-apa fungsi yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira dengan sewajarnya syor

Forum Pos dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

Tatacara pengendalian aduan

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dokumen yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah menggariskan tatacara yang hendaklah dipatuhi oleh pengguna yang membuat aduan terhadap pemegang lesen.

Suggest a correction

(3)

Tatacara pengendalian aduan hendaklah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

(a)

menyediakan sumber yang sewajarnya dengan perwakilan kuasa yang mencukupi untuk memastikan aduan yang diterima, diambil tindakan dan diselesaikan tepat pada waktunya;

Suggest a correction

(b)

memastikan proses aduan tersedia dan boleh diakses oleh semua;

Suggest a correction

(c)

melayan pengadu dengan kesopanan dan sedapat mungkin menyelesaikan aduan pada titik pertama hubungan;

Suggest a correction

(d)

menyediakan bantuan kepada pengadu dalam perumusan dan pengemukaan aduan;

Suggest a correction

(e)

menyediakan proses pengendalian aduan tanpa sebarang caj;

Perkhidmatan Pos 45

Suggest a correction

(g)

mengumpul dan merekodkan data mengenai aduan yang dikemukakan dan hasil untuk membantu dalam mengenal pasti masalah yang berulang dan penambahbaikan yang berpotensi kepada perkhidmatan penghantaran dan perhubungan pelanggan; dan

Suggest a correction

(h)

semakan tetap proses pengendalian aduan untuk memastikan ia dengan secekapnya memberikan hasil yang berkesan.

Aduan pengguna

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh juga menjalankan siasatan terhadap pemegang lesen dengan syarat bahawa pengguna telah mengikut tatacara pengendalian aduan pemegang lesen itu.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh menentukan kaedah-kaedah mengenai tatacara bagi pembuatan, penerimaan, pengendalian dan penyelesaian pertikaian aduan pengguna berkenaan dengan perlakuan atau penjalanan operasi pemegang lesen.

Hal keadaan apabila barang pos boleh dibuka

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menyelamatkan isi kandungan atau untuk memastikan keadaan isi kandungan barang pos yang telah rosak;

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Suggest a correction

(b)

untuk menentukan penerima atau pengirim barang pos yang tidak dapat diserah menurut kaedah-kaedah yang dibuat oleh

Suruhanjaya;

Suggest a correction

(c)

jika terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat bahaya fizikal kepada manusia atau harta;

Suggest a correction

(d)

jika terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat risiko kesihatan kepada manusia;

Suggest a correction

(e)

jika ia memperoleh persetujuan daripada pengirim atau penerima untuk melakukannya;

Suggest a correction

(g)

sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Suggest a correction

(2)

Seseorang pekerja pemegang lesen yang telah diberi kuasa secara bertulis oleh pemegang lesen boleh membuka barang pos dalam hal keadaan di bawah subseksyen (1) dan dengan kehadiran pekerja lain yang telah diberi kuasa yang serupa.

Suggest a correction

(3)

Isi kandungan barang pos yang telah dibuka bolehlah diperiksa tetapi tidak lebih daripada yang diwajarkan dalam hal keadaan di bawah subseksyen (1).

Notis yang hendaklah dipakai dan laporan yang hendaklah diserahkan

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang lesen hendaklah menyimpan suatu rekod mengenai semua barang pos yang telah dibuka yang menyatakan semua butir-butir berkaitan termasuklah—

(d)

nama-nama orang yang membuka dan menjadi saksi pembukaan itu yang kedua-duanya hendaklah menandatangani rekod itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen hendaklah menyerahkan, jika diminta oleh

Suruhanjaya, suatu laporan kepada Suruhanjaya dengan menyatakan perincian hal keadaan dan sebab barang pos itu dibuka.

Suggest a correction

(4)

Pemegang lesen tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pembukaan barang pos itu kecuali setakat yang dikehendaki bagi mematuhi suatu perintah mahkamah atau sebagaimana yang dibenarkan di bawah Akta ini.

Pemeriksaan oleh pegawai kastam

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua barang pos yang telah dibuka untuk pemeriksaan kastam hendaklah dibungkus semula dan dicapkan dengan notis bahawa barang pos itu telah dibuka.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Penalti bagi mendedahkan isi kandungan barang pos secara menyalahi undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menzahirkan, mendedahkan atau dengan apa-apa cara lain memberitahu isi kandungan mana-mana barang pos yang dibuka di bawah kuasa Akta ini, melainkan setakat yang perlu bagi maksud mengembalikan barang pos itu atau sebagaimana yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya secara bertulis, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.

Bahagian XI

BAHAGIAN XI

SISTEM POSKOD DAN PENGALAMATAN SERTA PENGENAL

Suggest a correction

PASTI POS

Sistem poskod dan pengalamatan

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh mewakilkan mana-mana atau semua fungsinya di bawah subseksyen (1) kepada Pengendali Pos Ditetapkan atau mana-mana orang yang ditentukan oleh Suruhanjaya yang hendaklah menjalankan obligasi itu mengikut cara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

Penguntukan pengenal pasti pos

Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang lesen hendaklah menampal, mengecap atau mencetak pengenal pasti pos tersebut pada setiap barang pos dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas mengumpul barang pos tersebut, melainkan jika barang pos itu telah mempunyai pengenal pasti pos.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya hendaklah menyenggara suatu daftar pemegang lesen dan pengenal pasti pos mengikut subseksyen 99(1).

Suggest a correction

Bahagian XII

BAHAGIAN XII

KUASA DAN TATACARA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN

Suggest a correction

MULTIMEDIA MALAYSIA

Bab

Bab 1

Seksyen 59

Open as pageSuggest a correction

(2)

Arahan itu hendaklah tamat tempoh pada tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam notis bertulis atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.

Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, termasuklah apa-apa pengubahan atau pembatalan arahan mengikut subseksyen 99(1).

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Suggest a correction

Bab

Bab 2

Seksyen 60

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya boleh mengadakan suatu inkuiri tentang apa-apa perkara yang bersifat umum yang berkaitan dengan pentadbiran Akta ini jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu melibatkan kepentingan awam.

Seksyen 61

Penjalanan inkuiri

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya boleh menjalankan suatu inkuiri sama ada secara terbuka atau tertutup, sebagaimana dan apabila disifatkan sesuai oleh

Suruhanjaya dan mengikut tatacara yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan.

Bab

Bab 3

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Suruhanjaya hendaklah menyiasat apa-apa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Akta ini jika—

(a)

Menteri mengarahkan Suruhanjaya supaya menjalankan suatu penyiasatan mengenai apa-apa tindakan sivil atau kesalahan jenayah di bawah Akta ini yang mungkin telah atau akan dilakukan; atau

Suggest a correction

(b)

Suruhanjaya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan sivil atau jenayah di bawah Akta ini telah, sedang atau akan dilakukan.

Perkhidmatan Pos 51

Penyiaran laporan

Suggest a correction

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh mengarahkan Suruhanjaya supaya menyiarkan suatu laporan mengenai sesuatu penyiasatan jika Menteri berpuas hati bahawa penyiaran itu adalah demi kepentingan negara.

Bahagian XIII

BAHAGIAN XIII

KESALAHAN DAN PENALTI

Suggest a correction

Tindakan yang menyalahi undang-undang pada barang pos

Seksyen 64

Seseorang yang dengan niat jahat—

Open as pageSuggest a correction

(f)

menghalang, mana-mana barang pos dalam perjalanan penyalurannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pemalsuan dan pemelancungan setem pos

Suggest a correction

Seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan diketahuinya menghasilkan, menggunakan, mengimport, menjual atau membekalkan apa-apa setem pos

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

palsu atau lancung atau dengan diketahuinya menggunakan bagi maksud pos, mana-mana setem pos palsu atau lancung;

Suggest a correction

(b)

mempunyai kawalan atas atau menyimpan atau memiliki tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang, apa-apa setem pos palsu atau lancung; atau

Suggest a correction

(c)

menghasilkan, membekal untuk menyewakan, memiliki tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang, apa-apa kelengkapan, perisian atau bahan bagi membuat apa-apa setem pos palsu atau lancung, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pemasangan tempat akses tanpa kebenaran

Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kerosakan kepada kemudahan rangkaian pos

Suggest a correction

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Perkhidmatan Pos 53

Menampalkan tanpa kuasa atau mencacatkan rupa kemudahan rangkaian pos

Suggest a correction

Seksyen 68

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengelakan bayaran pos

Suggest a correction

Seksyen 69

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggunakan apa-apa setem pos yang telah digunakan terdahulu; atau

Suggest a correction

(b)

menampal pada mana-mana barang pos apa-apa jua yang menyarankan—

Suggest a correction

(i)

bahawa barang pos itu berhak untuk disalurkan melalui pos tanpa sebarang bayaran pos atau dengan bayaran pos pada kadar yang rendah daripada yang selainnya terpakai untuk suatu barang pos; atau

(ii)

bahawa bayaran pos atau apa-apa bahagian daripada bayaran pos itu telah dibayar atau sepatutnya dibayar atau dicaj kepada mana-mana orang lain, bagi maksud mengelak bayaran pos.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Mengusik tanda rasmi pada barang pos

Suggest a correction

Seksyen 70

Open as pageSuggest a correction

(a)

meletakkan apa-apa tanda rasmi yang salah pada barang pos;

atau

Suggest a correction

(b)

mengubah, menanggalkan atau menyebabkan hilangnya apa-apa tanda rasmi pada barang pos.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian XIV

BAHAGIAN XIV

KUASA MENGUMPULKAN MAKLUMAT DAN PERUNTUKAN

Suggest a correction

PENGUATKUASAAN

Seksyen 71

Open as pageSuggest a correction

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau menyimpan dalam jagaannya apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini.

Perkhidmatan Pos 55

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Suruhanjaya, melalui notis bertulis, boleh mengarahkan seseorang–

(a)

untuk memberi Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat yang disebut dalam subseksyen (1);

Suggest a correction

(b)

untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;

Suggest a correction

(c)

membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen

Suggest a correction
Suggest a correction

(1)

dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Suruhanjaya dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;

(d)

jika orang itu seorang individu, untuk hadir di hadapan

Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;

Suggest a correction

(e)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, untuk menyebabkan seorang pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan perbadanan itu untuk hadir di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;

Suggest a correction

(f)

jika orang itu suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja dalam perkongsian itu untuk

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

hadir di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik; atau

Suggest a correction

(g)

untuk membuat suatu pernyataan kepada Suruhanjaya dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)

dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2) dan orang itu tidak mempunyai jagaan ke atas dokumen itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

Suggest a correction

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata bermaksud sedemikian, termasuklah suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat atau dokumen lain yang boleh menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang menolak atau tidak mematuhi arahan

Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu

Perkhidmatan Pos 57

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 72

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakukan oleh Suruhanjaya sebagai suatu salinan benar dokumen itu.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan terperaku bagi dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.

Suggest a correction

(4)

Sehingga suatu salinan terperaku bagi dokumen itu dibekalkan,

Suruhanjaya hendaklah, pada bila-bila masa dan di tempat yang disifatkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau orang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.

Suggest a correction

(5)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Akses kepada rekod

Suggest a correction

Seksyen 73

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

Rekod yang tidak betul

Suggest a correction

Seksyen 74

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Rekod maklumat

Suggest a correction

Seksyen 76

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah menimbangkan kepentingan komersial pihak-pihak yang dengannya maklumat itu berkaitan sebelum menyiarkan maklumat itu.

Perkhidmatan Pos 59

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat atau apa-apa bahagian mana-mana maklumat yang didedahkan kepadanya jika penyiaran itu–

(a)

berkemungkinan menjejaskan perbicaraan adil seseorang;

atau

Suggest a correction

(b)

akan melibatkan pendedahan yang tidak munasabah maklumat peribadi mengenai mana-mana individu termasuklah orang yang telah mati, tetapi Suruhanjaya boleh menyiarkan suatu cabutan yang berhubungan dengan maklumat sedemikian dengan syarat bahawa butir-butir dalam cabutan itu tidak boleh disusun dalam apa-apa cara yang boleh mengancam atau memudaratkan orang yang memberikan maklumat itu.

Kuasa penguatkuasaan pegawai yang diberi kuasa

Suggest a correction

Pegawai yang diberi kuasa

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 77

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Suggest a correction

(3)

Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah

Akta ini, seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak, kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Kuasa penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 78

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh menyiasat aktiviti pemegang lesen atau orang lain yang penting bagi pematuhannya kepada Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Dalam apa-apa hal berhubung dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan sesuatu penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh ditangkap yang dibenarkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

Suggest a correction

Seksyen 79

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan—

Perkhidmatan Pos 61

(a)

apa-apa buku, rekod, akaun, atau dokumen lain termasuklah data berkomputer yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk melaksanakan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan;

Suggest a correction

(b)

pa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau secara tidak langsung menyatakan bahawa orang itu mempunyai suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

apa-apa dokumen, kelengkapan, peralatan atau barang yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seorang pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

Suggest a correction

(4)

Seorang pegawai yang diberi kuasa boleh menahan mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis yang digeledah di bawah subseksyen (3) sehingga penggeledahan itu selesai.

Suggest a correction

(5)

Seorang pegawai yang diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milikan dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu yang dipakai oleh orang itu, dan apa-apa benda lain yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

Suggest a correction

(6)

Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Suggest a correction

(7)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita di bawah seksyen ini tidak praktik untuk dilaksanakan, pegawai yang diberi kuasa hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

Suggest a correction

(8)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (7) atau memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Waran boleh diterima walaupun cacat

Suggest a correction

Seksyen 80

Open as pageSuggest a correction

Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, peralatan, kelengkapan atau perkara yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.

Seksyen 81

Capaian kepada data berkomputer

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Senarai buku, rekod, akaun, dokumen, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 82

Open as pageSuggest a correction

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara disita menurut Akta ini, pegawai yang diberi kuasa yang membuat penggeledahan itu—

(i)

suatu senarai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan

(ii)

suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai yang dibuat di bawah subperenggan (a)(i) dan notis bertulis mengenai penyitaan itu yang dibuat kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di premis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

diniatkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Jika premis itu tidak diduduki, pegawai yang diberi kuasa hendaklah menampalkan suatu salinan senarai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Pelucuthakan

Suggest a correction

Seksyen 83

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa pelanggaran syarat-syarat suatu lesen yang diberikan, telah dilakukan dan bahawa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun pada hakikatnya tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita di bawah Akta ini, maka buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu hendaklah dianggap atau disifatkan telah dilucuthakkan setelah tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat terakhir seseorang yang daripadanya buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer,

Perkhidmatan Pos 65

papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berhubungan dengan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu, melainkan jika suatu tuntutan dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini.

Suggest a correction

(4)

Seseorang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan, boleh secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu berada dalam milikannya bahawa dia menuntut buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu.

Suggest a correction

(5)

Apabila diterima suatu notis di bawah subseksyen (4),

Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa hendaklah merujuk perkara itu kepada Majistret Kelas Pertama bagi keputusannya.

Suggest a correction

(6)

Majistret Kelas Pertama yang kepadanya perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu dan orang yang daripadanya barangan itu disita untuk hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, Majistret Kelas Pertama itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu, dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Kelas Pertama itu hendaklah memerintahkan supaya buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu dilucuthakkan, dan boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan barangan itu.

Suggest a correction

(7)

Apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang dilucuthakkan atau disifatkan sebagai telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Suruhanjaya atau seorang pegawai yang diberi kuasa yang hendaklah melupuskannya dengan cara yang disifatkan sesuai oleh Suruhanjaya.

Pelepasan buku, rekod, akaun, dokumen, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 84

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa yang membuat pelepasan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada

Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Kuasa tambahan

Suggest a correction

Seksyen 85

Perkhidmatan Pos 67

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disimpan oleh pemegang lesen atau orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;

Suggest a correction

(b)

menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(c)

membuat apa-apa inkuiri yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

Suggest a correction

Seksyen 86

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai yang diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang

Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

Suggest a correction

Seksyen 87

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang sedemikian adalah terikat untuk menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai yang diberi kuasa itu dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak.

Suggest a correction

(4)

Pegawai yang diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

Suggest a correction

(5)

Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Perkhidmatan Pos 69

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

Suggest a correction

Seksyen 88

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai yang diberi kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

Suggest a correction

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau yang diliputi oleh seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta

Keterangan 1950.

Suggest a correction

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan—

(b)

kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai yang diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah

Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Pegawai yang diberi kuasa hendaklah menyempurnakan penyiasatan dan menyerahkannya kepada polis

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 89

Open as pageSuggest a correction

Apabila selesai penyiasatannya mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, seorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah dengan segera memberikan segala maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap seseorang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Seksyen 90

Tiada kos atau ganti rugi yang boleh didapatkan berbangkit daripada penyitaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Seksyen 91

Pemulaan pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan untuk atau yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis

Pendakwa Raya.

Seksyen 92

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang bertentangan, Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan boleh mengenakan penalti penuh bagi kesalahan itu.

Perkhidmatan Pos 71

Seksyen 93

Kesalahan kerana memberi maklumat palsu atau mengelirukan

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya atau pegawai yang diberi kuasa, yang diketahuinya atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 94

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

enggan memberikan mana-mana pegawai yang diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai yang diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

Suggest a correction

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai yang diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai yang diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

Suggest a correction

(c)

enggan untuk memberikan mana-mana pegawai yang diberi kuasa apa-apa maklumat berhubung dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta iniatau apa-apa maklumat lain yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya;

Suggest a correction

(d)

menyelamatkan atau berusaha untuk menyelamatkan atau menyebabkan untuk diselamatkan apa-apa benda yang telah disita; atau 72 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Suggest a correction

(e)

memusnahkan apa-apa benda bagi mengelakkan penyitaan atau penyelamatan benda itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengkompaunan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 95

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan oleh mana-mana orang di bawah

Akta ini dan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Suruhanjaya suatu amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh

Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen

Suggest a correction

(2)

, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun itu dibuat, dan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang Suruhanjaya fikirkan patut dikenakan mengikut syarat kompaun itu.

Perkhidmatan Pos 73

Suggest a correction

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 96

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh dipertuduhkan secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan–

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja kepada ejen

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;

Suggest a correction

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja kepada ejen itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Persubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 97

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau sebagai pelanjutan kepada perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Suggest a correction

Bahagian XV

BAHAGIAN XV

Seksyen 98

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua pemegang lesen hendaklah menyumbang kepada

Kumpulan Wang PP dalam cara yang ditetapkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Kumpulan Wang PP hendaklah terdiri daripada—

(a)

sejumlah wang yang boleh diperuntukkan oleh Parlimen; dan

Suggest a correction

(b)

semua wang yang dicarumkan oleh pemegang lesen atau oleh mana-mana orang lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Kumpulan Wang PP hendaklah dibelanjakan bagi maksud-maksud yang berikut:

(a)

untuk memudahkan perkhidmatan sejagat ke seluruh

Malaysia mengikut Akta ini;

Suggest a correction

(b)

untuk memudahkan pengembangan dan kemajuan rangkaian pos;

Suggest a correction

(c)

untuk menambahbaik dan memberi maklum balas kepada keperluan pengguna menerusi penggunaan teknologi; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa maksud lain berhubung dengan perkhidmatan pos yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Hendaklah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memulihara

Kumpulan Wang PP dengan melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah Kumpulan Wang PP adalah mencukupi untuk membayar semua perbelanjaan di bawah subseksyen (4).

Suggest a correction

(6)

Menteri, atas syor Suruhanjaya, hendaklah membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan sumbangan kepada Kumpulan Wang PP dan apa-apa perkara lain berhubungan atau bersampingan dengan penubuhan dan pengendalian Kumpulan Wang PP.

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Daftar

Suggest a correction

Seksyen 99

Open as pageSuggest a correction

(1)

Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan elektronik mengenai semua perkara yang dikehendaki didaftarkan di bawah Akta ini, termasuklah—

(b)

apa-apa syarat standard yang dinyatakan dalam lesen;

Suggest a correction

(c)

apa-apa pengenaan syarat tambahan yang dinyatakan dalam lesen;

Suggest a correction

(d)

apa-apa pengubahan atau pembatalan syarat yang dinyatakan dalam lesen;

Suggest a correction

(g)

apa-apa kelulusan bertulis daripada

Menteri bagi pemindahan hak milik lesen.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Seseorang boleh, dengan pembayaran fi yang ditetapkan—

(b)

membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, daftar itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika seseorang meminta supaya suatu salinan diberikan dalam bentuk elektronik, Suruhanjaya boleh memberikan maklumat yang berkaitan itu—

(a)

dengan menggunakan peranti pemprosesan data; atau

Suggest a correction

(b)

melalui penghantaran elektronik.

Perkhidmatan Pos 77

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 100

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud berikut:

(a)

untuk menetapkan semua perkara berhubung dengan pengeluaran lesen perkhidmatan sejagat dan lesen perkhidmatan bukan sejagat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

untuk menetapkan tatacara bagi Suruhanjaya dalam penjalanan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

untuk menetapkan bentuk pemberitahuan, notis dan perintah yang hendaklah dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

untuk mentakrifkan ruang lingkup dan pengecualian perkhidmatan sejagat;

Suggest a correction

(e)

untuk menetapkan pemegang lesen perkhidmatan sejagat sebagai Pengendali Pos Ditetapkan;

Suggest a correction

(f)

untuk menetapkan bantuan kewangan bagi perkhidmatan sejagat;

Suggest a correction

(g)

untuk menetapkan kadar yang hendak dibayar berkenaan dengan produk dan perkhidmatan dalam perkhidmatan sejagat;

Suggest a correction

(h)

untuk menetapkan fi dan caj di bawah Akta ini, yang termasuklah untuk mengecualikan bayaran apa-apa fi dan caj pada terma dan syarat yang Menteri sifatkan sesuai;

Suggest a correction

(i)

untuk menetapkan mengenai perkara filateli dan pengeluaran setem pos;

Suggest a correction

(j)

untuk menetapkan semua perkara mengenai perkhidmatan kewangan pos;

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Suggest a correction

(k)

untuk menetapkan semua perkara berhubung dengan pelindungan pengguna;

Suggest a correction

(l)

untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendak digunakan;

Suggest a correction

(m)

untuk menetapkan pelaksanaan dan perkara-perkara lain yang berhubung dengan sistem poskod dan pengalamatan;

Suggest a correction

(n)

untuk menetapkan semua perkara yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya dibuat melalui peraturan-peraturan; dan

Suggest a correction

(o)

untuk menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini.

Kuasa Suruhanjaya untuk membuat kaedah-kaedah

Suggest a correction

Seksyen 101

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya boleh membuat apa-apa kaedah bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

standard pengalamatan yang digunakan dalam penyediaan barang pos untuk serahan;

Suggest a correction

(c)

standard prestasi perkhidmatan pelanggan pejabat pos;

Suggest a correction

(e)

standard teknikal bagi penyediaan perkhidmatan pos;

Suggest a correction

(f)

peti-peti surat dan kemudahan lain serta kegunaan standardnya untuk perkhidmatan pos;

Suggest a correction

(h)

terma dan syarat am pemegang lesen;

Perkhidmatan Pos 79

Suggest a correction

(k)

skim pampasan bagi kegagalan prestasi perkhidmatan;

Suggest a correction

(m)

penyediaan perkhidmatan sampingan menerima, mengumpul, menyisih, mengirim dan menyerahkan barang pos;

Suggest a correction

(n)

barang pos yang tidak dapat diserah dan dilencongkan;

Suggest a correction

(o)

peruntukan mengenai pelupusan barang pos yang telah dibuka;

Suggest a correction

(q)

apa-apa perkara lain yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya kaedah-kaedah dibuat oleh

Suruhanjaya.

Penalti bagi perundangan subsidiari

Suggest a correction

Seksyen 102

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang bertentangan dengan peruntukannya menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan bagi penalti denda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 103

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya, Pengerusi, mana-mana ahli, pegawai, pekhidmat atau ejen Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, dalam sifatnya yang sedemikian.

Seksyen 104

Pelindungan terhadap pegawai dan orang lain

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini;

dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Suruhanjaya atau pegawai yang diberi kuasa jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai melaluinya.

Suggest a correction

Bahagian XVI

BAHAGIAN XVI

PERKARA KEPENTINGAN NEGARA

Suggest a correction

Kewajipan am pemegang lesen

Seksyen 105

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang lesen hendaklah, apabila diminta secara bertulis oleh

Suruhanjaya atau mana-mana pihak berkuasa lain, membantu

Suruhanjaya atau pihak berkuasa lain dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-Perkhidmatan Pos 81

undang bertulis Malaysia atau selainnya dalam menguatkuasakan undang-undang Malaysia, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, pelindungan hasil awam dan pemeliharaan pertahanan negara.

Orang tidak boleh disabitkan bagi perbuatan yang dilakukan dengan suci hati

Suggest a correction

Seksyen 106

Open as pageSuggest a correction

Pemegang lesen atau mana-mana daripada pekerjanya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding jenayah daripada apa-apa sifat bagi apa-apa ganti rugi (termasuklah ganti rugi punitif), kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung atau akan ditanggung (sama ada secara langsung atau tidak langsung) kerana apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan kewajipan yang dikenakan di bawah seksyen 105.

Seksyen 107

Perkiraan kerjasama dengan pihak berkuasa lain

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, atau menentukan perkiraan bagi kerjasama dengan, atau keanggotaan dalam, organisasi antarabangsa berkenaan dengan perkiraan kerjasama antara pemegang lesen perkhidmatan sejagat dengan organisasi antarabangsa.

Kuasa khas semasa darurat

Suggest a correction

Seksyen 108

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggantung lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil kawalan sementara mana-mana kemudahan rangkaian pos atau perkhidmatan yang dipunyai atau

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

diberikan oleh pemegang lesen mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai;

Suggest a correction

(b)

menarik balik sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya penggunaan mana-mana kemudahan rangkaian pos atau perkhidmatan daripada mana-mana pemegang lesen, orang atau orang awam;

Suggest a correction

(c)

memerintahkan bahawa mana-mana perkhidmatan yang diberi oleh pemegang lesen, kepada seseorang, golongan orang atau orang awam, digantung sehingga selanjutnya notis bertulis diberi oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa penggantungan tersebut telah diangkat; atau

Suggest a correction

(d)

memerintahkan bahawa mana-mana barang pos kepada atau daripada mana-mana orang tidak boleh diangkut atau hendaklah dipintas atau ditahan dan diserahkan kepada mana-mana pegawai yang disebutkan dalam perintah itu untuk dibuka, diperiksa atau diperlakukan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Suggest a correction

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai yang diambil kerja oleh Kerajaan untuk menjalankan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen hendaklah memberikan segala bantuan yang perlu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Suruhanjaya atau seorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini.

Pelan bencana

Suggest a correction

Seksyen 109

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya boleh mengarahkan mana-mana pemegang lesen untuk membangunkan, dengan berunding dengan pihak berkuasa sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, suatu pelan bencana bagi terus kekal dan pemulihan mana-mana rangkaian kemudahan atau perkhidmatan pos dalam hal bencana, krisis atau keselamatan awam.

Perkhidmatan Pos 83

Bahagian XVII

BAHAGIAN XVII

KECUALIAN DAN PERALIHAN

Seksyen 110

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan ini hendaklah, setakat yang selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah disifatkan bagi segala maksud telah dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pendaftaran, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan yang telah dilakukan, dibuat atau diberikan sebelum tarikh ditetapkan hendaklah disifatkan telah dilakukan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan berhubung dengan mereka yang terhadapnya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah baru, peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari yang lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh habis tempoh pendaftaran, tindakan, perintah, arahan atau keputusan.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa dalam Akta yang dimansuhkan atau Akta ini boleh menyentuh mana-mana orang yang boleh didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dijatuhkan, atau tindakan yang diambil, sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran sedemikian.

Lesen-lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang telah dimansuhkan bagi tempoh tiga tahun atau kurang

Suggest a correction

Seksyen 111

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu lesen yang telah dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan bagi tempoh tiga tahun atau kurang dan mempunyai tempoh berbaki kurang daripada satu tahun pada tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan sebagai dilanjutkan untuk tempoh satu tahun dari tarikh tamat lesen itu.

Suggest a correction

(3)

Seorang pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan boleh memohon untuk suatu lesen di bawah Akta ini sebagai ganti kepada lesennya yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh tamat lesen itu.

Lesen-lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan bagi suatu tempoh lebih daripada tiga tahun

Suggest a correction

Seksyen 112

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan bagi suatu tempoh lebih daripada tiga tahun hendaklah memohon, tidak lewat daripada dua tahun selepas tarikh yang ditetapkan, bagi suatu lesen yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini sebagai ganti bagi lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan.

Suggest a correction

(3)

Suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan bagi suatu tempoh lebih daripada tiga tahun hendaklah luput jika pemegang tidak memohon bagi suatu lesen di bawah Akta ini dalam masa dua tahun selepas tarikh yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (2).

Perkhidmatan Pos 85

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 12]

1.

Pengumuman dagangan, pekeliling, cabutan bercetak daripada akhbar atau iklan, tanpa nama, alamat atau butir-butir penerima.

2.

Barang pos yang diserahkan oleh seorang pekerja pengirim itu.

3.

Barang pos yang diserahkan oleh seorang utusan atas permintaan pengirim itu khas bagi maksud itu, yang bukannya seorang yang bekerja atau bertugas dalam masa menjalankan urusan atau pekerjaannya dalam menyerahkan atau memperolehi serahan surat.

4.

Barang pos yang melebihi dua kilogram beratnya bagi setiap barang pos.

5.

Barang pos yang dikirim dengan sesuatu barangan dan diserahkan bersama dengan barangan itu.

6.

Barang pos yang dibawa ke atau dari sesuatu pejabat pos.

7.

Barang pos yang dibawa mengikut sesuatu perjanjian yang dibuat oleh pemegang lesen.

8.

Pertukaran di antara tempat-tempat pertukaran dokumen.

9.

Perkhidmatan pos eletronik.

10. Barang pos yang dibawa dan diserahkan oleh seorang kawan peribadi tanpa upah, hadiah atau keuntungan lain.

11. Barang pos yang dibawa dan diserahkan sendiri oleh pengirim.

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 24]

1. “Post Office”

2. “Pejabat Pos”

3. “Postal Agent”

4. “Wakil Pos”

5. “Mini Post”

6. “Pos Mini”

7. “Stamp Agent”

8. “Wakil Jualan Setem”

9. “Posting Box”

10. “Peti Surat Pos”

11. “P.O. Box”

12. “Peti Surat Pejabat Pos”

87

Akta 741

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

88

Akta 741

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Common questions

What is POSTAL SERVICES ACT 2012?
*AKTA PERKHIDMATAN POS 2012 is Malaysia Act, cited as Act 741 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Is POSTAL SERVICES ACT 2012 still in force?
Yes — POSTAL SERVICES ACT 2012 is currently in force.
When did POSTAL SERVICES ACT 2012 take effect?
POSTAL SERVICES ACT 2012 was first recorded in 2012.
How many sections does POSTAL SERVICES ACT 2012 have?
POSTAL SERVICES ACT 2012 contains 112 sections.
Where can I read the official version of POSTAL SERVICES ACT 2012?
The official text of POSTAL SERVICES ACT 2012 is published at lom.agc.gov.my.