Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Mata
Wang
(Kehendak Pendaftaran) 2021.
/akn/my/act/pua/2021/127
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH MATA WANG (KEHENDAK PENDAFTARAN) 2021 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 127 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Mata
Wang
(Kehendak Pendaftaran) 2021.
Kehendak pendaftaran
Seorang pemohon bagi pendaftaran untuk menjalankan suatu perniagaan pemprosesan mata wang hendaklah memenuhi semua kehendak pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
JADUAL
[Perenggan 2]
KEHENDAK PENDAFTARAN
1.
Pemohon ialah suatu syarikat yang diperbadankan dan berdaftar atau disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dengan nilai bersih minimum dan modal kerja masing-masing sebanyak satu ratus ribu ringgit.
2.
Pemohon, dalam menjalankan perniagaan mengumpul mata wang kertas atau mata wang syiling bagi atau bagi pihak orang lain, dilesenkan atau mengguna khidmat mana-mana orang yang dilesenkan di bawah seksyen 3
Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27] untuk menjalankan suatu perniagaan agensi persendirian bagi maksud mengadakan pengawalan dan perlindungan bagi keselamatan harta atau perniagaan orang lain.
3
3.
Pemohon hendaklah menggunakan suatu premis yang ditetapkan bagi penggunaan eksklusif pemohon untuk menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang.
4.
Premis yang digunakan oleh pemohon untuk menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang hendaklah—
(a)
dibina mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan di bawah
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; dan
(b)
dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang termasuklah—
(i)
suatu sistem kawalan keselamatan yang merangkumi—
(A)
suatu bilik kawalan keselamatan yang dipasang dengan suatu sistem pemantauan berpusat;
(B)
suatu sistem pengawasan televisyen litar tertutup yang dipasang di sekeliling kawasan dalaman dan luaran premis itu;
(C)
suatu sistem pencegah pencerobohan, kecurian dan rompakan; dan
(D)
suatu sistem kawalan atau pengurusan pelawat;
(ii)
pengawal keselamatan yang telah lulus saringan tapisan keselamatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkaitan;
(iii)
suatu aktiviti rondaan keselamatan di sekeliling premis itu oleh pengawal keselamatan bersenjata pada setiap masa;
4
(iv)
suatu bilik kebal atau bilik simpanan selamat;
(v)
suatu kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang mencukupi berhubung dengan penggunaan premis itu sebagaimana yang diperakukan oleh
Ketua
Pengarah
Bomba dan
Penyelamat di bawah
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341];
(vi)
suatu kelengkapan keselamatan bagi mengendalikan apa-apa kecemasan termasuk peti pertolongan cemas dan papan tanda keselamatan; dan
(vii)
suatu alat perlindungan diri termasuk kasut keselamatan, sarung tangan, topeng muka dan gogal.
5.
Pemohon hendaklah menggunakan peralatan dan mesin pemprosesan mata wang yang—
(a)
berupaya untuk mengesan dan menyisih mata wang kertas atau mata wang syiling yang palsu;
(b)
berupaya untuk mengisih dan membungkus mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut kualiti sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank; dan
(c)
berupaya untuk mengisih dan membungkus mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut kuantiti dan denominasi.
6.
Pengarah, ketua pegawai eksekutif dan mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusan pemohon itu—
5
(a)
tidak pernah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan ketidakjujuran, fraud, penerimaan suapan atau rasuah di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar Malaysia;
(b)
tidak pernah memegang jawatan pengarah atau ketua pegawai eksekutif, atau terlibat secara langsung dalam pengendalian atau pengurusan, mana-mana syarikat yang pernah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan ketidakjujuran, fraud, penerimaan suapan atau rasuah di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar Malaysia melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya;
(c)
telah lulus saringan tapisan keselamatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkaitan;
(d)
bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(e)
ialah seorang yang jujur, berintegriti dan bereputasi baik; dan
(f)
telah menguruskan hal ehwal kewangannya dengan baik dan berhemat.
7.
Pemohon mempunyai suatu tatacara kendalian bagi pemprosesan mata wang dan pelan kesinambungan perniagaan.
8.
Pemohon telah mendapatkan suatu perlindungan insurans atau takaful untuk melindungi pada setiap masa nilai keseluruhan mata wang pelanggannya yang akan diproses oleh pemohon atau yang berada dalam milikan pemohon itu.
6
Dibuat 22 Mac 2021
[BNM/JUN/1120/05/09; PN(PU2)295]
DATUK NOR SHAMSIAH BINTI MOHD YUNUS
Gabenor
Bank Negara Malaysia
7
CURRENCY ACT 2020
CURRENCY (REGISTRATION REQUIREMENTS) ORDER 2021
IN exercise of the powers conferred by paragraph 25(1)(a)
of the
Currency Act 2020 [Act 827], the Bank makes the following order:
Citation 1.
This order may be cited as the Currency (Registration Requirements)
Order 2021.
Registration requirements 2.
An applicant for registration to carry on a currency processing business shall fulfil all registration requirements as specified in the Schedule.
[Paragraph 2]
REGISTRATION REQUIREMENTS
1.
The applicant is a company incorporated and registered or deemed to have been registered under the Companies Act 2016 [Act 777] with a minimum net worth and working capital of one hundred thousand ringgit respectively.
2.
The applicant, in carrying on a business of collecting currency note or currency coin for or on behalf of another person, is licensed or engages any person licensed under section 3 of the Private Agencies Act 1971 [Act 27]
to carry on a business of private agency for the purpose of providing guards and protection for the security of the property or business of other person.
3.
The applicant shall use a premises which is designated for the exclusive use of the applicant to carry on a currency processing business.
8
4.
The premises used by the applicant to carry on a currency processing business shall be—
(a)
constructed in accordance with the plans and specifications approved under the Street, Drainage and Building Act 1974 [Act 133] and the Town and Country Planning Act 1976 [Act 172]; and
(b)
equipped with security features which includes—
(i)
a security control system encompassing—
(A)
a security control room which is installed with a central monitoring system;
(B)
a closed-circuit television surveillance system installed at the surrounding of the internal and external areas of the premises;
(C)
a trespass, theft and robbery prevention system; and
(D)
a visitor control or management system;
(ii)
security guards who have passed security vetting conducted by the relevant authorities;
(iii)
a security patrol activity at the surrounding of the premises by armed security guards at all times;
(iv)
a vault or safe room;
9
(v)
an adequate fire-fighting equipment or fire safety installation in relation to the use of the premises as certified by the
Director
General of
Fire and
Rescue under the
Fire Services Act 1988 [Act 341];
(vi)
a safety equipment to handle any emergency including first aid kit and safety signage; and
(vii)
a safety gear including safety boots, glove, face mask and goggle.
5.
The applicant shall use currency processing equipment and machine which are—
(a)
capable to detect and separate counterfeit currency note or currency coin;
(b)
capable to sort and pack currency note or currency coin by quality as determined by the Bank; and
(c)
capable to sort and pack currency note or currency coin by quantity and denomination.
6.
The director, chief executive officer and any person concerned with the operation or management of the applicant—
(a)
has not been convicted of an offence relating to dishonesty, fraud, accepting gratification or corruption under any written law within or outside Malaysia;
(b)
has not held the position of a director or chief executive officer, or been directly concerned in the operation or management, of any company which has been convicted of an offence relating to dishonesty, fraud, accepting gratification or corruption under any written law within or outside Malaysia unless he proves that such offence was committed without his knowledge, consent or connivance;
10
(c)
has passed security vetting conducted by the relevant authorities;
(d)
is not an undischarged bankrupt;
(e)
is a person of probity, personal integrity and good reputation; and
(f)
has managed his financial affairs properly and prudently.
7.
The applicant has an operating procedure on currency processing and a business continuity plan.
8.
The applicant has obtained an insurance or a takaful coverage to cover at all times the total value of currencies of its clients which will be processed by the applicant or in the applicant’s possession.
Made 22 March 2021
[BNM/JUN/1120/05/09; PN(PU2)295]
DATUK NOR SHAMSIAH BINTI MOHD YUNUS
Governor
Central Bank of Malaysia