/akn/my/act/act/1965/415
*AKTA PERANGKAAN 1965
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1965
- Sections
- 9
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA PERANGKAAN 1965 is Malaysia Act, cited as Act 415 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta berhubungan dengan perangkaan. [16 Ogos 1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
(2)
Fungsi Jabatan ini adalah untuk mengumpulkan dan mentafsirkan perangkaan bagi maksud memperlengkapi maklumat yang dikehendaki dalam membentuk atau menjalankan dasar Kerajaan dalam apa-apa bidang atau selainnya yang dikehendaki bagi maksud Kerajaan atau bagi memenuhi keperluan perdagangan, komers, perindustrian atau pertanian (termasuk perhutanan, perikanan dan perburuan).
(3)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini,
Jabatan hendaklah jika ia fikirkannya bagi kepentingan awam mempunyai kuasa untuk menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh mereka atau
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 415
pentafsiran perangkaan yang dikumpulkan sedemikian oleh mereka bukan sahaja kepada jabatan Kerajaan atau orang yang untuknya maklumat itu telah dikumpulkan tetapi juga kepada pihak berkuasa atau orang lain yang untuknya maklumat atau pentafsiran itu mungkin berguna.
Kawalan dan pengurusan Jabatan
Seksyen 3
(2)
Tiada pegawai Jabatan yang melibatkan diri dalam atau ada kaitan dengan pengumpulan, pentafsiran atau penyiaran perangkaan di bawah Akta ini boleh kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh kewajipannya menyampaikan apa-apa maklumat yang telah sampai ke dalam miliknya semasa dia melaksanakan kewajipannya yang tersebut sebagaimana sedemikian.
(3)
Mana-mana pegawai yang melanggar subseksyen (2) boleh apabila disabitkan dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
(4)
Ketua Perangkawan hendaklah menarik perhatian tiap-tiap pegawai yang melibatkan diri dalam atau ada kaitan dengan pengumpulan, pentafsiran atau penyiaran perangkaan kepada peruntukan subseksyen (2) dan (3)
sebelum pegawai tersebut mula melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.
Perlindungan tentang penggunaan dan komunikasi maklumat
Seksyen 4
(2)
Dalam menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh mereka atau pentafsirannya
Jabatan hendaklah mengambil langkah untuk memastikan bahawa pengenalan mana-mana orang atau apa-apa pengusahaan kepada siapa atau kepada mana ia berhubung adalah tidak dengan demikian itu didedahkan.
Notis untuk menghendaki butir-butir
Seksyen 5
(2)
Notis di bawah subseksyen (1) boleh disampaikan dengan menyerahkannya kepada orang yang dimaksudkan dengannya itu di suatu tempat di mana pengusahaan yang berkenaan sedang dijalankan atau di kediamannya.
.
(3)
Suatu notis boleh menghendaki maklumat itu supaya diberikan pada masa tertentu atau dalam lat tempoh tertentu.
(4)
Suatu notis boleh menghendaki seseorang yang tidak ada pengetahuan tentang butir-butir yang dikehendaki atau tidak boleh didapatkan butir-butir tersebut untuk memberikan kepada Ketua Perangkawan anggaran terbaik tentang butir-butir itu.
(5)
Jabatan tidaklah boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan maklumat yang akan mendedahkan apa-apa proses rahsia atau rahsia perdagangan yang lain.
(6)
Dalam seksyen ini “pengusahaan” ertinya apa-apa pengusahaan yang dijalankan dengan cara perdagangan atau perniagaan, apa-apa profesion yang dijalankan oleh seseorang individu, atau apa-apa aktiviti (sama ada
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 415
dijalankan untuk mendapat keuntungan ataupun tidak) sesuatu pertubuhan perbadanan atau sesuatu kumpulan orang tak diperbadankan.
Butir-butir yang tidak berhubungan dengan suatu pengusahaan
Seksyen 6
(2)
Peruntukan seksyen 5 berhubungan dengan notis dan penyampaiannya hendaklah terpakai bagi kehendak di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi suatu kehendak di bawah seksyen 5.
Penalti
Seksyen 7
Mana-mana orang yang―
(b)
dengan disedari atau dengan melulu memberi atau menyebabkan diberi apa-apa butir-butir palsu atau apa-apa perkara yang dinyatakan dalam notis itu, bolehlah didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan, dalam kes suatu kesalahan yang berterusan, suatu denda lanjut tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kaedah-kaedah
Seksyen 8
Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat kaedah-kaedah—
(a)
bagi mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada obligasi untuk memberikan maklumat di bawah Akta ini, sama ada seluruhnya atau setakat mana yang boleh ditetapkan dan sama ada tidak bersyarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh ditetapkan; dan
(b)
bagi menetapkan fi yang boleh dikenakan bagi menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh Jabatan atau tafsiran oleh
Jabatan perangkaan yang dikumpulkan sedemikian dan cara bagaimana fi itu boleh dikutip dan bagi mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran fi itu.
Pemansuhan
Seksyen 9
Perangkaan 9
(2)
Segala maklumat yang dikumpulkan oleh Biro Perangkaan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah tertakluk kepada perlindungan yang sama berkenaan dengan penyampaian sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini seolah-olah maklumat tersebut telah dikumpulkan di bawah
Akta ini.
10
Akta 415
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 160
Akta Matawang Malaysia
(Ringgit) 1975
29-08-1975
11
Akta 415
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
3
Akta 160 29-08-1975
7
Akta 160 29-08-1975
Common questions
- What is STATISTICS ACT 1965?
- *AKTA PERANGKAAN 1965 is Malaysia Act, cited as Act 415 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
- Is STATISTICS ACT 1965 still in force?
- Yes — STATISTICS ACT 1965 is currently in force.
- When did STATISTICS ACT 1965 take effect?
- STATISTICS ACT 1965 was first recorded in 1965.
- How many sections does STATISTICS ACT 1965 have?
- STATISTICS ACT 1965 contains 9 sections.
- Where can I read the official version of STATISTICS ACT 1965?
- The official text of STATISTICS ACT 1965 is published at lom.agc.gov.my.