/akn/my/act/act/1950/263

AKTA PEREMPUAN BERSUAMI DAN ANAK-ANAK (NAFKAH) 1950

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1950
Sections
13
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA PEREMPUAN BERSUAMI DAN ANAK-ANAK (NAFKAH) 1950 is Malaysia Act, cited as Act 263 1950, currently marked in force and first recorded in 1950.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi nafkah isteri dan anak-anak. [Semenanjung Malaysia–4 Julai 1950; Sarawak–24 Julai 1992, P.U. (A) 271/1992; Wilayah Persekutuan Labuan–24 Julai 1992, P.U. (A) 274/1992] Tajuk ringkas

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perempuan Bersuami dan

Anak-Anak (Nafkah) 1950.

*(2) Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen atau Mahkamah

Majistret Kelas Pertama;

_____________________________________________________________

*CATATAN—Akta ini diperluas ke Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa dari 24 Julai 1992–lihat P.U. (A) 271/1992 dan P.U. (A) 274/1992.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 263

“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan.

Seksyen 3

Mahkamah boleh membuat perintah bagi nafkah isteri dan anak-anak

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang abai atau enggan untuk menanggung seorang anak tidak sah tarafnya yang tidak dapat untuk menanggung dirinya, mahkamah, apabila dibuktikan dengan sewajarnya, boleh memerintahkan orang itu untuk membuat apa-apa elaun bulanan, sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah itu.

Suggest a correction

(3)

Elaun itu kena dibayar dari tarikh pengabaian atau keengganan itu atau dari apa-apa tarikh kemudiannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Amaun dilevi

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang dengan sengaja abai untuk mematuhi apa-apa perintah yang dibuat di bawah Akta ini, mahkamah, yang membuat perintah itu boleh, bagi tiap-tiap pelanggaran perintah itu, melalui waran, mengarahkan amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevikan denda yang dikenakan oleh mahkamah itu, atau boleh menghukum orang itu dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai satu bulan bagi elaun setiap bulan yang masih belum dibayar.

Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah)

7

Seksyen 5

Isteri yang tinggal berasingan daripada suami

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang isteri pun berhak untuk menerima suatu elaun daripada suaminya di bawah Akta ini jika dia hidup dalam perzinaan, atau jika, tanpa apa-apa sebab yang mencukupi, dia enggan hidup bersama suaminya.

Pembatalan dan pengubahan perintah

Suggest a correction

Seksyen 6

Hal yang dalamnya isteri tidak berhak kepada elaun

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan setakat budi bicara yang diberikan kepada mahkamah oleh subseksyen (1), mahkamah boleh, dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini, mengambil kira apa-apa perubahan dalam kos sara hidup am yang mungkin berlaku antara tarikh pembuatan perintah yang dimohon untuk diubah itu dengan tarikh pendengaran permohonan itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 263

Pemakaian Akta bagi perintah yang dibuat di bawah

Enakmen terdahulu

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila suatu permohonan untuk mengubah mana-mana perintah yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat berkenaan dengan nafkah seorang anak tidak sah taraf, mahkamah boleh membuat, di bawah seksyen 6, apa-apa perintah yang mahkamah itu boleh buat atas suatu permohonan di bawah subseksyen 3(2).

Kuasa mahkamah untuk menolak perintah apabila prosiding

Mahkamah Tinggi lebih mudah

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Jika pada pendapat mahkamah perkara yang dalam persoalan antara pihak-pihak atau mana-mana daripada pihak-pihak itu boleh diuruskan dengan lebih mudah oleh Mahkamah Tinggi, mahkamah boleh menolak untuk membuat suatu perintah dan dalam hal sedemikian tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusannya:

Dengan syarat sentiasanya bahawa Mahkamah Tinggi atau seorang

Hakim Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kuasa, melalui perintah dalam mana-mana prosiding di Mahkamah Tinggi yang berhubungan dengan atau yang mengandungi hal perkara yang sama sebagaimana permohonan yang ditolak seperti yang disebut terdahulu atau mana-mana bahagian daripadanya, untuk mengarahkan mahkamah itu atau mendengar semula atau menentukan hal perkara itu.

Seksyen 9

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa yang dimiliki dan boleh dijalankan oleh mana-mana mahkamah di bawah Akta ini.

Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah)

9

Seksyen 10

Tatacara

Open as pageSuggest a correction

Semua permohonan kepada suatu mahkamah di bawah Akta ini hendaklah dibuat dan didengar secara substantif mengikut cara yang sama dan mengikut tatacara yang sama sebagaimana permohonan di bawah mana-mana Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual kepada

Akta ini dibuat dan didengar oleh mahkamah itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

Seksyen 11

Boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana mahkamah

Open as pageSuggest a correction

Suatu salinan perintah nafkah hendaklah diberikan kepada orang yang bagi nafkahnya perintah nafkah itu dibuat, atau kepada penjaga orang itu, dan pembayaran hendaklah dikuatkuasakan oleh mana-mana mahkamah yang dalam had tempatan bidang kuasanya orang yang kepadanya perintah itu ditujukan boleh dijumpai, atas pengemukaan salinan perintah itu, dan mahkamah berpuas hati tentang identiti pihak-pihak itu dan jumlah wang yang dituntut yang tidak dibayar itu.

Seksyen 12

Pemansuhan dan kecualian

Open as pageSuggest a correction

Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual tersebut.

Hal terkecuali antara orang yang menganut agama Islam

*13. Akta ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yang menganut agama Islam dan yang isterinya atau yang anak sah tarafnya atau anak

_____________________________________________________________

*CATATAN—Setiap Negeri di Semenanjung Malaysia telah memperbuat undang-undang bahawa Akta ini tidak terpakai dalam hal mana-mana tuntutan bagi nafkah yang dibuat oleh seseorang yang beragama

Islam terhadap seseorang yang beragama Islam, lihat—

Johor—Subseksyen 132(1) En. Joh. 14/1978.

Kedah—Subseksyen 133(1) En. Kd. 9/1962.

Kelantan—Subseksyen 82(1) En. Kel. 1/1966.

Melaka—Subseksyen 131(1) En. Mel. 1/1959.

Negeri Sembilan—Subseksyen 132(1) En. N.S. 15/1960.

Pahang—Subseksyen 137(1) En. Phg. 5/1956.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 263

tidak sah tarafnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, menganut agama Islam, jika di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri itu terdapat peruntukan bagi pembuatan perintah bagi nafkah isteri dan anak-anak, sah taraf dan tidak sah taraf, dan bagi penguatkuasaan perintah itu terhadap orang itu yang menganut agama

Islam.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 12]

ORDINAN DAN ENAKMEN YANG DIMANSUHKAN

(1)

No

(2)

Tajuk ringkas

(3)

Takat pemansuhan

Enakmen Kedah

No. 61

Enakmen No. 61 (Nafkah Isteri dan

Anak)

Keseluruhan

Enakmen Johor

No. 79

Enakmen Nafkah Isteri

Keseluruhan

N.M.B. Bab.

Kanun Tatacara Jenayah

Seksyen 360, 361, 362,

363 dan 364

S.S. Bab 24

Ordinan Kesalahan Besar

Seksyen 37

_____________________________________________________________

Pulau Pinang—Subseksyen 133(1) En. Pg. 3/1959.

Perak—Subseksyen 137(1) En. Pk. 11/1965.

Perlis—Subseksyen 103(2) En. Ps. 3/1964.

Selangor—Subseksyen 138(1) En. Sel. 3/1952.

Terengganu—Subseksyen 116(1) En. Tr. 4/1955.

Wilayah Persekutuan—Subseksyen 138(1) En. Sel. 3/1952 (P.U. (A) 44/1974).

11

Akta 263

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 164

Akta

Membaharui

Undang-Undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976

01-03-1982

P.U. (A) 271/1992

Perintah

Pengubahsuaian

Undang-Undang

(Akta

Perempuan

Bersuami dan

Anak-Anak (Nafkah)) (Perluasan ke Negeri

Sarawak) 1992

24-07-1992

P.U. (A) 274/1992

Perintah

Pengubahsuaian

Undang-Undang

(Akta

Perempuan

Bersuami dan

Anak-Anak (Nafkah)) (Perluasan ke Wilayah

Persekutuan Labuan) 1992

24-07-1992

12

Akta 263

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta 164

01-03-1982

Common questions

What is MARRIED WOMEN AND CHILDREN (MAINTENANCE) ACT 1950?
AKTA PEREMPUAN BERSUAMI DAN ANAK-ANAK (NAFKAH) 1950 is Malaysia Act, cited as Act 263 1950, currently marked in force and first recorded in 1950.
Is MARRIED WOMEN AND CHILDREN (MAINTENANCE) ACT 1950 still in force?
Yes — MARRIED WOMEN AND CHILDREN (MAINTENANCE) ACT 1950 is currently in force.
When did MARRIED WOMEN AND CHILDREN (MAINTENANCE) ACT 1950 take effect?
MARRIED WOMEN AND CHILDREN (MAINTENANCE) ACT 1950 was first recorded in 1950.
How many sections does MARRIED WOMEN AND CHILDREN (MAINTENANCE) ACT 1950 have?
MARRIED WOMEN AND CHILDREN (MAINTENANCE) ACT 1950 contains 12 sections.
Where can I read the official version of MARRIED WOMEN AND CHILDREN (MAINTENANCE) ACT 1950?
The official text of MARRIED WOMEN AND CHILDREN (MAINTENANCE) ACT 1950 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PEREMPUAN BERSUAMI DAN ANAK-ANAK (NAFKAH) 1950 (No. 263)