(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 26 Januari 2005 pada 10.00 pagi di Pejabat Tanah
Pekan, Pahang; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn023y2004/no-977
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Noorzila binti Manaf, Pentadbir Tanah Pekan, Pendaftar Mahkamah Tinggi/ is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 977, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 26 Januari 2005 pada 10.00 pagi di Pejabat Tanah
Pekan, Pahang; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM28,000.00 (Ringgit
Malaysia: Dua Puluh Lapan Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM54,212.
89. Nama
Pemegang Gadaian: Malayan Banking Berhad, Tingkat 14, Menara Maybank,
100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut—
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM2,800.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Lapan Ratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar, selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[4hb Nov. 2004 50
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 25 Mei 2005 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Langgar. No. P.T.—2094. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1475.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 675/2000. (Satu (1) Suratan Hakmilik sahaja).
Bertarikh 16 Mac 2004
Pentadbir Tanah Daerah
[PTP: 4L-0037/2003]
Pekan