PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1980/225
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 1980 is Malaysia Act, cited as Act 225 1980, currently marked in force and first recorded in 1980.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif Majlis yang dilantik di bawah seksyen 14;
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
“Ketua Pengarah Pendidikan” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 3
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan oleh seksyen 17;
“Majlis” ertinya Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pelajaran;
“Pengarah Pendidikan” ertinya Pengarah Pendidikan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 4 Akta Pendidikan 1996;
“Pengarah Peperiksaan” ertinya Pengarah Peperiksaan yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 7(1) Akta Pendidikan 1996;
“peperiksaan tertentu” ertinya peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“rekod” termasuk rekod maklumat dalam apa-apa bentuk di atas apa-apa bahan, benda, artikel atau apa jua benda sama ada kekal atau sementara;
“Universiti” ertinya—
suatu Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 6
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];
dan
suatu Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 1a
Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173].
Bahagian II
Penubuhan Majlis Peperiksaan Malaysia
Maka hendaklah ditubuhkan suatu perbadanan yang dikenali sebagai “Majlis Peperiksaan Malaysia” dalam bahasa kebangsaan dan “Malaysian Examinations Council” dalam bahasa Inggeris yang
Majlis Peperiksaan Malaysia 9
kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama tersebut dan, tertakluk kepada Akta ini dan juga bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan melakukan semua perkara dan hal lain yang bersampingan atau berkenaan dengan suatu pertubuhan perbadanan.
Keanggotaan Majlis
Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang daripada Naib Canselor Universiti menjadi Pengerusi Majlis bagi suatu tempoh, tidak lebih daripada tiga tahun, sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.
Seseorang Naib Canselor Universiti boleh dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis apabila tamat tempoh jawatannya sebagai
Pengerusi.
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi Majlis.
Pelantikan anggota silih ganti
Seseorang anggota silih ganti, apabila menghadiri mesyuarat
Majlis, hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai seorang anggota Majlis.
Meterai perbadanan
Akta 225
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis.
Meterai perbadanan itu tidak boleh dicap pada mana-mana surat cara kecuali di hadapan Pengerusi dan seorang anggota lain
Majlis yang hendaklah menandatangani nama mereka pada surat cara itu menandakan meterai itu dicap di hadapan mereka, dan tandatangan itu adalah bukti yang cukup bahawa meterai itu telah dicap dengan sempurna dan sepatutnya dan ialah meterai Majlis yang sah.
Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeterai, boleh disempurnakan oleh Majlis dengan cara demikian itu juga dan dokumen atau surat cara sedemikian itu boleh disempurnakan bagi pihak Majlis oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Majlis bagi maksud itu.
Meterai Majlis hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Tugas Majlis
menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan;
Majlis Peperiksaan Malaysia 11
Dalam mengelola Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia, Majlis hendaklah berusaha bersama dengan
Universiti, dan boleh selanjutnya berusaha bersama dengan mana-mana orang, badan, pertubuhan, institusi atau pihak berkuasa dalam atau di luar Malaysia.
Dalam mengelola apa-apa peperiksaan tertentu yang lain,
Majlis boleh berusaha bersama dengan mana-mana orang, badan, pertubuhan, institusi atau pihak berkuasa dalam atau di luar
Malaysia.
Pada menjalankan tugasnya Majlis hendaklah sentiasa mengambil perhatian tentang betapa mustahak dan perlunya menjaga standard sepatutnya bagi peperiksaan tertentu.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), (2), (3) dan (4), Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, mengelola apa-apa peperiksaan, selain peperiksaan tertentu, dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan itu, bagi mana-mana orang, badan, organisasi, institusi atau pihak berkuasa di dalam atau di luar Malaysia.
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini atau perenggan 69(4)(b) Akta Pendidikan 1996, mana-mana orang, badan, organisasi, institusi atau pihak berkuasa di dalam atau di luar Malaysia tidak boleh mengelola apa-apa peperiksaan, selain peperiksaan tertentu yang berhubungan dengan perkara akademik, tanpa suatu kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 69(1) Akta
Pendidikan 1996.
Bermulanya tugas untuk mengelola suatu peperiksaan tertentu
Tugas Majlis untuk mengelola sesuatu peperiksaan tertentu hendaklah bermula dari sesuatu tahun peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta berhubung dengan peperiksaan itu.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
Prerogatif Majlis
Majlis hendaklah, berhubung dengan sesuatu peperiksaan tertentu, mempunyai prerogatif menganugerah dan menarik balik sijil, menahan dan membatalkan keputusan mana-mana calon, dan menghalang mana-mana orang daripada mengambil peperiksaan.
Bantuan Pengarah Pendidikan
Majlis boleh meminta bantuan mana-mana Pengarah Pendidikan dalam mengatur dan mengelola sesuatu peperiksaan tertentu, termasuklah bantuan dalam—
mengadakan dan membuat perkiraan mengenai pusat peperiksaan dan pelantikan pegawai wilayah, pengawas peperiksaan, penyelia dan pemeriksa;
mengadakan kemudahan bagi menyimpan dan menjamin keselamatan kertas soalan dan skrip jawapan bagi peperiksaan itu; dan
mengadakan apa-apa jua kemudahan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis bagi mengelola peperiksaan itu dengan cekap.
Jawatankuasa dan jawatankuasa kecil
Majlis boleh melantik beberapa jawatankuasa lain sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk melaksanakan apa-apa jua fungsi
Majlis yang diwakilkan kepadanya oleh Majlis itu.
Sesuatu jawatankuasa boleh, dengan kelulusan Majlis, melantik beberapa jawatankuasa kecil sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan apa-apa jua fungsi jawatankuasa yang diwakilkan kepadanya oleh jawatankuasa itu.
Majlis Peperiksaan Malaysia 13
Sesuatu jawatankuasa atau sesuatu jawatankuasa kecil boleh terdiri daripada orang yang bukannya anggota Majlis.
Tertakluk kepada apa-apa arahan Majlis, sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.
Menyedia, menilai dan memeriksa soalan dan jawapan peperiksaan
Mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (1)
yang, tanpa kebenaran Majlis, mewakilkan tugasnya untuk menyedia, menilai atau memeriksa soalan atau jawapan peperiksaan kepada seseorang yang tidak diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Majlis berhak untuk menahan kesemua atau sebahagian daripada apa-apa jua elaun atau fi yang kena dibayar kepada mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) jika sekiranya Majlis dapati kerjanya itu tidak memuaskan.
Kuasa untuk mewakil 12a. (1) Majlis boleh, tertakluk kepada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang difikirnya patut dikenakan, secara bertulis mewakilkan kepada mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil Majlis, atau kepada Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah seksyen 16, semua atau mana-mana kuasa dan tugas yang diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas Majlis di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 31, dan boleh pada bila-bila masa membatalkan perwakilan tersebut.
Tiada perwakilan di bawah subseksyen (1) boleh menjejaskan penjalanan mana-mana kuasa atau pelaksanaan mana-mana tugas oleh Majlis.
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
Kuasa untuk mengambil kerja ejen, penasihat teknik dan orang lain
Majlis boleh mengambil kerja dan membayar ejen, penasihat teknik dan orang lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan tugasnya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan cara lebih baik.
Bahagian III
Pelantikan Ketua Eksekutif
Menteri hendaklah melantik Ketua Eksekutif pertama bagi
Majlis selama tempoh dan mengikut apa-apa had dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, dan Majlis hendaklah melantik tiap-tiap Ketua Eksekutif yang kemudiannya mengikut apa-apa had dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis dengan kelulusan Menteri.
Tugas Ketua Eksekutif
Secara khususnya, adalah menjadi kewajipan Ketua Eksekutif untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana perundangan kecil yang dibuat di bawah Akta ini dipatuhi.
Ketua Eksekutif boleh melakukan semua hal yang menepati undang-undang sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini.
Ketua Eksekutif bertanggungjawab kepada Majlis dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini.
Majlis Peperiksaan Malaysia 15
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
Majlis boleh melantik, selain Ketua Eksekutif, beberapa orang pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, mengikut apa-apa had dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis dengan kelulusan
Menteri.
Bahagian IIIa
TATATERTIB
Jawatankuasa tatatertib 16a. (1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang itu mengikut
Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16d.
Bagi maksud seksyen ini—
maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib
Majlis berkenaan dengan Ketua Eksekutif Majlis yang terdiri daripada—
seorang yang dilantik oleh Menteri, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan
Majlis boleh menubuhkan, melalui pemberitahuan dalam
Warta, jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai atau pekhidmat Majlis.
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b):
jawatankuasa tatatertib itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Majlis, selain Pengerusi Majlis, atau pegawai Majlis, atau apa-apa gabungan anggota dan pegawai itu; dan 16
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa tatatertib yang dianggotainya mempunyai kuasa tatatertib.
Jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b) hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa gabungan dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16d.
Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib 16b. (1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan 16a(2)(a) boleh dirayukan kepada Menteri.
Sesuatu keputusan mana-mana jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan 16a(2)(b) boleh dirayukan kepada Lembaga
Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 16c.
Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesah, mengakas atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.
Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad.
Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib 16c. (1) Maka hendaklah ada Lembaga Rayuan Tatatertib Majlis yang terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengerusi Majlis, yang hendaklah menjadi pengerusi
Lembaga Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus; dan
Majlis Peperiksaan Malaysia 17
tiga orang anggota Majlis, yang bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga
Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Majlis bagi maksud rayuan itu.
Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 16b, seseorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Majlis tidak boleh hadir atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib 16d. (1) Majlis, dengan kelulusan Menteri, boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmatnya.
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—
boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang disifatkan sesuai oleh Majlis, dan hukuman itu boleh meliputi—
amaran;
pengurangan gaji;
hendaklah memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib kecuali dalam mana-mana hal yang berikut:
jika seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan salah laku yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
jika Majlis, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan
Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau
dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi; atau
dikenakan terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;
boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis sementara menanti selesainya prosiding jenayah atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;
dan
boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis—
jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh suatu mahkamah jenayah; atau
Majlis Peperiksaan Malaysia 19
jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.
Pengenaan surcaj 16e. (1) Seseorang yang sedang atau pernah bekerja dengan
Majlis boleh disurcaj jika ternyata kepada Majlis bahawa orang itu—
tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Majlis yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;
adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Majlis yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
adalah atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Majlis;
sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Majlis kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Majlis.
Majlis hendaklah, sebelum seseorang disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.
Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis dalam subseksyen (2), Majlis boleh—
dalam hal perenggan (1)(a), (1)(b) dan (1)(c), mensurcaj terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
melebihi amaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan
dalam hal perenggan (1)(d) dan (1)(e), mensurcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang disifatkan patut oleh Majlis.
Majlis hendaklah memberitahu orang yang disurcaj berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3).
Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Majlis boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan
Majlis hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu.
Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5)
hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Majlis daripada orang yang disurcaj itu dan boleh didakwa dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Majlis dan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Majlis, didapatkan melalui potongan—
daripada pencen orang yang disurcaj, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu per empat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
Bagi maksud perenggan (1)(d), “pegawai perakaunan”
termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan—
kewajipan untuk memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang dalam Kumpulan Wang;
kewajipan untuk membuat bayaran, atau yang sebenarnya membuat bayaran, daripada apa-apa wang dalam Kumpulan
Wang; atau
Majlis Peperiksaan Malaysia 21
penerimaan, penyimpanan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan atau harta Majlis, atau yang sebenarnya menerima, memegang, melupuskan atau mengakaunkan barang simpanan atau harta itu.
Majlis boleh menerima pakai peraturan, dsb.
Dalam membuat mana-mana peraturan di bawah Bahagian ini, Majlis, dengan kelulusan Menteri, boleh menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut, mana-mana peraturan, kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Bahagian IV
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Majlis;
wang yang didapati atau yang timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Majlis; dan
semua wang atau harta lain yang dengan apa cara jua pun kena dibayar kepada atau diletak hak pada Majlis mengenai apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan tugasnya.
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud membayar semua perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya oleh Majlis dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
Majlis boleh melabur dalam sekuriti Kerajaan Malaysia atau sekuriti lain yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri
Kewangan wang Kumpulan Wang yang tidak dikehendaki dengan segera untuk dibelanjakan di bawah Akta ini.
Anggaran pendapatan dan perbelanjaan
Menteri boleh menolak, mengubah, mengubah suai atau menambah apa-apa butiran dalam anggaran itu.
Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran itu.
Akaun dan audit
Akaun Majlis hendaklah diaudit secara tahunan oleh seorang juruaudit yang dilantik oleh Majlis dengan kelulusan secara bertulis daripada Menteri Kewangan.
Sebaik sahaja akaun Majlis diaudit, Majlis hendaklah menyebabkan salinan penyata akaun yang telah diaudit itu dikemukakan kepada Menteri, berserta dengan satu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai penyata itu atau mengenai akaun
Majlis.
Majlis Peperiksaan Malaysia 23
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata dan pandangan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (3)
itu dibentang dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.
Laporan tahunan
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap laporan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (1)
itu dibentang dalam setiap Majlis Parlimen.
Bahagian V
Kuasa Menteri
Majlis hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Menteri boleh pada bila-bila masa melantik suatu jawatankuasa siasatan untuk menyiasat hal ehwal Majlis dan jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan laporannya kepada Menteri.
Kuasa untuk meminda Jadual Pertama
Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis, melalui perintah meminda Jadual Pertama.
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
Pekhidmat awam
Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Majlis, semua anggota mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dilantik di bawah Akta ini, dan semua orang yang dilantik di bawah seksyen 12, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam
hendaklah dipakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain terhadap mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Majlis, terhadap mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dilantik di bawah Akta ini, dan terhadap mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 12, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian itu.
Kewajipan menyimpan rahsia
hendaklah menyimpan dan membantu menyimpan rahsia berkenaan dengan semua perkara yang sampai kepada pengetahuannya semasa menjalankan atau melaksanakan apa-apa tugas atau fungsi yang ada kaitan dengan pelantikan atau pekerjaannya;
tidak boleh memberitahu apa-apa perkara sedemikian itu kepada mana-mana orang;
tidak boleh membiarkan atau membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada apa-apa rekod yang ada dalam milikan, jagaan atau kawalan mana-mana orang yang baginya subseksyen ini terpakai.
Majlis Peperiksaan Malaysia 25
Subseksyen (1) tidaklah terpakai—
bagi penzahiran apa-apa maklumat yang dibenarkan untuk dizahirkan atau diberikan oleh Majlis;
bagi penzahiran maklumat bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa laporan mengenai prosiding sedemikian itu; atau
bagi penzahiran maklumat bagi maksud apa-apa penyiasatan yang dijalankan di bawah subseksyen 21(3).
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Merahsiakan markah, skrip jawapan dan data statistik
Tiada apa-apa pun dalam subseksyen (1) boleh menghalang
Majlis daripada menyiarkan data statistik, menurut budi bicaranya, jika penyiaran itu mungkin pada pendapatnya dilakukan bagi kepentingan pelajaran di Malaysia:
Dengan syarat bahawa apa-apa data statistik yang disiarkan menurut subseksyen ini tidak boleh mengandungi maklumat yang mungkin dengan apa jua cara membawa kepada pengenalpastian mana-mana calon.
Hak eksklusif atas soalan peperiksaan
Mana-mana orang yang, selain untuk kegunaannya sendiri dan domestik, menerbitkan atau mengeluar ulang apa-apa soalan peperiksaan yang lepas mengikut apa-apa bentuk yang sama atau yang sebahagian besarnya serupa dengan soalan asal tanpa kebenaran Majlis melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pembocoran kertas peperiksaan
Akta 225
Mana-mana orang, sama ada seorang calon bagi sesuatu peperiksaan tertentu ataupun tidak, yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan tertentu, dengan diketahui menggunakan kandungan kertas atau arahan atau kandungan apa-apa draf, salinan atau rekodnya dengan apa-apa cara dan tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Majlis Peperiksaan Malaysia 27
Mana-mana orang yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis didapati memiliki, menjaga atau mengawal kertas soalan atau arahan atau sebahagian darinya atau mana-mana draf, salinan atau rekodnya tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Keizinan untuk mendakwa
Sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan tanpa keizinan secara bertulis daripada
Pendakwa Raya.
(Dipotong oleh Akta A1267).
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
menetapkan syarat masuk dan penganugerahan berkenaan dengan sesuatu peperiksaan tertentu;
mengenai kelakuan calon semasa berlangsungnya sesuatu peperiksaan tertentu dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perbuatan salah laku, seperti menipu dan menyamar, dan cara bertindak terhadap orang yang terlibat dalam perbuatan salah laku itu;
menetapkan fi atau caj bagi mana-mana peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis;
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
menetapkan fi yang akan dibayar kepada pemeriksa, pengawas peperiksaan dan orang lain yang terlibat mengelola sesuatu peperiksaan tertentu;
menetapkan cara membuat rayuan bagi mentafahus keputusan sesuatu peperiksaan tertentu;
mengawal terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Majlis dan bagi mengadakan peruntukan mengenai tatatertib mereka; dan
amnya bagi menjalankan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Majlis Peperiksaan Malaysia 29
Jadual Pertama
[Seksyen 2]
PEPERIKSAAN TERTENTU
1. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau, dalam bahasa Inggeris, the Malaysia Higher School Certificate Examination.
2. *Malaysian University English Test.
Jadual Kedua
[Subseksyen 4 (4)]
PERUNTUKAN TAMBAHAN BERKAITAN
DENGAN MAJLIS
Syarat pelantikan anggota lantikan
1. (1) Seseorang anggota lantikan Majlis hendaklah, melainkan jika pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan atau dia terlebih dahulu meletakkan jawatan, memegang jawatan selama apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam surat cara pelantikannya.
Seseorang anggota itu boleh dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya.
Pelantikan mana-mana anggota itu boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa memberi apa-apa sebab mengenainya.
Seseorang anggota itu boleh pada bila-bila masa meletak jawatannya dengan mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong.
Mengosongkan jawatan
2. Jawatan seseorang anggota lantikan Majlis hendaklah dikosongkan—
jika anggota itu mati;
jika telah dibuktikan terhadap anggota itu, atau anggota itu telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan mengenai—
kesalahan berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang berhubung
*CATATAN—Majlis Peperiksaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengelolakan Peperiksaan
“Malaysian University English Test” mulai tahun 1999. Lihat—P.U. (A) 270/1999 m.b.p.
6 Januari 1999.
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dikenakan hukum penjara selama lebih daripada dua tahun;
jika anggota itu menjadi bankrap;
jika anggota itu tidak sempurna akal atau kerana apa-apa sebab lain tidak berupaya melaksanakan tugas-tugasnya;
jika anggota itu tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
sekiranya peletakan jawatan anggota itu disetuju terima oleh Yang di-Pertuan Agong; atau
jika pelantikan anggota itu dibatalkan.
Saraan dan elaun
3. Maka hendaklah dibayar kepada anggota Majlis dan anggota jawatankuasa dan jawatankuasa kecil yang dilantik di bawah Akta ini apa-apa saraan atau elaun yang ditetapkan oleh Majlis dengan kelulusan Menteri.
Mesyuarat
4. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiap-tiap enam bulan.
Kuorum bagi Majlis ialah tujuh.
Pengerusi atau jika dia tidak hadir, seorang anggota, yang hendaklah seorang Naib Canselor Universiti, yang dilantik oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.
Jika mengenai apa-apa soal yang hendak ditentukan oleh Majlis terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Majlis boleh menetapkan tatacaranya sendiri.
Minit
5. Majlis hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Majlis Peperiksaan Malaysia 31
Akta 225
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A617
Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
(Pindaan) 1985 01-06-1985
Akta A1019
Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
(Pindaan) 1998 20-03-1998
P.U. (A) 270/1999 Perintah Majlis Peperiksaan Malaysia
(Pindaan Jadual Pertama) 1999 06-01-1999
Akta A1150
Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
(Pindaan) 2002 24-05-2002
Akta A1267
Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
(Pindaan) 2006 30-09-2010
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
Akta 225
senarai SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A617
Akta A1019
Akta A1150 01-06-1985 20-03-1998 24-05-2002 4
Akta A617
Akta A1150 01-06-1985 24-05-2002 7
Akta A1267 30-09-2010 10
Akta A1150 24-05-2002 12a
Akta A617
Akta A1150
Akta A1267 01-06-1985 24-05-2002 30-09-2010 14
Akta A1150 24-05-2002 15
Akta A1150 24-05-2002 16
Akta A1150 24-05-2002 16a
Akta A1019 20-03-1998 16b
Akta A1019 20-03-1998 16c
Akta A1019 20-03-1998 16d
Akta A1019 20-03-1998 16e
Akta A1019 20-03-1998 16f
Akta A1019 20-03-1998 26
Akta A617
Akta A1267 01-06-1985 30-09-2010 28
Akta A617
Akta A1267 01-06-1985 30-09-2010 30
Akta A1267 30-09-2010
Majlis Peperiksaan Malaysia 33
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 31
Akta A1267 30-09-2010
Jadual Pertama
P.U. (A) 270/1999 06-01-1999
Jadual Kedua
Akta A617 01-06-1985