PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
/akn/my/act/act/1948/92
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA MAHKAMAH RENDAH 1948 is Malaysia Act, cited as Act 92 1948, currently marked in force and first recorded in 1948.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan pemakaian
Dalam hal sesuatu kesalahan di bawah Bab VI Kanun
Keseksaan [Akta 574], apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta
Kesalahan-Kesalahan Di Luar Negeri 1976 [Akta 163], atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, yang pelakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai menjejaskan keselamatan Persekutuan, yang dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan—
di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;
oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara; atau
oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar sempadan
Malaysia, apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai had bidang kuasa tempatan mana-mana Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen hendaklah disifatkan termasuk tempat tertuduh dijumpai.
Mahkamah Rendah 9
Bahagian II
Mahkamah
Setiap mahkamah hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Hakim Besar melalui pemberitahuan dalam
Warta.
Proses mahkamah
*5. (1) Segala apa jua pun saman, waran, perintah, kaedah, notis dan proses mandatori, sama ada sivil atau jenayah, hendaklah—
jika dikeluarkan atau dibuat oleh Mahkamah Sesyen, ditandatangani oleh Hakim Mahkamah Sesyen itu, atau ditandatangani, bagi pihak Hakim Mahkamah Sesyen itu, oleh seorang Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa Mahkamah Sesyen itu terletak atau oleh Pendaftar Mahkamah Rendah;
jika dikeluarkan atau dibuat oleh Mahkamah Majistret, ditandatangani oleh seorang Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa Mahkamah itu terletak, atau ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah
Rendah yang terletak di bandar atau di tempat yang sama dengan Mahkamah Majistret itu; dan
jika dikeluarkan atau dibuat oleh Mahkamah Penghulu, ditandatangani oleh Penghulu Mahkamah itu, dan tiap-tiap saman, waran, perintah, kaedah, notis dan proses mandatori itu hendaklah dimeteraikan dengan meterai mahkamah yang mengeluarkan atau membuatnya.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
10
Undang-Undang Malaysia
*(2) Segala apa jua pun saman, waran, perintah, kaedah, notis dan proses lain, sama ada sivil atau jenayah, yang dikeluarkan atau dibuat oleh atau dengan kuasa mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa kausa atau perkara dalam bidang kuasanya hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh dan boleh disampaikan atau dilaksanakan di mana-mana jua di dalam Semenanjung Malaysia.
Bahagian III
6–12.
(Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).
Bahagian IV
13–42. (Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).
Bahagian V
43–51. (Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).
Penyemakan Prosiding Mahkamah Rendah oleh
Mahkamah Tinggi 52–53. (Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).
Kuasa Hakim Mahkamah Sesyen untuk meminta rekod sivil mahkamah yang di bawah Mahkamah Sesyen itu
Jika Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak di bawah subseksyen (1) berpendapat bahawa mana-mana keputusan
Mahkamah Majistret atau Mahkamah Penghulu itu menyalahi undang-undang atau tidak patut, atau bahawa mana-mana prosiding itu luar aturan, dia hendaklah menghantar rekod itu kepada Mahkamah
Tinggi, bersama dengan apa-apa ulasan yang difikirkannya patut mengenainya.
55–58.
(Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).
Bahagian VI
Penubuhan dan bidang kuasa wilayah Mahkamah Sesyen
Setiap Mahkamah Sesyen hendaklah diketuai oleh Hakim
Mahkamah Sesyen yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar.
Mahkamah Sesyen hendaklah biasanya diadakan di mana-mana tempat yang diarahkan oleh Hakim Besar, tetapi jika didapati perlu ia boleh juga diadakan di mana-mana tempat lain dalam had bidang kuasanya.
*CATATAN—Bagi bidang kuasa Mahkamah Sesyen di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
12
Undang-Undang Malaysia
Kelayakan Hakim Mahkamah Sesyen
Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Hakim Mahkamah
Sesyen melainkan jika dia seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menghalang pelantikan seseorang untuk bertindak secara sementara sebagai Hakim
Mahkamah Sesyen.
Pemindahan kuasa kepada Hakim Mahkamah Sesyen
*61.
Tertakluk kepada peruntukan dan batasan yang terkandung dalam Akta ini, segala kuasa, tugas dan fungsi yang, melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Semenanjung
Malaysia atau mana-mana bahagiannya pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau melalui mana-mana undang-undang yang diluluskan atau dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa di
Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya, telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas, atau dinyatakan sebagai diletakhakkan pada, diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas atau yang, jika Akta ini tidak diluluskan, sepatutnya telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas seseorang Hakim Daerah,
Majistret daripada apa-apa perihalan atau Koroner bagi Semenanjung
Malaysia hendaklah, tanpa menjejaskan seksyen 80, diletakhakkan pada, diberikan kepada dan dipertanggungkan ke atas Hakim
Mahkamah Sesyen, dalam hal undang-undang yang berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, pada dan selepas tarikh itu, dan dalam hal undang-undang yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa Akta ini pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa undang-undang itu.
Jenis urusan dalam apa-apa persidangan
Dalam apa-apa persidangan Mahkamah Sesyen kedua-dua kausa dan perkara sivil dan jenayah, boleh didengar, diputuskan dan diuruskan, atau salah satu daripadanya.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 13
Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Sesyen
Bidang kuasa jenayah
Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala kesalahan selain kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati.
Hukuman
Mahkamah Sesyen boleh menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang selain hukuman mati.
Bidang Kuasa Sivil Mahkamah Sesyen
Bidang kuasa sivil Mahkamah Sesyen
bidang kuasa yang tidak terhad untuk membicarakan segala tindakan dan guaman daripada jenis sivil berkenaan dengan kemalangan kenderaan motor, tuan tanah dan penyewa dan distres; dan
bidang kuasa untuk membicarakan segala tindakan dan guaman lain daripada jenis sivil jika amaun yang dipertikaikan atau nilai hal perkara itu tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit.
Apabila pihak-pihak kepada suatu tindakan atau guaman yang boleh diberi kognisans oleh Mahkamah Sesyen, jika amaun yang dipertikaikan atau nilai hal perkara itu tidak melebihi had bidang kuasa, telah membuat perjanjian bertulis bahawa Mahkamah
Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tindakan atau guaman itu, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tindakan atau guaman itu, walaupun amaun hal perkara itu mungkin melebihi had nilai bidang kuasa.
14
Undang-Undang Malaysia
Tiap-tiap perjanjian sedemikian hendaklah difailkan di
Mahkamah Sesyen dan apabila perjanjian difailkan sedemikian, pihak-pihak kepadanya hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa
Mahkamah Sesyen.
Tuntutan balas dalam Mahkamah Sesyen dan pemindahan daripadanya
Dalam apa-apa hal sedemikian Mahkamah Tinggi boleh, jika difikirkannya patut, atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan supaya tindakan atau guaman itu dipindahkan ke
Mahkamah Tinggi, dan tindakan atau guaman itu hendaklah kemudiannya dimasukkan ke dalam buku kausa atau daftar guaman sivil Mahkamah Tinggi, dan diteruskan seolah-olah tindakan atau guaman itu telah dimulakan di dalamnya pada asalnya.
Pelepasan sebahagian daripada tuntutan
Plaintif boleh melepaskan apa-apa bahagian daripada tuntutannya untuk membawa tindakan atau guaman itu dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen tetapi dia tidak boleh kemudiannya membawa guaman berkenaan dengan bahagian yang telah dilepaskan itu.
Pemecahan tuntutan tidak dibenarkan
Tuntutan tidak boleh dipecahkan, juga tidak lebih daripada satu tindakan atau guaman daripada jenis sivil dibawa berkenaan dengan kausa tindakan yang sama terhadap pihak yang sama.
Mahkamah Rendah 15
Kecualian bagi bidang kuasa
Mahkamah Sesyen tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa dalam tindakan, guaman atau prosiding daripada jenis sivil—
yang berhubungan dengan harta tak alih kecuali yang diperuntukkan dalam seksyen 70 dan 71;
bagi dekri perisytiharan kecuali dalam prosiding interplider di bawah seksyen 73;
bagi pengeluaran atau pembatalan pemberian perwakilan harta pusaka orang yang mati atau pentadbiran atau pembahagian harta pusaka itu;
yang dalamnya kesahtarafan mana-mana orang dipersoalkan;
*(j) yang dalamnya penjagaan atau jagaan budak dipersoalkan;
dan
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara khusus dalam mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, yang dalamnya kesahan atau pembubaran mana-mana perkahwinan dipersoalkan.
Mendapatkan kembali harta tak alih
Dalam mana-mana tindakan atau guaman itu, boleh ditambahkan suatu tuntutan bagi sewa atau hasil perantaraan dan bagi ganti rugi yang berbangkit kepada plaintif oleh sebab defendan menangguhkan atau menentang haknya untuk memiliki atau memasuki semula, dan bagi ganti rugi kerana pelanggaran apa-apa waad, syarat atau perjanjian berhubung dengan premis itu.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 71, bidang kuasa yang disebut terdahulu tidak boleh dijalankan dalam apa-apa kes jika, pada pendapat Mahkamah, suatu soal bona fide mengenai hakmilik terlibat dan, tertakluk kepada seksyen itu, mendapatkan kembali pemilikan apa-apa harta tak alih di bawah seksyen ini tidak menjadi halangan kepada permulaan sesuatu tindakan, guaman atau prosiding daripada jenis sivil di
Mahkamah Tinggi bagi membicarakan hakmilik bagi harta tak alih itu.
Bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai hakmilik bagi harta tak alih dengan persetujuan pihak-pihak
*71.
Jika, dalam apa-apa tindakan atau guaman di hadapan
Mahkamah Sesyen, hakmilik bagi sesuatu harta tak alih dipertikaikan, atau soal tentang pemunyaannya berbangkit, Mahkamah boleh memutuskan perkara itu jika semua pihak yang mempunyai kepentingan bersetuju; tetapi, jika mereka tidak semuanya bersetuju,
Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah membuat permohonan kepada
Mahkamah Tinggi untuk memindahkan tindakan atau guaman itu kepada Mahkamah itu sendiri.
*CATATAN—Bagi tindakan dan guaman berkenaan dengan harta tak alih di Sarawak–lihat
Mahkamah Rendah 17
Kuasa untuk mengeluarkan distres
Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan writ atau waran distres bagi sewa.
Interplider
Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk memberikan relief dengan cara interplider dan untuk memerintahkan penjualan apa-apa harta tertakluk kepada prosiding interplider—
jika pegawai Mahkamah Sesyen yang sewajarnya dipertanggungkan dengan pelaksanaan apa-apa writ, waran atau perintah Mahkamah dan tuntutan dibuat terhadap apa-apa wang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan untuk diambil dalam melaksanakan writ, waran atau perintah itu, atau terhadap hasil atau nilai mana-mana harta itu, oleh mana-mana orang selain orang yang terhadapnya writ, waran atau perintah itu telah dikeluarkan atau dibuat; atau
jika orang yang meminta relief adalah bertanggungan bagi apa-apa hutang, wang, atau harta alih lain yang amaun atau nilai tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan bagi atau yang berkenaan dengannya dia telah atau dijangka akan dibawa guaman oleh dua pihak atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan terhadapnya.
Kuasa untuk memerintahkan penjualan melainkan jika jaminan diberikan
Jika sesuatu tuntutan dibuat terhadap atau berkenaan dengan mana-mana harta alih yang disita di bawah suatu writ, waran atau perintah yang dikeluarkan atau dibuat oleh Mahkamah Sesyen,
Mahkamah Sesyen itu boleh, atas permohonan orang yang atas kehendaknya writ, waran atau perintah itu telah dikeluarkan atau dibuat, memerintahkan pegawai Mahkamah yang sepatutnya supaya
18
Undang-Undang Malaysia menjual harta yang dituntut itu seolah-olah tiada tuntutan sedemikian telah dibuat dan supaya membayar hasil jualan itu ke dalam mahkamah untuk mematuhi keputusan Mahkamah Sesyen, melainkan jika pihak menuntut memberikan jaminan mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Mahkamah Sesyen.
(Dipotong oleh Ord. 29 tahun 1951).
Bahagian VII
Mahkamah Majistret hendaklah biasanya diadakan di mana-mana tempat yang diarahkan oleh Hakim Besar, tetapi jika didapati perlu ia boleh juga diadakan di mana-mana tempat lain dalam had bidang kuasanya.
Majistret Kelas Pertama ex-officio
*77. (1) Orang yang sedang memegang atau memangku jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Keempat hendaklah, ex officio, menjadi
Majistret Kelas Pertama dalam dan bagi Negeri-Negeri berkenaan yang ditetapkan dalamnya.
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, memotong mana-mana jawatan daripada, mengubah, atau menambah apa-apa jawatan kepada, senarai jawatan dalam Jadual
Keempat.
Pelantikan Majistret Kelas Pertama
**78.
Tanpa menjejaskan seksyen 77 Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas syor Hakim Besar dalam setiap hal, melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjadi Majistret Kelas
Pertama dalam dan bagi Negeri itu.
Kelayakan Majistret Kelas Pertama
Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Majistret Kelas
Pertama melainkan jika dia seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menghalang pelantikan seseorang untuk bertindak secara sementara sebagai Majistret Kelas
Pertama.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 43/1974 dan
**CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan–lihat P.U. (A) 43/1974.
20
Undang-Undang Malaysia
Pelantikan Majistret Kelas Kedua
*79.
Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjadi Majistret Kelas Kedua dalam dan bagi Negeri itu.
Pemindahan kuasa kepada Majistret
**80. (1) Tertakluk kepada peruntukan dan batasan yang terkandung dalam Akta ini, segala kuasa, tugas dan fungsi yang, melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Semenanjung
Malaysia atau mana-mana bahagiannya pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau melalui mana-mana undang-undang yang diluluskan atau dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa di
Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya, telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas, atau dinyatakan sebagai diletakhakkan pada, diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas atau yang, jika Akta ini tidak diluluskan, sepatutnya telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas seseorang Hakim Daerah,
Majistret daripada apa-apa perihalan atau Koroner bagi Semenanjung
Malaysia hendaklah, tanpa menjejaskan seksyen 61, diletakhakkan pada, diberikan kepada dan dipertanggungkan ke atas Majistret yang dilantik di bawah Akta ini, dalam hal undang-undang yang berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasanya Akta ini, pada dan selepas tarikh itu, dan dalam hal undang-undang yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa Akta ini pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa undang-undang itu.
Tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Majistret Kelas Pertama di bawah atau menurut Akta ini hendaklah menjadi seorang Jaksa
Pendamai ex-officio di dalam dan bagi Negeri yang dalamnya dan yang baginya Majistret Kelas Pertama itu telah dilantik sedemikian dan segala kuasa, tugas dan fungsi yang oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya, telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas, seorang Jaksa Pendamai
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan, Yang Dipertuan Agong boleh melantik–lihat
P.U. (A) 43/1974.
**CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 43/1974 dan
Mahkamah Rendah 21
yang dilantik dalam dan bagi mana-mana Negeri hendaklah diletakhakkan pada, diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas tiap-tiap Majistret Kelas Pertama yang dilantik sedemikian bagi Negeri itu.
Majistret daripada mana-mana kelas boleh mengetuai
Mahkamah Majistret 81.
Mana-mana Majistret daripada salah satu kelas boleh bersidang dalam mana-mana Mahkamah Majistret dalam had bidang kuasa tempatannya bagi maksud mendengar dan memutuskan apa-apa kausa atau perkara, sivil atau jenayah, yang mengenainya dia mempunyai bidang kuasa menurut undang-undang ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.
Kuasa am dan bidang kuasa Mahkamah Majistret dan Majistret 82.
Sesuatu Mahkamah Majistret yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai Mahkamah
Majistret Kelas Pertama, dan hendaklah mempunyai segala kuasa dan bidang kuasa yang diberikan kepada seorang Majistret Kelas
Pertama oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan mana-mana Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa Mahkamah itu terletak boleh menjalankan kuasa dan bidang kuasa Mahkamah itu:
Dengan syarat bahawa seorang Majistret Kelas Kedua tidak boleh mengadakan siasatan permulaan atau meneruskan hingga perbicaraan dan pemutusan muktamad apa-apa kausa atau perkara yang tidak dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 88 atau 92 atau oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Proses permulaan dan perintah interlokutori 83.
Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 82 atau seksyen 5—
apa-apa saman, writ, waran atau proses lain, sama ada sivil atau jenayah, yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Majistret boleh ditandatangani oleh Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa
22
Undang-Undang Malaysia
Mahkamah itu terletak walaupun Majistret itu berwibawa 5atau tidak berwibawa untuk membicarakan dan memutuskan kausa atau perkara yang dengannya saman, writ, waran atau proses lain itu berhubungan;
dalam apa-apa kausa atau perkara, sama ada sivil atau jenayah, di hadapan Mahkamah Majistret mana-mana
Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa Mahkamah itu terletak boleh membuat apa-apa perintah interlokutori atau interim yang tidak melibatkan perbicaraan dan pemutusan muktamad kausa atau perkara itu termasuk, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, perintah yang berhubungan dengan penangguhan, tahanan dan jaminan, pelaksanaan penghakiman dan dekri, dan pemindahan prosiding ke
Mahkamah Sesyen.
Jenis urusan dalam apa-apa persidangan 84.
Dalam apa-apa persidangan Mahkamah Majistret kedua-dua kausa dan perkara sivil dan jenayah, boleh didengar, diputuskan dan diuruskan, atau salah satu daripadanya.
BIDANG KUASA JENAYAH MAJISTRET
Bidang kuasa jenayah Majistret Kelas Pertama 85.
Tertakluk kepada batasan yang terkandung dalam Akta ini seorang Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala kesalahan yang tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak melebihi sepuluh tahun pemenjaraan atau yang boleh dihukum dengan denda sahaja dan kesalahan di bawah seksyen 392 dan 457 Kanun
Keseksaan.
Rayuan jenayah daripada Mahkamah Penghulu
*86.
Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan jenayah oleh orang yang disabitkan oleh Mahkamah Penghulu yang terletak dalam had bidang
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 23
kuasa tempatannya dan boleh, jika difikirkannya tiada alasan yang mencukupi untuk mencampur tangan, menolak rayuan itu atau boleh—
mengakaskan dapatan dan hukuman dan membebaskan dan melepaskan perayu;
memerintahkan supaya perayu dibicarakan semula oleh mana-mana mahkamah bawahan yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa; atau
mengubah dapatan itu dan membuat apa-apa perintah tentang hukuman sesudah itu yang difikirkan patut oleh Mahkamah;
dalam sesuatu rayuan terhadap hukuman, mengurangkan atau mengubah, tetapi tidak menambah, hukuman itu;
dan
dalam sesuatu rayuan terhadap apa-apa perintah lain, mengubah atau mengakaskan perintah itu.
Hukuman dalam kewibawaan Majistret Kelas Pertama
apa-apa hukuman yang menggabungkan mana-mana daripada hukuman yang disebut terdahulu:
Dengan syarat bahawa jika, melalui mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, bidang kuasa diberikan kepada Mahkamah mana-mana Majistret untuk mengawardkan hukuman bagi apa-apa kesalahan yang melebihi kuasa yang ditetapkan oleh seksyen ini, seorang Majistret Kelas Pertama boleh, walau apa pun yang terkandung dalam seksyen ini, mengawardkan hukuman penuh yang dibenarkan oleh undang-undang itu.
24
Undang-Undang Malaysia
Walau apa pun subseksyen (1), jika seorang Majistret Kelas
Pertama telah mensabitkan mana-mana orang dan ternyata bahawa, oleh sebab apa-apa sabitan dahulu atau latar belakangnya, suatu hukuman yang melebihi hukuman yang ditetapkan oleh subseksyen
patut diawardkan, Majistret Kelas Pertama itu boleh mengawardkan hukuman penuh yang dibenarkan oleh undang-undang bagi kesalahan yang mengenainya orang itu telah disabitkan dan hendaklah merekodkan sebab dia berbuat demikian.
Bidang kuasa jenayah Majistret Kelas Kedua
*88.
Seorang Majistret Kelas Kedua hendaklah hanya mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan yang tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak melebihi dua belas bulan bagi mana-mana kesalahan atau yang boleh dihukum dengan denda sahaja:
Dengan syarat bahawa jika seorang Majistret Kelas Kedua berpendapat bahawa dalam hal keadaan kes itu, jika berkesudahan dengan suatu sabitan, kuasa menghukum yang dimilikinya itu tidak memadai, dia hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk menangguhkan kes itu untuk dibicarakan oleh seorang Majistret
Kelas Pertama.
Hukuman dalam kewibawaan Majistret Kelas Kedua
Majistret Kelas Kedua boleh menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang—
apa-apa hukuman yang menggabungkan salah satu hukuman yang disebut terdahulu.
Bidang Kuasa Sivil Majistret
Bidang kuasa sivil Majistret Kelas Pertama
Tertakluk kepada batasan yang terkandung dalam Akta ini, seorang Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala tindakan dan guaman daripada
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 25
jenis sivil jika amaun yang dipertikaikan atau nilai hal perkara itu tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.
Rayuan sivil daripada Mahkamah Penghulu
*91.
Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan daripada apa-apa keputusan prosiding daripada jenis sivil bagi Mahkamah Penghulu yang terletak dalam had bidang kuasa tempatannya, dan boleh sesudah itu membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dibuat tentang kos pendengaran dalam Mahkamah Penghulu dan kos mana-mana rayuan itu.
Bidang kuasa sivil Majistret Kelas Kedua
*92.
Seorang Majistret Kelas Kedua hendaklah hanya mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tindakan atau guaman asal daripada jenis sivil yang plaintif bertujuan untuk mendapat kembali hutang atau tuntutan jumlah tertentu wang yang kena dibayar oleh defendan, dengan atau tanpa bunga, yang tidak melebihi tiga ribu ringgit.
Peruntukan Akta yang berhubungan dengan Mahkamah Sesyen yang terpakai bagi Mahkamah Majistret
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa sebagai memperluas bidang kuasa Majistret Kelas Kedua yang selainnya telah dihadkan oleh Akta ini.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
26
Undang-Undang Malaysia
*BAHAGIAN VIII
MAHKAMAH PENGHULU
Bidang kuasa sivil Mahkamah Penghulu
Mahkamah Penghulu boleh mendengar dan memutuskan prosiding asal daripada jenis sivil yang plaintif bertujuan untuk mendapat kembali hutang atau tuntutan jumlah tertentu wang, dengan atau tanpa bunga, yang tidak melebihi lima puluh ringgit dan yang dalamnya semua pihak kepada prosiding itu daripada ras Asia yang bertutur dan memahami bahasa Melayu.
Bidang kuasa jenayah Mahkamah Penghulu
Bidang kuasa jenayah Mahkamah Penghulu juga dihadkan kepada perbicaraan pertuduhan terhadap orang daripada ras Asia.
Mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di hadapan Mahkamah Penghulu boleh memilih untuk dibicarakan oleh Mahkamah Majistret, dan orang itu hendaklah diberitahu oleh Penghulu, sebelum perbicaraannya dimulakan, tentang haknya untuk memilih sedemikian. Jika mana-mana orang memilih untuk dibicarakan oleh Mahkamah Majistret di bawah subseksyen ini,
Penghulu hendaklah dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Majistret.
Hukuman dalam kewibawaan Mahkamah Penghulu
Mahkamah Penghulu boleh menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang yang tidak melebihi denda sebanyak dua puluh lima ringgit.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 27
Penguatkuasaan perintah Mahkamah Penghulu
Bagi maksud menguatkuasakan apa-apa perintah sedemikian
Mahkamah Majistret boleh menjalankan apa-apa kuasa atau membuat apa-apa perintah tambahan yang mungkin dijalankan atau dibuat olehnya jika perintah yang kena dikuatkuasakan itu telah dibuat olehnya pada mulanya.
†*BAHAGIAN IX
JAKSA PENDAMAI
Pelantikan Jaksa Pendamai
*98.
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui waran yang ditandatangani olehnya, melantik mana-mana orang yang difikirkannya layak menjadi Jaksa Pendamai di dalam dan bagi
Negeri itu, dan boleh dengan cara yang sama membatalkan mana-mana pelantikan sedemikian. Segala pelantikan dan pembatalan pelantikan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu dalam Warta.
Kuasa Jaksa Pendamai
**99.
Jaksa Pendamai hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan di dalam Negeri yang baginya mereka dilantik apa-apa kuasa yang tidak melebihi kuasa Majistret Kelas Kedua sebagaimana yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana undang-undang bertulis.
†*CATATAN—Bahagian IX tidak terpakai di Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan–lihat P.U. (A) 43/1974.
**CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
28
Undang-Undang Malaysia
Bahagian X
Kuasa dan bidang kuasa lanjutan mahkamah
Pada meluaskan dan tidak pada mengurangkan kuasa yang diberikan oleh Akta ini atau yang sedia ada pada mana-mana mahkamah, dan tanpa menjejaskan keluasan mana-mana kuasa itu, tiap-tiap Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret hendaklah mempunyai kuasa dan bidang kuasa lanjutan yang dinyatakan dalam
Jadual Ketiga.
Siasatan permulaan 100.
Siasatan permulaan mengenai kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi boleh diadakan oleh Mahkamah Sesyen atau oleh Mahkamah Majistret di hadapan seorang Majistret Kelas
Pertama.
Kuasa mahkamah berhubung dengan perbicaraan secara tertutup, dsb.
101. (1) Tempat yang dalamnya mana-mana mahkamah diadakan bagi maksud membicarakan apa-apa kausa atau perkara, sivil atau jenayah, atau mengadakan apa-apa siasatan, hendaklah disifatkan sebagai suatu mahkamah terbuka dan awam yang orang awam pada amnya mempunyai akses:
Dengan syarat bahawa mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa perkara atau prosiding atau mana-mana bahagiannya secara tertutup jika mahkamah berpuas hati bahawa suai manfaat demi kepentingan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam atau kesesuaian atau kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi untuk berbuat demikian.
Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan bahawa tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau gambar foto mana-mana saksi dalam apa-apa perkara atau prosiding atau mana-mana bahagiannya yang dibicarakan atau diadakan atau yang hendak dibicarakan atau diadakan di hadapannya, atau apa-apa keterangan atau apa-apa perkara lain yang boleh membawa kepada
Mahkamah Rendah 29
pengenalan mana-mana saksi itu; dan mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar mana-mana perintah sedemikian melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Hukuman dalam hal sabitan bagi beberapa kesalahan dalam satu perbicaraan 102.
Apabila seseorang disabitkan dalam satu perbicaraan atas mana-mana dua kesalahan yang berlainan atau lebih Mahkamah
Majistret boleh menjatuhinya bagi kesalahan itu beberapa hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan itu yang mahkamah itu berwibawa untuk mengenakan, hukuman itu apabila terdiri daripada pemenjaraan hendaklah bermula selepas tamatnya hukuman yang satu lagi itu mengikut susunan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah, atau hendaklah berjalan serentak jika mahkamah mengarahkan sedemikian, tetapi tidaklah perlu bagi mahkamah, semata-mata oleh sebab agregat hukuman bagi beberapa kesalahan itu melebihi hukuman yang mahkamah itu berwibawa untuk mengenakan atas sabitan satu kesalahan, menghantar pesalah itu untuk dibicarakan di hadapan mahkamah yang lebih tinggi:
Dengan syarat bahawa—
orang itu tidak sekali-kali boleh dihukum dengan tempoh pemenjaraan yang terjumlah secara agregat lebih dari dua puluh tahun;
agregat hukuman itu tidak boleh melebihi dua kali ganda amaun hukuman yang mahkamah itu dalam menjalankan bidang kuasa biasanya berwibawa untuk mengenakan hukuman itu; dan
apabila pemenjaraan diarahkan kerana tidak membayar denda atau kos atau pampasan yang diperintahkan di bawah kuasa mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, pemenjaraan itu hendaklah menuruti apa-apa tempoh pemenjaraan lain yang diarahkan sedemikian dan apa-apa hukuman pemenjaraan yang selainnya dikenakan.
30
Undang-Undang Malaysia
Tahanan sementara menanti hukuman jasad 103.
Seseorang pesalah yang telah dihukum untuk menjalani hukuman jasad boleh ditahan dalam penjara atau di suatu tempat lain yang sesuai selama yang perlu untuk menjalankan hukuman itu, atau untuk memastikan sama ada hukuman itu akan dilaksanakan.
Kuasa Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret untuk memerintahkan pemindahan kausa atau perkara jenayah 104.
Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret hendaklah mempunyai bidang kuasa dalam mana-mana kausa atau perkara jenayah, sama ada atau tidak dia mempunyai bidang kuasa pada akhirnya untuk mendengar dan memutuskan kausa atau perkara itu, untuk memerintahkan, dalam mana-mana kes yang kepentingan keadilan menghendaki sedemikian, bahawa kausa atau perkara itu dipindahkan ke mana-mana Mahkamah Sesyen atau Mahkamah
Majistret yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang pada pendapatnya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kausa atau perkara itu, dan kausa atau perkara itu boleh disambung dalam Mahkamah yang lain itu dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi bidang kuasa kepada mana-mana mahkamah yang kepadanya prosiding itu telah dipindahkan sedemikian, jika mahkamah itu selainnya tidak akan mempunyai bidang kuasa berkenaan dengannya.
105.
(Dipotong oleh Ord. 34 tahun 1955).
Pegawai rendah 106.
Hendaklah dilantik sekian bilangan pegawai rendah yang didapati perlu, dari semasa ke semasa, oleh Hakim Besar dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong bagi mentadbirkan keadilan dan pelaksanaan sewajarnya segala kuasa dan wibawa yang terletak hak pada mana-mana mahkamah.
Perlindungan pegawai kehakiman
107. (1) Tiada seorang pun Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau orang lain yang bertindak secara kehakiman boleh dibawa guaman terhadapnya di mana-mana mahkamah sivil bagi apa-apa
Mahkamah Rendah 31
perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan dilakukan olehnya dalam menunaikan tugas kehakimannya, sama ada atau tidak dalam had bidang kuasanya, dan juga tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati mempercayai bahawa dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan yang diadukan itu.
Tiada seorang pun pegawai mana-mana mahkamah atau orang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau orang lain yang bertindak secara kehakiman boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah sivil kerana melaksanakan apa-apa waran atau perintah yang dia terikat untuk melaksanakannya jika dalam bidang kuasa orang itu yang mengeluarkan waran atau perintah itu.
Tiada seorang pun sherif, bailif atau pegawai lain mahkamah yang dipertanggungkan dengan kewajipan melaksanakan apa-apa penghakiman, perintah atau waran distres, atau menahan apa-apa harta sebelum penghakiman, boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah sivil berkenaan dengan apa-apa harta yang telah disita olehnya, atau berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang berlaku pada apa-apa harta dalam melaksanakan atau dalam percubaan untuk melaksanakan penyitaan itu, melainkan jika ternyata bahawa dia dengan disedarinya telah bertindak lebih daripada kuasa yang diberikan kepadanya oleh writ, waran atau perintah yang berkenaan itu, dan dia tidaklah boleh disifatkan telah bertindak dengan disedarinya lebih daripada kuasanya semata-mata atas sebab dia menyedari tentang adanya suatu pertikaian tentang pemunyaan harta yang disita sedemikian.
108.
(Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).
Peruntukan untuk mengelakkan percanggahan undang-undang 109.
Sekiranya terdapat ketidakselarasan atau percanggahan antara
Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini, Akta ini hendaklah terpakai.
32
Undang-Undang Malaysia
Pemansuhan dan kecualian
110. (1) Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual
Kelima kepada Akta ini dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual itu.
(Ditinggalkan).
Segala pelantikan dan segala kaedah mahkamah dan perundangan subsidiari lain yang berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini di bawah atau menurut kuasa mana-mana
Ordinan atau Enakmen atau mana-mana peruntukannya yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah atau menurut kuasa Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa dan hendaklah, setakat yang berhubungan dengan mana-mana mahkamah yang wujud dalam Semenanjung Malaysia sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan berhubungan, setakat yang boleh dipakai, dengan mahkamah yang bersamaan yang ditubuhkan oleh atau yang disebut dalam Akta ini.
Bagi maksud subseksyen ini pelantikan Hakim Daerah hendaklah disifatkan berkuat kuasa sebagai pelantikan Hakim Mahkamah
Sesyen.
*111.
(Ditinggalkan).
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 33
JADUAL PERTAMA
(Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964)
JADUAL KEDUA
(Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964)
JADUAL KETIGA
[Seksyen 99A]
KUASA TAMBAHAN MAHKAMAH SESYEN DAN
Res judicata dan berbilang prosiding 1.
Kuasa untuk membuang atau menggantung prosiding jika perkara yang menjadi persoalan itu adalah res judicata antara pihak-pihak, atau jika, oleh sebab berbilangnya prosiding di mana-mana mahkamah, prosiding itu tidak sepatutnya diteruskan.
Penggantungan prosiding
2. (1) Kuasa untuk menggantung prosiding melainkan jika prosiding itu telah dimulakan di Daerah yang dalamnya—
kausa tindakan itu berbangkit;
defendan bermastautin atau mempunyai tempat perniagaannya;
seorang daripada beberapa defendan bermastautin atau mempunyai tempat perniagaannya;
fakta yang mengenainya prosiding itu diasaskan wujud atau dikatakan telah berlaku; atau
sebab lain yang dihasratkan supaya prosiding itu diadakan demi kepentingan keadilan.
(Ditinggalkan).
Pemindahan prosiding
3. (1) (Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).
34
Undang-Undang Malaysia
Kuasa, atas permohonan atau atas usulnya sendiri, untuk memindahkan mana-mana prosiding kepada suatu mahkamah lain yang mempunyai bidang kuasa setara.
Penyampaian luar bidang kuasa
*4.
Kuasa untuk membenarkan penyampaian prosesnya di luar bidang kuasa di Republik Singapura, Sabah, Sarawak atau Brunei, atau, dengan kebenaran
Mahkamah Tinggi, di tempat lain.
Penyampaian 5.
Kuasa, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, untuk memerintahkan penyampaian prosesnya di mana-mana tempat atau pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara, dan untuk memerintahkan supaya penyampaian itu disifatkan telah dilaksanakan pada bila-bila masa.
Tolakan
6. (1) Kuasa untuk membenarkan pembelaan tolakan dalam apa-apa kes yang pembelaan itu boleh dibenarkan di Mahkamah Tinggi di England.
Jika dalam mana-mana tindakan suatu tolakan atau tuntutan balas dibuktikan sebagai pembelaan terhadap tuntutan plaintif mahkamah boleh, jika bakinya untuk faedah defendan, memberi penghakiman memihak defendan bagi mendapatkan baki itu atau boleh selainnya memutuskan supaya defendan diberi apa-apa relief yang dia berhak bergantung pada merit kes itu:
Dengan syarat bahawa tiada relief yang melebihi relief yang mahkamah mempunyai bidang kuasa selainnya untuk mengawardkan boleh diberikan kepada defendan atas tolakan atau tuntutan balas itu.
Penzahiran dan interogatori 7.
Kuasa untuk memerintahkan penzahiran fakta atau dokumen oleh mana-mana pihak atau orang mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.
Proses untuk memaksa kehadiran
8. (1) Tertakluk kepada apa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, kuasa untuk mengeluarkan proses untuk memastikan kehadiran mana-mana orang di mahkamah bagi apa-apa maksud, sama ada melalui waran tangkap atau saman, dan untuk menghendaki mana-mana orang supaya memberi jaminan bagi kehadirannya atau bagi menjelaskan apa-apa tuntutan atau permintaan, mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.
* CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 35
Keingkaran mematuhi apa-apa perintah sedemikian bagi jaminan, atau untuk memastikan kehadiran mana-mana orang di mahkamah, mahkamah boleh memerintahkan supaya orang itu dikomitkan ke penjara bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi enam bulan, dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.
Tiada prosiding boleh dikeluarkan bagi memaksa kehadiran mana-mana orang yang, menurut mana-mana undang-undang bertulis, dikecualikan daripada hadir sendiri di mahkamah.
Mahkamah boleh melalui notis yang dialamatkan kepada pegawai yang menjaga penjara menghendaki mana-mana orang yang berada dalam penjara dibawa ke hadapannya bagi apa-apa maksud.
Pengkomitan
9. (1) Kuasa untuk mengkomitkan ke penjara bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi enam bulan, dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah, mana-mana orang yang bersengaja tidak menurut atau gagal mematuhi mana-mana perintah mahkamah, atau yang, dengan tujuan untuk mengecewakan tujuan keadilan atau menghalang atau melengahkan penunaian sesuatu penghakiman atau perintah yang diberikan, atau yang mungkin diberikan, terhadapnya, lari daripada atau cuba lari daripada bidang kuasa, atau melupuskan atau cuba melupuskan apa-apa harta, atau mengelakkan atau cuba mengelakkan penyampaian apa-apa proses mahkamah kepadanya.
Tiada perintah untuk penangkapan atau pengkomitan di bawah perenggan ini atau perenggan 8 boleh berkuat kuasa untuk melepaskan atau menjelaskan apa-apa hutang.
Penahanan sebelum penghakiman 10.
Kuasa, mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah, untuk memerintahkan penahanan dan penjualan harta mana-mana orang yang mungkin dikomitkan ke penjara olehnya di bawah perenggan 9.
Penyampaian proses
*11. Kuasa untuk menyampaikan proses mana-mana mahkamah di luar
Semenanjung Malaysia.
Orang miskin 12.
Kuasa untuk membenarkan mana-mana orang membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya sebagai seorang miskin dan untuk menarik balik kebenaran itu mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.
13.
(Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat Perintah Peluasan P.U. (A) 357/1980.
36
Undang-Undang Malaysia
Salinan pejabat dan salinan yang diperakui 14.
Kuasa untuk mengeluarkan dan menggunakan bagi apa-apa maksud salinan pejabat atau salinan yang diperakui apa-apa prosiding dalam mahkamah itu, dan untuk menggunakan dan bertindak atas apa-apa salinan pejabat atau salinan yang diperakui yang dikeluarkan oleh mahkamah lain.
Kos 15.
Kuasa untuk mengawardkan kos apa-apa prosiding termasuklah prosiding yang telah digantung dan prosiding yang di luar bidang kuasanya; segala kos sedemikian menurut budi bicara mahkamah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Penyempurnaan dokumen 16.
Kuasa untuk menyempurnakan, atau untuk mengarahkan mana-mana pegawainya untuk menyempurnakan, apa-apa pindah milik, pemindahhakan, penyerahhakan, kontrak atau dokumen lain, termasuk sesuatu pengendorsan pada sesuatu surat cara boleh niaga, yang mana-mana orang itu telah diperintahkan oleh mahkamah supaya menyempurnakan, jika dia telah cuai atau enggan menyempurnakan pemindahan, pemindahhakan, penyerahhakan, kontrak atau dokumen lain, termasuk sesuatu pengendorsan pada sesuatu surat cara boleh niaga, atau jika berada di luar bidang kuasa, dan pindah milik, pemindahhakan, penyerahhakan, kontrak atau dokumen lain, termasuk pengendorsan pada surat cara boleh niaga itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala tujuan seolah-olah telah disempurnakan oleh orang itu.
17.
(Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).
Pelaksanaan
*18. (1) Bagi maksud melaksanakan mana-mana penghakiman atau perintah atau bagi maksud menahan harta sebelum penghakiman mahkamah boleh, melalui pegawainya yang berkenaan memecah masuk mana-mana rumah atau premis lain yang tertutup, dengan menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu, dan boleh dengan cara yang sama memecah masuk mana-mana bahagiannya atau mana-mana peti besi, almari, atau bekas lain di dalamnya.
Kuasa untuk memeriksa mana-mana orang mengenai hartanya atau harta mana-mana orang lain atau mengenai apa-apa pelupusannya.
Kuasa untuk bertindak bagi membantu mahkamah lain dengan melaksanakan atau menjalankan apa-apa penghakiman atau perintahnya dengan cara yang sama sebagaimana yang mahkamah itu sendiri boleh lakukan setakat dan mengikut cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.
Kuasa, dalam masa, atau berkaitan dengan, pelaksanaan sesuatu penghakiman atau perintah atau penahanan harta sebelum penghakiman, membuat semua perintah yang sepatutnya, menguruskan harta dan mengawardkan ganti rugi atau pampasan, yang berbangkit daripada pelaksanaan atau penahanan itu,
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 43/1974 ,
P.U. (A) 72/1974 dan P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 37
walaupun nilai harta itu atau amaun ganti rugi atau pampasan itu melebihi had kewangan bidang kuasa mahkamah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 65, 90 dan 92.
(a) Dalam subperenggan ini “Mahkamah Agama Islam” hendaklah termasuk Mahkamah Syariah, Mahkamah Mufti, Mahkamah Kadi Besar, Mahkamah
Kadi, Majlis dan badan seumpama yang diberi kuasa oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan fungsi kehakiman berhubung dengan Hukum
Syarak atau undang-undang adat Melayu, dan Yang di-Pertuan Agong atau Raja, apabila menjalankan fungsi kehakiman berhubung dengan Hukum Syarak atau undang-undang adat Melayu.
Sesuatu Mahkamah Sesyen di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor atau Terengganu boleh melaksanakan mana-mana penghakiman atau perintah Mahkamah Agama Islam yang mempunyai bidang kuasa atau di Negeri yang dalamnya Mahkamah Sesyen itu terletak, jika amaun atau nilai hal perkara itu melebihi lima ribu ringgit dan walau apa pun ia mungkin melebihi had kewangan bidang kuasa Mahkamah itu.
Sesuatu Mahkamah Majistret yang diketuai oleh seorang Majistret Kelas
Pertama di Wilayah Persekutuan atau di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor atau Terengganu boleh dengan cara yang sama melaksanakan mana-mana penghakiman atau perintah sedemikian jika amaun atau nilai hal perkara itu tidak melebihi lima ribu ringgit.
Pembatalan perintah 19.
Kuasa untuk membatalkan, mengubah atau menggantung penguatkuasaan mana-mana penghakiman atau perintahnya setakat dan mengikut cara yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.
Hukuman terhadap perbadanan 20.
Kuasa, jika mana-mana perbadanan bersalah atas apa-apa perbuatan atau peninggalan yang, jika perbadanan itu seorang individu, akan menjadikannya boleh ditangkap atau dikomitkan, untuk memerintahkan penangkapan atau pengkomitan mana-mana pegawai perbadanan itu yang menyebabkan atau bersengaja membenarkan atau turut menyebabkan perbuatan atau peninggalan itu, dan juga untuk mendenda perbadanan itu.
Bunga 21.
Kuasa untuk mengarahkan supaya bunga dibayar ke atas hutang, termasuk hutang penghakiman atau ke atas jumlah wang yang didapati kena dibayar semasa mengambil akaun antara pihak-pihak, atau ke atas jumlah wang yang didapati kena dibayar dan tidak dibayar oleh penerima atau orang lain yang bertanggungan memberikan akaun kepada mahkamah.
Masa 22.
Kuasa untuk melanjutkan atau memendekkan masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis bagi melakukan apa-apa perbuatan atau mengambil apa-apa prosiding, walaupun apa-apa permohonan baginya tidak dibuat sehingga selepas habis masa yang ditetapkan.
38
Undang-Undang Malaysia
Penguatkuasaan penghakiman 23.
Kuasa untuk menguatkuasakan sesuatu penghakiman Mahkamah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
24.
(Ditinggalkan).
Pembelaan 25.
Kuasa, walau apa pun seksyen 69, untuk memberi kesan yang sama kepada tiap-tiap alasan pembelaan, sama ada dari segi ekuiti atau dari segi undang-undang, sebagaimana yang patut diberi dalam kes itu oleh Mahkamah Tinggi dan dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya.
Penghinaan mahkamah 26.
Kuasa untuk mengambil kognisans apa-apa penghinaan mahkamah dan untuk mengawardkan hukuman bagi penghinaan itu, yang tidak melebihi, dalam hal Mahkamah Sesyen, denda sebanyak tiga ratus ringgit atau pemenjaraan selama enam minggu, dalam hal Mahkamah Majistret yang diketuai oleh Majistret
Kelas Pertama, denda sebanyak satu ratus lima puluh ringgit atau pemenjaraan selama tiga minggu, dan dalam hal Mahkamah Majistret yang diketuai oleh
Majistret Kelas Kedua, denda sebanyak lima puluh ringgit atau pemenjaraan selama satu minggu, hingga takat dan mengikut cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah. Jika penghinaan mahkamah itu boleh dihukum sebagai suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, mahkamah boleh, sebagai ganti mengambil kognisans penghinaan itu, membenarkan supaya pendakwaan dijalankan.
Pembayaran interim 26A.
Kuasa untuk membuat pembayaran interim.
Kuasa di bawah undang-undang lain 27.
Apa-apa kuasa lain yang sekarang ini atau kemudian daripada ini diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang bertulis.
*JADUAL KEEMPAT
[Subseksyen 77(1)]
MAJISTRET KELAS PERTAMA EX OFFICIO
Bagi Semua Negeri
Timbalan Ketua Setiausaha Negara.
Ketua Penolong Setiausaha kepada Ketua Setiausaha Negara.
* CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 43/1974 dan
Mahkamah Rendah 39
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan (di Semenanjung Malaysia).
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan (di Semenanjung Malaysia).
Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan (di Semenanjung Malaysia).
Pendaftar Mahkamah Tinggi di Malaya.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Malaya.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Malaya.
Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi di Malaya.
Hakim Mahkamah Sesyen.
Bagi Negeri mereka masing-masing
Setiausaha Kerajaan Negeri.
Setiausaha Rendah.
Penolong Setiausaha Pertama kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.
Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
Pegawai Daerah.
Pegawai Pentadbir Daerah.
Penolong Pegawai Daerah yang menjaga daerah kecil.
Pentadbir Tanah bagi Wilayah Persekutuan.
*MAJISTRET KELAS KEDUA EX OFFICIO
† Pendaftar Kanan dan Pendaftar Mahkamah Rendah.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah–lihat P.U. (A) 357/1980.
†CATATAN—lihat Akta A671.
40
Undang-Undang Malaysia
*JADUAL KELIMA
[Seksyen 110]
PEMANSUHAN
Ordinan dan
Tajuk Ringkas
Takat
Enakmen
Pemansuhan
N.M.B. Bab 2
…
Enakmen Mahkamah
Keseluruhan Enakmen, kecuali peruntukan yang berhubungan dengan
Mahkamah Kadi dan
Penolong Kadi serta rayuan daripadanya
Enakmen Johor
Enakmen Mahkamah
,,
,,
No. 54
Enakmen Kedah
Enakmen No. 25 (Mahkamah)
,,
,,,
No. 25
Enakmen Kelantan
Enakmen Mahkamah
,,
,,
No. 31 tahun 1938
Enakmen Perlis
Enakman Mahkamah 1330
,,
,,
No. 4 tahun 1330
Enakmen
Enakmen Mahkamah
,,
,,
Terengganu No. 4
tahun 1340
S.S. Bab 10
Ordinan Mahkamah
Keseluruhannya
S.S. Bab 11
Ordinan Mahkamah
,,
Rayuan Jenayah
Enakmen Johor
Enakmen Jaksa Pendamai
,,
No. 7 tahun 1935 1935
Enakmen Kedah
Enakmen Jaksa Pendamai
,,
No. 28 tahun 1354
S.S. Bab 21
Kanun Tatacara Jenayah
Seksyen 17
Ordinan M.U.
Ordinan Mahkamah 1946
Keseluruhannya
No. 3 tahun 1946
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 41
Akta 92
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
L.N. 52/1949
Pindaan kepada Jadual Keempat 18-02-1949
Ordinan Mahkamah 1948
Ord. 2/1950
Ordinan Mahkamah (Pindaan) 1950 01-01-1949
L.N. 41/1951
Peraturan-Peraturan Darurat (Majlis 25-01-1951
Hakim-Hakim) (Penggantungan)
1951
Ord. 29/1951
Ordinan Mahkamah (Pindaan) 1951 01-09-1951
L.N. 502/1951
L.N. 637/1951
Pindaan kepada Jadual Keempat 30-11-1950
Ordinan Mahkamah 1948
L.N. 207/1952
Pindaan kepada Jadual Keempat 26-04-1952
Ordinan Mahkamah 1948
L.N. 238/1952
Pindaan kepada Jadual Keempat 15-05-1952
Ordinan Mahkamah 1948
L.N. 566/1952
Pindaan kepada Jadual Keempat 23-10-1952
Ordinan Mahkamah 1948
Ord. 80/1952
Ordinan Mahkamah (Pindaan)
30-12-1952 1952
L.N. 240/1953
Kaedah Mahkamah Rendah 1953 01-05-1953
(Tandatangan Proses) No. 2
L.N. 317/1953
Pindaan kepada Jadual Keempat 25-06-1953
Ordinan Mahkamah 1948
L.N. 462/1953
Pindaan kepada Jadual Keempat 22-08-1953
Ordinan Mahkamah 1948
Ord. 49/1953
Ordinan Mahkamah (Pindaan)
15-10-1953 1953
L.N. 234/1954
Pindaan kepada Jadual Keempat 29-04-1954
Ordinan Mahkamah 1948
42
Undang-Undang Malaysia
L.N. 293/1954
Pindaan kepada Jadual Keempat 13-05-1954
Ordinan Mahkamah 1948
L.N. 241/1955
Pindaan kepada Jadual Keempat 12-05-1955
Ordinan Mahkamah 1948
L.N. 336/1955
Pindaan kepada Jadual Keempat 07-07-1955
Ordinan Mahkamah 1948
L.N. 501/1955
Pindaan kepada Jadual Keempat 01-12-1955
Ordinan Mahkamah 1948
Ord. 34/1955
Ordinan Harta Pusaka Kecil
Tarikh yang
(Pembahagian) 1955
berlainan ditetapkan bagi Negeri yang berlainan
L.N. 233/1956
Pindaan kepada Jadual Keempat 26-07-1956
Ordinan Mahkamah 1948
L.N. 161/1957
Perintah Perjanjian Persekutuan 04-04-1957
Tanah Melayu (Pemindahan Kuasa-Kuasa Penasihat British) 1957
Ord. 5/1958
Ordinan Mahkamah (Pindaan)
29-04-1958 1958
L.N. 174/1958
Perintah Perlembagaan Persekutuan 19-06-1958
(Pengubahsuaian Undang-Undang)
(Ordinan Mahkamah) 1958
L.N. 107/1959
Pindaan kepada Jadual Keempat 09-04-1959
Ordinan Mahkamah 1948
Ord. 18/1959
Ordinan Negeri Singapura 1959 03-06-1959
L.N. 212/1959
Ord. 24/1959
Ordinan Mahkamah (Pindaan) 1959 27-05-1959
L.N. 217/1959
L.N. 191/1961
Pindaan kepada Jadual Keempat 15-06-1961
Ordinan Mahkamah 1948
Akta 38/1962
Akta Hakim Rayuan 1962 31-05-1960
Ordinan dan
Tajuk Ringkas
Takat
Enakmen
Pemansuhan
Mahkamah Rendah 43
Akta 7/1964
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 16-09-1963
s.5 dan sebagaimana yang diperuntukkan dalam s.81;
16-03-1964
seksyen lain —
P.U. 85/1964
Akta 68/1965
Akta Penyemakan Undang-Undang 30-09-1965
Statut Persekutuan (Ordinan-Ordinan
Persekutuan Tanah Melayu Yang
Dahulu) 1965
L.N. 88/1965
Pindaan kepada Jadual Keempat 11-03-1965
Ordinan Mahkamah 1948
P.U. (A) 521/1969
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa 19-12-1969
Perlu) No. 14 1969
Akta A33
Akta Mahkamah (Pindaan) 1971 30-04-1971
Akta A125
Akta Mahkamah (Pindaan) 1972 16-03-1964
s.4;
23-06-1972
seksyen lain
Akta A126
Akta Mahkamah Kehakiman 01-11-1972
(Pindaan) 1972
Akta A128
Akta Probet dan Pentadbiran 23-06-1972
(Pindaan dan Peluasan) 1972
P.U. (A) 43/1974
Perintah Wilayah Persekutuan 01-02-1974
(Pengubahsuaian Akta Mahkamah
Rendah 1948) 1974
P.U. (A) 72/1974
Perintah Wilayah Persekutuan 01-03-1974
(Pengubahsuaian Akta Mahkamah
Rendah 1948) 1974 — Pembetulan
P.U. (B) 218/1975
Pemberitahuan di bawah subseksyen 01-06-1975 77(2) Akta Mahkamah Rendah 1948
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975
(Ringgit) 1975
Akta A315
Akta Mahkamah Rendah (Pindaan)
05-09-1975 1975
Ordinan dan
Tajuk Ringkas
Takat
Enakmen
Pemansuhan
44
Undang-Undang Malaysia
Akta A328
Akta Mahkamah Kehakiman 23-01-1976
(Pindaan) 1976
Akta A426
Akta Dadah Berbahaya (Pindaan)
10-03-1978 1978
Akta A427
Akta Senjata Api (Penalti Lebih 10-03-1978
Berat) (Pindaan) 1978
Akta A434
Akta Mahkamah Rendah (Pindaan)
01-07-1978 1978
Akta A459
Akta Mahkamah Rendah (Pindaan)
01-10-1979 1979
P.U. (A) 357/1980
Perintah Akta Mahkamah Rendah 01-06-1981
(Peluasan) 1980
Akta A566
Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983 16-12-1982;
kecuali s.15,
16 & 17;
01-01-1985
Akta A671
Akta Mahkamah Rendah (Pindaan)
22-05-1987 1987
Akta A887
Akta Mahkamah Rendah (Pindaan)
24-06-1994 1994
Ordinan dan
Tajuk Ringkas
Takat
Enakmen
Pemansuhan
Mahkamah Rendah 45
Akta 92
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Ord 24/1959 27-05-1959
Akta A125 23-06-1972
Akta A328 23-01-1976
Akta A671 22-05-1987
Akta A887 24-06-1994 3
Ord 24/1959 27-05-1959 4
Akta A887 24-06-1994 5
L.N. 240/1953 01-05-1953 6
Ord 24/1959 27-05-1959 7
Ord 24/1959 27-05-1959 8
L.N. 174/1958 19-06-1958 10
L.N. 174/1958 19-06-1958 13
Ord 24/1959 27-05-1959
Akta 38/1962 31-05-1960 27
Ord 24/1959 27-05-1959 34
Ord 49/1953 15-10-1953 52
Ord 49/1953 15-10-1953 54
Akta A125 23-06-1972 59
Akta A887 24-06-1994 60
Akta A328 23-01-1976 61
Ord 2/1950 01-10-1949
46
Undang-Undang Malaysia
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 63
Ord 29/1951 01-09-1951
Ord 49/1953 15-10-1953
Akta A33 30-04-1971
Akta A315 05-09-1975
Akta A426 10-03-1978
Akta A427 10-03-1978
Akta A434 01-07-1978 64
Ord 49/1953 15-10-1953
Akta A33 30-04-1971
Akta A434 01-07-1978 65
Ord 49/1953 15-10-1953
Akta A33 30-04-1971
Akta A434 01-07-1978
Akta A671 22-05-1987
Akta A887 24-06-1994 70
Akta A33 30-04-1971
Akta A434 01-07-1978
Akta A671 22-05-1987
Akta A887 24-06-1994 72
Akta A33 30-04-1971
Akta A434 01-07-1978
Akta A671 22-05-1987
Akta A887 24-06-1994 73
Akta A33 30-04-1971
Akta A434 01-07-1978
Akta A671 22-05-1987
Akta A887 24-06-1994 75
Ord 29/1951 01-09-1951 76
Akta A887 24-06-1994 77
L.N. 174/1958 19-06-1958 78
Akta A887 24-06-1994 78A
Akta A671 22-05-1987
Mahkamah Rendah 47
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 79
L.N. 174/1958 19-06-1958 80
Ord 2/1950 01-10-1949
Ord 49/1953 15-10-1953 85
Ord 49/1953 15-10-1953
Akta A33 30-04-1971
Akta A434 01-07-1978
Akta A459 01-10-1979 87
Ord 49/1953 15-10-1953
Akta A33 30-04-1971
Akta A434 01-07-1978 89
Akta A671 22-05-1987 90
Ord 49/1953 15-10-1953
Akta A33 30-04-1971
Akta A434 01-07-1978
Akta A671 22-05-1987 92
Akta A671 22-05-1987 93
Ord 29/1951 01-09-1951
Akta A33 30-04-1971
Akta A434 01-07-1978
Akta A671 22-05-1987
Akta A887 24-06-1994 99
L.N. 174/1958 19-06-1958 99A
Ord 29/1951 01-09-1951 101
Ord 24/1959 27-05-1959 102
Akta A434 01-07-1978 105
Ord 29/1951 01-09-1951
Ord 49/1953 15-10-1953 106
Akta A887 24-06-1994 107
Ord 29/1951 01-09-1951
48
Undang-Undang Malaysia
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 108
Ord 24/1959 27-05-1959
Jadual Ketiga
Ord 29/1951 01-09-1951
Ord 80/1952 30-12-1952
Ord 49/1953 15-10-1953
Akta A125 16-03-1964
P.U. (A) 72/1974 01-03-1974
Akta A434 01-07-1978
Akta A887 24-06-1994
Jadual Keempat
L.N. 52/1949 18-02-1949
L.N. 637/1951 30-11-1950
L.N. 207/1952 26-04-1952
L.N. 238/1952 15-05-1952
L.N. 566/1952 23-10-1952
L.N. 317/1953 25-06-1953
L.N. 462/1953 22-08-1953
L.N. 234/1954 29-04-1954
L.N. 293/1954 13-05-1954
L.N. 241/1949 12-05-1955
L.N. 336/1955 07-07-1955
L.N. 501/1955 01-12-1955
L.N. 233/1956 26-07-1956
L.N. 161/1957 04-04-1957
L.N. 107/1959 09-04-1959
L.N. 191/1961 15-06-1961
L.N. 88/1965 11-03-1965
Akta A125 23-06-1972
Akta A671 22-05-1987