Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa
Awam 1948.
Perlindungan bagi orang yang bertindak dalam melaksanakan kewajipan statutori atau kewajipan awam lain 2.
Jika, selepas mula berkuat kuasa Akta ini, apa-apa guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding lain dimulakan di Persekutuan terhadap mana-mana orang kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan menurut atau dalam melaksanakan atau dengan tujuan melaksanakan mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa kewajipan awam atau kuasa awam atau berkenaan dengan apa-apa keabaian atau keingkaran yang dikatakan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang bertulis, kewajipan atau kuasa sedemikian, peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa:
(a)
guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding itu tidak boleh diambil atau dimulakan melainkan jika ia dimulakan dalam tiga puluh enam bulan selepas sahaja perbuatan, keabaian atau keingkaran yang diadukan itu atau, dalam hal kecederaan atau kerosakan yang berterusan, dalam masa tiga puluh enam bulan selepas sahaja terhentinya kecederaan atau kerosakan itu;
Undang-Undang Malaysia 6
(b)
apabila dalam apa-apa guaman atau tindakan itu penghakiman diperolehi oleh defendan, penghakiman itu hendaklah termasuk kos yang akan ditetapkan sebagaimana antara peguam cara dengan klien;
(c)
jika prosiding itu merupakan suatu guaman atau tindakan untuk ganti rugi, tender penyelesaian sebelum guaman atau tindakan itu dimulakan bolehlah dirayukan sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada apa-apa rayuan lain;
(d)
jika guaman atau tindakan itu dimulakan selepas tender penyelesaian atau tawaran secara bertulis itu, atau diteruskan selepas dibayar kepada mahkamah apa-apa wang bagi menjelaskan tuntutan plaintif, dan plaintif tidak mendapat lebih daripada jumlah yang ditenderkan untuk penyelesaian, ditawarkan atau dibayar itu, dia tidak boleh mendapat apa-apa kos yang ditanggung selepas tender penyelesaian, tawaran atau bayaran itu, dan defendan berhak untuk mendapat kos yang akan ditetapkan sebagaimana antara peguam cara dengan klien mulai dari masa tender penyelesaian, tawaran atau bayaran itu, dan kos hingga pada masa tender penyelesaian, tawaran atau bayaran itu adalah menurut budi bicara mahkamah:
Dengan syarat bahawa peruntukan ini tidak menyentuh kos mengenai apa-apa injunksi dalam guaman atau tindakan itu.
Pemansuhan