PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1976/173
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 is Malaysia Act, cited as Act 173 1976, currently marked in force and first recorded in 1976.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, tarikh itu tidak lebih awal dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan.
Penubuhan Universiti menurut Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan 1a. Universiti Teknologi MARA ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 173
Tafsiran
sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya;
“Jawatankuasa Perwakilan Pelajar” atau “JPP” ertinya Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23c;
“kakitangan” ertinya—
mana-mana orang yang dilantik menjadi pensyarah oleh
Lembaga, dan termasuklah profesor kanan, profesor, profesor madya, penolong profesor, reader, pensyarah kanan, penolong pensyarah, dan tutor; atau
mana-mana orang yang diambil bekerja oleh Lembaga;
“kampus” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan, bersama dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara kekal atau selainnya, oleh Universiti;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Universiti Teknologi
MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;
“kursus pengajian” termasuklah program latihan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi *pendidikan tinggi;
“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti yang dilantik di bawah seksyen 20 dan termasuklah mana-mana orang lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti, dan “Timbalan Naib
Canselor” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar Universiti yang mengikuti apa-apa jenis kursus pengajian dari atau oleh atau di Universiti;
“Pendaftar” ertinya pegawai utama Pejabat Pendaftaran Universiti, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 21;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 13(2)(a);
“persatuan alumni” ertinya persatuan alumni, yang ditubuhkan di bawah seksyen 16b, bagi Institut Teknologi MARA dan Universiti;
*CATATAN—Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021
[P.U. (A) 383/2021].
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 173
“Provos” ertinya pegawai utama eksekutif, pentadbiran dan akademik sesuatu Cawangan, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 7;
“Sekolah atau Pusat” ertinya Sekolah atau Pusat Universiti dan termasuklah Fakulti, Kolej, Jabatan atau Akademi Universiti, dan berhubung dengan suatu Cawangan, termasuklah mana-mana bahagian Sekolah, Pusat, Fakulti, Kolej, Jabatan atau Akademi yang ditetapkan bagi Cawangan itu;
“Senat” ertinya Senat Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 16a;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(2);
“Universiti” ertinya Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 dan termasuklah sesuatu Cawangan;
“Universiti” atau “Kolej Universiti” ertinya—
suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
[Akta 30];
suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
[Akta 555]; atau
sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis; atau
Bahagian II
Penubuhan Universiti sebagai pertubuhan perbadanan
Maka dengan ini ditubuhkan suatu Universiti dengan nama
Universiti Teknologi MARA, yang dengan nama itu Canselor,
Pro-Canselor, Naib Canselor dan anggota Lembaga Pengarah pada masa ini dan Senat adalah dengan ini menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun, dan mempunyai kuasa penuh di bawah nama itu—
untuk mempunyai dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan dari semasa ke semasa untuk memecahkan, menukar, mengubah atau membuat baharu meterai itu sebagaimana yang difikirkannya patut;
bagi maksud Universiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, untuk membuat kontrak, untuk memperoleh, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih, termasuk apa-apa harta yang mungkin terletak hak padanya melalui pembelian, atau melalui apa-apa pertukaran, pemberian, pendermaan, pemajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;
bagi maksud Universiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, untuk memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadai, menjual, menggadai janji, memajak, menukar, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hak milik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada
Universiti mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut;
untuk menjalankan, melaksanakan dan menunaikan, mengikut peruntukan Akta ini, semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan kepada, diperuntukkan kepada atau dikenakan ke atas Universiti oleh peruntukan itu.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 173
Ketidakpakaian Akta 30 3a. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tidak terpakai bagi
Universiti.
Kuasa Universiti
untuk mengadakan kursus pengajian, untuk membuat peruntukan bagi penyelidikan, untuk mengadakan peperiksaan dan untuk mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau wajar bagi pendidikan dan latihan dalam bidang teknologi, sains, perdagangan, perniagaan, perindustrian, pengurusan atau pentadbiran, atau dalam bidang apa-apa kerjaya, di Malaysia atau di tempat lain;
untuk menganugerahkan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan;
(ba) untuk menganugerahkan ijazah atau kurniaan kehormat kepada orang yang telah memberikan sumbangan kepada kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah memberikan khidmat awam yang cemerlang sebagaimana yang disyorkan oleh Lembaga setelah berunding dengan
Senat;
untuk mengiktiraf ijazah, diploma dan sijil mana-mana institusi atau badan pendidikan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan, bagi maksud penerimaan masuk untuk kursus pengajian dan peperiksaan Universiti;
(ca) untuk mengadakan kerusi, jawatan pensyarah, dan jawatan dan jabatan lain, dan untuk membuat pelantikan baginya;
Universiti Teknologi MARA
13
untuk mendirikan, melengkapkan dan menyenggarakan perpustakaan, makmal, dewan kuliah, asrama dan segala bangunan lain yang dikehendaki bagi maksud Universiti di Malaysia atau di tempat lain;
untuk mengadakan dan mengurniakan fellowship, biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk kepujian, kurniaan atau bantuan lain berkenaan dengan pendidikan dan latihan yang diadakan dari atau oleh atau di Universiti;
untuk membuat kontrak dan untuk melantik kakitangan yang dikehendaki bagi maksud Universiti;
untuk menentukan syarat perkhidmatan kakitangan Universiti, termasuk skim perkhidmatan, tangga gaji dan cuti;
untuk menubuhkan skim pencen, persaraan, kumpulan wang simpanan atau kebajikan bagi faedah kakitangannya, dan untuk membuat perkiraan dengan mana-mana pertubuhan atau orang lain bagi penubuhan skim itu;
untuk mengawal selia dan mengadakan peruntukan bagi kediaman kakitangan dan pelajar Universiti dan kebajikan kakitangan dan pelajar;
(ja) untuk memberikan pinjaman atau pendahuluan kepada kakitangan Universiti;
(jb) untuk memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;
(jc) untuk menjalankan penyelidikan dan pengeluaran komersial bagi pemajuan dan penggunaan dapatan penyelidikan
Universiti yang berkesan;
(jd) untuk memasarkan dan memfrancaiskan perkhidmatan, dapatan penyelidikan, dan keluaran, Universiti;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 173
untuk meminta dan menerima apa-apa fi yang dari semasa ke semasa ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan;
untuk melakukan semua perbuatan dan perkara, sama ada bersampingan atau tidak dengan kuasa yang disebut terdahulu, yang mungkin diperlukan bagi memajukan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti.
Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menyatakan—
Diploma dan Diploma Lanjutan yang dianugerahkan oleh Universiti yang telah diberikan pengiktirafan oleh
Kerajaan sebagai setaraf dengan ijazah pada peringkat
Sarjana Muda; dan
tarikh Diploma dan Diploma Lanjutan itu diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a), dan Diploma dan Diploma Lanjutan itu hendaklah mempunyai taraf ijazah yang dianugerahkan pada peringkat Sarjana Muda, dengan atau tanpa kepujian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh pengiktirafan sedemikian, walaupun tarikh pengiktirafan itu ialah tarikh sebelum tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen ini.
Kuasa tambahan Universiti 4a. (1) Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan—
jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasa, pelaksanaan fungsi dan penjalanan aktiviti Universiti, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain secara bersekutu, atau selainnya, dengan—
sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan persendirian atau sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
Universiti Teknologi MARA
15
menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah *Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Universiti;
menubuhkan perbadanan untuk menjalankan dan yang bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa harta, projek, skim atau perusahaan yang pada pendapat Universiti bermanfaat atau berfaedah kepada
Universiti;
meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Universiti bagi menjelaskan obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya;
mendapatkan pinjaman di bawah perenggan (d) melalui penerbitan bon, debentur atau saham debentur dalam apa-apa kelas dan dengan apa-apa nilai atau untuk menggadai, menggadai janji, menyandarkan atau selainnya mewujudkan lien ke atas hartanya, sama ada harta alih atau tak alih, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Universiti;
bagi maksud pelaburan, memperoleh dan memegang bagi pelaburan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi dan sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh—
mana-mana syarikat atau pengusahaan persendirian atau mana-mana sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
*CATATAN—Akta Syarikat 2016 [Akta 777] telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 173
memperoleh syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f)
melalui langganan asal, tender, pembelian, pemindahmilikan, pertukaran atau selainnya;
menjalankan dan pada amnya menguatkuasakan segala hak dan kuasa yang diberikan melalui atau bersampingan dengan pemunyaan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) dan khususnya untuk menjual, memindah milik, menukarkan atau selainnya melupuskan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi atau sekuriti itu; dan
membeli, mengambil pajakan atau menyewa atau selainnya memperoleh dan melabur dalam apa-apa harta tanah dan harta diri yang perlu atau sesuai bagi mana-mana maksud Universiti.
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Universiti di bawah perenggan (1)(c).
Meterai perbadanan bagi Universiti
Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah disimpan dalam jagaan Naib Canselor.
Universiti Teknologi MARA
17
Meterai perbadanan bagi Universiti tidak boleh dicapkan pada apa-apa surat cara selain ijazah, diploma atau sijil kecuali di hadapan—
Naib Canselor atau, semasa ketiadaannya, seorang pegawai utama Universiti yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Lembaga; dan
seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga, yang hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda bahawa meterai itu telah dicapkan di hadapan mereka, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Universiti yang sah.
Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah dicapkan pada sesuatu ijazah, diploma atau sijil di hadapan—
Naib Canselor atau, semasa ketiadaannya, seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Lembaga; dan
Pendaftar, dan mereka hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda yang surat cara itu dimeteraikan di hadapan mereka, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Universiti yang sah.
Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Mana-mana dokumen atau surat cara yang (jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan) tidak dikehendaki untuk dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Universiti dengan syarat bahawa dokumen atau surat cara itu hendaklah disempurnakan bagi pihak Universiti oleh Naib Canselor, atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau secara khas dengan bertulis oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 173
Tempat Universiti
Universiti hendaklah ditempatkan di Shah Alam, di dalam
Negeri Selangor, dengan syarat bahawa Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, menggantikan tempat itu dengan mana-mana tempat lain, atau menambahkan mana-mana tempat lain.
Cawangan Universiti
Menteri hendaklah melantik berkenaan dengan sesuatu
Cawangan seorang Provos Cawangan yang hendaklah menjadi pegawai utama eksekutif, pentadbiran dan akademik Cawangan, dan dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.
Terma dan syarat perkhidmatan bagi Provos hendaklah ditentukan oleh Menteri, dan hendaklah mengikat Universiti.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa peruntukan khas yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud pentadbiran Cawangan.
Tiada peruntukan sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan mana-mana kaedah-kaedah atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
Universiti Teknologi MARA
19
Sekolah dan Pusat
Sesuatu Sekolah atau Pusat hendaklah diketuai oleh seorang yang dilantik oleh Naib Canselor.
Ketua sesuatu Sekolah atau Pusat hendaklah bertanggungjawab kepada Naib Canselor dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan kepadanya oleh Naib Canselor.
Penjalanan pengajian, secara bersesama, dsb., dengan mana-mana Universiti, dsb.
menjalankan apa-apa kursus pengajian secara bersesama atau secara bersekutu, gabungan, usaha sama atau secara francais atau selainnya, dengan mana-mana Universiti,
Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, atau badan profesional, atau mana-mana pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia; dan
menjalankan mana-mana kursus pengajian itu sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam atau di luar
Malaysia.
Kelulusan Menteri di bawah subseksyen (1) boleh dibuat tertakluk pada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk dinyatakan.
Menteri tidak boleh memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa Universiti telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan Universiti, Kolej
Universiti, institusi pendidikan tinggi, atau badan profesional, atau pertubuhan yang berkenaan bagi menjalankan kursus pengajian itu.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 173
Dalam seksyen ini, “gabungan” termasuklah pengendalian program berkembar.
Kuasa am untuk menjalankan urusan
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Universiti hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa jua perkara, dan untuk membuat apa-apa transaksi, yang pada pendapatnya dikira untuk memudahkan penunaian kewajipannya dengan sewajarnya atau pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah
Akta ini atau bersampingan dengan atau berfaedah bagi hal yang demikian itu.
Kuasa untuk mengguna khidmat ejen
Universiti boleh mengguna khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara dan orang lain, untuk menjalankan urusannya atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipannya atau bagi menjalankan maksud
Akta ini dengan lebih baik.
Fungsi tambahan Universiti
Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atas dan kuasa yang terletak hak pada Universiti oleh Akta ini,
Universiti boleh menjalankan apa-apa fungsi dan kuasa lain, dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain, sebagaimana yang diperuntukkan atau diberikan oleh Menteri kepadanya, bagi apa-apa maksud sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri, dan dalam melakukan sedemikian, Universiti hendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Universiti berkenaan dengan fungsi itu, kuasa itu dan pentadbiran dan perbelanjaan wang itu:
Dengan syarat sentiasa bahawa akaun wang itu hendaklah disimpan berasingan dan terpisah daripada akaun Kumpulan Wang.
Universiti Teknologi MARA
21
Bahagian III
Lembaga Pengarah
Lembaga hendaklah terdiri daripada—
lima orang yang kerana pengetahuan atau pengalaman mereka dapat, pada pendapat Menteri, membantu Lembaga, dan tiga daripada mereka hendaklah daripada sektor swasta.
Pelantikan anggota Lembaga, kecuali Naib Canselor, hendaklah dibuat oleh Menteri bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan apabila habis tempoh itu anggota Lembaga layak dilantik semula.
Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab mengenainya.
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi—
jika bagi apa-apa tempoh yang lama Pengerusi tidak dapat, oleh sebab sakit, bercuti atau apa-apa sebab lain, melaksanakan fungsinya; atau
Seseorang anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (5) hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi
Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 173
Lima orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum bagi apa-apa mesyuarat Lembaga.
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Kuasa dan fungsi Lembaga
Fungsi Lembaga hendaklah termasuk menjalankan segala aktiviti dan melakukan segala perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi mengelolakan, mengawal dan mentadbirkan Universiti.
Perwakilan kuasa Lembaga
Tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut, Lembaga boleh mewakilkan kepada mana-mana anggota atau mana-mana jawatankuasa anggotanya kuasa dan autoriti untuk menjalankan bagi pihaknya kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak oleh Akta ini pada
Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian boleh dijalankan, ditunaikan atau dilaksanakan oleh anggota itu atau oleh jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga, tetapi tertakluk pada arahan dan kawalan Lembaga.
Universiti Teknologi MARA
23
Jawatankuasa Lembaga
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi bagi menimbang teliti perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga dan membuat syor yang sesuai mengenainya kepada Lembaga.
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
boleh melantik, jika perlu, satu jawatankuasa kecil atau lebih dalam kalangan anggotanya, atau ia boleh mengko-opt orang yang boleh memberikan sumbangan kepada pertimbangtelitiannya, tetapi seseorang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi.
Pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilantik oleh Lembaga atau, jika
Lembaga mengarahkan sedemikian, oleh anggota jawatankuasa dalam kalangan mereka.
Tertakluk pada Akta ini dan pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menepati apa-apa arahan atau petunjuk yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan, atau mengubah keanggotaan, jawatankuasa yang dilantik sedemikian.
Peruntukan Jadual Kedua, kecuali perenggan 7, hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga.
Dalam pemakaian Jadual Kedua bagi sesuatu jawatankuasa—
sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “jawatankuasa”;
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 173
sebutan mengenai “Pengerusi” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pengerusi”; dan
sebutan mengenai “Menteri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Lembaga”.
Senat 16a. (1) Maka hendaklah ditubuhkan Senat Universiti untuk menasihati Lembaga tentang segala perkara akademik Universiti.
Senat hendaklah terdiri daripada—
Pelantikan di bawah perenggan (2)(e) hendaklah dibuat oleh Lembaga bagi tempoh dua tahun.
Naib Canselor boleh mengko-opt mana-mana orang lain untuk menjadi anggota Senat atau untuk menghadiri mesyuarat
Senat, tetapi seseorang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi.
Semasa ketiadaan Naib Canselor, seorang Timbalan Naib
Canselor hendaklah mempengerusikan apa-apa mesyuarat Senat.
Senat hendaklah membuat syor kepada Lembaga tentang segala perkara yang berhubungan dengan—
kandungan dan penyusunan kursus pengajian yang disediakan di Universiti;
Universiti Teknologi MARA
25
kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan mana-mana kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau yang akan dijalankan di
Universiti;
penetapan kelayakan yang dikehendaki bagi penerimaan masuk ke dalam mana-mana kursus pengajian yang disediakan di Universiti;
cadangan bagi penubuhan apa-apa kursus pengajian baharu yang akan dijalankan, atau pemberhentian mana-mana kursus pengajian yang sedia ada yang dijalankan, di Universiti; dan
pengurniaan penghormatan akademik, fellowship, ijazah, diploma, sijil, hadiah, biasiswa dan kepujian akademik yang lain.
Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (6) melainkan jika Senat terlebih dahulu diberi peluang mencatatkan dan menghantar pendapatnya kepada Lembaga tentang perkara itu.
Bagi maksud membolehkannya melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya, Senat boleh melantik apa-apa jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang terdiri daripada anggotanya dan juga mana-mana orang yang diko-opt sebagai anggota di bawah subseksyen (5), dengan syarat bahawa mana-mana orang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi.
Senat boleh mewakilkan mana-mana kewajipan, fungsi atau tanggungjawabnya kepada jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 173
Peruntukan Jadual Kedua, kecuali perenggan 7, hendaklah terpakai bagi Senat yang ditubuhkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga.
Dalam pemakaian Jadual Kedua bagi Senat—
sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Senat”; dan
sebutan mengenai “Menteri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Lembaga”.
Persatuan alumni 16b. (1) Tertakluk pada kelulusan Lembaga, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada tiga puluh orang siswazah Institut
Teknologi MARA dan siswazah Universiti untuk membentuk dan menubuhkan persatuan alumni masing-masing.
Setiap persatuan alumni hendaklah dikelolakan dan ditadbirkan mengikut perlembagaannya, dan perlembagaan yang dibuat sedemikian atau apa-apa pindaan kepada perlembagaan itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika kelulusan bertulis
Lembaga diperoleh terlebih dahulu.
Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai “Institut Teknologi
MARA” ialah sebutan mengenai Institut Teknologi MARA yang wujud sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya seksyen ini.
17-19. (Dipotong oleh Akta A964).
Universiti Teknologi MARA
27
Bahagian IV
Canselor 19a. (1) Maka hendaklah ada seorang Canselor yang hendaklah menjadi Ketua Universiti dan hendaklah, apabila hadir, mempengerusikan mana-mana Konvokesyen dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa lain dan melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini.
Naib Canselor hendaklah berkhidmat dalam jawatannya mengikut kehendak Menteri yang boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan itu tanpa memberikan apa-apa sebab.
Tertakluk pada peruntukan subseksyen (2), tempoh jawatan dan syarat perkhidmatan lain bagi Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri dan hendaklah mengikat Universiti.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 173
Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif, pentadbiran dan akademik Universiti.
Maka hendaklah menjadi kewajipan Naib Canselor untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan kaedah-kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini dipatuhi, dan dia hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu bagi maksud ini.
Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan peruntukan kaedah-kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah
Akta ini, Naib Canselor hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas perkiraan bagi pendidikan, pengajaran, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Akta ini dan mana-mana kaedah-kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
Maka hendaklah ada seorang Timbalan Naib Canselor
Universiti atau lebih yang hendaklah dilantik oleh Menteri, selepas berunding dengan Naib Canselor.
Mana-mana orang yang layak dan sesuai sama ada dari dalam atau luar Universiti boleh dilantik sebagai Timbalan Naib
Canselor, dan tempoh jawatan dan syarat perkhidmatan lain bagi
Timbalan Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor.
Jika bagi apa-apa tempoh yang lama Naib Canselor tidak dapat oleh sebab sakit, bercuti atau apa-apa sebab lain menjalankan mana-mana fungsi jawatannya, Timbalan Naib Canselor atau, jika ada lebih daripada seorang Timbalan Naib Canselor, mana-mana seorang daripada mereka yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi itu, dan sekiranya Timbalan Naib Canselor atau semua Timbalan Naib Canselor (jika ada lebih daripada seorang)
tidak ada atau hilang upaya, Menteri hendaklah membuat apa-apa perkiraan sementara sebagaimana yang difikirkannya patut bagi penjalanan fungsi itu.
Timbalan Naib Canselor yang dinamakan di bawah subseksyen (8) hendaklah memangku jawatan Naib Canselor semasa apa-apa tempoh yang jawatan Naib Canselor itu kosong.
Universiti Teknologi MARA
29
Pendaftar
Pendaftar hendaklah menjadi pegawai utama Pejabat
Pendaftaran Universiti dengan apa-apa fungsi dan kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Pendaftar hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.
Bendahari
Bendahari hendaklah menjadi pegawai utama kewangan
Universiti dengan apa-apa fungsi dan kewajipan sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Lembaga; dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.
Pelantikan pegawai utama lain 22a. (1) Universiti hendaklah mempunyai mana-mana pegawai utama lain yang hendaklah dilantik oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh
Lembaga.
Pegawai utama itu hendaklah melaksanakan apa-apa fungsi dan menunaikan apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah melaksanakan fungsi dan menunaikan kewajipan itu di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 173
Pelantikan kakitangan lain
Seseorang anggota kakitangan yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan am Naib Canselor.
Tatatertib kakitangan Universiti
*23a. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua kakitangannya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan kesemua orang itu mengikut Akta ini dan mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35.
Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori kakitangan yang berlainan.
Jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib bagi tiap-tiap kakitangan yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
Tiada kakitangan boleh menjadi anggota mana-mana jawatankuasa tatatertib yang mempunyai kuasa tatatertib ke atas mana-mana kakitangan yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.
Dalam apa-apa hal jika seseorang anggota jawatankuasa tatatertib itu sendiri merupakan pengadu dalam apa-apa prosiding tatatertib di hadapan jawatankuasa tatatertib itu, dia tidak boleh hadir dalam prosiding itu dan Lembaga hendaklah melantik mana-mana orang lain untuk mengambil bahagian dalam prosiding itu.
*CATATAN—Seksyen 23a yang telah dimasukkan melalui seksyen 27 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Universiti Teknologi MARA
31
Dalam menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa gabungan dua hukuman tatatertib atau lebih yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35.
Jawatankuasa tatatertib tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan Naib Canselor.
Mana-mana kakitangan yang tidak berpuas hati dengan keputusan jawatankuasa tatatertib boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu kepadanya, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Lembaga.
Apabila Lembaga menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (8), anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, yang juga merupakan anggota
Lembaga, tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib atau memberikan apa-apa arahan tentang rayuan itu sebagaimana yang difikirkannya sesuai dan patut.
Keputusan Lembaga atas sesuatu rayuan adalah muktamad.
Bahagian IVa
PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PELAJAR
Tatatertib pelajar Universiti
*23b. (1) Naib Canselor hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas tiap-tiap pelajar.
Naib Canselor hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35.
*CATATAN—Seksyen 23b yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 173
Naib Canselor boleh mewakilkan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi tatatertibnya kepada mana-mana anggota kakitangan, atau kepada mana-mana lembaga anggota kakitangan, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu, atau mana-mana golongan atau kategori pelajar Universiti:
Dengan syarat bahawa tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen ini kepada mana-mana anggota kakitangan sebagaimana yang diarahkan secara bertulis oleh Menteri.
Anggota kakitangan atau lembaga anggota kakitangan yang kepadanya kuasa, kewajipan atau fungsi di bawah subseksyen (3) telah diwakilkan hendaklah menjalankan, menunaikan atau melaksanakannya di bawah arahan dan kawalan
Naib Canselor yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan anggota kakitangan atau lembaga anggota kakitangan itu.
Mana-mana pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan—
mana-mana orang atau lembaga yang diwakilkan dengan kuasa, kewajipan atau fungsi di bawah subseksyen (3), boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri dan Menteri boleh, jika difikirkannya patut, menolak terus rayuan itu.
Jika Menteri tidak menolak terus rayuan itu di bawah subseksyen (5), dia hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada dua orang atau lebih, dari dalam atau luar
Universiti, untuk menimbangkan rayuan itu dan membuat syornya kepada Menteri dan, apabila syor itu diterima, Menteri bolehlah memberikan apa-apa keputusan mengenai rayuan itu sebagaimana yang difikirkannya sesuai dan patut.
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
*23c. (1) Universiti hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (“JPP”).
*CATATAN—Seksyen 23c yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Universiti Teknologi MARA
33
Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi JPP.
Penubuhan badan pelajar lain
*23d. (1) Walau apa pun seksyen 23c, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar—
dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Naib
Canselor yang diberikan selepas mendapat persetujuan
Menteri; dan
tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, menubuhkan suatu badan pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar bagi menganjurkan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu dalam Universiti.
Peruntukan Jadual Ketiga, kecuali perenggan 1 dan 7, hendaklah terpakai dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu bagi sesuatu badan pelajar di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi JPP.
Pembubaran JPP atau badan pelajar lain
**23e. (1) Menteri atau Naib Canselor boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya—
menggantung atau membubarkan JPP atau mana-mana badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23d;
dan
memberikan apa-apa arahan atau petunjuk yang berbangkit atau mengambil apa-apa langkah berbangkit yang perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan penggantungan atau pembubaran itu.
*CATATAN—Seksyen 23d yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
**CATATAN—Seksyen 23e yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 173
Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23d—
hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta apabila dibuat keputusan untuk menggantung atau membubarkan JPP atau badan pelajar itu; dan
adalah muktamad.
Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb., kecuali jika diluluskan oleh Menteri
*23f. (1) Tiada seorang pun, semasa dia menjadi seorang pelajar, boleh menjadi anggota, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain—
sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri.
Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, boleh bergabung, bersekutu atau mempunyai apa-apa urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain—
sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia,
*CATATAN—Seksyen 23f yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Universiti Teknologi MARA
35
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri.
Tiada seorang pun, semasa dia menjadi seorang pelajar, boleh menyatakan atau berbuat apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan—
sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja; atau
sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang.
Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang lain, boleh menyatakan atau berbuat apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan—
sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja; atau
sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (3)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang
*23g. (1) Tiada pelajar, atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh di dalam atau di luar kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia—
memungut atau cuba memungut;
*CATATAN—Seksyen 23g yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 173
membuat atau cuba membuat apa-apa rayuan secara lisan atau bertulis atau selainnya untuk mendapatkan, apa-apa wang atau harta lain daripada mana-mana orang, yang bukan wang atau harta yang genap masanya atau hampir genap masanya untuk dipungut di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau obligasi lain di sisi undang-undang.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu, menurut budi bicara mutlaknya, memberi mana-mana orang pengecualian daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk pada apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya.
Tanpa menjejaskan peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pewakilan kuasa, Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (3)
kepada Naib Canselor berkenaan dengan pemungutan wang di dalam kampus daripada orang di dalam kampus, tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.
Peruntukan seksyen ini adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemungutan rumah ke rumah dan di jalan, pemungutan awam, atau pemungutan wang atau penjualan lencana.
Universiti Teknologi MARA
37
Liabiliti jenayah pemegang jawatan, dsb., pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
*23h. (1) Jika apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis—
sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengannya; dan
kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak—
mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini; atau
mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang lain, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu dan tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu pada masa kesalahan itu dilakukan hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang bagi kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Mana-mana pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia mungkin tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.
*CATATAN—Seksyen 23h yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 173
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini terhadap seseorang pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang disebut dalam subseksyen (1), apa-apa dokumen yang dijumpai dalam milikan mana-mana pemegang jawatan, atau orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, pertubuhan, badan atau kumpulan itu, atau dalam milikan seseorang anggota pertubuhan, badan atau kumpulan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang kandungannya bagi maksud membuktikan bahawa apa-apa jua telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
Anggapan
*23i. Dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini—
tidaklah perlu bagi pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang mempunyai sesuatu nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau biasanya dikenali dengan sesuatu nama tertentu;
jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, atau berupa sebagai berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu ialah anggota pertubuhan, badan atau kumpulan itu, dan pertubuhan, badan atau kumpulan itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, wujud pada masa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau lambang kebesaran itu dijumpai sedemikian; dan
jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
*CATATAN—Seksyen 23i yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Universiti Teknologi MARA
39
Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan jenayah atau yang terhadapnya kesalahan jenayah dibuktikan
*23j. (1) Jika seseorang pelajar dipertuduh atas suatu kesalahan jenayah—
dia boleh, dengan serta-merta selepas itu, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan
dia tidak boleh, jika digantung sedemikian di bawah perenggan (a), semasa menanti keputusan prosiding jenayah itu, berada di dalam atau memasuki kampus
Universiti.
Jika mahkamah mendapati bahawa pertuduhan atas suatu kesalahan jenayah dibuktikan terhadap seseorang pelajar—
pelajar itu hendaklah, dengan serta-merta selepas itu, terhenti menjadi seorang pelajar; dan
pelajar itu tidak boleh, dengan serta-merta selepas itu, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti.
Seseorang pelajar yang ditahan atau yang tertakluk pada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri—
tidak boleh, dengan serta-merta selepas itu, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti.
Seseorang pelajar yang terhenti menjadi pelajar di bawah subseksyen (2) atau (3) tidak boleh, selepas pembuangan itu, diterima masuk menjadi pelajar Universiti tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.
*CATATAN—Seksyen 23j yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 173
Mana-mana orang—
yang berada di dalam atau memasuki kampus Universiti berlanggaran dengan subseksyen (1), (2) atau (3); atau
yang dapat masuk menjadi pelajar Universiti berlanggaran dengan subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi seseorang walaupun mungkin terdapat apa-apa permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain yang belum diputuskan di dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan prosiding jenayah, tahanan, atau perintah yang mengenakan sekatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa apabila permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain itu diputuskan, Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, memberikan perhatian kepada keputusan itu dan memberikan pengecualian kepada pelajar itu daripada pemakaian subseksyen (1), (2), (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan mengikut budi bicara mutlaknya.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, dalam apa-apa hal tertentu, menurut budi bicara mutlaknya, memberikan pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1),
, (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada—
bagi apa-apa tempoh, yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya.
Universiti Teknologi MARA
41
Tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pewakilan kuasa, Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan penjalanan mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini kepada Naib Canselor, tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu.
Kuasa Menteri untuk menggantung atau membuang pelajar daripada Universiti
*23k. (1) Menteri boleh—
jika dia berpuas hati bahawa adalah wajar untuk berbuat demikian demi kepentingan Universiti;
memerintahkan secara bertulis supaya mana-mana pelajar—
digantung daripada menjadi pelajar bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu; atau
dibuang daripada Universiti, dan pelajar itu hendaklah, dengan serta-merta selepas itu, digantung atau dibuang sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang pelajar yang berkenaan dengannya Menteri telah memberikan perintah secara bertulis di bawah subseksyen (1)
boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu, membuat representasi kepada Menteri supaya perintah itu dibatalkan atau diubah.
Menteri boleh memberikan apa-apa keputusan yang difikirkannya sesuai dan patut berkenaan dengan mana-mana representasi yang dibuat di bawah subseksyen (2), dan keputusan itu adalah muktamad.
*CATATAN—Seksyen 23k yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 173
Sesuatu perintah untuk menggantung seseorang pelajar di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, dilanjutkan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Menteri berkenaan dengan setiap pelanjutan.
Seseorang pelajar—
yang dibuang daripada Universiti, di bawah subseksyen (1), tidak boleh, dalam masa penggantungan itu, atau selepas pembuangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis
Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.
Seseorang pelajar yang dibuang daripada Universiti di bawah subseksyen (1) tidak boleh, selepas pembuangan itu, diterima masuk menjadi pelajar Universiti tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.
Seseorang pelajar—
yang berada di dalam atau memasuki kampus Universiti berlanggaran dengan subseksyen (5); atau
yang dapat masuk menjadi pelajar Universiti berlanggaran dengan subseksyen (6), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-keduanya.
Suatu perintah untuk menggantung atau membuang seseorang pelajar daripada Universiti di bawah seksyen ini boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Menteri dan Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, membuat pembatalan itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan.
Universiti Teknologi MARA
43
Pengeluaran daripada, atau penahanan masuk ke dalam,
Universiti pelajar yang digantung atau dibuang
*23l. Jika seseorang pelajar digantung atau dibuang daripada
Universiti di bawah Akta ini, Naib Canselor—
hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah yang perlu untuk memastikan atau memperoleh pengeluaran pelajar itu daripada, atau penahanan masuk pelajar itu ke dalam, Universiti dengan bantuan mana-mana kakitangan Universiti; dan
boleh meminta mana-mana pegawai polis membantu dalam memastikan atau memperoleh pengeluaran pelajar itu daripada, atau penahanan masuk pelajar itu ke dalam,
Universiti dan pegawai polis itu boleh, atas permintaan itu, bagi maksud itu, menggunakan apa-apa kekerasan yang munasabah atau selainnya sebagaimana yang perlu ke atas pelajar itu atau mana-mana orang lain.
Canselor hendaklah merupakan Yang di-Pertuan Agong.
Pelantikan Pro-Canselor 19b. (1) Canselor boleh melantik, atas nasihat Menteri, mana-mana orang menjadi Pro-Canselor sebagaimana yang difikirkannya patut.
Jika kerana apa-apa sebab Canselor tidak dapat menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini, dia boleh memberi kuasa mana-mana Pro-Canselor untuk menjalankan fungsi itu bagi pihaknya.
Tiap-tiap Pro-Canselor hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Canselor.
Pelantikan, kuasa dan kewajipan Naib Canselor dan Timbalan
Naib Canselor
Bahagian V
Penubuhan Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang dipinjamkan dari semasa ke semasa kepada Universiti oleh Kerajaan;
apa-apa hadiah sukarela kepada Universiti;
*CATATAN—Seksyen 23l yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 173
wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Universiti;
wang yang didapati atau timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada
Universiti; dan
semua jumlah wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Universiti berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa, fungsi dan kewajipannya.
Semua wang yang dibayar kepada Universiti hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Universiti bagi semua atau mana-mana maksud Universiti mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri.
Menjadi kewajipan Lembaga dan Naib Canselor untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan, melaksanakan dan menunaikan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Universiti, tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 29, cukup untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, dari setahun ke setahun.
Universiti boleh melaburkan dalam sekuriti Kerajaan atau apa-apa sekuriti lain yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Kewangan apa-apa wang Kumpulan Wang yang tidak dikehendaki dengan segera bagi perbelanjaan semasa, dengan kuasa dari semasa ke semasa untuk mengubah mana-mana pelaburan itu tertakluk pada kelulusan terlebih terdahulu secara bertulis didapatkan daripada Menteri Kewangan berkenaan dengan mana-mana perubahan yang mengakibatkan apa-apa pelaburan dalam sekuriti selain sekuriti Kerajaan.
Universiti Teknologi MARA
45
Universiti boleh mendepositkan, sama ada di dalam deposit tetap atau di dalam akaun semasa, mana-mana wang yang pada masa ini tidak dilaburkan dalam mana-mana bank di Malaysia yang memegang suatu lesen yang sah di bawah peruntukan *Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan diluluskan terlebih dahulu secara bertulis bagi maksud itu oleh Menteri.
Kumpulan wang rizab
Pembayaran masuk ke dalam dan keluar daripada kumpulan wang rizab hendaklah ditentukan oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa tiada bahagian daripada kumpulan wang rizab itu boleh digunakan selain bagi maksud Universiti.
Anggaran tahunan
Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang dalamnya anggaran itu akan dibentangkan.
Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan sedemikian dan hendaklah membenarkannya sama ada dengan tidak diubah atau tertakluk pada perubahan sebagaimana yang difikirkannya patut, dan perubahan itu boleh termasuk penambahan, pengubahsuaian atau penolakan apa-apa butiran yang terdapat dalam anggaran itu.
*CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang mula berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 Akta 758.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 173
Lembaga boleh sebelum membenarkan anggaran di bawah subseksyen (3) merujukkan balik mana-mana butiran kepada Naib
Canselor untuk pertimbangannya semula.
Anggaran yang dibenarkan oleh Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri yang boleh menolak atau mengubah anggaran itu, atau mana-mana bahagiannya, atau mengubahsuaikan mana-mana butiran dalamnya, atau menambahkan apa-apa butiran kepadanya.
Jika peruntukan kewangan tambahan dikehendaki dalam mana-mana tahun, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dalam tahun itu menyebabkan suatu anggaran tambahan disediakan oleh
Naib Canselor dan dikemukakan kepada Lembaga.
Tiap-tiap anggaran tambahan itu hendaklah dipertimbangkan dan dibenarkan oleh Lembaga, dan dikemukakan kepada Menteri yang hendaklah menguruskannya seolah-olah anggaran itu ialah anggaran tahunan asal.
Sesuatu anggaran tambahan yang disediakan di bawah seksyen ini hendaklah menunjukkan sumber yang daripadanya akan dibayar perbelanjaan tambahan yang ditunjukkan dalam anggaran tambahan itu.
Universiti tidak boleh melakukan perbelanjaan selain mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang diluluskan oleh
Menteri:
Dengan syarat bahawa Lembaga boleh memindahkan semua atau mana-mana bahagian wang yang diperuntukkan—
kepada satu butiran perbelanjaan tahunan berulang kepada suatu butiran perbelanjaan tahunan berulang yang lain;
atau
kepada satu butiran perbelanjaan modal kepada suatu butiran perbelanjaan modal yang lain.
Anggaran tahunan dan anggaran tambahan hendaklah menunjukkan dalam bahagian yang berasingan, perbelanjaan tahunan berulang dan perbelanjaan modal Universiti.
Universiti Teknologi MARA
47
Akaun dan audit
Selepas akhir setiap tahun kewangan, dan selepas sahaja akaun Universiti diaudit tetapi, dalam apa-apa hal, sebelum pengemukaan anggaran tahunan bagi tahun kewangan yang berikutnya kepada Menteri di bawah subseksyen 26(5), Lembaga hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada
Menteri, bersama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Universiti.
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap penyata akaun dan pemerhatian itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen dalam mesyuaratnya yang berikut selepas salinan itu diterima olehnya.
Hadiah
Mana-mana harta atau wang yang diterima oleh Universiti di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan mengikut peruntukan
Akta ini dan hendaklah, tertakluk pada terma dan syarat yang dengannya harta atau wang itu diberikan dan diterima, digunakan olehnya bagi segala atau mana-mana maksud Universiti mengikut peruntukan Akta ini.
Suatu daftar hendaklah disimpan bagi semua harta dan wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang dengannya harta atau wang itu telah diberikan.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 173
Semua harta dan wang yang diberikan dan diterima bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud yang baginya harta atau wang itu telah diberikan dan diterima dan hendaklah diperakaunkan secara berasingan.
Pengenaan surcaj 28a. (1) Seseorang yang merupakan atau pernah menjadi kakitangan Universiti boleh disurcaj jika didapati oleh Lembaga bahawa orang itu—
telah tidak memungut wang yang terhutang kepada
Universiti yang pemungutannya menjadi atau pernah menjadi tanggungjawabnya;
bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada
Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan pada, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Universiti;
sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
telah tidak membuat apa-apa pembayaran wang, atau bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam membuat pembayaran wang daripada Universiti, kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang, kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Universiti.
Lembaga hendaklah, sebelum seseorang disurcaj di bawah subseksyen (1), menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj.
Universiti Teknologi MARA
49
Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh—
dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcaj terhadap orang itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau pembayaran tidak sepatutnya yang dibuat, atau kekurangan nilai, atau kerugian yang disebabkan, pada wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Universiti; dan
dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcaj itu berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3).
Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik mana-mana surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan
Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu.
Amaun mana-mana surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5)
hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Universiti daripada orang yang disurcaj itu dan boleh dituntut dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Universiti dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga didapatkan melalui potongan—
daripada pencen orang yang disurcaj, melalui ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Naib Canselor, keanggotaan Lembaga bagi maksud subseksyen (1) hingga (6)
hendaklah tidak termasuk Naib Canselor.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 173
Bagi maksud perenggan (1)(d), “pegawai perakaunan”
termasuklah tiap-tiap kakitangan Universiti yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Universiti, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang itu, dan tiap-tiap kakitangan yang dipertanggungkan untuk menerima, menjaga atau melupuskan, atau mengakaunkan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta Universiti atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta itu.
Bahagian VI
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Menteri untuk memberikan arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk memberikan arahan—
mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu.
Universiti Teknologi MARA
51
Kuasa Menteri untuk mewakilkan 29a. (1) Menteri boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang dinyatakannya, mewakilkan kepada
Lembaga penjalanan, penunaian dan pelaksanaan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini.
Pewakilan di bawah seksyen ini—
tidak menghalang Menteri daripada menjalankan, menunaikan, atau melaksanakan kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan itu sendiri dalam apa-apa hal jika didapatinya suai manfaat untuk berbuat demikian.
Konvokesyen 29b. (1) Konvokesyen bagi penganugerahan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain hendaklah diadakan pada setiap tahun, atau seberapa kerap sebagaimana yang diarahkan oleh Canselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor.
Jika Canselor tidak hadir atau jika Pro-Canselor yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Canselor tidak hadir, Naib Canselor hendaklah mempengerusikan sesuatu Konvokesyen.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1),
Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 April pada setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan mengenai aktiviti Universiti dalam tahun kewangan sebelumnya dan dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar
Universiti sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 173
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap laporan mengenai Universiti dibentangkan di hadapan setiap Majlis
Parlimen dalam mesyuaratnya yang berikut selepas laporan itu diterima oleh Menteri.
Perlindungan Pihak Berkuasa Awam
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Universiti atau terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, atau terhadap Naib Canselor, atau terhadap mana-mana anggota kakitangan atau ejen Universiti berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas sifat yang sedemikian.
Pekhidmat awam
Semua anggota Lembaga, Naib Canselor, mana-mana anggota kakitangan atau ejen Universiti, semasa menunaikan kewajipan mereka atau menjalankan fungsi atau kuasa mereka hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Obligasi merahsiakan
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau kedua-duanya.
Universiti Teknologi MARA
53
Prosiding sivil
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam prosiding sivil oleh atau terhadap
mana-mana orang yang memegang jawatan Peguam
Persekutuan dan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau
mana-mana pegawai Universiti yang diberi kuasa bagi maksud itu mengikut arahan khas atau am Naib Canselor, boleh, bagi pihak Universiti, memulakan, membawa, menghadiri dan menjalankan pembicaraan itu dan boleh membuat dan melakukan semua kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati 34a. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak mana-mana badan atau orang di bawah perenggan (a) hingga (g),
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 173
bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam menjalankan atau menunaikan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini dengan kepercayaan munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya.
Penyampaian 34b. (1) Penyampaian apa-apa notis di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan melalui pos berdaftar kepada orang yang terkesan olehnya dan hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis itu sepatutnya diserahkan dalam perjalanan biasa pos.
Jika orang yang kepadanya dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah
Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah
Akta ini diberitahu tentang hakikat bahawa ada surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan, abai atau tidak mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia diberitahu sedemikian.
Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah
Universiti—
Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu—
penyediaan, pengauditan, dan pengemukaan kepada Menteri anggaran, belanjawan, pernyataan dan penyata;
penetapan prinsip yang menentukan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain yang hendak dianugerahkan oleh Universiti;
syarat-syarat penerimaan masuk, kebajikan *dan tatatertib pelajar;
*CATATAN—Perkataan “dan tatatertib” dalam perenggan 35(2)(b) dan (e) yang telah dimasukkan melalui subperenggan 37(c)(i) dan (iv) Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996
[Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996.
Universiti Teknologi MARA
55
(ea) *apa-apa perkara yang berhubungan dengan JPP dan badan pelajar lain;
pengurusan perpustakaan, makmal, bengkel dan apa-apa kemudahan lain yang disediakan oleh Universiti;
penubuhan dan pengawalseliaan skim pencen, persaraan dan kumpulan wang simpanan bagi kakitangan atau mana-mana golongan daripada mereka;
apa-apa perkara dalam kuasa Universiti di bawah seksyen 4
atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.
Bahagian VII
Tafsiran bagi Bahagian ini
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ITM” ertinya Institut Teknologi MARA yang ditubuhkan oleh
MARA dan yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan;
“MARA” ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan oleh
Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489].
Pemindahan kuasa, hak, kewajipan, dll.
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah bagi MARA berkenaan dengan ITM, atau adalah bagi ITM, hendaklah, mulai dari tarikh itu, diturunkan kepada Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini.
*CATATAN—Perenggan 35(2)(ea) yang telah dimasukkan melalui subperenggan 37(c)(v)
Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat
P.U. (B) 461/1996.
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 173
Pemindahan hak milik harta
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dirizabkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud MARA berkenaan dengan ITM, atau bagi maksud
ITM, hendaklah, pada tarikh itu, disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan apa-apa arahan
Menteri, semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada—
mana-mana orang bagi pihak ITM, hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Maka dengan ini diisytiharkan bahawa mana-mana harta, sama ada alih atau tak alih, yang, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, telah digunakan bagi maksud yang selepas tarikh itu menjadi maksud Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti itu.
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, jika sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan apa-apa prosiding telah diambil di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah secara paksa bagi maksud MARA berkenaan dengan ITM, atau bagi maksud ITM, prosiding itu hendaklah, mulai tarikh itu, disifatkan telah diambil bagi pengambilan tanah bagi maksud Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Universiti Teknologi MARA
57
Kontrak yang sedia ada
Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan apa-apa arahan
Menteri, semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan hak milik di bawah seksyen 38 hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau berpihak kepada Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini dan boleh dikuatkuasakan secara sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi satu pihak kepadanya sebagai menggantikan—
mana-mana orang yang bertindak bagi pihak ITM, boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini sebagaimana ia mungkin diambil oleh atau terhadap masing-masing yang disebut di atas seolah-olah Akta ini tidak diluluskan.
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 173
Apa-apa rayuan yang dibuat atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu boleh dibuat oleh atau terhadap Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Pemindahan kumpulan wang
Semua wang kepunyaan atau yang kena dibayar kepada ITM sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini dan dipindahkan kepada Kumpulan Wang.
Penerusan pegawai dan pekhidmat
Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat
MARA yang berkhidmat dengan ITM hendaklah, pada tarikh itu, diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada yang didapati sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Semua orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan ialah pelajar ITM hendaklah, pada tarikh itu, disifatkan sebagai pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Prosiding tatatertib yang belum selesai
Semua prosiding tatatertib yang, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, belum selesai terhadap mana-mana anggota kakitangan atau mana-mana pelajar ITM boleh, pada atau selepas tarikh itu, diteruskan terhadap anggota kakitangan atau pelajar oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi Universiti yang ditubuhkan oleh
Akta ini.
Cawangan
Semua cawangan ITM yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah mulai dari tarikh itu disifatkan sebagai
Cawangan Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Pembubaran badan pengelolaan
Mana-mana badan pengelolaan ITM yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh itu, terbubar.
Kuasa Menteri untuk meminda Bahagian ini
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dalam mesyuaratnya yang berikut selepas perintah itu disiarkan dalam
Warta.
Undang-Undang Malaysia 60
Akta 173
Jadual Pertama
[Seksyen 4a]
Kuasa Universiti untuk membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan perbadanan
1. Universiti hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana-mana perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 4a(1)(c), menetapkan melalui kaedah-kaedah—
maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
sistem pengurusan perbadanan itu; dan
hubungan antara perbadanan itu dengan Universiti dan hak kawalan oleh Universiti ke atas perbadanan itu.
Kuat kuasa kaedah-kaedah
2. Mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya kaedah-kaedah itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah kaedah-kaedah itu telah dibuat di bawah Akta ini.
Kuasa untuk meminda, dsb., kaedah-kaedah
3. Universiti boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah pada, apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1.
Penggulungan
4. (1) Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, selepas berunding dengan
Menteri Kewangan, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah subperenggan (1), aset perbadanan itu hendaklah berpindah hak milik kepada dan terletak hak pada Universiti selepas ditunaikan segala liabilitinya.
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah subperenggan (1) hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Universiti.
Universiti Teknologi MARA
61
Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
5. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4a(1)(c)—
hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Universiti kepadanya;
hendaklah kekal turun-temurun;
hendaklah mempunyai meterai perbadanan;
boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya;
boleh membuat kontrak;
boleh memegang, dan membuat apa-apa urusan mengenai atau dengan, apa-apa harta alih atau tak alih; dan
boleh membuat segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan Akta ini, tertakluk pada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang dinyatakan oleh
Universiti dalam setiap hal.
Meterai perbadanan bagi perbadanan
6. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda sebagaimana yang ditentukan oleh perbadanan dengan kelulusan Universiti.
Meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Universiti.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi perbadanan itu.
Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subperenggan (3), hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh perbadanan, dan hendaklah disahkan oleh orang itu.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 173
Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan merupakan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki untuk dimeteraikan boleh disempurnakan oleh perbadanan dengan cara yang sama; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh seseorang pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
Meterai perbadanan bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Jadual Kedua
[Seksyen 13]
Hilang kelayakan
1. Seseorang itu hendaklah hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau untuk menjadi anggota Lembaga—
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
kesalahan di bawah Akta ini; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya.
Pemberhentian daripada menjadi anggota
2. Seseorang anggota Lembaga hendaklah terhenti menjadi anggota—
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; atau
jika pelantikannya dibatalkan.
Universiti Teknologi MARA
63
Peletakan jawatan
3. Seseorang anggota Lembaga boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada Pengerusi.
Pengisian kekosongan
4. Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota Lembaga oleh sebab peruntukan Akta ini, seorang lain boleh dilantik oleh Menteri untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang baginya anggota itu dilantik.
Elaun
5. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Mesyuarat
6. (1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga dan, semasa ketiadaannya, anggota-anggota Lembaga hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Pengerusi dan tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan satu undi setiap orang, tetapi dalam keadaan bilangan undi sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
7. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Minit
8. Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya, dan tiap-tiap mesyuarat
Lembaga yang berkenaan dengannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya, dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 173
Penzahiran kepentingan
9. (1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya—
apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat suatu kontrak; atau
apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga.
Sesuatu penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Kesahan perbuatan dan prosiding
10. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—
apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
pelanggaran perenggan 9 oleh seseorang anggota Lembaga; atau
apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
*Jadual Ketiga
[Seksyen 23c dan 23d]
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
Pemilihan JPP
1. Dalam memilih suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, pelajar setiap bidang tertentu hendaklah memilih, melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Naib Canselor, apa-apa bilangan pelajar yang belajar dalam bidang masing-masing yang sama banyak sebagaimana yang ditentukan oleh Naib
Canselor untuk menjadi wakil dalam JPP; dan pembahagian pendidikan yang disediakan di Universiti kepada pelbagai bidang pengajian bagi maksud perenggan ini hendaklah dibuat oleh Naib Canselor.
*CATATAN—Jadual Ketiga yang telah dimasukkan melalui seksyen 38 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan)
1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa— lihat P.U. (B) 461/1996.
Universiti Teknologi MARA
65
Pemegang jawatan JPP
2. JPP hendaklah memilih dalam kalangan anggotanya—
seorang Yang Dipertua;
seorang Naib Yang Dipertua;
seorang Setiausaha; dan
seorang Bendahari, yang mereka itu sahajalah menjadi pemegang jawatan dalam JPP.
Tempoh jawatan JPP dan pemegang jawatannya
3. Anggota JPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih bagi tempoh satu tahun.
Keputusan dengan undi lebih suara
4. Keputusan JPP hendaklah diambil dengan undi lebih suara tidak kurang daripada dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi.
Jawatankuasa ad hoc
5. JPP boleh menubuhkan, dari semasa ke semasa, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Naib Canselor, jawatankuasa ad hoc dalam kalangan anggotanya bagi maksud atau tujuan tertentu.
Hilang kelayakan berkenaan dengan JPP
6. (1) Tiada pelajar—
yang terhadapnya prosiding tatatertib belum diputuskan; atau
yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau terus menjadi anggota JPP melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.
Seseorang pelajar—
yang belum lagi menduduki peperiksaan pertamanya berkenaan dengan kursus pengajiannya; atau
yang telah gagal dalam, atau yang tidak menduduki, peperiksaan yang lalu yang diadakan berkenaan dengan kursus pengajiannya,
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 173
sebaik sebelum mana-mana pemilihan yang dicadangkan bagi JPP atau oleh
JPP hendaklah hilang kelayakan untuk dipilih dalam pemilihan itu.
Tujuan dan fungsi JPP
7. Tujuan dan fungsi JPP adalah—
untuk membantu dan menggalakkan, tertakluk pada arahan Naib
Canselor, pembangunan kemudahan bagi pelajar seperti kemudahan rekreasi dan pembekalan makanan dan minuman;
untuk membuat representasi kepada Naib Canselor tentang perkara yang berhubungan dengan keadaan yang dalamnya pelajar tinggal dan belajar; dan
untuk mengusahakan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Naib
Canselor dari semasa ke semasa.
Perbelanjaan JPP
8. (1) JPP tidak boleh—
menyenggarakan apa-apa kumpulan wang; atau
membuat apa-apa pemungutan bagi apa-apa wang atau harta, daripada apa-apa sumber.
Apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor untuk dilakukan oleh JPP boleh dibayar oleh
Universiti jika tuntutan bertulis yang munasabah yang disokong dengan resit dan baucar dikemukakan oleh JPP kepada, dan luluskan oleh, Naib Canselor.
Akaun JPP
9. (1) Bendahari hendaklah menyimpan akaun JPP yang sepatutnya yang hendaklah diaudit oleh seseorang yang dilantik oleh Naib Canselor.
Suatu salinan akuan yang disimpan di bawah subperenggan (1) hendaklah dikemukakan oleh JPP kepada Naib Canselor untuk kelulusan tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, yang merupakan tahun kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor.
Universiti Teknologi MARA
67
Mesyuarat JPP
10. (1) JPP hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu dan menjadi kewajipan Setiausaha untuk menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat JPP dan minit itu hendaklah disahkan pada mesyuarat yang berikutnya.
JPP atau sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah, tidak kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum mengadakan apa-apa mesyuarat, memberikan notis tentang tarikh dan masa mesyuarat itu dan agendanya kepada
Naib Canselor.
Tiap-tiap mesyuarat JPP atau mesyuarat sesuatu jawatankuasa ad hoc
JPP hendaklah diadakan di tempat yang disediakan bagi maksud mesyuarat itu oleh Naib Canselor.
Naib Canselor atau wakilnya hendaklah hadir di setiap mesyuarat JPP atau mesyuarat sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP, melainkan jika Naib Canselor memutuskan selainnya berkenaan dengan mana-mana mesyuarat tertentu.
Pemeriksaan rekod
11. Rekod JPP atau rekod sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah pada setiap masa terbuka untuk diperiksa oleh Naib Canselor atau wakilnya.
Pertikaian tentang pemilihan
12. (1) Jika apa-apa pertikaian timbul tentang sama ada mana-mana anggota atau pemegang jawatan JPP atau tentang sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP—
telah dipilih atau dilantik dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
berhak menjadi atau kekal menjadi anggota atau pemegang jawatannya, pertikaian itu hendaklah diputuskan oleh Naib Canselor atau oleh seseorang yang dilantik olehnya bagi maksud itu.
Keputusan Naib Canselor atau keputusan orang yang dilantik olehnya di bawah subperenggan (1) adalah muktamad.
Takrif “pelajar” bagi maksud Jadual ini
13. (1) Bagi maksud Jadual ini, “pelajar” tidak termasuk seseorang pegawai awam yang mengikuti kursus pengajian di Universiti.
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 173
Seseorang hendaklah terhenti daripada menjadi pelajar mengikut pengertian perenggan ini—
apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau
apabila disiarkan keputusan mana-mana peperiksaan bagi kursus pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehinggalah dia, selepas itu, didaftarkan semula bagi kursus pengajian itu atau kursus pengajian lain yang terpakai bagi seseorang pelajar berdaftar di bawah perenggan ini.
Universiti Teknologi MARA
69
Akta 173
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A652
Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan)
1986 01-04-1986
Akta A964
Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan)
1996 17-10-1996
(kecuali s.27
hingga s.30, subperenggan 37(c)(i), (iv)
dan (v) dan
Jadual Ketiga hingga s.38)
Akta A1073
Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan)
2000 26-08-1999
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 173
Akta 173
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 1a
Akta A1073 26-08-1999 2
Akta A964 17-10-1996
Akta A1073 26-08-1999 3
Akta A1073 26-08-1999 3a
Akta A1073 26-08-1999 4
Akta A964 17-10-1996
Akta A1073 26-08-1999 4a
Akta A964 17-10-1996 5
Akta A964 17-10-1996 6
Akta A964 17-10-1996 7
Akta A652 01-04-1986
Akta A964 17-10-1996
Akta A1073 26-08-1999 8
Akta A964 17-10-1996 9
Akta A964 17-10-1996 13
Akta A964 17-10-1996
Akta A1366 11-02-2010
Akta A1073 26-08-1999 16
Akta A964 17-10-1996 16a
Akta A964 17-10-1996
Akta A1073 26-08-1999 16b
Akta A1073 26-08-1999 17
Akta A964 17-10-1996
Universiti Teknologi MARA
71
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 18
Akta A964 17-10-1996 19
Akta A964 17-10-1996 19a
Akta A1073 26-08-1999 19b
Akta A1073 26-08-1999 20
Akta A652 01-04-1986
Akta A964 17-10-1996
Akta A1073 26-08-1999 21
Akta A964 17-10-1996 22
Akta A964 17-10-1996 22a
Akta A964 17-10-1996 23
Akta A964 17-10-1996 23a
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23b
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23c
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23d
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23e
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23f
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23g
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23h
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23i
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23j
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23k
Akta A964
Belum berkuat kuasa 23l
Akta A964
Belum berkuat kuasa 24
Akta A964 17-10-1996
Undang-Undang Malaysia 72
Akta 173
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 28
Akta A964 17-10-1996 28a
Akta A964 17-10-1996 29
Akta A964 17-10-1996 29a
Akta A964 17-10-1996 29b
Akta A1073 26-08-1999 34a
Akta A964 17-10-1996 34b
Akta A964 17-10-1996 35
Akta A964 17-10-1996
Jadual Pertama
Akta A964 17-10-1996
Jadual Kedua
Akta A964 17-10-1996
Jadual Ketiga
Akta A964
Belum berkuat kuasa
Keseluruhan Akta
Akta A652 01-04-1986
Akta A964 17-10-1996
Akta A1073 26-08-1999