Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia (Asas bagi Pengiraan Levi Pertama dan Levi Tahunan berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) (Pindaan) 2026.
(2)
Perintah ini hendaklah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026.
Pindaan am 2.
Perintah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Asas bagi Pengiraan Levi
Pertama dan Levi Tahunan berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2023
[P.U. (A) 223/2023], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda—
(a)
dengan menggantikan perkataan
“jumlah sumbangan bersih”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “jumlah hasil takaful bersih”;
dan
(b)
dengan menggantikan perkataan
“jumlah premium bersih”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“jumlah hasil insurans bersih”.
Perenggan 5 baharu 3.
Perintah ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 4 perenggan yang berikut:
P.U. (A) 98 3
“Perkiraan peralihan berkenaan dengan takaful keluarga dan insurans hayat 5.
Bagi maksud subsubperenggan 2(4)(a), subperenggan 3(1), subsubperenggan 3(3)(a) dan subsubsubperenggan 3(3)(b)(i), penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat berkenaan dengan insurans perubatan dan kesihatan atau takaful perubatan dan kesihatan bagi tahun taksiran 2026 dan 2027—
(a)
berkenaan dengan penilaian liabiliti suatu anggota penanggung insurans yang menjadi suatu institusi anggota pada atau sebelum 31 Disember 2024, penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat berkenaan dengan insurans perubatan dan kesihatan atau takaful perubatan dan kesihatan hendaklah pada tarikh 31 Disember 2024 dan bukannya 31 Disember tahun taksiran sebelumnya; atau
(b)
berkenaan dengan penilaian liabiliti suatu anggota penanggung insurans yang menjadi suatu institusi anggota selepas 31 Disember 2024, penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat berkenaan dengan insurans perubatan dan kesihatan atau takaful perubatan dan kesihatan hendaklah pada tarikh 31 Disember tahun taksiran yang anggota penanggung insurans itu menjadi institusi anggota dan bukannya 31 Disember tahun taksiran sebelumnya.”.
Dibuat 20 Februari 2026
[MOF.SBM(R) 600-41/39/102 (13); PIDM/PN/3/2026; PN(PU2)689/JLD.9]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 98 4
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (BASIS FOR CALCULATION OF FIRST
LEVY AND ANNUAL LEVY IN RESPECT OF INSURER MEMBERS) (AMENDMENT)
ORDER 2026