Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
/akn/my/act/act/2010/704
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010 is Malaysia Act, cited as Act 704 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.
Opening note
Bahagian I
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aktuari” ertinya seseorang yang merupakan Fellow mana-mana persatuan profesional yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau seseorang yang diiktiraf oleh Lembaga sebagai seorang aktuari bagi maksud Akta ini, yang terdapat dalam senarai aktuari yang disenggarakan oleh Lembaga;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 704
“amanah saham” ertinya apa-apa amanah yang ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia yang berhubungan dengan
Labuan atau undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf bagi maksud, atau yang mempunyai kesan, untuk mengadakan kemudahan bagi penyertaan orang sebagai benefisiari di bawah amanah itu dalam apa-apa keuntungan atau pendapatan yang berbangkit daripada perolehan, pegangan, pengurusan atau pelupusan mana-mana harta;
“bahasa kebangsaan” ertinya bahasa kebangsaan Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32];
“bank Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan di bawah
Bahagian VI
“berkaitan”, berhubungan dengan sesuatu perbadanan, ertinya berkaitan dalam pengertian seksyen 4 Akta Syarikat Labuan 1990
[Akta 441];
“berurus niaga sekuriti” ertinya, sama ada sebagai prinsipal atau ejen, membuat atau menawarkan untuk membuat dengan mana-mana orang atau mendorong atau cuba untuk mendorong mana-mana orang untuk membuat atau menawarkan untuk membuat—
Lembaga boleh memberi kuasa mana-mana anggota atau pegawainya untuk melaksanakan mana-mana fungsinya, menjalankan mana-mana kuasanya atau menunaikan mana-mana kewajipannya di bawah Akta ini.
Tertakluk pada apa-apa had, jika ada, sebagaimana yang ditetapkan, seorang pegawai diberi kuasa hendaklah melaksanakan segala fungsi, menjalankan segala kuasa dan menunaikan segala kewajipan Lembaga sebagaimana yang diberi kuasa dan tiap-tiap fungsi yang dilaksanakan, kuasa yang dijalankan dan kewajipan yang ditunaikan sedemikian hendaklah disifatkan telah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan bagi maksud Akta ini.
Semua mahkamah, hakim dan orang yang bertindak secara kehakiman hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman terhadap meterai dan tandatangan Lembaga.
Orang yang layak dan sesuai
Jika seseorang pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, jika berkenaan, tidak lagi menjadi orang yang layak dan sesuai, entiti berlesen itu dan pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah itu, jika berkenaan, hendaklah dengan seberapa segera yang munasabah dapat dilaksanakan, memberitahu
Lembaga secara bertulis mengenainya, berserta dengan butir-butir mengenai perubahan itu.
Dalam menentukan sama ada seseorang ialah orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengambil kira yang berikut:
integriti, kecekapan, kebolehan berfikiran dengan bijak dan kedudukan kewangan orang itu;
sama ada orang itu telah dihukum bankrap, sama ada di Malaysia atau di tempat lain;
sama ada orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah di Malaysia atau di tempat lain dan jika penalti yang dikenakan ialah pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada dengan sendirinya atau sebagai tambahan kepada suatu denda; dan
apa-apa kriteria lain yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga.
Seseorang hendaklah berkewajipan untuk memberikan notis bertulis kepada Lembaga, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, mengenai apa-apa kejadian material yang boleh dijangkakan dengan munasabah yang akan menjejaskan statusnya sebagai seorang yang layak dan sesuai.
Jika Lembaga berpuas hati bahawa seseorang tidak layak dan sesuai, Lembaga boleh menghilangkan kelayakan orang itu daripada bertindak atas sifatnya sebagai pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi entiti berlesen.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 29
Perniagaan dalam, dari atau melalui Labuan
Akta 704
Walau apa pun subseksyen (1), suatu dana bersama, seorang pengurus dana dan seorang pentadbir dana yang ditubuhkan, dilesenkan atau didaftarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian III hendaklah disifatkan menjalankan perniagaan di Labuan walaupun perniagaan itu dijalankan keseluruhannya di luar Labuan atau di luar Labuan dari suatu tempat perniagaan atau pejabat berdaftar di dalam Labuan dan ungkapan “menjalankan perniagaan dari Labuan” termasuklah menjalankan perniagaan di luar Labuan dari suatu tempat perniagaan atau pejabat berdaftar di dalam Labuan.
Perkara Syariah
Mana-mana orang—
yang bercadang untuk membuat suatu tawaran langganan atau belian, atau menawarkan pelawaan untuk memohon beli atau membeli, sekuriti dalam atau dari dalam Labuan;
atau
yang menjalankan mana-mana perniagaan yang dikawal selia di bawah Bahagian III, IV, VI, VII dan X, yang dengan nyata selaras dengan prinsip Syariah hendaklah mematuhi peruntukan yang berkaitan dengan Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 dan dengan berbuat demikian, hendaklah disifatkan telah mematuhi semua undang-undang di Labuan yang berhubungan dengan perkara itu.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 704
apa-apa perjanjian bagi, atau dengan tujuan untuk, memperoleh, melupuskan, memohon beli, atau mengunderait sekuriti; atau
apa-apa perjanjian yang maksudnya atau maksud diakuinya adalah untuk mendapatkan keuntungan bagi mana-mana pihak daripada hasil sekuriti atau dengan merujuk kepada turun naik nilai sekuriti;
“dana awam” ertinya dana bersama yang selain dana persendirian;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 17
“dana bersama” atau “dana” ertinya suatu syarikat Labuan, suatu perbadanan yang diperbadankan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf, suatu perkongsian, suatu syarikat sel terlindung, suatu yayasan, atau suatu amanah saham yang—
mengutip dan mengumpul dana bagi maksud pelaburan bersama dengan matlamat mengagihkan risiko pelaburan;
dan
mengeluarkan kepentingan dalam dana bersama yang mengehakkan pemegang untuk menebus pelaburannya yang dipersetujui oleh pihak-pihak dan menerima amaun yang dihitung dengan merujuk kepada nilai kepentingan ikut kadar dalam keseluruhan atau sebahagian aset bersih jenis entiti yang disebut terdahulu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuk dana payung yang kepentingannya dalam dana bersama atau unit terbahagi kepada beberapa bilangan dana kelas berbeza atau dana kecil dan yang pesertanya berhak untuk menukar hak dalam satu bahagian kepada hak dalam bahagian yang lain;
“dana persendirian” ertinya dana bersama—
tidak lebih daripada lima puluh pelabur yang pelaburan pertama setiap pelabur itu tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau apa-apa jumlah lain yang ditetapkan oleh
Lembaga atau yang sama banyak nilainya dalam mana-mana mata wang asing; atau
apa-apa bilangan pelabur yang pelaburan pertama setiap pelabur itu tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit atau apa-apa jumlah lain yang ditetapkan oleh Lembaga atau yang sama banyak nilainya dalam mata wang asing; atau
yang ditentukan sebagai suatu dana persendirian di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 704
“debentur” termasuklah saham, bon, nota debentur dan apa-apa keterangan keterhutangan yang lain sesuatu perbadanan bagi wang yang dipinjam, sama ada atau tidak saham, bon, nota debentur dan apa-apa keterangan keterhutangan yang lain itu merupakan suatu gadaian ke atas aset perbadanan itu, tetapi tidak boleh ditafsirkan sebagai terpakai bagi mana-mana yang berikut:
apa-apa surat cara yang mengesahkan atau mewujudkan keterhutangan bagi, atau bagi wang yang dipinjam untuk membayar balasan yang kena dibayar di bawah, suatu kontrak jualan atau pembekalan barangan, harta atau perkhidmatan atau apa-apa kontrak sewaan dalam perjalanan biasa perniagaan;
penyata, buku akaun bank atau dokumen lain yang menunjukkan apa-apa baki dalam akaun semasa, deposit atau simpanan;
apa-apa perjanjian untuk mendapatkan pinjaman jika pemberi pinjam dan peminjam ialah penandatangan perjanjian itu dan jika peminjaman wang itu adalah dalam perjalanan biasa perniagaan pemberi pinjam, dan apa-apa nota janji hutang yang dikeluarkan di bawah terma perjanjian sedemikian;
apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk yang ditetapkan oleh Lembaga;
“ditubuhkan”, berhubungan dengan orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama, mempunyai pengertian yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual Pertama yang terdapat bersetentangan dengan orang itu;
“dokumen konstituen” ertinya statut, piagam, memorandum persatuan dan perkara persatuan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau dengannya seseorang ditubuhkan dan ruang lingkup fungsi, perniagaan, kuasa dan kewajipan orang itu dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 19
“entiti berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti di bawah mana-mana Bahagian;
“institusi berlesen Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Labuan di bawah
Labuan 1990;
“kaedah-kaedah”, berhubungan dengan sesuatu bursa yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX, ertinya kaedah-kaedah yang mengawal penjalanan bursa itu atau anggotanya;
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];
“lesen” ertinya lesen yang diberikan atau diperbaharui di bawah
Akta ini;
“liabiliti” termasuklah tiap-tiap jenis hutang, kewajipan dan obligasi, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau luar jangka;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang hakim
Mahkamah Tinggi;
“mata wang asing” ertinya mana-mana mata wang selain ringgit;
“menentukan”, jika tiada cara disebut, ertinya menentukan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan;
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 704
“menetapkan”, jika tiada cara disebut, ertinya menetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuk kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah itu bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“negara atau bidang kuasa diiktiraf” ertinya negara atau bidang kuasa yang ditentukan oleh Lembaga;
“orang” termasuk suatu perbadanan, suatu perkongsian, sekumpulan orang, diperbadankan atau tidak diperbadankan dan suatu perbadanan tunggal;
“orang yang mengawal”, berhubungan dengan seseorang pemohon bagi suatu lesen atau entiti berlesen di bawah Akta ini, ertinya seseorang yang—
berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada satu pertiga undi yang terikat dengan syer mengundi pada pemohon atau entiti berlesen itu;
mempunyai kuasa untuk melantik, atau menyebabkan supaya dilantik, majoriti pengarah pemohon atau entiti berlesen itu; atau
mempunyai kuasa untuk membuat, atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran pemohon atau entiti berlesen itu, dan untuk melaksanakan keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu dilaksanakan;
“pakar” termasuklah mana-mana jurutera, akauntan, peguam cara, penilai, juruaudit atau mana-mana orang lain yang profesion atau reputasinya memberikan autoriti kepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;
“pegawai”, berhubungan dengan suatu perbadanan, termasuklah—
seseorang pengarah, setiausaha atau pekerja perbadanan itu termasuk pegawai prinsipal;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 21
seseorang penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan perbadanan itu yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara; dan
seseorang pelikuidasi perbadanan itu yang dilantik dalam suatu penggulungan sukarela;
tetapi tidak termasuk—
seseorang pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah atau oleh pemiutang;
“pegawai amanah” ertinya seseorang pegawai syarikat amanah
Labuan yang diluluskan dan ditentukan sebagai pegawai amanah oleh Lembaga;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga di bawah subseksyen 3(2);
“pegawai prinsipal”, berhubungan dengan suatu entiti berlesen, ertinya seseorang, tidak kira apa jua nama dipanggil, yang, bertanggungjawab, tertakluk pada autoriti pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran entiti berlesen itu;
“pejabat” termasuk tempat utama perniagaan, cawangan, agensi, tempat perniagaan bergerak, tempat perniagaan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi suatu tempoh masa terhad sahaja, terminal elektronik dan mana-mana tempat perniagaan yang lain;
“pemastautin” ertinya mana-mana orang yang—
berhubung dengan orang sebenar, merupakan seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; dan
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 704
berhubung dengan mana-mana orang lain, merupakan seorang yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan, dan sedang beroperasi, di Malaysia, dan termasuklah seorang yang diisytiharkan sebagai pemastautin menurut seksyen 43 *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953
[Akta 17];
“pemegang lesen bank” ertinya suatu bank Labuan atau bank pelaburan Labuan yang dilesenkan di bawah Bahagian VI;
“pemegang lesen bank Malaysia” ertinya suatu pemegang lesen bank yang merupakan pejabat atau subsidiari suatu bank
Malaysia;
“pemegang lesen insurans” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah Bahagian VII;
“pengarah”, berhubungan dengan orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama, mempunyai pengertian yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual Pertama yang terdapat bersetentangan dengan orang itu;
“pengurus dana” ertinya seseorang yang, bagi balasan berharga, menyediakan perkhidmatan pengurusan sahaja atau bersekali dengan nasihat pelaburan atau perkhidmatan pentadbiran berkenaan dengan sekuriti bagi maksud pelaburan, termasuk berurus niaga sekuriti atau apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Lembaga;
“penjaga” ertinya orang yang dipertanggungkan oleh suatu dana bersama bagi penjagaan harta dana itu menurut perjanjian yang bermaksud sedemikian;
“pentadbir dana” ertinya seseorang yang, bagi balasan berharga, menyediakan bagi dana bersama perkhidmatan atau kemudahan pentadbiran sahaja atau bersekali dengan perkhidmatan perakaunan;
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 23
“penubuhan”, berhubungan dengan—
badan berkanun, ertinya pewujudan di bawah undang-undang yang menubuhkan, melantik atau membentuknya;
koperasi, ertinya pendaftaran, pemerbadanan atau selainnya wujud menurut undang-undang sebagai suatu koperasi;
perkongsian, termasuk perkongsian terhad dan perkongsian liabiliti terhad, ertinya pembentukan;
apa-apa badan, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang menghendaki pendaftaran atau apa-apa bentuk perekodan atau pengiktirafan lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum badan, persatuan atau kumpulan orang lain itu boleh memulakan aktivitinya dengan sah, ertinya pendaftaran, perekodan atau pengiktirafan di bawah undang-undang bertulis itu;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan atau wujud di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dan termasuklah syarikat Labuan asing tetapi tidaklah termasuk—
suatu kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja; dan
apa-apa persatuan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 704
“perisytiharan” ertinya pernyataan fakta bertulis yang orang yang membuatnya menandatangan dan sesungguhnya mengisytiharkan sebagai benar di hadapan pesuruhjaya atau pegawai majistret atau notari awam;
“perkongsian” ertinya perkongsian terhad atau perkongsian liabiliti terhad;
“perkongsian liabiliti terhad” ertinya suatu perkongsian liabiliti terhad yang dibentuk di bawah Akta Perkongsian Terhad dan
Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707], Bahagian X
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010
[Akta 705], atau di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;
“perkongsian terhad” ertinya suatu perkongsian terhad yang dibentuk di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 2010, Bahagian X Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, atau di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;
“peserta”, berhubung dengan orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama, mempunyai pengertian yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual Pertama yang terdapat bersetentangan dengan orang itu;
“pihak berkuasa penyeliaan negara asal” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan yang berkenaan di Malaysia atau di mana-mana negara lain yang menjalankan fungsi penyeliaan ke atas operasi mana-mana entiti berlesen;
“prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, pekeliling, iklan atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau tawaran untuk memohon beli atau membeli sekuriti, atau menawarkan apa-apa sekuriti untuk dipohon beli atau dibeli;
“rekod” ertinya suatu kemudahan bagi penyimpanan maklumat yang boleh didapatkan kembali atau dikeluarkan semula kemudiannya;
“ringgit” ertinya ringgit dalam mata wang Malaysia;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 25
“sekuriti” ertinya apa-apa pelaburan yang biasanya dikenali atau boleh diperihalkan sebagai sekuriti, dan termasuklah—
syer, debentur, dana, saham, kepentingan dalam suatu perkongsian terhad atau perkongsian liabiliti terhad atau amanah saham atau yayasan atau syarikat sel terlindung atau perbadanan;
debentur, bon atau nota daripada atau yang dikeluarkan oleh mana-mana badan (diperbadankan atau tidak diperbadankan), kerajaan, kerajaan tempatan atau pihak berkuasa;
perakuan kepentingan atau penyertaan dalam, perakuan sementara atau interim bagi, resit bagi atau waran untuk memohon beli atau membeli mana-mana pelaburan yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b); dan
sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;
“subsidiari” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Syarikat Labuan 1990;
“syarikat amanah Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan syarikat amanah di bawah seksyen 61 dan 71;
“syarikat amanah persendirian Labuan” ertinya syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang menjalankan perniagaan syarikat amanah bagi suatu amanah persendirian dan didaftarkan dengan
Lembaga di bawah Penggal 4 Bahagian V;
“syarikat asing” ertinya—
suatu syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau
suatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan yang di bawah undang-undang tempat asalnya boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya, atau memegang harta atas nama setiausaha atau pegawai lain pertubuhan, persatuan atau badan itu yang dilantik dengan sewajarnya bagi maksud itu, dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaannya di Malaysia;
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 704
“syarikat domestik” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990;
“syarikat Labuan asing” ertinya suatu syarikat asing yang didaftarkan di bawah Bahagian VIII Akta Syarikat Labuan 1990;
“syarikat pemegang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990;
“syarikat sel terlindung” ertinya syarikat yang diperbadankan, atau ditukar menjadi, syarikat sel terlindung mengikut peruntukan
Bahagian VIIIb Akta Syarikat Labuan 1990 atau mana-mana entiti yang serupa yang ditubuhkan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;
“tahun kewangan” ertinya tempoh tidak melebihi lima puluh tiga minggu yang pada akhirnya baki akaun dana itu diseimbangkan atau, jika akaun dana itu tidak dapat diseimbangkan atau jika tempoh lima puluh tiga minggu untuk berbuat demikian itu dilampaui, tahun kalendar;
“undang-undang kecil” ertinya terma bertulis yang dengan merujuk kepadanya jawatankuasa mengawal selia tatacaranya sendiri dan termasuk apa-apa terma yang terpakai baginya sebagaimana yang terkandung dalam memorandum dan perkara-perkara persatuan sesuatu bursa yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
“yayasan” ertinya suatu yayasan yang ditubuhkan di bawah Akta
Yayasan Labuan 2009 [Akta 706], Bahagian XI Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 atau apa-apa entiti yang serupa yang ditubuhkan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777 dan
P.U. (B) 50/2017.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 27
Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini”
hendaklah, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, disifatkan termasuk sebutan mengenai mana-mana peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
Walau apa pun takrif “sekuriti” di bawah Akta ini dan
“kepentingan” seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 66 Akta
Syarikat Labuan 1990, Menteri boleh, atas syor Lembaga, menetapkan apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk sebagai sekuriti bagi maksud Akta ini dan Akta
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.
Pentadbiran Akta
Bahagian II
Penggal 1
apa-apa debentur yang dinyatakan pada mukanya sebagai suatu debentur bercagar; dan
apa-apa debentur yang diterbitkan atas terma yang memberi pemegang debentur itu hak dan kuasa untuk mengundi dan menuntut suatu pengundian berkenaan dengan perniagaan dan pengusahaan syarikat, sama ada sebagai tambahan kepada hak anggota syarikat atau sebagai ganti hak itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 31
Penggal 2
Tawaran atau pelawaan yang menghendaki kelulusan Lembaga
Seseorang pemohon hendaklah mengemukakan kepada Lembaga apa-apa dokumen dan apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan tawaran atau pelawaan itu mengikut apa-apa bentuk dan cara dan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Lembaga.
Jika suatu permohonan telah dikemukakan kepada Lembaga di bawah seksyen ini, Lembaga boleh—
meluluskan sesuatu tawaran atau pelawaan dengan atau tanpa pengubahan dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut; atau
Tawaran atau pelawaan sekuriti yang berikut dikecualikan daripada kehendak untuk mendapatkan kelulusan Lembaga di bawah subseksyen (1):
tawaran atau pelawaan itu ditujukan kepada suatu kategori orang yang boleh dikenal pasti yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan secara langsung oleh orang yang membuat tawaran atau pelawaan itu atau oleh ejen yang dilantiknya; atau
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 704
hanya anggota dalam kategori itu yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu dibuat merupakan orang yang boleh menerima tawaran atau pelawaan itu dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan itu, dan bilangan orang yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan tidak melebihi lima puluh;
pelaburan kali pertama setiap pemegang debentur permulaan adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama banyaknya dalam apa-apa mata wang lain dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan itu; atau
pelaburan kali pertama setiap pemegang debentur permulaan adalah kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama banyaknya dalam apa-apa mata wang lain dan bilangan orang yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan tidak melebihi lima puluh dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan itu;
tawaran atau pelawaan sekuriti dalam suatu dana bersama yang memenuhi kehendak dana bersama di bawah
Bahagian III
mengemukakan atau menyebabkan supaya dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat palsu atau yang mengelirukan;
mengemukakan atau menyebabkan supaya dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang mempunyai peninggalan material; atau
terlibat dalam atau membantu atau menyubahati tingkah laku yang diketahuinya mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan
Lembaga.
Menjadi suatu pembelaan terhadap pendakwaan atau apa-apa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, selepas membuat siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pernyataan itu dibuat atau maklumat itu diberikan atau tingkah laku itu dilakukan mempercayai bahawa—
pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan;
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 704
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Iklan
Sesuatu permohonan bagi kelulusan untuk sesuatu iklan hendaklah diserahkan kepada Lembaga berserta dengan suatu salinan iklan itu yang ditentusahkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Lembaga.
Mana-mana orang yang menyiarkan atau menyebabkan supaya disiarkan di Labuan suatu iklan tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Lembaga melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Pendaftaran prospektus
Kehendak di bawah subseksyen (1) tidak terpakai jika tawaran atau pelawaan itu dibuat menurut atau berkaitan dengan sesuatu tawaran atau pelawaan yang dikecualikan di bawah subseksyen 8(5).
Lembaga tidak boleh mendaftarkan salinan mana-mana prospektus—
jika prospektus itu mengandungi apa-apa pernyataan atau perkara yang pada pendapatnya mengelirukan dari segi bentuk dan konteks pernyataan itu dimasukkan; dan
suatu salinan yang ditandatangani oleh tiap-tiap pengarah dan oleh tiap-tiap orang yang namanya terdapat dalamnya sebagai pengarah yang dicadangkan bagi perbadanan itu atau pengendali dalam hal dana awam yang memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 31 atau oleh ejen mereka yang diberi kuasa secara bertulis diserahkan kepada Lembaga pada atau sebelum tarikh pengeluarannya;
prospektus itu ternyata mematuhi kehendak Akta ini dan peraturan-peraturan atau Lembaga berpuas hati bahawa apa-apa penyimpangan daripada kehendak Akta ini atau peraturan-peraturan oleh prospektus itu adalah wajar dan tidak berkemungkinan untuk mengelirukan seseorang yang melabur berdasarkan kepercayaan pada kandungan prospektus itu; dan
telah juga diserahkan kepada Lembaga—
(aa) dalam hal suatu prospektus yang berhubungan dengan dana awam—
suatu perakuan daripada seorang pakar yang memperakukan bahawa prospektus itu mematuhi kehendak Bahagian III; dan
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 704
jika semua atau mana-mana bahagian prospektus itu tidak dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, suatu terjemahan prospektus itu atau sebahagian prospektus itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, yang ditentusahkan mengikut cara yang memuaskan hati Lembaga;
(bb) dalam hal mana-mana prospektus lain, suatu salinan, yang ditentusahkan sebagaimana yang ditentukan, apa-apa persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen 13 bagi pengeluaran prospektus dan apa-apa kontrak material yang disebut dalam prospektus itu atau, dalam hal apa-apa kontrak sedemikian yang tidak dalam bentuk bertulis, suatu memorandum yang memberikan butir-butir lengkap mengenainya, yang ditentusahkan sebagaimana yang ditentukan.
Jika suatu prospektus dikeluarkan tanpa suatu salinannya didaftarkan sedemikian, perbadanan dan tiap-tiap orang yang dengan disedarinya menjadi suatu pihak dalam pengeluaran prospektus itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Berhubung dengan suatu prospektus yang berhubungan dengan suatu dana awam, prospektus itu hendaklah, sebagai tambahan—
memberikan pendedahan lengkap, benar dan jelas mengenai semua fakta dan hal keadaan yang boleh memudahkan seseorang bakal pelabur membuat suatu penilaian munasabah dalam menentukan sama ada untuk membeli atau memohon beli syer sesuatu dana awam;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 37
mengandungi suatu pernyataan ringkasan mengenai hak pelabur di bawah seksyen 36; dan
jika dana awam itu telah beroperasi selama satu tahun kewangan yang lengkap, disertai dengan atau mengandungi rujukan mengenai tersedianya penyata kewangan bagi tahun kewangan dana awam itu yang sebaik sebelum tarikh tawaran itu dan laporan juruaudit mengenainya.
Jika—
apa-apa perubahan berlaku yang menjejaskan secara material mana-mana perkara yang dikehendaki supaya dizahirkan di bawah subseksyen (5); atau
telah berlaku perubahan material yang menjejaskan perkara yang dizahirkan dalam prospektus, maka pengurus dana bagi dana awam itu atau penaja, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari dari berlakunya perubahan itu memasukkan perubahan itu dalam prospektus yang berhubungan dengan dana awam itu atau tawaran menurut subseksyen 8(1) dan memberikan suatu salinannya kepada setiap pelaburnya dan kepada Lembaga.
Dokumen yang mengandungi tawaran sekuriti hendaklah dibuat melalui syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank dan hendaklah disifatkan sebagai prospektus
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 35
Apa-apa dokumen yang melaluinya tawaran di bawah subseksyen 8(1) dibuat hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai suatu prospektus yang dikeluarkan oleh perbadanan itu, dan semua undang-undang bertulis dan rukun undang-undang tentang kandungan prospektus dan tentang liabiliti berkenaan dengan iklan dan pernyataan dan ketidakdedahan dalam prospektus, atau selainnya
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 704
yang berhubungan dengan prospektus, hendaklah terpakai dan mempunyai kuat kuasa sewajarnya seolah-olah sekuriti itu telah ditawarkan di bawah subseksyen 8(1) dan seolah-olah orang yang menerima tawaran itu berkenaan dengan apa-apa sekuriti itu ialah pemohon beli baginya tetapi tanpa menjejaskan liabiliti, jika ada, orang yang membuat tawaran itu berkenaan dengan pernyataan atau ketidakdedahan dalam dokumen itu atau selainnya.
Bagi maksud Akta ini, melainkan jika sebaliknya dibuktikan, hendaklah menjadi keterangan bahawa suatu pengumpukan, atau suatu perjanjian untuk mengumpukkan, sekuriti telah dibuat oleh suatu perbadanan dengan tujuan untuk menawarkan sekuriti itu di bawah subseksyen 8(1) jika ditunjukkan—
bahawa suatu tawaran sekuriti di bawah subseksyen 8(1)
telah dibuat dalam masa enam bulan selepas pengumpukan atau perjanjian untuk mengumpukkan itu; atau
bahawa pada tarikh tawaran sekuriti di bawah subseksyen 8(1) dibuat, keseluruhan balasan yang hendaklah diterima oleh perbadanan itu berkenaan dengan sekuriti itu telah tidak diterima sedemikian.
Kehendak Bahagian ini tentang prospektus hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah orang yang membuat tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini ialah orang yang dinamakan dalam sesuatu prospektus sebagai pengarah sesuatu perbadanan.
Sebagai tambahan kepada pematuhan kehendak lain dalam Bahagian ini, dokumen yang membuat tawaran hendaklah menyatakan—
amaun bersih balasan yang diterima atau yang akan diterima oleh perbadanan yang membuat tawaran berkenaan dengan sekuriti yang dimaksudkan oleh tawaran itu; dan
tempat dan masa bagi kontrak yang di bawahnya sekuriti itu telah atau akan diumpukkan boleh diperiksa.
Jika suatu tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini dibuat oleh perbadanan, adalah mencukupi jika dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) itu ditandatangani bagi pihak perbadanan itu oleh dua orang pengarah perbadanan itu dan mana-mana pengarah sedemikian boleh memberikan kuasa kepada ejennya secara bertulis untuk menandatangan bagi pihaknya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 39
Persetujuan pakar terhadap pengeluaran prospektus yang mengandungi pernyataan olehnya
Jika mana-mana prospektus yang dikeluarkan oleh sesuatu perbadanan berlanggaran dengan seksyen ini, perbadanan itu dan tiap-tiap orang yang dengan disedarinya menjadi suatu pihak kepada pengeluaran prospektus itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Liabiliti sivil kerana pernyataan silap dalam prospektus
membenarkan atau menyebabkan supaya dirinya dinamakan dan telah dinamakan dalam prospektus sebagai seorang pengarah atau sebagai telah bersetuju menjadi seorang pengarah sama ada dengan serta-merta atau selepas suatu lat tempoh masa;
membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus itu.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 704
Walau apa pun apa-apa dalam subseksyen (1), jika persetujuan pakar dikehendaki bagi pengeluaran sesuatu prospektus dan dia telah memberikan persetujuan itu, dia tidak boleh semata-mata oleh sebab persetujuan itu menjadi bertanggungan sebagai seorang yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus itu kecuali berkenaan dengan pernyataan yang tidak benar yang berupa dibuat olehnya sebagai seorang pakar, dan kemasukan dalam prospektus itu nama seseorang sebagai seorang pemegang amanah bagi pemegang debentur, juruaudit, jurubank, barrister, peguam bela atau peguam cara atau broker saham atau syer tidaklah boleh semata-mata kerana sebab itu sahaja ditafsirkan sebagai suatu kebenaran oleh orang itu bagi pengeluaran prospektus itu.
Tiada seorang pun boleh bertanggungan di bawah subseksyen (1) jika dia membuktikan—
bahawa, setelah memberikan persetujuan untuk menjadi pengarah bagi perbadanan itu, dia telah menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan bahawa prospektus itu telah dikeluarkan tanpa kebenaran atau persetujuannya;
bahawa prospektus itu telah dikeluarkan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan dia telah dengan serta-merta memberikan notis awam yang munasabah mengenainya setelah dia menyedari akan pengeluaran prospektus itu;
bahawa selepas pengeluaran prospektus itu dan sebelum pengumpukan atau penjualan di bawahnya dia, setelah menyedari akan apa-apa pernyataan tidak benar dalam prospektus itu, telah menarik balik persetujuannya dan telah memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu dan mengenai sebab baginya; atau
berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benar yang tidak berupa sebagai dibuat atas kebenaran seorang pakar atau suatu dokumen atau pernyataan rasmi awam, dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pengumpukan, penerbitan atau penjualan sekuriti itu bahawa pernyataan itu benar;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 41
berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benar yang berupa sebagai suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pakar atau yang berdasarkan suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pakar atau yang terkandung dalam apa-apa yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada suatu laporan atau penilaian seorang pakar, ia benar-benar menggambarkan pernyataan itu, atau suatu salinan benar dan bersih suatu cabutan daripada laporan atau penilaian itu, dan dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pengeluaran prospektus itu, bahawa pakar yang membuat pernyataan itu berwibawa untuk membuatnya dan bahawa pakar itu telah memberikan persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen 13 bagi pengeluaran prospektus itu dan telah tidak menarik balik persetujuan itu sebelum suatu salinan prospektus itu dihantar serah untuk pendaftaran atau, pada pengetahuan orang itu, sebelum apa-apa pengumpukan, penerbitan atau penjualan di bawah prospektus itu; dan
berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benar yang berupa sebagai suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pegawai rasmi atau yang terkandung dalam apa-apa yang berupa suatu salinan atau cabutan daripada dokumen rasmi awam, ia suatu gambaran yang betul dan tepat mengenai pernyataan itu atau salinan atau cabutan daripada dokumen itu.
Subseksyen (3) tidaklah terpakai dalam hal seseorang yang bertanggungan, disebabkan dia telah memberikan persetujuan yang dikehendaki daripadanya oleh seksyen 13 sebagai seorang yang telah membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus berkenaan dengan suatu pernyataan tidak benar yang berupa sebagai telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 704
Seseorang yang selain subseksyen ini akan juga menjadi bertanggungan di bawah subseksyen (1), disebabkan dia telah memberikan persetujuan yang dikehendaki daripadanya oleh seksyen 13, sebagai seorang yang telah membenarkan pengeluaran sesuatu prospektus berkenaan dengan suatu pernyataan yang tidak benar yang berupa sebagai telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar tidak akan menjadi bertanggungan sedemikian jika dia membuktikan—
bahawa, selepas memberikan persetujuannya di bawah seksyen 13 mengenai pengeluaran prospektus itu, dia telah menarik balik persetujuan itu secara bertulis sebelum suatu salinan prospektus itu diserahkan kepada
Lembaga;
bahawa, selepas suatu salinan prospektus itu diserahkan kepada Lembaga dan sebelum penerbitan atau penjualan di bawah prospektus itu, dia telah, setelah menyedari akan pernyataan tidak benar itu, menarik balik persetujuannya secara bertulis dan telah memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu dan mengenai sebab baginya; atau
bahawa dia berwibawa untuk membuat pernyataan itu dan bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai sehingga masa penerbitan atau penjualan sekuriti itu bahawa pernyataan itu benar.
Jika—
sesuatu prospektus mengandungi nama seseorang sebagai pengarah suatu perbadanan, atau sebagai telah bersetuju untuk menjadi pengarah, dan dia tidak memberikan persetujuannya untuk menjadi pengarah, atau dia telah menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan telah tidak membenarkan atau memberikan persetujuannya bagi pengeluaran prospektus itu; atau
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 43
persetujuan seseorang dikehendaki di bawah seksyen 13
bagi pengeluaran prospektus dan dia sama ada telah tidak memberikan persetujuan itu atau telah menarik balik persetujuan itu sebelum pengeluaran prospektus itu, pengarah syarikat itu kecuali mana-mana pengarah yang tanpa pengetahuan atau persetujuannya prospektus itu dikeluarkan, dan mana-mana orang lain yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus itu, hendaklah bertanggungan untuk menanggung rugi orang yang dinamakan sedemikian atau yang persetujuannya dikehendaki sedemikian terhadap semua ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang dia mungkin bertanggungan disebabkan namanya telah dimasukkan dalam prospektus itu atau kemasukan suatu pernyataan yang berupa sebagai telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar dalam prospektus itu, atau dalam membela dirinya terhadap apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang dibawa terhadapnya berkenaan dengannya.
Liabiliti jenayah kerana pernyataan silap dalam prospektus
Seseorang tidak boleh disifatkan sebagai telah membenarkan atau menyebabkan pengeluaran sesuatu prospektus semata-mata oleh sebab dia memberikan persetujuan yang dikehendaki oleh
Penggal ini bagi kemasukan sesuatu pernyataan yang berupa sebagai dibuat olehnya sebagai seorang pakar ke dalam prospektus itu.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 704
Syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank sebagai ejen bagi tawaran
Bagi mengelakkan keraguan, suatu syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank hendaklah menjadi ejen sesuatu perbadanan yang menawarkan sekuriti di bawah subseksyen 8(1)
melalui syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank itu untuk menerima permohonan bagi penerbitan sekuriti dan hendaklah diperihalkan sedemikian dalam prospektus.
Semua wang yang kena dibayar atas permohonan sekuriti dalam sesuatu perbadanan hendaklah dibayar kepada syarikat amanah
Labuan atau pemegang lesen bank yang bertindak sebagai ejen bagi perbadanan itu, dan sementara menanti penerimaan amaun bayaran minimum oleh syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank itu, ia hendaklah memegang semua wang yang diterima olehnya atas amanah bagi pemohon itu, dan jika amaun bayaran minimum itu tidak diterima oleh syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu, syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank itu hendaklah, tertakluk pada apa-apa hak di bawah terma prospektus untuk memotong apa-apa kos dan caj yang terhutang kepadanya atau kepada Lembaga berkaitan dengan prospektus atau tawaran itu atau tindakannya sebagai broker dalam perkara itu, mengembalikan wang permohonan itu atau sebahagian daripadanya yang merupakan baki selepas pemotongan dibuat, jika ada, mengikut terma prospektus itu kepada pemohon secara pro rata berdasarkan masing-masing amaun yang dibayar oleh mereka.
Apabila syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank yang bertindak sebagai ejen suatu perbadanan menerima amaun bayaran minimum bagi pihak perbadanan itu, syarikat amanah
Labuan atau pemegang lesen bank itu hendaklah, tertakluk pada haknya untuk memotong saraan dan perbelanjaan yang sepatutnya daripada wang itu, memegang wang itu dan apa-apa wang permohonan selanjutnya sebagai ejen perbadanan itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 45
Larangan pengumpukan melainkan jika bayaran minimum diterima
jumlah wang yang kena dibayar atas permohonan sekuriti yang dimohon beli itu telah diterima oleh perbadanan itu, tetapi jika suatu cek bagi jumlah wang yang kena dibayar itu telah diterima oleh perbadanan itu, jumlah wang itu hendaklah disifatkan tidak diterima oleh perbadanan itu sehinggalah cek itu dibayar oleh bank yang mengeluarkannya.
Bayaran minimum itu hendaklah—
dikira berdasarkan harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan; dan
dihitung tanpa mengira apa-apa amaun yang kena dibayar selain dengan wang tunai.
Amaun yang kena dibayar atas permohonan setiap sekuriti yang ditawarkan hendaklah tidak kurang daripada lima peratus daripada harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan.
Apa-apa syarat yang menghendaki atau yang mengikat mana-mana pemohon bagi sekuriti supaya menepikan pematuhan apa-apa kehendak seksyen ini adalah tidak sah.
Tiada perbadanan boleh menerbitkan atau mengumpukkan, dan tiada pegawai atau penaja sesuatu perbadanan boleh membenarkan atau mengizinkan supaya diterbitkan atau diumpukkan, sekuriti di bawah subseksyen 8(1) berdasarkan suatu prospektus selepas habis tempoh enam bulan dari pengeluaran prospektus itu.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 704
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Wang permohonan hendaklah dipegang atas amanah sehingga penerbitan atau pengumpukan
Jika berlaku keingkaran dalam pematuhan seksyen ini, tiap-tiap pegawai perbadanan yang ingkar dan yang dengan disedarinya dan dengan sengaja membenarkan atau mengizinkan keingkaran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penggal 3
Kuasa untuk menerbitkan debentur
yang menjadi gadaian ke atas mana-mana atau kesemua aset syarikat itu;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 47
Hutang yang kena dibayar di bawah apa-apa debentur, sama ada dimeterai atau ditandatangani bagi pihak syarikat itu, hendaklah menjadi suatu hutang istimewa syarikat itu, dan jika debentur itu diterbitkan oleh cawangan sesuatu syarikat, hendaklah terletak di cawangan tersebut.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
menyekat hak sesuatu syarikat Labuan atau mana-mana kelas tertentu syarikat Labuan untuk menerbitkan debentur yang boleh ditukarkan kepada syer; dan
menetapkan terma dan syarat atau kejadian atau kejadian-kejadian yang atasnya penukaran hendak atau boleh dilakukan.
Pemegang amanah bagi pemegang debentur
Sesuatu syarikat peminjam tidak boleh mengumpukkan apa-apa debentur sehingga suatu syarikat amanah Labuan telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur itu.
Lembaga boleh meluluskan mana-mana orang lain untuk bertindak sebagai pemegang amanah bersama dengan syarikat amanah Labuan bagi pemegang debentur itu.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 704
Jika berlaku keingkaran oleh sesuatu syarikat peminjam pada mematuhi seksyen ini, syarikat peminjam itu dan tiap-tiap pegawai syarikat peminjam itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengecualian dan tanggung rugi pemegang amanah daripada liabiliti
untuk mengecualikan pemegang amanah daripada liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah;
untuk menanggung rugi seorang pemegang amanah terhadap liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan
Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah, melainkan jika terma, peruntukan atau waad itu—
melepaskan pemegang amanah itu daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan; atau
membolehkan suatu mesyuarat pemegang debentur untuk meluluskan pelepasan pemegang amanah daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 49
Bagi maksud perenggan (1)(B)—
suatu pelepasan diluluskan jika pemegang debentur yang mengundi untuk ketetapan itu memegang sebanyak tujuh puluh lima peratus daripada nilai nominal debentur yang dipegang oleh semua pemegang debentur yang hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; dan
seseorang pemegang debentur hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu jika—
pemegang debentur itu hadir sendiri pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; atau
jika proksi dibenarkan, pemegang debentur itu diwakili pada mesyuarat itu oleh seorang proksi dan proksi itu mengundi untuk ketetapan itu.
Kewajipan pemegang amanah
hendaklah menjalankan usaha yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak aset syarikat peminjam dan setiap syarikat penjaminnya, yang ada atau mungkin ada sama ada sebagai cagaran atau selainnya, mencukupi, atau mungkin akan atau akan menjadi mencukupi, untuk menjelaskan hutang prinsipal jika dan apabila hutang itu kena dibayar;
hendaklah memuaskan hatinya bahawa setiap prospektus yang berhubungan dengan debentur itu tidak mengandungi apa-apa perkara yang tidak selaras dengan terma debentur itu atau dengan surat ikatan amanah yang berkaitan;
hendaklah menjalankan usaha yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjaminnya telah melakukan apa-apa pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu;
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 704
kecuali jika ia berpuas hati bahawa pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu tidak akan memudaratkan secara material cagaran, jika ada, bagi debentur atau kepentingan pemegang debentur, hendaklah mengambil segala langkah dan melakukan semua perkara yang ia diberi kuasa untuk melakukan untuk menyebabkan syarikat peminjam itu dan mana-mana syarikat penjaminnya meremedikan apa-apa pelanggaran terma, peruntukan atau waad itu;
jika syarikat peminjam atau mana-mana syarikat penjaminnya, apabila dikehendaki sedemikian oleh pemegang amanah itu, tidak meremedikan apa-apa pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu, hendaklah membentangkan perkara itu pada mesyuarat pemegang debentur, mengemukakan apa-apa cadangan bagi melindungi pelaburan mereka sebagaimana yang difikirkan perlu dan sesuai oleh pemegang amanah itu dan mendapatkan arahan pemegang debentur berhubung dengannya; dan
jika syarikat peminjam mengemukakan kepada pemegang debentur itu suatu kompromi atau perkiraan, hendaklah memberi mereka suatu pernyataan yang menerangkan kesan kompromi atau perkiraan itu dan, jika difikirkannya patut, mengesyorkan kepada mereka suatu perjalanan tindakan yang sesuai untuk diambil oleh mereka berhubung dengannya.
Jika, selepas siasatan wajar, pemegang amanah bagi pemegang debentur pada bila-bila masa berpendapat bahawa aset syarikat peminjam dan aset mana-mana syarikat penjaminnya yang ada atau sepatutnya ada, sama ada sebagai cagaran atau selainnya, tidak mencukupi atau mungkin tidak akan mencukupi untuk menjelaskan hutang prinsipal jika dan apabila hutang itu kena dibayar, pemegang amanah itu boleh menyerahkan suatu permohonan mengikut bentuk yang ditentukan kepada Lembaga untuk mendapatkan suatu arahan di bawah subseksyen ini dan
Lembaga boleh, atas permohonan itu, selepas memberi syarikat peminjam itu peluang untuk membuat representasi berhubung dengan permohonan itu, melalui arahan bertulis yang disampaikan kepada syarikat peminjam itu di pejabat berdaftarnya di Labuan, mengenakan apa-apa sekatan ke atas aktiviti syarikat peminjam itu, termasuk sekatan mengenai pengiklanan bagi mendapatkan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 51
deposit atau pinjaman dan mengenai peminjaman oleh syarikat peminjam itu, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi melindungi kepentingan pemegang debentur, atau Lembaga boleh, dan jika syarikat peminjam itu menghendaki sedemikian hendaklah, mengarahkan pemegang amanah itu untuk menyerahkan suatu permohonan kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (4) dan pemegang amanah itu hendaklah memohon dengan sewajarnya.
Jika—
selepas siasatan wajar, pemegang amanah bagi pemegang debentur pada bila-bila masa berpendapat bahawa aset syarikat peminjam itu dan aset mana-mana syarikat penjaminnya yang ada atau sepatutnya ada tidak mencukupi, atau mungkin tidak akan mencukupi, bagi menjelaskan hutang prinsipal jika dan apabila hutang itu kena dibayar; atau
syarikat itu telah melanggar atau tidak mematuhi sesuatu arahan yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (2), pemegang amanah itu boleh, dan jika syarikat peminjam itu telah meminta pemegang amanah itu berbuat demikian, pemegang amanah itu hendaklah, memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (4).
Jika suatu permohonan diserahkan oleh pemegang amanah kepada Mahkamah di bawah subseksyen (2) atau (3), Mahkamah, selepas memberi syarikat peminjam itu peluang untuk didengar, boleh, melalui perintah, melakukan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu—
mengarahkan pemegang amanah itu supaya memanggil suatu mesyuarat pemegang debentur bagi maksud membentangkan di hadapan mereka apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kepentingan mereka sebagaimana yang difikirkan perlu atau sesuai oleh pemegang amanah itu dan bagi maksud mendapatkan arahan mereka berhubung dengannya, dan memberikan apa-apa arahan berhubung dengan penjalanan mesyuarat itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah;
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 704
menangguhkan kesemua atau apa-apa tindakan atau prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah oleh atau terhadap syarikat peminjam itu;
menghalang pembayaran apa-apa wang oleh syarikat peminjam itu kepada pemegang debentur syarikat peminjam itu atau kepada mana-mana kelas pemegang debentur itu;
melantik seorang penerima bagi mana-mana harta yang menjadi cagaran, jika ada, bagi debentur itu atau mana-mana bahagiannya; atau
memberikan apa-apa arahan lanjut dari semasa ke semasa sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan pemegang debentur, anggota syarikat peminjam itu atau mana-mana syarikat penjaminnya atau orang awam, tetapi pada membuat apa-apa perintah sedemikian Mahkamah hendaklah mengambil kira hak kesemua pemiutang syarikat peminjam itu.
Mahkamah boleh mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) sebagaimana yang difikirkannya patut.
Seseorang pemegang amanah pada membuat apa-apa permohonan kepada Lembaga atau Mahkamah hendaklah mengambil kira sifat dan jenis cagaran yang diberikan semasa debentur itu ditawarkan di bawah subseksyen 8(1), dan, jika tiada cagaran diberikan, hendaklah mengambil kira kedudukan pemegang debentur sebagai pemiutang tidak bercagar bagi syarikat peminjam itu.
Seseorang pemegang amanah boleh bergantung pada apa-apa perakuan atau laporan yang diberikan atau pernyataan yang dibuat oleh mana-mana peguam bela, juruaudit atau pegawai syarikat peminjam atau syarikat penjamin itu jika pemegang amanah itu mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa peguam bela, juruaudit atau pegawai itu berwibawa untuk memberikan atau membuat perakuan, laporan atau pernyataan itu.
Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 53
Obligasi pengarah syarikat peminjam
pada akhir sesuatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulan yang berakhir pada hari, yang tidak lewat daripada tarikh prospektus yang berkenaan, jika ada, atau tarikh debentur diterbitkan menurut surat ikatan amanah, yang pemegang amanah bagi pemegang debentur syarikat peminjam dikehendaki memberitahu syarikat peminjam itu secara bertulis; dan
pada akhir setiap tempoh yang berikutnya selepas itu, iaitu suatu tempoh selama tiga bulan atau apa-apa masa yang lebih singkat yang dibenarkan oleh pemegang amanah itu dalam apa-apa hal keadaan khas, menyediakan suatu laporan berhubung dengan tempoh itu dan yang mematuhi kehendak subseksyen (2) dan, dalam masa tiga puluh hari selepas berakhirnya setiap tempoh itu, menyerahkan suatu salinan laporan yang berhubungan dengan tempoh itu kepada
Lembaga dan kepada pemegang amanah itu.
Laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah ditandatangani oleh tidak kurang daripada dua orang pengarah bagi pihak kesemua pengarah dan hendaklah menyatakan secara terperinci apa-apa perkara yang memudaratkan cagaran atau kepentingan pemegang debentur dan, tanpa menyentuh keluasan yang terdahulu, hendaklah menyatakan—
sama ada atau tidak had amaun yang syarikat peminjam itu boleh meminjam telah dilebihi;
sama ada atau tidak syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjaminnya telah menuruti dan melaksanakan kesemua peruntukan dan waad yang mengikat mereka masing-masing melalui atau menurut debentur atau apa-apa surat ikatan amanah;
sama ada atau tidak apa-apa kejadian telah berlaku yang menyebabkan atau boleh menyebabkan debentur atau apa-apa peruntukan surat ikatan amanah yang berkenaan boleh dikuatkuasakan dan, jika demikian, butir-butir mengenai kejadian itu;
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 704
sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan yang menyentuh syarikat peminjam itu, subsidiarinya atau syarikat penjaminnya atau mana-mana daripadanya telah berlaku yang secara material menjejaskan apa-apa cagaran atau gadaian yang diwujudkan oleh debentur atau apa-apa surat ikatan amanah dan, jika demikian, butir-butir mengenai hal keadaan itu;
sama ada atau tidak telah terdapat apa-apa perubahan substansial pada jenis perniagaan syarikat peminjam itu atau mana-mana subsidiarinya atau mana-mana syarikat penjaminnya sejak debentur itu mula-mula diterbitkan di bawah subseksyen 8(1) yang dahulunya tidak dilaporkan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen ini dan, jika demikian, butir-butir mengenai perubahan itu; dan
jika syarikat peminjam itu telah mendepositkan wang dengan, atau meminjamkan wang kepada, atau mengambil alih apa-apa liabiliti, sesuatu perbadanan yang menurut seksyen 4 Akta Syarikat Labuan 1990 disifatkan berkaitan dengan syarikat peminjam itu, butir-butir mengenai—
jumlah amaun yang telah didepositkan atau dipinjamkan sedemikian dan takat apa-apa liabiliti yang telah diambil alih sedemikian dalam tempoh yang diliputi oleh laporan itu; dan
jumlah amaun yang terhutang kepada syarikat peminjam itu berkenaan dengan wang yang telah didepositkan atau dipinjamkan sedemikian dan takat apa-apa liabiliti yang telah diambil alih sedemikian pada akhir tempoh yang diliputi oleh laporan itu, dengan membezakan antara deposit, pinjaman dan pengambilalihan liabiliti yang bercagar dengan yang tidak bercagar, tetapi tidak termasuk apa-apa deposit dengan atau pinjaman kepada atau apa-apa liabiliti yang diambil alih bagi pihak sesuatu perbadanan jika perbadanan itu telah menjamin pembayaran balik debentur syarikat peminjam itu dan telah mengikat jaminan itu dengan suatu gadaian ke atas asetnya bagi faedah pemegang amanah bagi pemegang debentur syarikat peminjam itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 55
Jika terdapat pemegang amanah bagi pemegang apa-apa debentur yang diterbitkan oleh sesuatu syarikat peminjam, syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjamin yang telah menjamin pembayaran balik wang yang telah diperdapatkan melalui penerbitan debentur itu hendaklah, dalam tempoh dua puluh satu hari selepas pewujudan gadaian itu, memberi pemegang amanah bagi pihak pemegang debentur itu, sama ada atau tidak apa-apa tuntutan mengenainya telah dibuat, butir-butir bertulis mengenai apa-apa gadaian yang diwujudkan oleh perbadanan itu atau syarikat penjamin itu, mengikut kehendak keadaan, dan apabila amaun yang hendak didahulukan atas jaminan gadaian itu tidak tertentu dalam tempoh tujuh hari selepas pendahuluan itu, butir-butir mengenai amaun atau amaun-amaun yang sebenarnya didahulukan, tetapi jika apa-apa pendahuluan itu dicantumkan dalam suatu akaun semasa dengan jurubank atau pemiutang perdagangan, adalah mencukupi bagi butir-butir mengenai amaun bersih yang belum jelas berkenaan dengan apa-apa pendahuluan itu diberikan tiap-tiap tiga bulan.
Pengarah tiap-tiap syarikat peminjam yang telah menerbitkan debentur di bawah subseksyen 8(1), tidak termasuk yang dikecualikan di bawah subseksyen 8(5), dan pengarah tiap-tiap syarikat penjamin yang telah menjamin pembayaran balik wang yang diperdapatkan melalui penerbitan debentur hendaklah, pada sesuatu tarikh yang tidak lewat daripada sembilan bulan selepas habis tempoh setiap tahun kewangan syarikat peminjam itu, atau syarikat penjamin itu, menyebabkan supaya dibuat dan diserahkan kepada Lembaga dan kepada pemegang amanah itu suatu akaun untung rugi berserta dengan pernyataan terperinci mengenai liabiliti belum bayar di bawah debentur itu bagi tempoh mulai dari akhir tahun kewangan itu sehingga habis tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan itu dan suatu kunci kira-kira sebagaimana pada akhir tempoh yang dimaksudkan oleh akaun untung rugi itu.
Jika mana-mana syarikat penjamin, iaitu syarikat yang diperbadankan di mana-mana negeri atau wilayah yang dinamakan bagi maksud seksyen ini oleh Menteri, telah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di mana-mana negeri atau wilayah yang dinamakan itu suatu akaun untung rugi dan kunci kira-kira bagi tempoh yang berkenaan itu, ia hendaklah menjadi pematuhan yang mencukupi dengan kehendak subseksyen (4) jika, dengan persetujuan pemegang amanah, diserahkan kepada Lembaga dan pemegang amanah itu salinan diperakui bagi akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang diserahkan sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 704
Jika pengarah sesuatu syarikat peminjam tidak menyerahkan kepada pemegang amanah suatu laporan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), atau jika pengarah sesuatu syarikat peminjam atau pengarah syarikat penjaminnya tidak menyerahkan kepada Lembaga dan pemegang amanah akaun untung rugi, pernyataan terperinci dan kunci kira-kira sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) dalam masa yang ditentukan itu, pemegang amanah itu hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, menyerahkan notis mengenai hakikat itu kepada
Lembaga.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).
Obligasi syarikat penjamin untuk memberikan maklumat
Sesuatu syarikat penjamin yang tidak mematuhi kehendak yang terkandung dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (1)
dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 57
Pinjaman dan deposit hendaklah dibayar balik dengan serta-merta atas kejadian tertentu
Jika ternyata kepada pemegang amanah yang kepadanya suatu laporan diberikan oleh syarikat peminjam bahawa maksud atau projek itu telah tidak tercapai atau disempurnakan dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus yang dalamnya maksud atau projek itu hendak dicapai atau disempurnakan atau, jika tiada masa sedemikian dinyatakan, dalam sesuatu masa yang munasabah, pemegang amanah itu boleh, dan, jika pada pendapatnya adalah perlu untuk melindungi kepentingan pemegang debentur itu, pemegang amanah itu hendaklah memberikan notis bertulis kepada syarikat peminjam itu menghendakinya membayar balik wang yang telah diterima sedemikian dan, dalam masa satu bulan selepas notis itu diberikan, menyerahkan suatu salinan notis itu kepada Lembaga.
Pemegang amanah tidak boleh memberikan notis di bawah subseksyen (2) jika ia berpuas hati—
bahawa maksud atau projek itu telah sebahagian besarnya tercapai atau disempurnakan;
bahawa kepentingan pemegang debentur itu telah tidak termudarat secara material oleh kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus atau dalam masa yang munasabah; atau
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 704
bahawa kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu disebabkan oleh hal keadaan, selain kekurangan wang, yang di luar kawalan syarikat peminjam itu yang tidak dapat diramalkan dengan munasabah oleh syarikat peminjam itu pada masa prospektus itu dikeluarkan.
Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).
Penahanan terbitan debentur terpohon beli berlebihan
bahawa syarikat itu secara nyata memelihara hak untuk menerima atau menahan terbitan debentur terpohon beli berlebihan itu; dan
suatu had ke atas amaun terbitan debentur terpohon beli berlebihan itu yang boleh diterima atau ditahan.
Tertakluk pada mana-mana peraturan, jika sesuatu syarikat peminjam menyatakan dalam suatu prospektus yang berhubungan dengan suatu terbitan debentur bahawa syarikat itu secara nyata memelihara hak untuk menerima atau menahan terbitan debentur terpohon beli berlebihan—
syarikat peminjam itu tidak boleh membuat, membenarkan atau mengizinkan apa-apa pernyataan atau rujukan tentang sandaran aset bagi terbitan itu dibuat atau dikandungkan dalam mana-mana prospektus yang berhubungan dengan terbitan itu, selain suatu pernyataan atau rujukan kepada jumlah aset dan jumlah liabiliti syarikat peminjam itu dan syarikat penjaminnya, jika ada; dan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 59
prospektus itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan atau rujukan tentang jumlah aset dan jumlah liabiliti sebenar syarikat peminjam itu jika terbitan debentur terpohon beli berlebihan pada had seperti yang dinyatakan dalam prospektus itu diterima atau ditahan.
Mana-mana syarikat peminjam yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
tawaran atau pelawaan sekuriti yang menurut suatu tawaran pengambilalihan yang mematuhi undang-undang relevan yang terpakai bagi tawaran itu; dan
tawaran atau pelawaan sekuriti atau apa-apa kelas atau kategori sekuriti yang ditentukan oleh Lembaga.
Apa-apa ketentuan atau ketentuan-ketentuan yang dibuat di bawah perenggan (5)(e) hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat, sekatan atau had yang dikenakan oleh Lembaga.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 33
Mana-mana orang yang membuat suatu tawaran atau pelawaan sekuriti berlanggaran dengan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian III
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pelabur” ertinya seseorang, termasuk penjaga dan pengunderait, yang merupakan pemunya sekuriti yang diterbitkan oleh suatu dana bersama tetapi tidak termasuk seseorang yang mengambil inisiatif untuk membentuk atau mengelolakan perniagaan dana bersama dan tidak ada pemunyaan dalam dana itu;
“pengendali”, berkenaan dengan suatu dana bersama, ertinya—
jika dana bersama itu ialah suatu perbadanan, seorang pengarah perbadanan itu;
jika dana bersama itu ialah suatu perkongsian terhad, seorang pekongsi am dalam perkongsian terhad itu;
jika dana bersama itu ialah suatu perkongsian liabiliti terhad, pekongsi ditetapkan dalam perkongsian liabiliti terhad itu; atau
jika dana bersama itu ialah suatu amanah saham, seorang pemegang amanah bagi amanah itu;
Undang-Undang Malaysia 60
Akta 704
“penaja” ertinya seseorang yang bertindak bersendirian atau bersama-sama dengan orang lain secara langsung atau tidak langsung yang mengambil inisiatif dalam membentuk atau mengelolakan perniagaan suatu dana bersama, tetapi tidak termasuk seorang penjaga atau seorang pengunderait yang menerima komisen pengunderaitan tanpa mengambil bahagian dalam penubuhan atau pengelolaan perniagaan dana bersama itu;
“dana awam berdaftar” ertinya suatu dana awam yang didaftarkan di bawah seksyen 33;
“syer” ertinya satu syer atau lebih dalam modal syer suatu syarikat dana bersama termasuk, dalam hal suatu syarikat berhad dengan jaminan, kepentingan seseorang anggota syarikat itu dan termasuklah suatu kepentingan dalam suatu perkongsian dana bersama dan suatu saham dalam suatu amanah saham dana bersama.
DANA PERSENDIRIAN
Pemberitahuan oleh dana persendirian
Suatu dana persendirian berhak untuk menjalankan perniagaan atau mengaturkan atau mentadbirkan hal ehwalnya dengan memberikan notis bertulis kepada Lembaga dengan menyatakan butir-butir ruang lingkup dan jenis perniagaannya.
Dana persendirian hendaklah menyerahkan memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain
Memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan oleh suatu dana persendirian melalui entiti berlesen yang hendaklah berpuas hati dengan semunasabahnya bahawa—
memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang diserahkan itu merujuk kepada suatu dana persendirian sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Bahagian ini; dan
Sesuatu memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang diserahkan oleh suatu dana persendirian hendaklah disifatkan sebagai suatu prospektus setakat yang memorandum maklumat itu adalah berhubungan dengan liabiliti dana persendirian itu bagi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau yang mengelirukan atau yang daripadanya terdapat suatu peninggalan material.
Apabila Lembaga menerima memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain di bawah subseksyen (1),
Lembaga hendaklah mencatatkan butir-butir mengenainya dalam daftar yang disenggarakan menurut Penggal 5
Bahagian ini.
Pengetepian liabiliti kerana kesilapan atau peninggalan dalam memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 61
Jika sesuatu memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain diserahkan oleh dana persendirian kepada
Lembaga di bawah seksyen 29, baik Lembaga mahupun mana-mana pegawainya atau pekerjanya tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa jua jenis kesilapan, pernyataan silap atau peninggalan yang terdapat dalamnya.
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 704
Subpenggal 2
DANA AWAM
Dana awam hendaklah didaftarkan
Tertakluk pada subseksyen (3), tiada dana awam yang dicadangkan boleh menjalankan perniagaan atau mengaturkan atau mentadbirkan hal ehwalnya melainkan jika penerimaan bersyarat telah dibenarkan di bawah perenggan 33(1)(b).
Suatu dana awam yang dicadangkan yang baginya suatu penerimaan bersyarat telah dibenarkan di bawah perenggan 33(1)(b)
tidak boleh menjalankan perniagaan atau mengaturkan atau mentadbirkan hal ehwalnya tanpa mendapatkan persetujuan bertulis daripada Lembaga terlebih dahulu.
Permohonan oleh dana awam
pernyataan yang menyatakan ruang lingkup dan jenis perniagaan yang hendak dijalankan oleh pemohon dalam atau dari dalam Labuan;
surat cara yang melaluinya pemohon ditubuhkan atau apa-apa bukti lain yang dikehendaki oleh Lembaga supaya Lembaga berpuas hati bahawa pemohon ditubuhkan dengan sah di bawah undang-undang Malaysia yang berhubungan dengan Labuan atau di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 63
alamat tempat perniagaan pemohon dan alamatnya untuk penyampaian berhubungan dengan Labuan;
nama dan alamat orang di Labuan yang dibenarkan untuk mewakili pemohon dan untuk menerima penyampaian bagi pihaknya;
perisytiharan yang ditandatangani oleh pengarah bagi dana yang memohon tentang hal sulit dan rahsia;
jika ada, salinan prospektus, sama ada dalam bentuk draf atau muktamad, bagi dana awam itu.
Dana awam atau dana awam yang dicadangkan itu hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh
Lembaga dari semasa ke semasa.
Jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku berkenaan dengan apa-apa maklumat di bawah subseksyen (1) yang ditentukan oleh
Lembaga, pemohon, apabila pendaftaran atau penerimaan bersyarat dibenarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari selepas perubahan itu berlaku memfailkan suatu notis yang menyatakan jenis perubahan itu dengan Lembaga.
Kuasa untuk membenarkan atau enggan membenarkan pendaftaran dana awam
penerimaan bersyarat sesuatu dana awam yang dicadangkan.
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 704
Sesuatu kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat tertakluk pada apa-apa terma, syarat, batasan atau sekatan.
Sesuatu penerimaan bersyarat yang dibenarkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah sah dan berkesan selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh penerimaan bersyarat itu dibenarkan.
Sesuatu penerimaan bersyarat boleh diperbaharui bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan apabila permohonan dibuat kepada
Lembaga dan disertai dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh Lembaga.
Walaupun penerimaan bersyarat telah dibenarkan di bawah perenggan (1)(b) kepada suatu dana awam yang dicadangkan, Lembaga boleh membenarkan pendaftaran dana awam yang dicadangkan itu sebagai suatu dana awam di bawah perenggan (1)(a).
Tatacara pendaftaran
mendaftarkan dana awam itu dalam daftar yang disenggarakan di bawah Penggal 5 Bahagian ini; dan
Jika Lembaga membenarkan penerimaan bersyarat di bawah perenggan 33(1)(b), penaja dana awam yang dicadangkan itu hendaklah, sebelum habis tempoh penerimaan bersyarat itu atau tempoh diperbaharui penerimaaan bersyarat itu menghantar serah kepada Lembaga—
bukti yang memuaskan hati Lembaga bahawa dana awam yang dicadangkan itu telah ditubuhkan dengan sah di Labuan atau mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf; dan
maklumat yang disebut dalam subseksyen 32(1).
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 65
Jika Lembaga berpuas hati bahawa dana awam yang dicadangkan yang disebut dalam subseksyen (2) telah mematuhi kehendak subseksyen itu, Lembaga boleh membenarkan pendaftaran dana awam itu.
Jika Lembaga membenarkan pendaftaran di bawah subseksyen (3), Lembaga boleh mendaftarkan dana awam itu dalam daftar yang disenggarakan di bawah Penggal 5 Bahagian ini dan mengeluarkan perakuan pendaftaran.
Prospektus yang berhubungan dengan dana awam
Bagi mengelak keraguan, liabiliti sivil dan jenayah bagi pernyataan silap dalam prospektus yang diperuntukkan di bawah
Bahagian II hendaklah terpakai juga bagi prospektus yang diserahkan di bawah seksyen ini.
Hak pelabur
Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh memilih untuk menggunakan hak tindakan—
bagi ganti rugi, bersesama dan berasingan terhadap dana itu dan tiap-tiap orang yang, walaupun sedar tentang salah nyataan itu, menandatangani prospektus atau pindaan kepada prospektus itu dan menyetujui penerbitan dan penyerahannya atau menyebabkan prospektus atau pindaan prospektus itu ditandatangani atau diterbitkan dan difailkan.
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 704
Bagi maksud seksyen ini, “salah nyataan” ertinya—
apa-apa pernyataan yang tidak benar atau mengelirukan mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki supaya dizahirkan yang disebut dalam subseksyen (1); atau
Tiada seorang pun bertanggungan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan bahawa pembeli itu membeli syer yang ditawarkan oleh prospektus itu atau pindaan kepada prospektus itu dengan mengetahui tentang salah nyataan itu.
Hak untuk bertindak bagi mendapatkan pembatalan atau ganti rugi yang diberikan oleh subseksyen (2) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hak lain yang dipunyai oleh pihak yang terkilan itu di sisi undang-undang.
Batasan
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, suatu tindakan di bawah subseksyen 36(2) tidak boleh dimulakan selepas—
satu ratus lapan puluh hari dari hari pihak yang terkilan itu mula-mula mengetahui tentang salah nyataan itu; atau
satu tahun dari tarikh transaksi pembelian yang membangkitkan kausa tindakan itu, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Perakuan pematuhan
Tiap-tiap dana awam berdaftar yang menjalankan perniagaan di luar Labuan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf hendaklah, pada tiap-tiap tahun, dalam tempoh sembilan puluh hari dari berakhirnya tahun kewangannya, menyerahkan kepada Lembaga suatu perakuan pematuhan atau suatu dokumen yang bersamaan dengannya tidak kira dengan apa jua nama dipanggil daripada pihak berkuasa berwibawa yang bertanggungjawab bagi pengawalseliaan dan penyeliaan penjalanan perniagaannya di dalam negara atau bidang kuasa diiktiraf itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 67
Dana awam asing boleh diuruskan atau ditadbirkan di Labuan
Sesuatu dana awam yang didaftarkan dengan sah di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf tidak perlu didaftarkan sebagai dana awam di bawah seksyen 33
asalkan dana awam itu ditadbirkan atau diuruskan di Labuan oleh seorang pentadbir dana, penjaga, pemegang amanah atau pengurus dana, yang dilesenkan, didaftarkan atau berkelayakan di bawah
Bahagian ini.
PENGURUS DANA DAN PENTADBIR DANA
Pelesenan pengurus dana
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang berikut boleh menjalankan perniagaan sebagai pengurus dana suatu dana awam:
orang yang masih dan terus menjadi pengurus yang berkelayakan dan diberi kuasa bagi dana bersama di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf dan telah menerima kebenaran bertulis
Lembaga untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus dana awam; dan
Pengurus dana yang menjalankan aktiviti pengurusan dana berhubungan dengan dana persendirian sahaja tidak dikehendaki untuk dilesenkan di bawah Bahagian ini.
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 704
Pelesenan pentadbir dana
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang berikut boleh menjalankan perniagaan sebagai pentadbir dana suatu dana awam:
Bahagian VIII
Sesuatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus dana suatu dana awam hendaklah—
butir-butir sumber kewangan dan manusia dan kemudahan pentadbiran yang ada pada pemohon bagi penjalanan perniagaannya dengan berwibawa dan cekap;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 69
pernyataan mengenai yang berikut:
(aa) alamat tempat perniagaan pemohon dan alamatnya untuk penyampaian berhubungan dengan Labuan;
(bb) nama dan alamat seseorang di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon dan untuk menerima penyampaian bagi pihaknya; dan
apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud menentukan permohonan itu.
Permohonan bagi lesen pentadbir dana
Sesuatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pentadbir dana suatu dana awam hendaklah—
disertai dengan apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud menentukan permohonan itu.
Kuasa untuk memberikan atau enggan memberikan lesen
Pemberian lesen boleh dibuat tertakluk pada apa-apa terma, syarat, batasan atau sekatan.
Kecuali dengan persetujuan bertulis Lembaga, tiada perubahan boleh dibuat berkenaan dengan identiti, tempat tinggal, domisil, pemunyaan atau pemegangan syer pengurus dana atau pentadbir dana dalam tempoh kuat kuasa lesen itu.
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 704
Lembaga tidak boleh memberikan—
lesen kepada pentadbir dana suatu dana awam, melainkan jika Lembaga berpuas hati bahawa pemohon itu ialah orang yang layak dan sesuai untuk terlibat dalam perniagaan pengurusan dana atau pentadbiran dana bagi dana bersama.
Subpenggal 2
PEMEGANG AMANAH ATAU PENJAGA
Kelayakan pemegang amanah atau penjaga dana awam
Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai penjaga suatu dana awam melainkan jika orang itu ialah pemegang lesen bank atau syarikat amanah Labuan.
Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang masih dan terus menjadi pemegang amanah atau penjaga yang berkelayakan dan diberi kuasa bagi dana awam di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf dan telah menerima kebenaran bertulis daripada Lembaga untuk menjalankan perniagaan sebagai pemegang amanah atau penjaga suatu dana awam.
Subpenggal 3
PEMBERIAN LESEN ATAU PENDAFTARAN
Lesen atau pendaftaran
Sesuatu lesen yang diberikan atau pendaftaran yang dibenarkan di bawah Bahagian ini hendaklah—
mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 71
boleh diterima dalam semua mahkamah sebagai keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya.
Penggal 4
Kewajipan pengurus dana dan pentadbir dana bagi dana awam
Pengurus dana atau pentadbir dana suatu dana awam dan pegawainya hendaklah, dalam menjalankan kuasa dan kewajipan mereka—
menggunakan tahap cermat dan wajar sebagaimana yang boleh dijangkakan dengan munasabah pada seseorang dalam jawatan itu;
bertindak demi kebaikan kepentingan pelabur dalam dana awam dan, jika terdapat percanggahan antara kepentingan pelabur dengan kepentingannya sendiri, memberi keutamaan kepada kepentingan pelabur;
melayan pelabur yang memegang kepentingan daripada kelas yang sama secara sama rata dan peserta yang memegang kepentingan daripada kelas yang berlainan secara adil;
tidak menggunakan maklumat yang diperoleh melalui jawatannya sebagai pengurus dana atau pentadbir dana atau pegawainya untuk—
mendapatkan kelebihan yang tidak patut bagi diri mereka atau orang lain; atau
menyebabkan kemudaratan kepada pelabur dalam dana awam;
Undang-Undang Malaysia 72
Akta 704
memastikan bahawa semua pembayaran daripada harta dana awam itu dibuat mengikut dokumen konstituen dana awam itu, Akta ini dan mana-mana peraturan;
melaporkan kepada Lembaga, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas dia sedar akan apa-apa pelanggaran—
Akta ini dan mana-mana peraturan; atau
dokumen konstituen dana awam itu yang menyebabkan, atau berkemungkinan akan menyebabkan, kesan yang memudaratkan secara material pada kepentingan pelabur; dan
mengambil tindakan berhati-hati yang munasabah untuk membuat dan menyimpan rekod yang mencukupi mengenai semua perkara, transaksi dan urus niaga, termasuk rekod perakaunan.
Kewajipan pengurus dana, pentadbir dana, pemegang amanah atau penjaga dan pengarah di bawah undang-undang yang terpakai
Kewajipan pengurus dana, pentadbir dana, pemegang amanah atau penjaga dan pengarah mereka yang dikenakan ke atas mereka di bawah Penggal ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kewajipan yang selainnya dikenakan ke atas mereka oleh mana-mana undang-undang yang terpakai.
Kewajipan khusus pengurus dana bagi dana awam
memastikan bahawa suatu perjanjian bertulis dibuat dengan setiap pelanggan sebelum transaksi dijalankan bagi pihak pelanggan;
memahami objektif pelaburan, arahan, profil risiko dan sekatan pelaburan setiap pelanggan, jika berkenaan, yang hendaklah dinilai semula dan dikemaskinikan sekurang-kurangnya setiap tahun;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 73
bersikap wajar dan teliti dalam, dan ada asas yang munasabah dan mencukupi bagi, menyediakan dasar pelaburan atau syor pelaburan;
mendapatkan kelulusan setiap pelanggan mengenai dasar pelaburan atau syor pelaburan sebelum melaksanakannya;
memberikan maklumat lengkap dan tepat kepada setiap pelanggan supaya dapat membuat keputusan pelaburan yang berdasarkan maklumat apabila meluluskan dasar pelaburan atau syor pelaburan itu;
mengelakkan apa-apa salah nyataan dalam mana-mana dasar pelaburan atau syor pelaburan; dan
memastikan bahawa terdapat wang dan harta yang cukup dalam akaun pelanggan untuk menjalankan transaksi.
Sesuatu perjanjian bertulis yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah merangkumi antara lain, perkara yang berikut:
pemberitahuan mengenai apa-apa perubahan penting pada dasar pelaburan atau syor pelaburan;
kekerapan laporan bertulis mengenai prestasi dan kajian semula wang atau harta pelanggan yang dibandingkan dengan penanda aras yang sesuai;
apa-apa perkara lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Undang-Undang Malaysia 74
Akta 704
Seseorang pengurus dana yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan untuk mengasingkan aset pelanggan
Jika aset pelanggan yang dikehendaki supaya didepositkan ke dalam suatu akaun amanah oleh seksyen ini diterima oleh pengurus dana di suatu tempat di luar Malaysia, pengurus dana itu boleh mendepositkan aset sedemikian ke dalam suatu akaun amanah yang disenggarakannya di tempat itu.
Akaun amanah yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2)
hendaklah sentiasa disimpan berasingan daripada akaun pengurus dana, dan hendaklah ditandakan sedemikian dalam buku pengurus dana berhubungan dengan setiap akaun pelanggan, supaya wang, harta atau balasan berharga lain itu tidak pada bila-bila masa pun menjadi sebahagian daripada atau bercampur dengan aset am pengurus dana, dan semua pelaburan yang dibuat oleh syarikat sebagai pemegang amanah hendaklah ditentukan sedemikian rupa supaya amanah yang berkaitan dengan pelaburan itu dapat dikenal pasti dengan mudah pada bila-bila masa.
Aset pelanggan yang dipegang dalam suatu akaun amanah tidak boleh digunakan bagi pembayaran hutang pengurus dana atau tidak boleh dibayar atau diambil bagi pelaksanaan di bawah suatu perintah atau proses mahkamah bagi pembayaran hutang pengurus dana.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 75
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghapuskan atau menjejaskan apa-apa tuntutan atau lien sah yang dipunyai oleh mana-mana orang terhadap atau ke atas apa-apa aset pelanggan yang dipegang dalam akaun amanah atau terhadap atau ke atas apa-apa aset pelanggan yang diterima bagi pembelian atau daripada penjualan sekuriti sebelum aset itu didepositkan ke dalam akaun amanah.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan pengurus dana dan penjaga atau pemegang amanah untuk bertindak bebas daripada satu sama lain
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penggal 5
Daftar
pengurus dana dan pentadbir dana bagi dana awam.
Undang-Undang Malaysia 76
Akta 704
Daftar yang disebut dalam subseksyen (1) boleh mengandungi—
maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen 29, 32, 42
dan 43 berkenaan dengan setiap orang yang telah diberi lesen atau dibenarkan didaftarkan atau telah menerima kebenaran bertulis di bawah Akta ini;
tarikh lesen, pendaftaran atau kebenaran bertulis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
Daftar yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh mengeluarkan kepada mana-mana orang, atas permintaan orang itu, suatu perakuan pematuhan mengikut apa-apa bentuk, apabila dibayar apa-apa fi, sebagaimana yang ditetapkan.
Tiada seorang pun yang menjalankan apa-apa kuasa atau menunaikan apa-apa kewajipan di bawah Bahagian ini boleh, dengan disedarinya, mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam mana-mana orang yang telah diberi lesen, yang telah didaftarkan, atau diberi kebenaran bertulis di bawah Bahagian ini.
Akaun dan audit
menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan akaun dan rekod dan hendaklah, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan menyebabkan supaya disediakan suatu penyata akaun bagi tahun kewangan itu yang hendaklah termasuk suatu kunci kira-kira dan suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf;
menyimpan apa-apa rekod perakaunan dan penyata kewangan atau salinan-salinan benarnya di tempat perniagaannya di Labuan dan menjadikannya tersedia untuk diperiksa oleh Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 77
menyimpan di tempat perniagaannya di Labuan dan menjadikannya tersedia untuk Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga apa-apa rekod, penyata, dokumen atau maklumat lain yang ditetapkan secara bertulis oleh Lembaga;
dalam tempoh tiga bulan dari berakhirnya setiap tahun kewangan mengemukakan kepada seorang juruaudit penyata kewangan yang disebut dalam perenggan (a)
dan apa-apa rekod dan maklumat lain yang dikehendaki bagi pengauditan mengikut prinsip pengauditan yang diterima umum yang terpakai di Malaysia atau mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf; dan
mengadakan atau menjadikan tersedia untuk diperiksa oleh semua pelabur dana itu penyata kewangan yang disebut dalam perenggan (a) berserta dengan laporan juruaudit mengenainya.
Rekod perakaunan dan penyata kewangan yang dikehendaki disimpan mengikut subseksyen (1) boleh disimpan dalam apa-apa mata wang dan dalam apa-apa bahasa, tetapi jika rekod perakaunan dan penyata kewangan itu disimpan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, suatu terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, yang ditentusahkan mengikut cara yang memuaskan hati Lembaga, hendaklah disimpan oleh dana awam itu bersekali dengan rekod perakaunan dan penyata kewangan itu.
orang yang masih dan terus menjadi pentadbir dana yang berkelayakan dan diberi kuasa bagi dana bersama di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf dan telah menerima kebenaran bertulis
Lembaga untuk menjalankan perniagaan sebagai pentadbir dana bagi dana awam.
Pentadbir dana yang menjalankan aktiviti pentadbiran dana berhubungan dengan dana persendirian sahaja tidak dikehendaki untuk dilesenkan di bawah Bahagian ini.
Permohonan bagi lesen pengurus dana
Bahagian IV
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain “pemegang lesen sekuriti” ertinya seseorang, yang untuk mendapatkan balasan bernilai, memberikan nasihat pelaburan atau perkhidmatan pentadbiran berkenaan dengan sekuriti bagi maksud pelaburan, termasuk berurus niaga sekuriti atau apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 78
Akta 704
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang berikut boleh menjalankan perniagaan sebagai pemegang lesen sekuriti:
Permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pemegang lesen sekuriti hendaklah—
apa-apa fi permohonan yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan;
butir-butir mengenai sumber kewangan dan manusia dan kemudahan pentadbiran yang ada bagi pemohon untuk penjalanan perniagaannya dengan berwibawa dan cekap;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 79
suatu pernyataan mengenai yang berikut;
(aa) alamat tempat perniagaan pemohon dan alamatnya bagi penyampaian berhubungan dengan Labuan;
(bb) nama dan alamat seseorang di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon dan menerima penyampaian bagi pihaknya;
dan
suatu pernyataan yang membawa maksud bahawa pemohon telah mengisytiharkan pematuhan kepada
*Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan
Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613]
dan hendaklah memastikan bahawa ia akan mengemaskinikan dasar dan tatacaranya secara berkala untuk mematuhi kehendaknya; dan
apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Lembaga dengan munasabah bagi maksud menentukan permohonan itu.
Kuasa untuk memberikan atau enggan memberikan lesen
Pemberian lesen di bawah Bahagian ini boleh dijadikan tertakluk pada apa-apa terma, syarat, batasan atau sekatan.
Kecuali dengan persetujuan bertulis Lembaga, tiada perubahan boleh dibuat berkenaan dengan identiti, tempat tinggal, domisil, pemunyaan atau pemegangan syer pemegang lesen sekuriti dalam tempoh kuat kuasa lesen itu.
*CATATAN—Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] telah dipinda dan disebutkan sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2014—lihat seksyen 3 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014 [Akta A1467] dan P.U. (B) 400/2014.
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 704
Lesen
Sesuatu lesen yang diberikan di bawah Bahagian ini hendaklah—
boleh diterima dalam semua mahkamah sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.
Bahagian V
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“harta pusaka” ertinya apa-apa harta, sama ada harta tanah atau harta diri, yang dikomitkan kepada pentadbiran atau pengurusan suatu syarikat amanah Labuan sebagai wasi, pentadbir, pemegang amanah, penerima, jawatankuasa, penjaga atau ejen;
“syarikat amanah diurus Labuan” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan syarikat amanah apabila perniagaan itu diuruskan oleh satu lagi syarikat amanah Labuan menurut peruntukan Penggal 3 Bahagian ini;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 81
“pembuat amanah” ertinya—
seseorang yang mengadakan harta amanah atau membuat pemberian berwasiat atas amanah atau kepada suatu amanah, tetapi tidak termasuk seseorang yang membuat sumbangan kepada suatu amanah saham dan diperihalkan sedemikian dalam suatu surat cara amanah; dan;
jika terdapat lebih daripada seorang pembuat amanah yang dinamakan dalam surat cara amanah itu, pembuat amanah yang dinamakan itu mestilah orang berkaitan;
“perniagaan syarikat amanah” ertinya—
menubuhkan atau menggunakan pejabat pemindahan syer atau pejabat pendaftaran syer;
mentadbirkan, menguruskan atau selainnya mengurusniagakan harta sebagai ejen, wakil diri di sisi undang-undang atau pemegang amanah, sama ada melalui pekhidmat atau ejen atau selainnya;
menyenggarakan ejen bagi maksud mencari atau mendapatkan perniagaan, sama ada ejen itu bermastautin secara berterusan di Labuan atau tidak;
menyenggarakan pejabat, agensi atau cawangan, sama ada pejabat, agensi atau cawangan itu digunakan juga bagi apa-apa maksud oleh suatu entiti lain atau tidak;
perkhidmatan pengurusan dan perakaunan kepada;
atau
pengarah, setiausaha dan pejabat berdaftar bagi, syarikat Labuan yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 dan syarikat Labuan asing yang didaftarkan di bawah Akta itu;
Undang-Undang Malaysia 82
Akta 704
memperbadankan atau mendaftarkan syarikat di bawah
Akta Syarikat Labuan 1990 dan secara amnya bertindak sebagai ejen penyerahan bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserahkan oleh sesuatu syarikat atau seseorang di bawah Akta itu; dan
menyediakan apa-apa perkhidmatan lain yang diluluskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, kepada atau bagi pihak mana-mana orang;
“surat cara amanah” ertinya suatu surat cara bertulis yang melaluinya suatu amanah diwujudkan dan termasuklah suatu akuan amanah satu pihak dan suatu surat cara yang mengubah terma amanah itu.
Lesen dikehendaki untuk menjalankan perniagaan syarikat amanah di Labuan
Tiada seorang pun boleh menjalankan atau membuat transaksi atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mentransaksikan apa-apa perniagaan syarikat amanah melainkan jika—
orang itu diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta
Syarikat Labuan 1990 dan orang itu dilesenkan untuk berbuat demikian di bawah Akta ini; atau
orang itu dilesenkan sebagai suatu syarikat amanah diurus
Labuan.
Pendaftaran syarikat amanah
Seseorang pemohon boleh memohon kepada Lembaga bagi lesen di bawah subseksyen (1) dengan memenuhi kriteria yang berikut:
pemohon telah menyumbangkan sekurang-kurangnya jumlah yang setara dengan satu ratus lima puluh ribu ringgit dalam apa-apa mata wang asing kepada modal atau dana kerja syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu;
telah mendapatkan, atau akan mendapatkan suatu polisi insurans tanggung rugi profesional dengan perlindungan yang tidak kurang daripada satu juta ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang ditentukan oleh
Lembaga; atau
telah mendepositkan dengan Lembaga cagaran yang bernilai satu ratus ribu ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang ditentukan oleh Lembaga;
pemohon itu dapat menunaikan obligasinya, termasuk liabilitinya kepada pemegang syernya; dan
pengarah dan pegawai pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan syarikat amanah Labuan di Labuan, adalah orang yang layak dan sesuai.
Sesuatu syarikat amanah Labuan hendaklah mempunyai—
sekurang-kurangnya dua pegawai amanah, seorang daripadanya hendaklah ditempatkan di Labuan; dan
tempat perniagaan di Labuan.
Undang-Undang Malaysia 84
Akta 704
Terma dan syarat lesen
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 83
Tiap-tiap syarikat amanah Labuan hendaklah menyerahkan suatu notis dalam borang yang ditentukan kepada Lembaga mengenai—
apa-apa pertukaran pegawai amanahnya, dalam masa tujuh hari dari tarikh berkuatkuasanya perubahan atau pertukaran yang dinyatakan itu.
Tiap-tiap syarikat amanah Labuan hendaklah sentiasa ditanggung rugi di bawah suatu polisi insurans tanggung rugi profesional dengan perlindungan yang tidak kurang daripada satu juta ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun lain yang ditentukan oleh Lembaga sepanjang syarikat itu beroperasi sebagai suatu syarikat amanah
Labuan.
Tiada syarikat amanah Labuan boleh membuka apa-apa pejabat atau memperoleh atau menubuhkan apa-apa subsidiari di luar Labuan tanpa mendapatkan persetujuan bertulis Lembaga terlebih dahulu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penerusan sementara bagi penggulungan
Walau apa pun mana-mana peruntukan yang berlawanan,
Lembaga boleh memberi kuasa syarikat amanah Labuan secara bertulis untuk menjalankan perniagaan sehingga apa-apa takat dan bagi apa-apa jangka masa yang ditentukan dalam pemberikuasaan itu hanya bagi maksud untuk membolehkan syarikat amanah
Labuan itu menggulungkan hal ehwalnya berbangkit daripada pembatalan lesennya.
Penzahiran kepentingan berhubung dengan syarikat amanah
Labuan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 85
Tiap-tiap syarikat amanah Labuan yang dengan apa-apa jua cara mempunyai, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak dicadangkan atau menjadi pihak yang satu lagi dalam sesuatu transaksi yang syarikat itu bertindak atas sifat fidusiari sama ada sebagai pemegang amanah atau selainnya, hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan dengan munasabah, memberikan butir-butir mengenai kepentingannya kepada pelanggan yang berkenaan dan Lembaga.
Kuasa syarikat amanah Labuan untuk bertindak sebagai wasi
Jika sesuatu syarikat amanah Labuan dilantik sama ada syarikat itu sahaja atau bersesama dengan mana-mana orang lain sebagai wasi dalam wasiat terakhir seseorang pewasiat atau dalam suatu kodisil kepada wasiat itu, tidak kira bila wasiat atau kodisil itu telah dibuat, syarikat amanah Labuan itu boleh bertindak sebagai wasi dan boleh memohon untuk mendapatkan probet bagi wasiat itu dan apa-apa kodisil kepadanya, dan boleh melakukan dan menunaikan semua tindakan dan kewajipan sebagai wasi dengan sepenuhnya dan seberkesannya seperti mana-mana wasi lain.
Kuasa syarikat amanah Labuan untuk bertindak sebagai pentadbir
menyertai suatu syarikat amanah Labuan dalam permohonan untuk mendapatkan pemberian surat kuasa mentadbir harta pusaka itu bagi dirinya sendiri dan syarikat amanah
Labuan itu secara bersesama; atau
memberi kuasa syarikat amanah Labuan untuk memohon bagi mendapatkan pemberian surat kuasa mentadbir harta pusaka itu.
Undang-Undang Malaysia 86
Akta 704
Jika pentadbiran sesuatu harta pusaka, sama ada dengan atau tanpa wasiat terlampir, diberikan kepada suatu syarikat amanah
Labuan sama ada syarikat itu sahaja atau bersesama dengan mana-mana orang lain, syarikat amanah Labuan itu boleh melakukan dan menunaikan semua tindakan dan kewajipan yang dipunyai oleh jawatan sebagai pentadbir atau pentadbir bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, walaupun ia diperbadankan.
Kuasa tambahan syarikat amanah Labuan
Suatu syarikat amanah Labuan boleh dilantik sebagai ejen atau pemegang amanah di bawah apa-apa penyelesaian atau surat cara lain yang mewujudkan suatu amanah, atau untuk melaksanakan apa-apa amanah atau kewajipan yang dibenarkan, oleh Akta ini atau oleh memorandum atau perkara persatuannya atau oleh mana-mana surat cara yang memperbadankan syarikat amanah
Labuan itu, untuk diusahakan, dan boleh dilantik sedemikian, tidak kira bila penyelesaian atau surat cara yang mewujudkan amanah itu atau mengenakan kewajipan itu telah dibuat, dan sama ada sebagai pemegang amanah asal, pemegang amanah baru atau pemegang amanah tambahan, dan boleh melakukan dan menunaikan semua tindakan dan kewajipan seorang pemegang amanah dengan sepenuhnya dan seberkesannya seperti mana-mana pemegang amanah lain.
Kuasa syarikat amanah Labuan untuk bertindak sebagai pemegang amanah tunggal
Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat amanah
Labuan tidak boleh dilantik atau tidak berhak untuk bertindak sebagai pemegang amanah tunggal dalam apa-apa hal yang surat cara yang mewujudkan amanah atau kuasa itu dengan nyata—
melarang pelantikan suatu syarikat amanah Labuan;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 87
memperuntukkan bahawa hendaklah ada pemegang amanah lain sebagai tambahan kepada suatu syarikat amanah
Labuan; atau
memperuntukkan bahawa suatu syarikat amanah Labuan tidak boleh dilantik untuk bertindak sebagai pemegang amanah tunggal.
Kuasa syarikat amanah Labuan untuk bertindak sebagai pemegang amanah bersama dengan pemegang amanah lain
surat cara yang di bawahnya syarikat amanah itu bertindak memperuntukkan sedemikian;
syarikat amanah itu diberi kuasa atau dikehendaki untuk berbuat demikian oleh undang-undang; atau
Suatu syarikat amanah Labuan tidaklah bertanggungan bagi pecah amanah atau kerugian yang diakibatkan oleh apa-apa tindakan atau peninggalan pemegang amanah, wasi atau ejen bersama yang dengannya syarikat amanah itu bertindak, melainkan jika syarikat amanah Labuan itu sendiri telah terlibat secara aktif dalam, atau bersetuju dengan, pecah amanah itu.
Pewakilan kepada syarikat amanah Labuan
Semua tindakan yang dilakukan oleh syarikat amanah
Labuan itu sebagai penerima wakilan sedemikian hendaklah, terhadap mana-mana orang yang berurusan dengan syarikat amanah
Labuan itu tanpa notis mengenai pembatalan kuasa sedemikian oleh wasi, pentadbir, pemegang amanah atau ejen itu, menjadi sah dan berkuat kuasa walaupun terdapat pembatalan sedemikian.
Pelesenan syarikat amanah diurus Labuan
Akta 704
syarikat asing yang dilesenkan, didaftarkan atau diluluskan untuk menjalankan perniagaan syarikat amanah dalam bidang kuasa lain.
Lembaga boleh memberikan atau enggan memberikan lesen kepada orang itu sebagai syarikat amanah diurus Labuan dan mengenakan apa-apa terma dan syarat ke atas lesen itu sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Sesuatu permohonan bagi lesen di bawah Bahagian ini hendaklah disertai oleh—
pengemukaan perjanjian pengurusan terperinci yang dicadangkan antara pemohon dengan syarikat amanah
Labuan;
pengemukaan salinan diperakui perakuan pemerbadanan atau dokumen konstituen pemohon; dan
pengemukaan surat mengenai kedudukan baik atau apa-apa dokumen lain daripada jenis yang sama daripada pihak berkuasa yang berkenaan di negara asal pemohon, jika berkenaan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 89
Terma dan syarat lesen sebagai syarikat amanah diurus Labuan
Tiap-tiap syarikat amanah diurus Labuan hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa syarikat amanah Labuan itu masih dan terus dilesenkan sebagai suatu syarikat amanah Labuan di bawah Akta ini.
Untuk mengelakkan keraguan, kecuali bagi seksyen 61 dan 62
dan Penggal 4 Bahagian ini, semua peruntukan yang terpakai bagi suatu syarikat amanah Labuan di bawah Akta ini hendaklah juga terpakai bagi suatu syarikat amanah diurus Labuan.
Jika, selepas pelantikannya sebagai pengurus amanah diurus Labuan bagi suatu syarikat amanah diurus Labuan, lesen pengurus amanah diurus Labuan itu dibatalkan di bawah seksyen 168, syarikat amanah diurus itu hendaklah melantik seorang pengurus amanah diurus yang baru dalam tempoh empat minggu yang berikutan tarikh lesen syarikat amanah diurus Labuan itu dibatalkan, dan jika tidak berbuat demikian lesen syarikat amanah diurus itu hendaklah dibatalkan secara automatik oleh Lembaga.
Pengertian “orang berkaitan”
Bagi maksud Penggal 4—
suatu “amanah persendirian” ertinya suatu amanah yang setiap benefisiarinya ialah orang berkaitan berhubung dengan pembuat amanah itu;
seseorang ialah orang berkaitan berkenaan dengan mana-mana perhubungan yang berikut:
isteri atau suaminya;
ibu bapa mentuanya, termasuk ibu bapa mentua tiri;
adik lelaki atau abang, adik lelaki atau abang tirinya, adik perempuan atau kakaknya, adik perempuan atau kakak tirinya dan isteri atau suami mereka;
adik lelaki atau abang isteri atau suaminya, adik lelaki atau abang tiri isteri atau suaminya, adik perempuan atau kakak isteri atau suaminya, adik perempuan atau kakak tiri isteri atau suaminya dan isteri atau suami dan anak-anak mereka;
adik lelaki atau abang ibu bapanya, adik lelaki atau abang tiri ibu bapanya, adik perempuan atau kakak ibu bapanya, adik perempuan atau kakak tiri ibu bapanya dan isteri atau suami mereka;
anak-anak adik lelaki atau abang, adik lelaki atau abang tiri, adik perempuan atau kakak atau adik perempuan atau kakak tiri ibu bapanya, yang ada atau pada masa hadapan, termasuk anak tiri dan isteri atau suami mereka; dan
anak-anak adik lelaki atau abangnya, adik lelaki atau abang tirinya, adik perempuan atau kakaknya, adik perempuan atau kakak tirinya, yang ada atau pada masa hadapan, termasuk anak tiri dan isteri atau suami mereka;
bagi mana-mana hubungan yang dinyatakan dalam perenggan (b) yang boleh wujud dengan sepemendaan atau perhubungan sedarah, hubungan sama itu boleh wujud dengan pengangkatan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 91
Pendaftaran sebagai syarikat amanah persendirian Labuan
Seseorang pemohon boleh memohon kepada Lembaga, dalam borang yang ditentukan bagi pendaftaran sebagai suatu syarikat amanah persendirian Labuan di Labuan dengan memenuhi kriteria yang berikut:
pemohon memuaskan hati Lembaga bahawa pemohon akan mengadakan perkhidmatan syarikat amanah hanya bagi suatu amanah persendirian atau amanah-amanah persendirian yang diwujudkan atau yang akan diwujudkan oleh atau atas arahan pembuat amanah atau seorang individu atau individu-individu yang ialah orang berkaitan dengan pembuat amanah yang diperihalkan dalam surat cara amanah;
pengemukaan salinan diperakui surat cara amanah yang disempurnakan dan apa-apa surat cara amanah yang disempurnakan selepas itu;
pengemukaan surat aku janji bahawa ia tidak akan menjalankan apa-apa perniagaan syarikat amanah selain yang berkenaan dengan amanah persendirian atau amanah-amanah persendirian; dan
Lembaga boleh enggan mendaftarkan pemohon sebagai suatu syarikat amanah persendirian Labuan jika Lembaga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon itu berkemungkinan menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan benefisiari mana-mana amanah persendirian yang berkenaan dengannya pemohon memberikan perkhidmatan.
Undang-Undang Malaysia 92
Akta 704
Lembaga boleh, sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengenakan, mengubah atau membatalkan apa-apa terma atau syarat pada mana-mana pendaftaran di bawah Penggal ini dengan menyatakannya secara bertulis.
Terma dan syarat pendaftaran sebagai syarikat amanah persendirian Labuan
ejennya ialah suatu syarikat amanah Labuan yang dilesenkan di bawah Bahagian ini.
Tertakluk pada subseksyen (3), suatu syarikat amanah persendirian Labuan tidak boleh didaftarkan di bawah
Penggal ini dalam apa-apa tempoh yang ia sedang melanggar subseksyen (1).
Jika, selepas pelantikannya sebagai ejen syarikat amanah persendirian Labuan, lesen ejen itu dibatalkan, subseksyen (2)
tidaklah terpakai dan syarikat amanah persendirian Labuan itu hendaklah terus berdaftar bagi tempoh tiga puluh hari yang berikutan tarikh lesen ejen itu dibatalkan.
Kewajipan ejen syarikat amanah persendirian Labuan
jika syarikat amanah persendirian Labuan itu tidak pada masa itu menjalankan perniagaan amanah persendirian, bahawa syarikat amanah persendirian Labuan itu akan, apabila bermulanya perniagaan amanah persendiriannya, mematuhi perenggan 74(2)(a).
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 93
Ejen syarikat amanah persendirian Labuan hendaklah secara berkala mengambil segala langkah yang munasabah untuk memuaskan hatinya bahawa syarikat amanah persendirian Labuan itu terus mematuhi perenggan 74(2)(a).
Kekerapan ejen itu mengkaji semula pematuhan oleh syarikat amanah persendirian Labuan itu terhadap perenggan 74(2)(a)
hendaklah ditentukan oleh ejen itu berdasarkan penilaiannya mengenai risiko syarikat amanah persendirian Labuan itu tidak mematuhi seksyen itu.
Ejen itu hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa salinan paling terkini rekod yang berikut berkenaan dengan setiap syarikat amanah persendirian Labuan yang baginya dia bertindak sebagai ejen disimpan di pejabatnya di Labuan pada setiap masa:
surat cara amanah dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang mengubah terma amanah itu, bagi setiap amanah yang berkenaan; dan
dokumentasi dan maklumat lain yang padanya dia telah bergantung untuk memuaskan hatinya bahawa syarikat amanah persendirian Labuan itu mematuhi perenggan 74(2)(a).
Jika pada bila-bila masa ejen suatu syarikat amanah persendirian Labuan berpendapat bahawa syarikat amanah persendirian Labuan itu tidak mematuhi perenggan 74(2)(a), ejen itu hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai pendapatnya itu.
Kuasa Lembaga
Labuan itu—
Bila mana Lembaga mengambil tindakan menurut subseksyen (1), mahkamah boleh, selepas mendengar representasi daripada Lembaga atau mana-mana orang lain yang ternyata kepada mahkamah sebagai terjejas, memerintahkan pemindahan mana-mana amanah sedemikian kepada pemegang amanah yang baru, dan membuat apa-apa perintah tambahan atau sampingan atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, Lembaga hendaklah mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk membuat kehadiran, memulakan dan menjalankan prosiding menurut subseksyen (1).
Lembaga boleh menuntut kos guaman yang dilakukan dalam penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (1) daripada orang yang berkenaan atau syarikat amanah persendirian Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Ketidakpakaian peruntukan Bahagian ini
Akta 704
Peruntukan Penggal 1, 2, 3 dan 5 Bahagian ini tidaklah terpakai bagi syarikat amanah persendirian Labuan melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Bahagian ini.
Jika suatu syarikat amanah Labuan telah dilantik sebagai wasi, pentadbir, pemegang amanah, ejen atau wakil, syarikat itu hendaklah tertakluk dari semua aspek kepada kawalan yang sama dan kepada pemecatan atau penyekatan daripada bertindak, dan secara amnya kepada bidang kuasa mahkamah, mengikut cara yang sama seperti mana-mana wasi, pentadbir, pemegang amanah, ejen atau wakil lain.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 95
Afidavit pegawai
Dalam semua hal yang suatu syarikat amanah Labuan dikehendaki atau diberi kuasa untuk membuat apa-apa afidavit, perisytiharan atau pernyataan, syarikat itu boleh berbuat demikian melalui mana-mana pegawainya yang dilantik bagi maksud itu.
Pemeriksaan buku dan akaun syarikat amanah Labuan
memuaskan hati Mahkamah bahawa dia mempunyai kepentingan di bawah apa-apa amanah yang pada masa ini berada di bawah kawalan atau pengurusan suatu syarikat amanah Labuan; dan
membantah terhadap sesuatu tindakan atau keputusan syarikat amanah Labuan itu berdasarkan apa-apa ketidakteraturan atau kelakuan salah syarikat amanah
Labuan itu semasa melakukan tindakan itu atau membuat keputusan itu, boleh memohon kepada Mahkamah supaya apa-apa catatan dalam buku dan akaun syarikat amanah Labuan itu yang berhubungan dengan tindakan atau keputusan itu diperiksa.
Jika Mahkamah menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), Mahkamah boleh melantik seorang juruaudit untuk memeriksa catatan dalam buku dan akaun syarikat amanah
Labuan itu dan juruaudit itu hendaklah melaporkan dapatannya kepada Mahkamah.
Jika dibuktikan melalui dapatan juruaudit itu bahawa telah berlaku ketidakteraturan atau kelakuan salah oleh syarikat amanah
Labuan itu, Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut.
Bagi maksud seksyen ini, juruaudit tidak termasuk mana-mana juruaudit dalaman syarikat amanah Labuan itu.
Undang-Undang Malaysia 96
Akta 704
Memegang simpan rekod
Mana-mana syarikat amanah Labuan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Wang yang dibayar kepada syarikat amanah Labuan hendaklah dipegang atas amanah
Mana-mana syarikat amanah Labuan yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) dan tiap-tiap pegawai syarikat amanah
Labuan itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 97
Komisen, fi, caj dan perbelanjaan yang dilevikan oleh syarikat amanah Labuan
jika syarikat amanah itu memegang harta pusaka bagi pihak mana-mana orang, menerima daripada harta pusaka itu suatu komisen, sebagai tambahan kepada semua wang yang dibelanjakan dengan sepatutnya oleh syarikat amanah Labuan itu dan fi yang kena dibayar kepadanya dan yang boleh dikenakan terhadap harta pusaka itu; dan
dalam semua hal lain, melevikan fi, caj dan perbelanjaan berkenaan dengan apa-apa kerja yang dilaksanakan oleh syarikat amanah Labuan itu untuk atau bagi pihak mana-mana orang.
Jika Mahkamah berpendapat bahawa apa-apa komisen, fi, caj atau perbelanjaan yang dilevikan berkenaan dengan mana-mana harta pusaka atau berkenaan dengan apa-apa kerja yang dilaksanakan oleh syarikat amanah Labuan itu adalah keterlaluan, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang, yang bagi pihaknya harta pusaka itu dipegang, atau yang bagi pihaknya kerja itu dilaksanakan, mengkaji semula komisen, fi, caj atau perbelanjaan itu, dan boleh mengurangkannya jika difikirkannya patut.
Komisen, fi, caj atau perbelanjaan yang berhak diterima oleh suatu syarikat amanah Labuan di bawah seksyen ini tidak boleh dalam apa-apa cara pun terjejas atau dikurangkan oleh sebab mana-mana orang lain mungkin berhak kepada suatu komisen, fi, caj atau perbelanjaan berkenaan dengan kerja yang dilaksanakan itu.
Suatu syarikat amanah Labuan hendaklah mempunyai hak untuk berkongsi komisen, fi, caj atau perbelanjaan yang ia berhak kepadanya di bawah seksyen ini dengan mana-mana orang lain.
Undang-Undang Malaysia 98
Akta 704
Terjemahan akaun dan rekod
Jika apa-apa akaun atau rekod lain dikehendaki disimpan di bawah Akta ini tidak disimpan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pengarah syarikat amanah Labuan itu hendaklah menyebabkan suatu terjemahan benar akaun dan rekod itu dibuat dari semasa ke semasa pada lat-lat tempoh yang tidak melebihi tujuh hari dan hendaklah menyebabkan terjemahan itu disimpan bersama dengan akaun dan rekod asal.
Bahagian VI
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“lesen bank” ertinya lesen yang diberikan menurut suatu permohonan di bawah seksyen 88 atau seksyen 89, mengikut kehendak konteks;
“perniagaan kredit bangunan” ertinya perniagaan memberikan apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang bagi maksud nyata untuk—
pembinaan, pembinaan semula atau pengubahsuaian apa-apa bangunan atau struktur lain, bagi maksud kediaman, komersial atau industri;
“wang modal” ertinya modal berbayar dan rizab;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 99
“surat cara terbitan komoditi” termasuklah, setakat yang surat cara itu bukan suatu surat cara kewangan terbitan, komoditi hadapan, komoditi ke hadapan, komoditi swap, komoditi opsyen atau surat cara komoditi lain yang mempunyai ciri yang sama, yang boleh secara munasabahnya diselesaikan dengan wang tunai atau dengan sekuriti atau surat cara terbitan lain;
“kemudahan kredit” ertinya—
apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa jua nama dipanggil, yang dengan pemberiannya orang yang kepadanya pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain itu diberikan mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada wang orang yang memberikannya; atau
apa-apa jua liabiliti yang ditanggung bagi pihak mana-mana orang;
“perniagaan tanda kredit” ertinya apa-apa perniagaan yang suatu tanda, iaitu suatu cek, kad, baucar, setem, buku kecil, kupon, borang atau dokumen atau benda lain diberikan atau dikeluarkan kepada seseorang, yang disebut sebagai “pelanggan”, oleh orang yang menjalankan perniagaan itu, yang disebut sebagai “pengeluar”, yang dengannya pengeluar itu mengaku janji—
bahawa atas pengemukaan tanda itu, sama ada apa-apa tindakan lain juga dikehendaki atau tidak, pengeluar akan membekalkan wang tunai, barangan atau perkhidmatan atas kredit; atau
bahawa jika, apabila dikemukakan tanda itu kepada pihak ketiga, sama ada apa-apa tindakan lain juga dikehendaki atau tidak, pihak ketiga itu membekalkan wang tunai, barangan atau perkhidmatan, pengeluar itu akan membayar pihak ketiga itu bagi pihak mereka, sama ada dengan memotong apa-apa diskaun atau komisen atau tidak, dan sebagai balasannya pembayaran hendaklah dibuat selepas itu kepada pengeluar oleh pelanggan itu, dan bagi maksud takrif ini, penggunaan sesuatu tanda untuk mengendalikan sesuatu mesin yang disediakan oleh pengeluar atau oleh suatu pihak ketiga hendaklah dikira sebagai pengemukaan tanda itu kepada orang yang menyediakan mesin itu;
Undang-Undang Malaysia 100
Akta 704
“deposit” ertinya suatu jumlah wang yang diterima atau dibayar atas terma—
yang di bawahnya wang itu akan dibayar balik, dengan atau tanpa bunga atau pada suatu premium atau diskaun;
yang di bawahnya wang itu boleh dibayar balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan apa-apa balasan wang atau yang mempunyai nilai wang, dan pembayaran balik itu yang sama ada atas tuntutan atau pada masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran dan orang yang menerimanya, tanpa mengira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai suatu pinjaman, pendahuluan, pelaburan, simpanan, jualan atau jualan dan pembelian semula, tetapi tidaklah termasuk wang yang dibayar secara bona fide—
melalui pendahuluan atau bayaran sebahagian di bawah suatu kontrak jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan boleh dibayar balik hanya sekiranya harta atau perkhidmatan itu tidak atau tidak pada hakikatnya dijual, disewakan atau selainnya disediakan;
melalui jaminan bagi pelaksanaan sesuatu kontrak atau melalui jaminan berkenaan dengan apa-apa kerugian yang mungkin diakibatkan oleh ketidaklaksanaan sesuatu kontrak;
tanpa menjejaskan perenggan (B), melalui jaminan bagi penghantarserahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam keadaan tertentu atau selainnya; dan
dalam apa-apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
“surat cara kewangan terbitan” ertinya kontrak hadapan, ke hadapan, swap, atau opsyen, atau surat cara kewangan lain yang sama cirinya tetapi tidaklah termasuk—
semua yang terdapat dalam kunci kira-kira sebagai belum terima dan boleh dibayar, termasuk yang belum terima dan boleh dibayar yang memperoleh nilainya atau secara kontrak menghendaki pengaliran wang daripada
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 101
harga apa-apa sekuriti atau indeks lain, seperti sekuriti bersandarkan gadai janji, obligasi berdasarkan bunga semata-mata dan berdasarkan prinsipal semata-mata, dan surat cara hutang berindeks; dan
ciri opsyen yang terdapat dalam kunci kira-kira sebagai belum terima dan boleh dibayar, seperti ciri penukaran dan peruntukan panggilan yang terdapat dalam bon boleh tukar;
“surat cara terbitan” ertinya surat cara yang nilainya bergantung pada nilai indeks atau aset sandaran seperti mata wang, sekuriti, komoditi atau surat cara terbitan lain dan termasuklah surat cara kewangan terbitan dan surat cara terbitan komoditi;
“perniagaan pembiayaan pembangunan” ertinya perniagaan menyediakan modal atau kemudahan kredit lain atas terma yang akan menghendakinya digunakan bagi pembangunan industri, pertanian, komersial atau pembangunan ekonomi lain; dan bagi maksud takrif ini, “pembangunan” termasuklah permulaan apa-apa usaha baru industri, pertanian, komersial atau usaha ekonomi lain atau perluasan atau pembaikan apa-apa usaha sedemikian yang sedia ada;
“perniagaan pemfaktoran” ertinya perniagaan memperoleh hutang yang kena dibayar kepada mana-mana orang;
“perniagaan perbankan Labuan” ertinya—
perniagaan menerima deposit untuk akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau apa-apa akaun lain yang ditentukan oleh Lembaga;
apa-apa perniagaan lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dalam apa-apa mata wang (termasuk ringgit jika dibenarkan oleh
*Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau mana-mana undang-undang berkaitan yang lain yang berkuat kuasa);
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
Undang-Undang Malaysia 102
Akta 704
“perniagaan kewangan Labuan” ertinya—
apa-apa perniagaan lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dalam apa-apa mata wang (termasuk ringgit jika dibenarkan oleh *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau mana-mana undang-undang berkaitan yang lain yang berkuat kuasa);
“perniagaan perbankan pelaburan Labuan” ertinya—
perniagaan memberikan khidmat perundingan dan nasihat yang berhubungan dengan perkara-perkara korporat dan pelaburan termasuk berurus niaga sekuriti atau pembuatan dan pengurusan pelaburan bagi pihak mana-mana orang;
perniagaan menjalankan transaksi pertukaran asing, swap kadar faedah, urus niaga surat cara terbitan atau surat cara kewangan terbitan atau mana-mana aktiviti pengurusan risiko serupa itu yang lain;
apa-apa perniagaan lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dalam apa-apa mata wang (termasuk ringgit jika dibenarkan oleh *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau mana-mana undang-undang berkaitan yang lain yang berkuat kuasa);
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 103
“perniagaan perbankan Islam Labuan” ertinya perniagaan perbankan Islam yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan untuk berbuat demikian di bawah Bahagian VI Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;
“perniagaan kewangan Islam Labuan” ertinya perniagaan kewangan
Islam yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan untuk berbuat demikian di bawah Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;
“perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan” ertinya perniagaan perbankan pelaburan Islam yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan untuk berbuat demikian di bawah Bahagian VI
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;
“perniagaan pemajakan” ertinya perniagaan pemajakan atau pensubpajakan harta atas sewaan bagi maksud penggunaan harta sedemikian oleh penyewa tanpa mengira sama ada pemajakan itu adalah dengan atau tanpa opsyen untuk membeli harta itu, termasuk carter kapal, dan bagi maksud takrif ini, “harta” termasuklah apa-apa loji, mesin, kelengkapan atau barang lain yang terlekap atau akan dilekapkan pada tanah dan “carter kapal” ertinya carter bareboat sahaja dan tidak termasuk pengangkutan penumpang atau kargo melalui laut atau carter kapal dalam pelayaran atau berdasarkan masa;
“bank Malaysia” ertinya bank berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau bank Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam **Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];
“perniagaan broker wang” ertinya perniagaan pengaturan transaksi antara pembeli dengan penjual dalam pasaran wang atau pertukaran asing sebagai perantara yang fi broker dibayar atau akan dibayar sebagai balasannya, tetapi tidak termasuk pembelian atau penjualan ringgit atau mata wang asing sebagai prinsipal dalam pasaran sedemikian;
*CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013 —lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
**CATATAN—Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282
dan 283 Akta 759.
Undang-Undang Malaysia 104
Akta 704
“sistem pembayaran” ertinya apa-apa sistem perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian wang atau sekuriti, tetapi tidak termasuk—
sistem pembayaran yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank Negara atau dikendalikan bagi pihak Bank
Negara, di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009
[Akta 701];
pusat penjelasan yang ditakrifkan di bawah Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007;
sistem pembayaran dalaman yang dikendalikan oleh seseorang semata-mata bagi maksud pentadbirannya sendiri yang tidak memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan wang atau sekuriti bagi pihak ketiga; dan
sistem yang semata-mata memudahkan permulaan arahan pembayaran;
“modal berbayar”, berhubung dengan pemohon di bawah seksyen 88, 89 dan 90 atau pemegang lesen bank, ertinya jumlah wang yang disumbangkan oleh pesertanya untuk ia menjalankan perniagaan tetapi tidak termasuk kemudahan kredit yang diberikan kepadanya oleh pesertanya.
Labuan dan perniagaan kewangan Labuan hendaklah dijalankan hanya di bawah lesen
orang itu ialah bank Malaysia, dan memegang lesen sah untuk menjalankan perniagaan sedemikian.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 105
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan
Permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan oleh syarikat Labuan hendaklah disertai dengan yang berikut:
dokumen konstituen pemohon yang disahkan sewajarnya oleh pegawai pemohon mengikut apa-apa cara yang boleh diterima oleh Lembaga; dan
nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon itu;
nama dan alamat pengarah pemohon dan peserta yang setiapnya memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih;
suatu pernyataan mengenai nama, alamat, kelayakan, pengalaman bekerja dan jawatan yang dicadangkan bagi semua pegawai yang akan bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Labuan pemohon;
suatu pindaan yang dicadangkan terhadap dokumen konstituen pemohon yang kesannya ialah bahawa tujuan tunggal dan eksklusif syarikat Labuan itu adalah untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan;
Undang-Undang Malaysia 106
Akta 704
ialah suatu syarikat Labuan yang merupakan subsidiari sesuatu syarikat pemegang, suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit mengenai perniagaan syarikat pemegangnya bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
ialah suatu syarikat Labuan yang bukan subsidiari mana-mana perbadanan, suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit mengenai perniagaan pesertanya yang setiapnya memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan perbankan Labuannya, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk yang boleh diterima oleh Lembaga, dan jaminan serta aku janji itu hendaklah memperuntukkan, antara lain, bahawa—
pemohon hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan perbankan Labuannya;
tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga;
tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Labuan pemohon hendaklah orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu hendaklah dibuat hanya selepas berunding dengan Lembaga.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 107
Sesuatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan oleh suatu syarikat Labuan yang dicadangkan yang hendak diperbadankan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990
(“syarikat Labuan dicadangkan”) hendaklah disertai dengan yang berikut:
dokumen konstituennya yang dicadangkan yang disahkan dengan sewajarnya oleh mana-mana pegawainya mengikut apa-apa cara yang boleh diterima oleh Lembaga;
nama, tempat dan tarikh penubuhan yang dicadangkan bagi pemohon;
perniagaan utama yang dicadangkan dan tempat perniagaan utama yang dicadangkan bagi pemohon;
dan
nama dan alamat pengarah yang dicadangkan bagi pemohon dan peserta yang dicadangkan yang setiapnya memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih;
suatu pernyataan mengenai nama, alamat, kelayakan, pengalaman bekerja dan jawatan yang dicadangkan bagi semua pegawai yang akan bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Labuan pemohon;
suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit mengenai perniagaan peserta yang dicadangkan yang setiapnya akan memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu; dan
suatu pernyataan mengenai suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan oleh pesertanya yang dicadangkan bahawa mereka akan menyebabkan syarikat
Labuan yang dicadangkan itu, apabila diperbadankan, untuk mendapatkan jaminan dan memberikan suatu aku janji sebagaimana yang disebut dalam perenggan (2)(f).
Undang-Undang Malaysia 108
Akta 704
Sesuatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan oleh suatu syarikat Labuan asing hendaklah disertai dengan yang berikut:
dokumen konstituennya yang disahkan dengan sewajarnya oleh mana-mana pegawainya mengikut apa-apa cara yang boleh diterima oleh Lembaga;
nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;
nama dan alamat pengarah pemohon dan peserta yang setiapnya memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih;
suatu pindaan yang dicadangkan terhadap dokumen konstituen pemohon yang kesannya ialah bahawa tujuan tunggal dan eksklusif syarikat Labuan asing itu adalah untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan;
suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit mengenai perniagaan pemohon bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
suatu aku janji yang diberikan oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan perbankan Labuannya, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk yang boleh diterima oleh
Lembaga, dan aku janji itu hendaklah memperuntukkan, antara lain, bahawa—
pemohon hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan perbankan Labuannya;
jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan asing, bahawa ia hendaklah dengan segera memberitahu
Lembaga tentang apa-apa pertukaran dalam pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 109
tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Labuannya hendaklah orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu hendaklah dibuat hanya selepas berunding dengan Lembaga.
Suatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan oleh suatu syarikat asing yang berkehendakkan untuk didaftarkan sebagai suatu syarikat Labuan asing di bawah
Akta Syarikat Labuan 1990 (“Syarikat Labuan asing yang dicadangkan”) hendaklah disertai dengan yang berikut:
dokumen konstituen yang di bawahnya syarikat Labuan asing itu hendak ditubuhkan, yang disahkan sewajarnya oleh mana-mana pegawainya yang dicadangkan mengikut apa-apa cara yang boleh diterima oleh Lembaga;
suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
nama, tempat dan tarikh penubuhan syarikat asing itu;
nama dan alamat peserta syarikat asing itu yang setiapnya memegang sepuluh peratus modal berbayar syarikat asing itu atau lebih;
nama, alamat, kelayakan, pengalaman bekerja dan jawatan yang dicadangkan bagi semua pegawai syarikat Labuan asing yang dicadangkan itu yang akan bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Labuannya; dan
suatu aku janji yang diberikan oleh syarikat asing itu sebagaimana yang disebut dalam perenggan (4)(e).
Undang-Undang Malaysia 110
Akta 704
Sesuatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan oleh bank Malaysia hendaklah disertai dengan yang berikut:
dokumen konstituen pemohon yang disahkan dengan sewajarnya oleh pegawai pemohon mengikut apa-apa cara yang boleh diterima oleh Lembaga; dan
suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit mengenai perniagaan pemohon bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;
nama dan alamat pengarah pemohon dan peserta yang setiapnya memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih; dan
suatu pernyataan mengenai nama, alamat, kelayakan, pengalaman bekerja dan jawatan yang dicadangkan bagi semua pegawai yang akan bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Labuan pemohon.
Permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan pelaburan Labuan
Suatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan pelaburan Labuan hendaklah dibuat secara bertulis oleh atau bagi pihak pemohon kepada Lembaga dan peruntukan seksyen 88 berhubungan dengan perniagaan perbankan Labuan hendaklah juga terpakai baginya kecuali “perniagaan perbankan
Labuan” hendaklah dibaca sebagai “perniagaan perbankan pelaburan
Labuan”.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 111
Permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan kewangan Labuan
Suatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan kewangan Labuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga oleh atau bagi pihak pemohon dan hendaklah disertai dengan apa-apa dokumen, pernyataan dan maklumat yang ditentukan oleh
Lembaga.
Maklumat tambahan
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, selepas diterima sesuatu permohonan di bawah seksyen 88, 89 atau 90 dan sebelum suatu penentuan dibuat, secara lisan atau secara bertulis, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat tambahan secara lisan atau bertulis, atau untuk memberikan apa-apa dokumen tambahan, sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon untuk lesen.
Pemberian lesen oleh Lembaga
Jika Lembaga menolak permohonan itu, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.
Jika Lembaga meluluskan permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen kepada pemohon apabila pemohon memenuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah permohonan untuk lesen itu.
Lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehinggalah lesen itu diserahkan balik atau dibatalkan mengikut Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 112
Akta 704
Tiada pemohon boleh diberi suatu lesen bank di bawah seksyen ini tanpa persetujuan bertulis Lembaga jika wang modalnya adalah kurang daripada sepuluh juta ringgit atau amaun yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing dalam bentuk tunai atau apa-apa amaun yang ditentukan secara bertulis oleh
Lembaga.
Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen bank, mengubah terma dan syarat sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan lesen bank, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.
Kehendak untuk menggunakan, dan sekatan mengenai penggunaan, perkataan “bank Labuan berlesen”, dsb.
Pemegang lesen bank hendaklah, dalam apa-apa kepala bil, borang tercetak, kertas surat, notis, iklan, atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan daripada pejabatnya dan dalam perjalanan perniagaannya, mencetak dengan cara mudah dilihat nama, nombor lesennya dan perkataan “bank Labuan berlesen”
atau “bank pelaburan Labuan berlesen” mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiada seorang pun, yang bukan pemegang lesen bank, boleh, tanpa persetujuan bertulis Lembaga, memakai atau menggunakan perkataan “bank Labuan berlesen”, “bank pelaburan
Labuan berlesen” atau apa-apa terbitan perkataan sedemikian dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan orang itu menjalankan perniagaan perbankan Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Labuan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 113
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, sebagai tambahan, boleh dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Pengekalan nisbah kecukupan modal
Tiap-tiap pemegang lesen bank hendaklah mengekalkan pada setiap masa, apa-apa nisbah kecukupan modal, yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa dan tiada pemegang lesen bank boleh menjalankan perniagaan perbankan
Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Labuan jika nisbah kecukupan modal yang ditentukan itu tidak dipatuhi, kecuali dengan kelulusan Lembaga.
Pemegang lesen bank hendaklah pada setiap masa mengekalkan wang modalnya untuk mencerminkan nisbah modal dibeban risiko sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Lembaga boleh mengarahkan pemegang lesen bank untuk mengambil langkah yang wajar untuk membetulkan apa-apa kekurangan dalam nisbah yang ditentukan itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Pindaan atau pengubahan dokumen konstituen pemegang lesen bank
Tiap-tiap pemegang lesen bank yang merupakan suatu syarikat
Labuan asing atau suatu bank Malaysia hendaklah dalam tempoh tiga bulan selepas dibuat apa-apa pindaan atau pengubahan kepada dokumen konstituennya, memberi Lembaga butir-butir bertulis mengenai pindaan atau pengubahan sedemikian yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah pemegang lesen bank itu mengikut cara yang boleh diterima oleh Lembaga.
Tiada pemegang lesen bank boleh membuat apa-apa pindaan atau pengubahan kepada dokumen konstituennya yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis.
Tiada peserta pemegang lesen bank yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemegang lesen bank itu atau lebih boleh ditukar tanpa kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu dan, jika pemegang lesen bank ialah suatu syarikat Labuan asing, pemegang lesen bank itu hendaklah dengan segera memberitahu
Lembaga mengenai apa-apa pertukaran pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih.
Lembaga hendaklah menyiarkan senarai bank Labuan dan bank pelaburan Labuan
Akta 704
Lembaga hendaklah menyiarkan tiap-tiap tahun tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun suatu senarai mengenai semua bank Labuan dan bank pelaburan Labuan yang sedia ada setakat 31 Disember tahun sebelumnya dan nombor lesen mereka dalam Warta, dan jika apa-apa lesen dikeluarkan, dibatalkan atau diserahkan balik, selepas penyiaran sedemikian, Lembaga hendaklah menyebabkan disiarkan suatu senarai yang telah diubah mengenai semua bank Labuan dan bank pelaburan Labuan yang sedia ada dan nombor lesen mereka dalam Warta dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Pejabat dan subsidiari
Pemegang lesen bank yang merupakan suatu syarikat Labuan boleh, tertakluk pada persetujuan bertulis Lembaga terlebih dahulu, membuka apa-apa pejabat selain tempat perniagaan utamanya di Labuan, atau memperoleh atau menubuhkan apa-apa subsidiari.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 115
Larangan mengenai akaun tertentu
Tiap-tiap pemegang lesen bank hendaklah menjalankan siasatan dengan usaha sewajarnya sebelum membuka apa-apa akaun bagi seseorang pelanggan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Penyata kewangan, statistik dan maklumat hendaklah dikemukakan kepada Lembaga
Pemegang lesen bank hendaklah mematuhi kehendak berkenaan dengan penyata kewangan, statistik dan maklumat kepada Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Pembayaran daripada akaun si mati
haknya di bawah undang-undang terhadap jumlah wang yang terdapat pada kredit si mati.
Undang-Undang Malaysia 116
Akta 704
Pemegang lesen bank tidak boleh membuat apa-apa pembayaran di bawah subseksyen (1) jika pemegang lesen bank itu telah menerima tuntutan lain terhadap apa-apa wang yang terdapat pada kredit si mati.
Pemegang lesen atau pengarah atau pegawainya tidaklah bertanggungan berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh mana-mana orang berkaitan dengan apa-apa pembayaran yang dibuat mengikut seksyen ini tetapi orang itu boleh mendapatkan balik jumlah wang yang kena dibayar kepadanya secara sah daripada orang yang kepadanya pembayaran itu telah dibuat.
Bahagian VII
harta yang pada masa kontrak itu dibuat terletak di Malaysia atau dalam transit ke atau dari Malaysia;
kapal atau pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia dan segala liabiliti yang berbangkit daripada pengendalian kapal atau pesawat udara itu;
nyawa atau apa-apa kontingensi yang berhubungan dengan mana-mana orang yang, pada masa kontrak itu dibuat, ialah seorang pemastautin; atau
apa-apa jenis risiko berkenaan dengan mana-mana orang yang, pada masa kontrak itu dibuat, ialah seorang pemastautin;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 117
“perniagaan insurans am” ertinya perniagaan insurans yang bukan perniagaan insurans nyawa tetapi termasuk insurans kemalangan, perubatan, pembedahan dan perbelanjaan hospital yang berhubungan dengan mana-mana orang;
“perniagaan insurans” ertinya perniagaan melaksanakan dan menjalankan kontrak—
yang melindungi orang terhadap kerugian atau kemungkinan kerugian berkenaan dengan risiko yang kepadanya orang itu mungkin terdedah; atau
untuk membayar sejumlah wang atau benda lain yang bernilai apabila berlaku sesuatu kejadian, dan termasuklah perniagaan insurans semula;
“lesen insurans” ertinya lesen yang diberikan di bawah Bahagian ini;
“pengambil insurans” ertinya orang yang dilindungi oleh suatu polisi insurans;
“penanggung insurans” ertinya orang yang menjalankan perniagaan insurans;
“penanggung insurans Labuan” ertinya orang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans Labuan;
“perniagaan insurans kaptif Labuan” ertinya perniagaan insurans
Labuan yang pengambil insuransnya ialah suatu perbadanan berkaitan atau perbadanan sekutu bagi penanggung insurans Labuan itu atau yang pengambil insurans itu ialah mana-mana orang lain yang berkenaan dengannya penanggung insurans Labuan itu telah dibenarkan oleh Lembaga untuk memberikan insurans atau insurans semula;
“broker insurans Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk—
mengaturkan perniagaan insurans Labuan bagi pihak bakal pemunya polisi atau pemunya polisi yang sedia ada;
Undang-Undang Malaysia 118
Akta 704
mengaturkan perniagaan insurans semula Labuan bagi pihak mana-mana penanggung insurans yang ingin mendapatkan insurans semula; atau
menganalisis hal keadaan kewangan seseorang lain dan menyediakan pelan untuk memenuhi keperluan dan objektif kewangan orang itu, sama ada fi dikenakan berhubung dengannya atau tidak;
“perniagaan insurans Labuan” ertinya perniagaan insurans dan insurans semula termasuklah perniagaan takaful dan takaful semula, perniagaan insurans kaptif Labuan dan perniagaan insurans lain yang diluluskan oleh Lembaga tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan insurans yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia;
“pengurus insurans Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk memberikan khidmat pengurusan atau pentadbiran yang berhubung dengan perniagaan insurans Labuan tetapi tidaklah termasuk pengurus pengunderaitan Labuan;
“pengurus pengunderaitan Labuan” ertinya seseorang, yang bukannya pekerja bona fide, yang dilesenkan untuk memberikan khidmat pengunderaitan, termasuklah pentadbiran perniagaan, kepada seorang penanggung insurans Labuan atau lebih;
“perniagaan insurans nyawa” ertinya perniagaan insurans yang berkaitan dengan apa-apa polisi yang dengannya pembayaran wang polisi diinsuranskan berasaskan kematian atau berlakunya apa-apa kontingensi yang bergantung pada tamatnya atau berterusannya nyawa manusia dan termasuklah apa-apa perluasan perlindungan sampingan dan insurans semula perniagaan sedemikian;
“penanggung insurans Malaysia” ertinya penanggung insurans yang dilesenkan di bawah *Akta Insurans 1996 [Akta 553] atau
**Akta Takaful 1984 [Akta 312];
*CATATAN—Akta Insurans 1996 [Akta 553] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
**CATATAN—Akta Takaful 1984 [Akta 312] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282 dan 283 Akta 759.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 119
“pendapatan premium bersih”, berhubung dengan suatu tahun kewangan, ertinya premium yang boleh diterima di bawah kontrak insurans atau insurans semula selepas ditolak apa-apa premium yang kena dibayar bagi insurans semula yang diaturkan berkenaan dengan kontrak insurans atau insurans semula itu;
“polisi” ertinya polisi insurans dan termasuklah nota perlindungan atau apa-apa kontrak insurans bertulis sama ada atau tidak terkandung dalam atau didalilkan oleh suatu surat cara dalam bentuk polisi insurans; dan apa-apa sebutan mengenai polisi penanggung insurans termasuklah sebutan mengenai mana-mana polisi yang berkenaan dengannya penanggung insurans itu mempunyai apa-apa liabiliti, sama ada atau tidak polisi itu dikeluarkan oleh penanggung insurans itu atau liabiliti itu dipindahkan kepada penanggung insurans itu daripada penanggung insurans yang lain;
“pemunya polisi” ertinya mana-mana orang yang mengambil sesuatu polisi;
“perniagaan insurans semula” ertinya suatu perniagaan yang dengannya penanggung insurans semula menanggung sebahagian daripada liabiliti di bawah kontrak insurans asal penanggung insurans yang lain atau penanggung insurans semula yang lain;
“penanggung insurans semula” ertinya seseorang yang menjalankan atau mengurusniagakan atau mengemukakan dirinya sebagai sedang menjalankan atau mengurusniagakan perniagaan insurans semula;
“dana kerja” ertinya—
berhubung dengan syarikat Labuan, modal berbayar yang tidak tercacat oleh kerugian; dan
berhubung dengan syarikat Labuan asing atau cawangan penanggung insurans Malaysia, lebihan aset berbanding liabiliti yang hendaklah dikekalkan dalam buku pejabatnya di Labuan.
Jika lima belas peratus syer mengundi atau lebih sesuatu perbadanan dipegang oleh suatu perbadanan yang lain, perbadanan yang mula-mula disebut itu hendaklah disifatkan sebagai perbadanan sekutu bagi perbadanan yang satu lagi itu, dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “perbadanan sekutu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perbadanan yang mula-mula disebut itu atau perbadanan yang satu lagi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 120
Akta 704
AKTIVITI BERKAITAN INSURANS LABUAN
Pelesenan perniagaan insurans Labuan dan aktiviti berkaitan insurans Labuan
cawangan suatu penanggung insurans Malaysia, dan memegang lesen insurans yang sah.
Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengurusniagakan atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengurusniagakan apa-apa perniagaan sebagai pengurus insurans
Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans
Labuan atau mana-mana aktiviti berkaitan insurans Labuan yang lain melainkan jika orang itu memegang lesen insurans yang sah.
Kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Lembaga terlebih dahulu, seseorang yang bukan pemegang lesen insurans tidak boleh memakai atau menggunakan perkataan “penanggung insurans
Labuan”, “pengurus insurans Labuan”, “pengurus pengunderaitan
Labuan”, “broker insurans Labuan” atau apa-apa terbitan daripada perkataan itu dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan orang itu menjalankan perniagaan insurans Labuan atau aktiviti berkaitan insurans Labuan.
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi pemegang lesen bank sebagaimana yang ditakrifkan dalam Bahagian VI, yang mengagihkan produk insurans bagi penanggung insurans Labuan tertakluk pada kelulusan bertulis daripada Lembaga terlebih dahulu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 121
Permohonan bagi lesen insurans untuk menjalankan perniagaan insurans Labuan
pemohon ialah, atau akan menjadi, suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau cawangan suatu penanggung insurans Malaysia;
dalam hal apabila pemohon bercadang untuk menjalankan sama ada perniagaan insurans nyawa atau perniagaan insurans am, adalah sekurang-kurangnya tujuh juta lima ratus ribu ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
dalam hal apabila pemohon bercadang untuk menjalankan perniagaan insurans semula semata-mata, adalah sekurang-kurangnya sepuluh juta ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; atau
dalam hal apabila pemohon bercadang untuk menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan semata-mata, adalah sekurang-kurangnya tiga ratus ribu ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
jumlah wang yang ditentukan dalam perenggan (b) tersimpan dalam akaun pemohon itu dengan suatu bank di Labuan, sebagaimana yang dibuktikan dengan perakuan bank itu, pada masa permohonan itu dibuat;
Undang-Undang Malaysia 122
Akta 704
orang yang mengawal, pengarah dan pegawai prinsipal pemohon ialah orang yang layak dan sesuai untuk mempunyai kaitan dengan penanggung insurans Labuan;
telah mewujudkan, atau akan mewujudkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan; atau
telah melantik, atau akan melantik, seorang pengurus pengunderaitan Labuan atau pengurus insurans Labuan berlesen di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan, kecuali berkenaan dengan pemohon yang memohon untuk menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan, hanya seorang pengurus pengunderaitan Labuan sahaja boleh dilantik;
dan
Walau apa pun perenggan (1)(b), Lembaga boleh, setelah mengambil kira takat dan banyaknya perniagaan insurans Labuan yang dicadangkan hendak dijalankan oleh pemohon, menentukan amaun dana kerja yang lebih rendah, tertakluk pada pemohon memberikan jaminan yang mencukupi atas apa-apa terma dan syarat yang boleh diterima oleh Lembaga bagi perbezaan amaun itu.
Tiap-tiap permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan insurans Labuan hendaklah—
menyatakan sama ada perniagaan insurans Labuan itu berhubung dengan perniagaan insurans nyawa atau perniagaan insurans am;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 123
menyatakan jenis perniagaan insurans Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendak dijalankan di bawah lesen insurans;
suatu salinan—
(aa) dokumen konstituen pemohon yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon;
(bb) ketetapan lembaga dan mesyuarat agung pemohon, jika ada, yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon, yang memberi kuasa kepada pemohon untuk memohon suatu lesen insurans;
perakuan pemerbadanan atau pendaftaran pemohon, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperakui oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan di tempat penubuhan atau asal pemohon;
dan
kecuali berhubung dengan suatu permohonan untuk menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan, suatu surat kesedaran daripada pihak berkuasa penyeliaan negara asal pemohon atau apa-apa pihak berkuasa yang ditentukan oleh Lembaga;
suatu salinan akaun tahunan pemohon yang telah diaudit bagi tiga tahun berturut-turut sebaik sebelum permohonan itu, jika berkenaan;
suatu pernyataan mengenai—
(aa) nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;
Undang-Undang Malaysia 124
Akta 704
(bb) n a m a , a l a m a t , k e l a y a k a n d a n pengalaman pengarah dan pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan keseluruhan hal ehwal pemohon; dan
nama dan alamat setiap anggota yang memegang lima belas peratus syer mengundi pemohon atau lebih;
suatu perisytiharan oleh pemohon mengenai kejujuran pengarah dan pegawai pemohon yang akan terlibat dengan pengurusan penanggung insurans Labuan yang dicadangkan itu; dan
dalam hal sesuatu permohonan oleh suatu syarikat
Labuan, suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan, dan dalam hal permohonan oleh suatu syarikat Labuan asing atau cawangan suatu penanggung insurans
Malaysia, suatu aku janji yang diberikan, oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan insurans
Labuannya, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk yang boleh diterima oleh Lembaga, dan jaminan serta aku janji itu hendaklah membuat peruntukan, antara lain, bahawa—
(aa) pemohon hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan insurans Labuannya;
(bb) jika pemohon ialah suatu syarikat
Labuan, tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan asing, bahawa ia akan dengan segera memberitahu Lembaga tentang apa-apa pertukaran pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih; dan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 125
tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan insurans
Labuannya hendaklah orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu akan hanya dibuat selepas berunding dengan Lembaga.
Perenggan (3)(e)(v) tidaklah terpakai bagi permohonan untuk menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan jika pemunya polisi ialah perbadanan berkaitan atau perbadanan sekutu penanggung insurans itu.
Lembaga boleh menghendaki daripada pemohon apa-apa maklumat atau dokumen lain yang ditentukan oleh Lembaga bagi maksud menentukan permohonan itu.
Perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (5) boleh berbeza antara pemohon, atau kelas, kategori atau perihalan pemohon yang berlainan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh dibuat berhubung dengan seseorang yang belum lagi ditubuhkan di bawah
Akta Syarikat Labuan 1990 tetapi akan ditubuhkan sedemikian sekiranya orang itu mendapat lesen insurans, dan sekiranya sedemikian kehendak subseksyen (1) boleh diubah oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkan sesuai.
Permohonan bagi lesen insurans untuk menjalankan aktiviti berkaitan insurans Labuan
orang yang mengawal, pengarah dan pegawai prinsipal pemohon ialah orang yang layak dan sesuai;
pemohon berupaya mengekalkan wang yang cukup dalam perniagaannya untuk menampung perbelanjaan operasi dan pengurusannya di Labuan selama sekurang-kurangnya enam bulan;
Undang-Undang Malaysia 126
Akta 704
berkenaan dengan pemohon bagi lesen insurans untuk menjalankan perniagaan pengurus insurans Labuan atau pengurus pengunderaitan Labuan—
pemohon itu telah mewujudkan, atau mengaku janji akan mewujudkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan; atau
pemohon telah melantik, atau mengaku janji akan melantik, seorang pengurus insurans Labuan atau pengurus pengunderaitan Labuan berlesen di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan insurans
Labuan yang hendak dijalankan;
berkenaan dengan pemohon bagi lesen insurans untuk menjalankan perniagaan broker insurans Labuan—
pemohon telah mewujudkan, atau mengaku janji akan mewujudkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan; atau
pemohon telah melantik, atau mengaku janji akan melantik, seorang pengurus insurans Labuan berlesen di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan;
pemohon sama ada telah mendapatkan atau mengaku janji akan mendapatkan apa-apa polisi insurans tanggung rugi profesional yang tidak kurang daripada dua juta lima ratus ribu ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang ditentukan oleh Lembaga, dan terus ditanggung rugi di bawah polisi itu sepanjang operasinya di Labuan;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 127
pemohon mengaku janji akan menjadi anggota persatuan penanggung insurans Labuan.
Tiap-tiap permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus insurans Labuan, pengurus pengunderaitan
Labuan atau broker insurans Labuan hendaklah—
menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di bawah lesen insurans itu; dan
suatu salinan—
(aa) dokumen konstituen pemohon yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon;
(bb) ketetapan lembaga dan mesyuarat agung pemohon, jika ada, yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon, yang memberi kuasa pemohon untuk memohon suatu lesen insurans;
perakuan pemerbadanan atau pendaftaran pemohon, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperakui oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan di tempat penubuhan atau asal pemohon;
dan
suatu surat kesedaran daripada pihak berkuasa penyeliaan negara asal pemohon atau apa-apa pihak berkuasa yang ditentukan oleh Lembaga;
Undang-Undang Malaysia 128
Akta 704
suatu salinan akaun tahunan pemohon yang telah diaudit bagi tiga tahun berturut-turut sebaik sebelum permohonan itu, jika berkenaan;
suatu pernyataan mengenai—
(aa) nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;
(bb) n a m a , a l a m a t , k e l a y a k a n d a n pengalaman pengarah dan pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan keseluruhan hal ehwal pemohon; dan
nama dan alamat setiap anggota yang memegang lima belas peratus syer mengundi pemohon atau lebih;
suatu perisytiharan oleh pemohon mengenai kejujuran pengarah dan pegawai pemohon yang akan terlibat dalam pengurusan pengurus insurans Labuan yang dicadangkan, pengurus pengunderaitan Labuan yang dicadangkan atau broker insurans Labuan yang dicadangkan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dalam hal sesuatu permohonan oleh suatu syarikat
Labuan, suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan, dan, dalam hal permohonan oleh suatu syarikat Labuan asing atau cawangan suatu penanggung insurans Malaysia, suatu aku janji yang diberikan, oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan pengurus insurans
Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk yang boleh diterima oleh Lembaga, dan jaminan serta aku janji itu hendaklah membuat peruntukan, antara lain, bahawa—
(aa) pemohon akan mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah
Akta ini dan akan menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 129
pengurus insurans Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(bb) jika pemohon ialah suatu syarikat
Labuan, tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan asing, bahawa ia akan dengan segera memberitahu Lembaga tentang apa-apa pertukaran pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih; dan
tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan pengurus insurans
Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu akan hanya dibuat selepas berunding dengan
Lembaga.
Lembaga boleh menghendaki daripada pemohon apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga bagi maksud menentukan permohonan itu.
Perkara-perkara yang ditentukan di bawah subseksyen (3)
boleh berbeza antara pemohon, atau kelas, kategori atau perihalan pemohon yang berlainan sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
Pemberian lesen insurans
Jika Lembaga menolak permohonan itu, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.
Jika Lembaga meluluskan lesen insurans itu di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen insurans kepada pemohon.
Lembaga boleh menentukan jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh pemegang lesen insurans dalam lesen insurans itu.
Seorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen (1) untuk menolak permohonannya, boleh dalam tempoh tiga puluh hari selepas keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Menteri secara bertulis.
Pemegang lesen insurans hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1) selama tempoh lesen itu berkuat kuasa.
Lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga lesen itu diserahkan balik atau dibatalkan mengikut Akta ini.
Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen insurans itu mengubah terma dan syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan suatu lesen insurans, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.
Penyiaran senarai semua pemegang lesen insurans
Akta 704
Lembaga hendaklah menyiarkan pada tiap-tiap tahun tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun suatu senarai semua pemegang lesen insurans yang sedia ada pada 31 Disember tahun yang sebelumnya dan nombor lesen mereka dalam Warta, dan jika apa-apa lesen dikeluarkan, dibatalkan atau diserahkan balik, selepas penyiaran itu, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu senarai yang telah diubah mengenai semua pemegang lesen insurans yang sedia ada dan nombor lesen mereka disiarkan dalam Warta dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 131
Penerusan kehendak pelesenan
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing hendaklah, sebelum membuat apa-apa pertukaran pegawai prinsipalnya, memberikan butir-butir secara bertulis kepada Lembaga mengenai apa-apa pertukaran yang dicadangkan itu untuk kelulusan Lembaga.
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing atau suatu cawangan penanggung insurans
Malaysia hendaklah memberitahu secara bertulis dalam tempoh tiga bulan selepas membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau apa-apa pertukaran orang yang mengawal atau pengarahnya dan memberikan butir-butir bertulis kepada Lembaga mengenai pindaan, perubahan atau pertukaran itu yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah penanggung insurans Labuan itu mengikut cara yang boleh diterima oleh Lembaga.
Tiap-tiap pemegang lesen insurans hendaklah dengan serta-merta memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pindaan atau perubahan kepada apa-apa maklumat yang telah diberikan kepada
Lembaga berkaitan dengan permohonan bagi lesen insurans itu.
Tiada penanggung insurans Labuan boleh membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada dokumen konstituennya yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis.
Jika penanggung insurans Labuan itu ialah suatu syarikat
Labuan, tiada peserta penanggung insurans Labuan itu yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika penanggung insurans Labuan itu ialah suatu syarikat Labuan asing, penanggung insurans itu hendaklah dengan segera memberitahu
Lembaga mengenai apa-apa pertukaran pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih.
Undang-Undang Malaysia 132
Akta 704
SEKATAN TERHADAP PEMEGANG LESEN INSURANS
Pelantikan aktuari
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang menjalankan perniagaan insurans nyawa hendaklah melantik seorang aktuari tiap-tiap tahun dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh
Lembaga.
Margin kesolvenan
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan, termasuk seorang pemegang lesen insurans yang menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan, hendaklah memastikan bahawa nilai boleh terhasil asetnya melebihi amaun liabilitinya dengan suatu margin dalam suatu amaun atau yang dikira mengikut apa-apa cara yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Akaun berasingan hendaklah disimpan oleh penanggung insurans Labuan
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang menjalankan kedua-dua perniagaan insurans nyawa dan perniagaan insurans am hendaklah menyimpan akaun dan wang yang berkenaan dengan perniagaan insurans nyawanya berasingan daripada akaun dan wang yang berkenaan dengan perniagaan insurans amnya.
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu cawangan penanggung insurans Malaysia hendaklah menyimpan akaun berkenaan dengan perniagaan insurans Labuannya berasingan daripada akaun yang berkenaan dengan perniagaan insurans domestiknya yang dijalankan di Labuan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 133
Pengemukaan penyata kewangan
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan hendaklah mematuhi kehendak yang berkenaan dengan pengemukaan penyata kewangan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Subsidiari dan pejabat pemegang lesen insurans
Labuan boleh, tertakluk pada persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga, membuka apa-apa pejabat selain tempat perniagaan utamanya di Labuan, atau memperoleh atau menubuhkan apa-apa subsidiari.
Sekatan terhadap perniagaan oleh penanggung insurans
Labuan
Walau apa pun takrif “perniagaan insurans Labuan” dan walau apa pun subseksyen (1), sesuatu penanggung insurans
Labuan boleh menjalankan insurans semula perniagaan insurans domestik, termasuk insurans semula perniagaan insurans domestik yang diurusniagakan dalam mata wang Malaysia dan apa-apa perniagaan lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Tiada penanggung insurans Labuan boleh bertindak bagi pihak penanggung insurans Labuan yang lain sebagai pengurus insurans Labuan atau pengurus pengunderaitan Labuan melainkan jika penanggung insurans yang mula-mula disebut itu telah diberi suatu lesen insurans untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus insurans Labuan atau pengurus pengunderaitan Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 134
Akta 704
Sekatan terhadap dan kewajipan pengurus insurans Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan dan broker insurans Labuan
Tiada pengurus pengunderaitan Labuan berlesen boleh memberikan khidmat pengunderaitan dalam atau dari Labuan kepada mana-mana orang yang tidak dilesenkan di bawah Akta ini atau kepada mana-mana perniagaan yang dijalankan oleh penanggung insurans yang didaftarkan di bawah *Akta Insurans 1996 atau oleh pengendali takaful yang didaftarkan di bawah **Akta Takaful 1984.
Seseorang broker insurans Labuan berlesen boleh mengendalikan insurans atau insurans semula perniagaan insurans domestik, yang diurusniagakan dalam mata wang Malaysia dengan syarat bahawa aktiviti itu tidak termasuk apa-apa aktiviti yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia.
Tiap-tiap pengurus insurans Labuan berlesen atau pengurus pengunderaitan Labuan berlesen yang bertindak bagi pihak penanggung insurans Labuan hendaklah menyenggarakan wangnya berasingan daripada wang penanggung insurans Labuan itu dan tidak boleh menggunakan wang penanggung insurans Labuan itu untuk menjelaskan apa-apa perbelanjaan atau liabilitinya selain berkenaan dengan perniagaan insurans Labuan itu.
Senarai penanggung insurans Labuan hendaklah diberikan oleh pengurus insurans Labuan dan pengurus pengunderaitan
Labuan
Tiap-tiap pengurus insurans Labuan berlesen dan pengurus pengunderaitan Labuan berlesen hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari berakhirnya tahun kewangannya, mengemukakan kepada
Lembaga, mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan oleh
Lembaga, suatu senarai semua penanggung insurans Labuan yang diberi khidmat pentadbiran oleh pengurus insurans Labuan berlesen itu atau khidmat pengunderaitan oleh pengurus pengunderaitan
Labuan berlesen itu.
*CATATAN—Akta Insurans 1996 [Akta 553] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
**CATATAN—Akta Takaful 1984 [Akta 312] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282 dan 283 Akta 759.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 135
Penjalanan perniagaan
menjalankan perniagaannya dengan usaha wajar dan cermat mengikut prinsip insurans yang baik;
mengikut standard perakaunan antarabangsa yang diterima umum atau apa-apa standard lain yang diluluskan oleh
Lembaga;
mendaftarkan semua aset atas namanya, atau atas nama penjaga atau penama bagi penanggung insurans Labuan jika aset diperoleh atas nama penjaga atau penama itu, dan dalam hal syer pembawa, memegang syer pembawa itu dalam jagaan selamat; dan
menunjukkan dengan jelas pada kepala suratnya, alat tulis dan dokumen lain yang mengandungi namanya bahawa penanggung insurans itu dilesenkan di bawah Akta ini, berserta dengan nombor lesen insuransnya.
Tiada penanggung insurans Labuan boleh mengiklankan atau menyiarkan, dalam apa-apa bentuk, maklumat yang tidak benar atau yang mungkin mengelirukan seorang lain berhubung dengan undang-undang bertulis yang terpakai bagi penanggung insurans Labuan dan perniagaan dan aktiviti berkaitannya atau status kewangan penanggung insurans Labuan itu atau pelan insurans atau insurans semula atau apa-apa perkara lain berkenaan dengan perniagaan insurans Labuannya.
Perenggan (1)(a) dan (d) dan subseksyen (2) hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu bagi pengurus insurans
Labuan berlesen, pengurus pengunderaitan Labuan berlesen dan broker insurans Labuan berlesen.
POLISI NYAWA DAN POLISI KEMALANGAN DIRI
Pemakaian Penggal ini
Dalam Penggal ini, sebutan mengenai polisi ialah suatu sebutan mengenai polisi nyawa, termasuk polisi nyawa di bawah seksyen 23
Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67], dan suatu polisi kemalangan diri yang diambil oleh pemunya polisi atas nyawanya sendiri yang memperuntukkan pembayaran wang polisi apabila dia mati.
Undang-Undang Malaysia 136
Akta 704
Kuasa untuk membuat penamaan
Jika suatu penamaan dibuat selepas polisi itu dikeluarkan, pemunya polisi hendaklah mengemukakan polisi itu berserta dengan butir-butir mengenai penama yang disebut dalam subseksyen (1)
bagi pengendorsan penanggung insurans Labuan itu mengenai penamaan atas polisi itu.
Sesuatu penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah disaksikan oleh seseorang yang sempurna akal yang telah mencapai umur lapan belas tahun dan bukan seorang penama yang dinamakan di bawah subseksyen itu.
Penanggung insurans Labuan—
hendaklah memaparkan dengan jelas dalam borang penamaan suatu notis bahawa pemunya polisi hendaklah menyerahkan faedah polisi itu kepada penamanya jika niatnya ialah supaya penamanya, selain suami atau isterinya, anaknya atau ibu atau bapanya, menerima faedah polisi itu secara benefisial dan tidak sebagai wasi;
hendaklah merekodkan penamaan itu dan butir-butir penama dalam daftar polisinya; dan
hendaklah mendaftarkan dalam daftar polisinya penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan penamaan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh penamaan itu didaftarkan.
Kegagalan untuk mematuhi subseksyen (4) akan menjejaskan kesahan penamaan itu melainkan jika dibuktikan selainnya bahawa pemberitahuan yang perlu mengenai penamaan itu telah dibuat oleh pemunya polisi dan diberikan kepada penanggung insurans
Labuan untuk pengendorsan pada polisi itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 137
Sesuatu penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh dibuat bagi faedah seseorang atau beberapa orang dan jika orang yang dinamakan itu lebih daripada seorang, pemunya polisi boleh mengarahkan supaya bahagian yang ditentukan dibayar kepada orang yang dinamakan dan dalam ketiadaan arahan daripada pemunya polisi, penanggung insurans Labuan hendaklah membayar bahagian yang sama banyak kepada orang itu.
Pembatalan penamaan
apabila penama mati, atau jika terdapat lebih daripada seorang penama, apabila kesemua penama mati, semasa hayat pemunya polisi;
Tertakluk pada subseksyen (1), sesuatu penamaan tidak boleh dibatalkan melalui wasiat atau melalui apa-apa tindakan, kejadian atau cara lain.
Jika terdapat lebih daripada satu penama dan salah satu penama itu mati terdahulu daripada pemunya polisi, jika tiada apa-apa penamaan terkemudian oleh pemunya polisi bagi melupuskan bahagian penama yang mati itu, penanggung insurans Labuan itu hendaklah membayar bahagian penama yang mati itu kepada penama yang masih hidup mengikut nisbah bahagian mereka masing-masing.
Pembayaran wang polisi
Jika seseorang penama tidak menuntut wang polisi dalam tempoh dua bulan selepas penanggung insurans Labuan menyedari tentang kematian pemunya polisi, penanggung insurans Labuan itu hendaklah memberitahu penama secara bertulis di alamatnya yang terakhir diketahui mengenai haknya untuk menuntut wang polisi itu.
Jika seseorang penama tidak menuntut wang polisi dalam tempoh dua belas bulan selepas pemberitahuan di bawah subseksyen (2), seksyen 124 hendaklah terpakai seolah-olah tiada penamaan telah dibuat.
Jika seseorang penama, selain penama di bawah seksyen 121, mati selepas kematian pemunya polisi tetapi sebelum apa-apa wang polisi telah dibayar kepadanya sebagai penama, seksyen 119
atau seksyen 124 hendaklah terpakai bagi polisi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pemegang amanah bagi wang polisi
Akta 704
apabila tidak ada suami atau isteri atau anak yang masih hidup pada masa penamaan itu, penama ialah ibu atau bapanya.
Sesuatu pembayaran di bawah subseksyen (1) tidaklah menjadi sebahagian daripada harta pusaka pemunya polisi yang mati atau tertakluk pada hutangnya.
Pemunya polisi, melalui polisi itu, atau melalui suatu notis bertulis kepada penanggung insurans Labuan, boleh melantik pemegang amanah bagi wang polisi itu dan jika tidak ada pemegang amanah—
penama yang berwibawa untuk berkontrak; atau
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 139
jika penama tidak berwibawa untuk berkontrak, ibu atau bapa penama yang tidak berwibawa itu dan jika tidak ada ibu atau bapa yang masih hidup, Pemegang Amanah
Raya, hendaklah menjadi pemegang amanah bagi wang polisi itu dan penerimaan seseorang pemegang amanah hendaklah menjadi pelepasan kepada penanggung insurans Labuan bagi segala liabiliti berkenaan dengan wang polisi yang telah dibayar kepada pemegang amanah itu.
Seseorang pemunya polisi tidak boleh membuat urusan mengenai sesuatu polisi yang baginya subseksyen (1) terpakai dengan membatalkan sesuatu penamaan di bawah polisi itu, dengan mengubah atau menyerahkan balik polisi itu, atau dengan menyerahhakkan atau menyandarkan polisi itu sebagai cagaran, tanpa persetujuan bertulis pemegang amanah.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan seseorang pemiutang pemunya polisi daripada memohon kepada mahkamah untuk suatu perisytiharan bahawa seksyen ini, keseluruhannya atau sebahagiannya, tidak terpakai bagi mana-mana polisi tertentu atas alasan bahawa premium di bawah polisi itu telah dibayar untuk menipu pemiutang itu.
Penama selain penama di bawah seksyen 121
Subseksyen (1) terpakai bagi penama pemunya polisi yang beragama Islam yang, apabila menerima wang polisi itu, hendaklah membahagikan wang polisi itu mengikut prinsip syariah.
Undang-Undang Malaysia 140
Akta 704
Wang polisi yang diserahhakkan atau disandarkan
Jika terdapat lebih daripada seorang yang berhak di bawah cagaran atau serah hak itu, hak orang yang berhak di bawah cagaran atau serah hak itu masing-masing hendaklah mengikut susunan keutamaan yang menurut keutamaan tarikh cagaran atau serah hak itu diwujudkan, dengan kedua-dua cagaran dan serah hak itu dikira sebagai satu kelas bagi maksud ini.
Pembayaran wang polisi jika tidak ada penamaan
Tertakluk pada subseksyen (1), penanggung insurans
Labuan boleh membayar kepada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa pemunya polisi mengikut susunan keutamaan itu dan jika terdapat lebih daripada seorang isteri, anak atau ibu atau bapa, dalam bahagian yang sama kepada setiap orang dalam kelas itu dan jika tiada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa dan—
jika wang polisi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau nilai yang setara dengannya dalam mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang lebih banyak sebagaimana yang ditentukan, penanggung
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 141
insurans Labuan boleh membayar semua wang polisi itu tanpa menghendaki Pemberian Probet atau Surat Kuasa
Pentadbiran atau Perintah Pembahagian—
kepada seseorang yang memuaskan hati penanggung insurans Labuan sebagai berhak dan berkemungkinan akan diberi Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah
Pembahagian; atau
kepada seseorang yang memuaskan hati penanggung insurans Labuan sebagai berhak secara benefisial kepada harta pusaka pemunya polisi yang telah mati itu; atau
jika wang polisi itu adalah lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau nilai yang setara dengannya dalam mata wang asing, atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang lebih banyak sebagaimana yang ditentukan, penanggung insurans Labuan boleh membayar kepada orang yang disebut dalam subperenggan (a)(i) atau (ii)
amaun yang disebut dalam perenggan itu dan tertakluk pada subseksyen (6), membayar kepada orang itu baki wang polisi itu apabila Pemberian Probet atau Surat Kuasa
Pentadbiran atau Perintah Pembahagian dikemukakan.
Dalam seksyen ini, sebutan mengenai wang polisi ialah sebutan mengenai amaun agregat wang polisi berkenaan dengan semua polisi pemunya polisi dengan penanggung insurans Labuan itu jika tidak ada penamaan.
Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau
Perintah Pembahagian yang diberikan atau yang mempunyai kuat kuasa seolah-olah telah diberikan, berkenaan dengan harta pusaka diri yang meliputi wang polisi itu, oleh mahkamah di Malaysia atau suatu pihak berkuasa yang berwibawa di luar
Malaysia, atau salinan terperakunya hendaklah menjadi bukti yang mencukupi kepada penanggung insurans Labuan itu untuk membayar wang polisi itu kepada orang yang kepadanya pemberian itu dibuat.
Undang-Undang Malaysia 142
Akta 704
Penanggung insurans Labuan boleh menerima Pemberian
Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian atau apa-apa dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama, yang diberikan oleh suatu mahkamah di Malaysia atau suatu pihak berkuasa yang berwibawa di luar Malaysia, sebagai bukti yang mencukupi untuk membayar wang polisi pemunya polisi yang mati itu kepada orang yang kepadanya pemberian itu telah dibuat, dengan syarat bahawa Pemberian Probet atau Surat Kuasa
Pentadbiran atau Perintah Pembahagian atau dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di mahkamah di Malaysia dan dimeteraikan mengikut
Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97].
Jika, setelah tamat tempoh dua belas bulan selepas pembayaran di bawah perenggan (2)(b) dibuat oleh seseorang penanggung insurans Labuan, baki wang polisi itu masih kena dibayar dan tiada tuntutan telah dibuat oleh seseorang yang memegang Pemberian
Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian, penanggung insurans Labuan hendaklah membayar baki wang polisi itu kepada orang yang menerima pembayaran mula-mula wang polisi itu.
Wang polisi yang dibayar di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibayar sewajarnya dan penanggung insurans
Labuan hendaklah dilepaskan daripada liabiliti berkenaan dengan wang polisi yang telah dibayar sedemikian walaupun tidak ada atau terdapat ketidaksahan, atau apa-apa kecacatan dalam, Pemberian
Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian atau apa-apa dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama.
Seseorang yang kepadanya suatu pembayaran boleh dibuat di bawah seksyen ini hendaklah memberikan suatu resit yang hendaklah disifatkan sebagai resit yang sah.
Pembayaran kepada orang yang tidak berwibawa untuk berkontrak
Jika seseorang yang belum mencapai umur lapan belas tahun, atau yang diperakui oleh seorang pengamal perubatan dalam perkhidmatan awam sebagai tidak sempurna akal dan tiada jawatankuasa harta pusakanya telah dilantik, atau menjadi
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 143
tidak berupaya, oleh sebab kelemahan akal atau tubuh, untuk menguruskan dirinya dan harta serta hal ehwalnya, penanggung insurans Labuan—
jika wang polisi itu ialah sepuluh ribu ringgit atau nilai yang setara dengannya dalam mata wang asing atau kurang daripada itu atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain sebagaimana yang ditentukan, boleh membayar kepada seseorang yang memuaskan hati penanggung insurans Labuan bahawa dia akan menggunakan wang polisi itu untuk saraan dan faedah penama di bawah subseksyen 121(1), atau seseorang yang kepadanya wang polisi kena dibayar di bawah subseksyen 124(2) atau (6), tertakluk pada pelaksanaan aku janji oleh orang itu bahawa wang polisi itu akan digunakan semata-mata untuk saraan dan faedah penama itu; dan
jika wang polisi adalah lebih daripada amaun yang dinyatakan dalam perenggan (a), hendaklah membayar kepada Pemegang Amanah Raya atau suatu syarikat amanah yang dinamakan oleh
Pemegang Amanah Raya; atau
dalam hal seseorang yang kepadanya wang polisi kena dibayar di bawah subseksyen 124(2) atau (6), hendaklah membayar kepada Pemegang Amanah Raya atau suatu syarikat amanah Labuan yang dinamakan oleh Pemegang
Amanah Raya.
Pembahagian wang polisi dalam perjalanan biasa pentadbiran
Seseorang yang kepadanya wang polisi boleh dibayar di bawah seksyen 124 hendaklah menerima wang polisi itu sebagai wasi dan tidak semata-mata sebagai benefisiari dan hendaklah membahagikan wang polisi itu dalam perjalanan biasa pentadbiran harta pusaka si mati mengikut terma wasiat si mati, dan jika tiada wasiat sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai bagi pentadbiran, pembahagian dan pelupusan harta pusakanya kerana kematiannya tanpa wasiat.
Undang-Undang Malaysia 144
Akta 704
Penggal ini mengatasi polisi dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain
Penggal ini hendaklah mempunyai kesan dan kuat kuasa sepenuhnya walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengan atau yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan probet, pentadbiran, pembahagian atau pelupusan harta pusaka si mati, atau dalam apa-apa rukun undang-undang, amalan atau adat yang berhubung dengan perkara itu.
Penggulungan penanggung insurans Labuan
Lembaga boleh mengemukakan petisyen bagi penggulungan penanggung insurans Labuan atau perniagaan insurans
Labuannya atas alasan ketidakupayaannya menunaikan apa-apa liabilitinya atau apabila ia menggantung pembayaran kepada pemiutangnya.
Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), mahkamah hendaklah mengambil kira kepentingan pemunya polisi, pelanggan lain dan pemiutang penanggung insurans Labuan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 145
Dalam apa-apa penggulungan penanggung insurans Labuan, atau apabila penanggung insurans Labuan menjadi tidak solven, hendaklah dibayar daripada aset dalam kumpulan wang insurans atau kumpulan wang lain penanggung insurans Labuan mendahului segala hutang tidak bercagar lain—
pertamanya, kos dan perbelanjaan penggulungan itu, termasuk kos pelikuidasi atau penerima;
keduanya, semua upah atau gaji, sama ada atau tidak diperoleh keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai komisen, termasuklah apa-apa amaun yang kena dibayar sebagai elaun atau bayaran ganti di bawah apa-apa kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang mengawal selia syarat-syarat pekerjaan, bagi mana-mana pekerja yang tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit atau nilai yang setara dalam mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan olehnya kepada penanggung insurans Labuan itu dalam tempoh empat bulan sebelum bermulanya penggulungan itu;
ketiganya, semua amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pampasan pekerja, yang terakru sebelum bermulanya penggulungan itu;
keempatnya, semua saraan yang kena dibayar kepada mana-mana pekerja berkenaan dengan cuti rehat, atau dalam hal kematiannya kepada mana-mana orang lain yang berhak bagi pihaknya, yang terakru berkenaan dengan apa-apa tempoh sebelum bermulanya penggulungan itu;
kelimanya, semua amaun yang terhutang berkenaan dengan caruman yang kena dibayar dalam masa dua belas bulan yang berikut sebaik sebelum bermulanya penggulungan oleh penanggung insurans Labuan sebagai majikan mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kumpulan wang persaraan atau simpanan pekerja atau di bawah apa-apa skim persaraan atau faedah pencen yang merupakan suatu skim diluluskan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan cukai pendapatan;
Undang-Undang Malaysia 146
Akta 704
keenamnya, amaun semua cukai persekutuan yang ditaksirkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum tarikh permulaan penggulungan itu atau yang ditaksirkan pada bila-bila masa sebelum habis tempoh masa yang ditetapkan bagi membuktikan hutang;
ketujuhnya, semua liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan insurans Labuannya daripada kelas yang baginya kumpulan wang insurans tertentu itu diwujudkan; dan
kelapannya, selepas liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan insurans Labuan daripada kelas yang baginya kumpulan wang insurans tertentu yang disebut dalam perenggan (g) terpakai telah ditunaikan sepenuhnya, amaun yang dikehendaki untuk mencukupkan apa-apa kekurangan dalam kumpulan wang insurans yang lain.
Hutang dalam setiap kelas yang ditentukan dalam subseksyen (4)
hendaklah berperingkat mengikut susunan yang ditentukan dalam subseksyen itu tetapi hutang daripada jenis yang sama hendaklah berperingkat sama rata antara mereka sendiri, dan hendaklah dibayar dengan penuh, melainkan jika aset dalam kumpulan wang insurans penanggung insurans Labuan itu tidak mencukupi untuk menjelaskannya, dan dalam hal demikian ia hendaklah dikurangkan mengikut kadar yang sama rata antara mereka.
Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya atau yang berlawanan dengannya dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.
Bahagian VIII
Tafsiran
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pengurusan syarikat” ertinya pemberian perkhidmatan pemprosesan perbendaharaan dan apa-apa perkhidmatan lain, dan kepada mana-mana orang, sebagaimana yang dibenarkan oleh
Lembaga;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 147
“syarikat pengurusan” ertinya suatu syarikat Labuan yang diperbadankan atau syarikat Labuan asing yang didaftarkan di bawah Akta ini bagi maksud mengusahakan atau menawarkan untuk mengusahakan perniagaan pengurusan syarikat.
Daftar syarikat pengurusan
Daftar yang disimpan di bawah subseksyen (1) hendaklah menunjukkan—
maklumat yang dikehendaki di bawah perenggan 131(2)(c)
berkenaan dengan setiap syarikat pengurusan yang dilesenkan di bawah Bahagian ini;
Daftar itu hendaklah mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Lembaga.
Permohonan bagi lesen
Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah—
apa-apa fi permohonan yang ditetapkan;
Undang-Undang Malaysia 148
Akta 704
suatu pernyataan mengenai sumber kewangan dan manusia dan kemudahan pentadbiran yang ada pada pemohon untuk penjalanan perniagaannya dengan berwibawa dan cekap; dan
apa-apa dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki oleh Lembaga dengan munasabah bagi maksud menimbangkan permohonan itu;
alamat tempat perniagaan pemohon dan alamat penyampaiannya di Labuan;
nama dan alamat seseorang yang bermastautin di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon dan untuk menerima penyampaian bagi pihaknya; dan
alamat mana-mana tempat perniagaan yang pemohon mungkin ada di luar Labuan.
Jika apa-apa maklumat yang disebut dalam perenggan (2)(c)
diubah pada bila-bila masa selepas dikemukakan, pemohon, selepas diberi lesen di bawah Bahagian ini, hendaklah memberikan butir-butir perubahan itu secara bertulis kepada Lembaga dalam tempoh satu bulan dari tarikh lesen itu diberikan atau dalam tempoh satu bulan selepas perubahan itu dibuat, mengikut mana-mana yang terkemudian.
Pemberian lesen
Lembaga tidak boleh memberikan lesen melainkan jika dia berpuas hati bahawa pemohon—
mempunyai reputasi yang cukup baik untuk menjalankan perniagaan pengurusan syarikat;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 149
mempunyai atau tersedia baginya pengetahuan, kepakaran, sumber dan kemudahan yang mencukupi yang diperlukan untuk pengurusan atau pentadbiran perniagaannya dengan sepatutnya;
mempunyai sumber kewangan yang cukup yang boleh digunakannya untuk membolehkannya menjalankan perniagaannya dengan berkesan dan menjelaskan liabilitinya; dan
Walau apa pun subseksyen (2), Lembaga hendaklah menolak sesuatu permohonan jika diputuskannya bahawa sesuatu lesen tidak patut diberikan demi kepentingan awam.
Sesuatu lesen boleh diberikan tertakluk pada apa-apa terma, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Sesuatu lesen hendaklah—
diterima dalam semua mahkamah sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya;
dan
Jika Lembaga memberikan suatu lesen kepada seseorang pemohon, Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu lesen kepada pemohon apabila dibayar fi lesen itu sebagaimana yang ditetapkan.
Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini hendaklah mengandungi tarikh lesen itu diberikan.
Undang-Undang Malaysia 150
Akta 704
Bahagian IX
tawaran untuk menjual, membeli atau bertukar sekuriti dibuat atau diterima secara berkala;
tawaran atau pelawaan yang dimaksudkan, atau yang mungkin dengan munasabahnya dijangkakan, akan menghasilkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam pembuatan atau penerimaan tawaran untuk menjual, membeli atau menukar sekuriti, lazimnya dibuat; atau
maklumat mengenai harga yang dengannya atau balasan yang baginya orang atau kelas orang tertentu bercadang untuk menjual, membeli atau bertukar, atau mungkin dengan munasabah dijangkakan akan menjual, membeli atau bertukar, sekuriti lazimnya diberikan;
“ejen perdagangan“ ertinya orang yang dilesenkan dan dibenarkan untuk menjalankan perniagaan berurus niaga sekuriti menurut kaedah-kaedah bursa yang ditubuhkan menurut Bahagian ini.
Lembaga boleh meluluskan suatu syarikat Labuan untuk menjadi suatu bursa di Labuan mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Undang-undang kecil bursa
Lembaga boleh menetapkan apa-apa undang-undang kecil yang suai manfaat atau perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan dan perkara yang berkaitan dengan mana-mana bursa.
Undang-Undang Malaysia 152
Akta 704
Kaedah-kaedah bursa
Bursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134 boleh membuat kaedah-kaedah yang mengadakan peruntukan bagi—
syarat dan pentadbiran lesen yang dikeluarkan oleh bursa itu dan bagi pengawalseliaan am kelakuan ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian berkaitan dengan perniagaan bursa itu;
kehendak kewangan, perakaunan, penyimpanan rekod, penzahiran dan kecukupan modal yang terpakai bagi ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian;
syarat yang di bawahnya sekuriti boleh disenaraikan untuk didagangkan dalam pasaran sekuriti yang dicadangkan akan dikendalikan oleh bursa itu;
syarat yang mengawal urus niaga sekuriti oleh ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian;
kelas atau kelas-kelas sekuriti yang boleh diurusniagakan oleh ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian atau disenaraikan pada bursa itu;
kerahsiaan berkenaan dengan maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal bursa itu dan mana-mana ejen perdagangan atau penganjur penyenaraian berkaitan dengan perniagaan bursa itu;
timbang tara pertikaian yang berbangkit daripada atau yang berkaitan dengan mana-mana pasaran sekuriti yang dikendalikan oleh bursa itu;
penggantungan perdagangan pada dan pembatalan penyenaraian mana-mana sekuriti yang disenaraikan pada bursa itu;
penjalanan perniagaan bursa itu dengan mengambil kira kepentingan awam dengan sewajarnya;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 153
apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu atau wajar oleh bursa itu bagi pengawalseliaan, pengurusan dan pengawalan dengan sepatutnya dan cekap bursa itu dan pasaran sekuriti yang dikendalikan olehnya.
Fungsi pengawalseliaan bursa
memastikan bahawa ia menyeliakan operasi pasaran dan kelakuan peserta pasaran dengan mencukupi;
menyiasat salah laku atau salah laku ketara oleh peserta pasaran dan wakil mereka yang mungkin menjejaskan dengan serius pelabur atau organisasi yang menyertai yang lain dan dengan segera melaporkan kepada Lembaga mengenai kejadian salah laku ini;
menyiasat salah guna pasaran yang mungkin, termasuk urus niaga orang dalam dan kelakuan berunsur fraud;
dan
mengambil langkah tatatertib atau bersetuju dengan suatu penyelesaian selepas pendengaran awam.
Jika suatu penyiasatan dijalankan oleh bursa itu, ia hendaklah, secara bertulis, dengan segera—
melaporkan kepada Lembaga mengenai jenis penyiasatan itu dan orang yang terlibat dalam penyiasatan itu; dan
memaklumkan Lembaga tentang status setiap penyiasatan itu pada apa-apa lat tempoh yang diminta oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 154
Akta 704
Apabila penyiasatan selesai, bursa itu hendaklah—
menghantar kepada Lembaga semua maklumat dalam milikannya yang berhubungan dengan apa-apa penyiasatan itu; dan
memaklumkan Lembaga mengenai hasil penyiasatan itu dan mengenai apa-apa langkah tatatertib atau tindakan lain yang diambil berbangkit daripada penyiasatan itu.
Sesuatu bursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134
hendaklah memastikan bahawa peruntukan belanjawan yang mencukupi dibuat supaya fungsi pengawalseliaan yang disebut dalam subseksyen (1) dapat dijalankan dengan sepatutnya.
Dalam seksyen ini “kawalan dalaman” ertinya sistem kawalan yang diadakan untuk menilai dan memastikan keberkesanan sesuatu bursa dalam penjalanan fungsi pengawalseliaannya dan “peserta pasaran” ertinya mana-mana peniaga pelaburan atau mana-mana orang lain yang telah diberi akses langsung kepada perdagangan di bursa itu.
Kuasa jawatankuasa
Tertakluk pada Bahagian ini, jawatankuasa itu hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam semua perkara yang berhubungan dengan penyenaraian, pelesenan, sekuriti atau urus niaga bursa itu dan perkara lain yang berhubungan dengannya.
Tertakluk pada seksyen 184, peruntukan Akta Syarikat Labuan 1990 hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, terpakai dari segala segi bagi orang yang membentuk jawatankuasa seolah-olah orang itu ialah pengarah bagi maksud
Akta itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 155
Berurus niaga sekuriti
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Daftar ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian
Daftar ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian hendaklah tersedia untuk pemeriksaan di pejabat berdaftar bursa itu pada waktu perniagaan.
Mana-mana orang boleh menghendaki, dan jika dikehendaki, bursa yang berkenaan itu hendaklah dengan segera mengadakan, suatu salinan daftar atau mana-mana bahagiannya apabila dibayar fi yang ditentukan secara bertulis oleh bursa itu.
Apa-apa pembayaran di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat kepada bursa itu.
Penyata kewangan bursa
Dalam tempoh enam bulan dari berakhirnya setiap tahun kewangan, sesuatu bursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134
hendaklah memfailkan dengan Lembaga suatu salinan, yang diperakui oleh setiausaha sebagai salinan benar, penyata kewangan bursa itu bagi tahun itu yang disediakan dan diaudit mengikut peruntukan Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.
Undang-Undang Malaysia 156
Akta 704
Orang yang tidak disifatkan menjalankan perniagaan di Malaysia
Tiada seorang pun boleh disifatkan sebagai terlibat dalam atau menjalankan perdagangan atau perniagaan di Malaysia atau dengan pemastautin Malaysia bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis hanya oleh sebab bahawa—
sekuriti orang itu disenaraikan pada pasaran sekuriti yang dikendalikan oleh sesuatu bursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134;
orang itu ialah seorang ejen perdagangan atau penganjur penyenaraian dan bahawa transaksi dibuat olehnya atau bagi pihaknya melalui kemudahan bursa itu; atau
orang itu mengusahakan aktiviti di Labuan yang bersampingan dengan perjalanan sepatutnya aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b).
Penggantungan perdagangan di bursa
Menurut subseksyen (1), penggantungan perdagangan hendaklah dijalankan mengikut kaedah-kaedah bursa yang berkenaan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 157
Lembaga boleh, selepas berunding dengan jawatankuasa, mengarahkan sesuatu bursa untuk melanjutkan tempoh penggantungan perdagangan di bawah subseksyen (1) sama ada pada keseluruhannya bagi tempoh tambahan yang tidak melebihi lima hari perniagaan berturut-turut atau berhubung dengan sekuriti yang ditentukan selama apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya patut.
Lembaga hendaklah dalam tempoh dua hari perniagaan memberikan notis bertulis mengenai pelanjutan itu kepada sesuatu bursa dengan menunjukkan dalamnya sebab bagi pelanjutan itu dan tempohnya dan notis sedemikian hendaklah berkuat kuasa apabila ia diserahkan kepada bursa itu.
Lembaga hendaklah pada hari perniagaan yang mengikuti hari penghantarserahan notis kepada bursa di bawah seksyen ini dan jika diminta sedemikian oleh bursa itu memberi bursa itu peluang untuk didengar tentang perlunya apa-apa penggantungan perdagangan atau apa-apa pelanjutan penggantungan itu.
Lembaga boleh membatalkan, menarik balik atau mengubahsuaikan apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (3) pada bila-bila masa sebelum habis tempoh penggantungan atau pelanjutannya itu.
Kuasa Menteri untuk menggantung perdagangan
fungsi mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa yang disebut dalam perenggan (a);
atau
fungsi pegawai prinsipal, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang bertanggungjawab bagi penjalanan perniagaan dan operasi sesuatu bursa atau mana-mana jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 158
Akta 704
Selagi perintah penggantungan itu berkuat kuasa, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
tiada satu pun fungsi yang dengannya perintah itu adalah berhubungan boleh dilaksanakan oleh bursa atau jawatankuasa itu atau mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa itu atau oleh mana-mana pegawai bursa atau jawatankuasa itu atau mana-mana jawatankuasa kecil itu;
apa-apa fungsi yang baginya perenggan (a) terpakai boleh dilaksanakan oleh mana-mana orang yang hendaklah ditentukan dalam perintah itu berhubung dengan fungsi itu; dan
orang atau badan yang disebut dalam perenggan (a) tidak boleh, dengan perbuatan atau peninggalan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempengaruhi cara fungsi yang disebut dalam perintah itu dilaksanakan melainkan jika orang yang disebut dalam perenggan (b)
meminta bantuan orang atau badan itu.
Tertakluk pada subseksyen (6), sesuatu perintah penggantungan hendaklah terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh, yang merupakan tempoh yang tidak melebihi enam bulan, sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.
Sesuatu perintah penggantungan atau mana-mana pelanjutannya di bawah subseksyen (6) hendaklah berkuat kuasa apabila salinan perintah atau notis pelanjutan itu disampaikan di bawah perenggan (7)(a)
kepada bursa itu, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa yang dengannya perintah itu berhubungan.
Tanpa menjejaskan subseksyen (4), jika perintah penggantungan dibuat atau perintah itu dilanjutkan di bawah subseksyen (6),
Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyerahkan suatu salinan perintah itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, notis pelanjutannya, kepada pegawai prinsipal bursa itu, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa itu sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Lembaga dalam hal keadaan itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 159
Menteri boleh, atas syor Lembaga, melanjutkan tempoh yang dalamnya suatu perintah penggantungan terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh lanjut yang setiapnya tidak boleh melebihi tiga bulan.
Jika suatu perintah penggantungan dibuat atau dilanjutkan di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah—
dengan serta-merta menyampaikan suatu salinan perintah atau notis bertulis mengenai pelanjutan itu kepada bursa itu, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dengannya perintah itu berhubungan; dan
menyebabkan supaya perintah penggantungan atau notis pelanjutan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disiarkan dalam Warta.
Mana-mana orang yang melanggar perintah penggantungan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, “pegawai prinsipal” termasuklah seseorang, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, sama ada dia sendiri atau bersesama dengan seorang yang lain atau dengan lebih daripada seorang yang lain, bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan penyenaraian, pelesenan, sekuriti atau urus niaga di bursa itu atau dalam jawatankuasa itu.
Kuasa Lembaga
pada bila-bila masa menyiasat atau memeriksa mana-mana transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti yang dibuat oleh mana-mana orang sama ada
Undang-Undang Malaysia 160
Akta 704
secara langsung atau tidak langsung untuk memastikan jika orang itu telah menggunakan cara atau amalan perdagangan yang tidak jujur, tidak adil atau tidak beretika sama ada cara itu atau amalan perdagangan itu menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau pelanggaran mana-mana kaedah-kaedah atau selainnya;
menghendaki mana-mana orang supaya mengemukakan maklumat terperinci tentang apa-apa transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti;
menghendaki pengemukaan, memeriksa dan membuat salinan atau cetakan atau mengambil cabutan daripada mana-mana dokumen, rekod atau benda yang berhubungan dengan—
perniagaan atau hal ehwal sesuatu bursa;
akaun atau rekod mana-mana orang yang terlibat atas apa-apa sifat dengan perkara yang disebut dalam subperenggan (i), (ii) atau (iii) dan apa-apa audit, atau laporan juruaudit berkenaan dengan, perkara yang sama; atau
apabila Lembaga mendapatinya perlu, memeriksa dengan cara pemeriksaan tempat, hal ehwal atau perniagaan mana-mana peserta pasaran, yang hendaklah termasuk penganjur penyenaraian dan ejen perdagangan, bagi maksud—
menilai sama ada peserta pasaran itu menjalankan aktiviti dibenarkannya mengikut Akta ini, mana mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang yang terpakai yang lain;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 161
mengesahkan bahawa peruntukan *Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan 2001 dipatuhi; dan
dengan kuasa suatu waran geledah yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi maksud itu dan dengan atau tanpa bantuan mana-mana orang yang dikehendaki oleh
Lembaga melainkan jika Lembaga mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah itu, tujuan kemasukan itu mungkin akan terkecewa, dan dalam keadaan sedemikian tanpa waran—
memecah masuk dan menggeledah mana-mana premis, tempat atau barang yang terdapat di atau di dalamnya yang Lembaga mempunyai sebab untuk mengesyaki mungkin terdapat apa-apa dokumen, rekod atau benda yang pengemukaannya dikehendaki menurut kuasa seksyen ini tetapi tidak dikemukakan bagi mematuhi kehendak itu;
atau
mengambil milikan atau melindungi daripada gangguan apa-apa dokumen, rekod atau benda yang pengemukaannya dikehendaki.
Lembaga boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana orang lain untuk membantunya melaksanakan fungsi di bawah
Akta ini.
Seseorang yang—
berupa sebagai mematuhi kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1), memberikan maklumat atau membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material; atau
*CATATAN—Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] telah dipinda dan disebutkan sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2014—lihat seksyen 3 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014 [Akta A1467] dan P.U. (B) 400/2014.
Undang-Undang Malaysia 162
Akta 704
menghalang atau menggalang Lembaga atau orang lain dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, apa-apa kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang.
DAN URUS NIAGA ORANG DALAM
Pewujudan pasaran palsu atau yang mengelirukan
Sesiapa yang mewujudkan atau melakukan apa-apa jua dengan niat untuk mewujudkan keadaan perdagangan aktif dalam apa-apa sekuriti yang palsu atau mengelirukan atau keadaan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan pasaran bagi, atau harga, apa-apa sekuriti sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.
Urus niaga orang dalam
Tertakluk pada pembelaan yang ada di bawah Bahagian ini, mana-mana individu yang mempunyai maklumat sebagai orang dalam dan—
dia berurus niaga sekuriti yang merupakan sekuriti yang harganya terjejas berhubung dengan maklumat itu;
dia menggalakkan seseorang lain untuk berurus niaga sekuriti yang, sama ada orang lain itu mengetahuinya atau tidak ialah sekuriti yang harganya terjejas berhubung dengan maklumat itu; atau
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 163
dia mendedahkan maklumat itu selain dalam pelaksanaan yang sepatutnya fungsi pekerjaan, jawatan atau profesionnya, kepada orang lain, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit.
Pembelaan
bahawa dia tidak pada masa itu menjangkakan urus niaga itu akan menghasilkan suatu keuntungan yang boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa maklumat yang berkenaan ialah maklumat sensitif harga berhubung dengan sekuriti;
bahawa pada masa itu dia mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa maklumat itu telah dizahirkan dengan sebegitu meluas sehingga dipasti bahawa tiada seorang pun yang mengambil bahagian dalam urus niaga sekuriti itu akan terjejas kerana tidak mempunyai maklumat itu;
bahawa dia akan melakukan apa yang telah dilakukannya walaupun jika dia tidak mempunyai maklumat itu.
Seseorang individu tidak melakukan kesalahan urus niaga orang dalam berdasarkan penzahiran maklumat jika dia menunjukkan—
bahawa dia tidak pada masa itu menjangkakan mana-mana orang, disebabkan oleh penzahiran itu, akan berurus niaga sekuriti; atau
bahawa, walaupun dia mempunyai jangkaan sedemikian pada masa itu, dia tidak menjangkakan urus niaga itu akan menghasilkan keuntungan yang boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa maklumat itu ialah maklumat sensitif harga berhubung dengan sekuriti.
Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa sebutan mengenai keuntungan dalam Bahagian ini termasuklah pengelakan kerugian.
Undang-Undang Malaysia 164
Akta 704
Berurus niaga sekuriti
Bagi maksud Penggal ini, seseorang berurus niaga sekuriti jika—
dia memperoleh atau melupuskan sekuriti, sama ada sebagai prinsipal atau ejen; atau
dia memperoleh, secara langsung atau tidak langsung, suatu pemerolehan atau pelupusan sekuriti tersenarai melalui seorang lain.
Mendapatkan pemerolehan atau pelupusan sekuriti
Subseksyen (1) tidaklah terbatas tentang hal keadaan yang dalamnya seseorang boleh dikira sebagai mendapat sesuatu pemerolehan atau pelupusan sekuriti oleh seseorang lain.
“Pemerolehan” atau “pelupusan” berhubung dengan sekuriti termasuk bersetuju untuk memperoleh atau melupuskan sekuriti atau membuat atau menamatkan sesuatu kontrak yang mewujudkan sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Maklumat dalaman
“Maklumat dalaman” ertinya maklumat yang—
berhubung dengan sekuriti tertentu atau dengan penerbit sekuriti tertentu atau dengan penerbit-penerbit sekuriti tertentu dan yang tidak berhubung dengan sekuriti secara am atau dengan penerbit-penerbit sekuriti secara am;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 165
Sekuriti ialah sekuriti “terjejas harga” berhubung dengan maklumat dalaman, dan maklumat dalaman ialah “sensitif harga”
berhubung dengan sekuriti, jika dan hanya jika maklumat itu akan, jika disiarkan kepada awam, berkemungkinan mempunyai kesan yang besar ke atas harga atau nilai sekuriti itu.
Maklumat sebagai orang dalam
maklumat itu ialah, dan dia mengetahui bahawa maklumat itu ialah, maklumat dalaman; dan
dia mempunyai maklumat itu, dan mengetahui bahawa dia mempunyai maklumat itu, daripada sumber dalaman, iaitu—
kerana menjadi pengarah, pekerja atau pemegang syer bagi penerbit sekuriti;
kerana mempunyai akses kepada maklumat itu melalui pekerjaan, jawatan atau profesionnya;
atau
kerana sumber maklumatnya secara langsung atau tidak langsung merupakan orang yang mempunyai maklumat itu mengikut salah satu cara yang dinyatakan dalam subperenggan (i) atau (ii).
Undang-Undang Malaysia 166
Akta 704
Takrif “disiarkan kepada awam”
Maklumat disiarkan kepada awam jika—
maklumat itu disiarkan mengikut kaedah-kaedah bursa bagi maksud memaklumkan pelabur dan penasihat profesional mereka;
maklumat itu terkandung dalam rekod yang menurut kuasa undang-undang terbuka untuk pemeriksaan orang awam;
maklumat itu boleh diperoleh dengan mudah oleh seseorang yang berkemungkinan berurus niaga apa-apa sekuriti, atau dengan mana-mana penerbit sekuriti, yang dengannya maklumat itu berhubungan; atau
Maklumat boleh dikira sebagai telah disiarkan kepada awam walaupun—
maklumat itu boleh diperoleh hanya oleh orang yang menggunakan usaha wajar atau kepakaran;
maklumat itu disampaikan kepada suatu bahagian orang awam dan bukan kepada semua orang awam secara amnya;
maklumat itu disiarkan hanya di luar Labuan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 167
Kecualian
suatu pemerolehan atau pelupusan sekuriti atau penyampaian maklumat yang dijalankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan skim perkiraan, pembentukan semula dan pengambilalihan yang berhubungan dengan perbadanan;
suatu pusat penjelasan yang memperoleh atau melupuskan sekuriti bagi maksud penyelesaian suatu kontrak pasaran atau berhubung dengan apa-apa prosiding atau tindakan lain yang berhubungan dengan penyelesaian kontrak pasaran jika perolehan atau pelupusan sekuriti itu dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah pusat penjelasan;
suatu bursa saham berhubung dengan suatu penjualan atau pembelian sekuriti yang bursa saham itu bertindak atas arahan daripada suatu pusat penjelasan;
penebusan unit bagi sesuatu skim pelaburan kolektif oleh pemegang amanah atau pengurus di bawah suatu surat ikatan amanah yang berhubungan dengan skim pelaburan kolektif itu mengikut waad pembelian balik yang terkandung atau disifatkan terkandung dalam surat ikatan amanah itu pada harga yang dikehendaki oleh surat ikatan amanah itu supaya dikira, setakat yang boleh dilaksanakan dengan munasabah, dengan merujuk kepada nilai dasar aset itu ditolak—
apa-apa liabiliti bagi skim pelaburan kolektif yang dengannya unit itu berhubungan; dan
memohon beli, atau membeli, sekuriti di bawah suatu perjanjian pengunderaitan atau perjanjian subpengunderaitan dan termasuk membuat perjanjian sedemikian atau menjual sekuriti yang dipohon beli, atau dibeli, di bawah perjanjian sedemikian;
Undang-Undang Malaysia 168
Akta 704
penjualan atau pembelian sekuriti menurut kehendak yang dikenakan oleh Kerajaan, badan berkanun atau mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan, atau apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau perintah mahkamah; dan
penyampaian maklumat menurut kehendak yang dikenakan oleh Kerajaan, badan berkanun atau mana-mana badan pengawalseliaan atau apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau perintah mahkamah.
Bahagian X
Perisytiharan atau pengiktirafan organisasi kawal selia sendiri
Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan atau mengiktirafkan bahawa sesuatu perbadanan atau organisasi hendaklah menjadi suatu organisasi kawal selia sendiri berhubung dengan suatu sektor atau industri tertentu, atau mana-mana bahagiannya, jika Lembaga berpuas hati bahawa perbadanan atau organisasi itu—
mempunyai perlembagaan dan kaedah-kaedah dan dasar dalaman yang selaras dengan Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai bagi sektor atau industri itu, atau sebahagian daripadanya;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 169
mempunyai kapasiti dan sumber kewangan dan pentadbiran yang perlu atau wajar untuk menjalankan fungsinya dan fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan yang akan dilaksanakannya sebagai suatu organisasi kawal selia sendiri, termasuklah menguruskan pelanggaran undang-undang atau pelanggaran standard dan garis panduan yang terpakai;
tidak membeza-bezakan secara tidak munasabah seseorang dalam menawarkan akses kepada perkhidmatannya atau dalam menjalankan fungsinya sebagai organisasi kawal selia sendiri;
diuruskan atau dikawal oleh pegawai atau orang yang mengawal yang merupakan orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini; dan
memenuhi apa-apa kriteria yang ditentukan dalam kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Lembaga.
Lembaga boleh, melalui perkiraan bertulis, mewakilkan kuasa atau fungsi Lembaga kepada sesuatu organisasi kawal selia sendiri.
Sesuatu perkiraan di bawah subseksyen (3), hendaklah mengadakan peruntukan bagi—
mana-mana kuasa atau fungsi yang diwakilkan kepada organisasi kawal selia sendiri oleh Lembaga di bawah subseksyen (3);
terma dan syarat yang atasnya kuasa atau fungsi itu telah diwakilkan dan boleh dijalankan oleh organisasi kawal selia sendiri;
orang yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa atau fungsi yang diwakilkan itu bagi pihak organisasi kawal selia sendiri; dan
pengemukaan laporan berkala kepada Lembaga berkenaan dengan penjalanan kuasa atau fungsi yang diwakilkan oleh organisasi kawal selia sendiri.
Undang-Undang Malaysia 170
Akta 704
Kaedah-kaedah organisasi kawal selia sendiri
Kaedah-kaedah yang dibuat oleh sesuatu organisasi kawal selia sendiri di bawah subseksyen (1), dan pindaan kepadanya, tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika diluluskan oleh
Lembaga.
Lembaga hendaklah dikira telah memberikan kelulusan bagi maksud subseksyen (1) jika Lembaga tidak membantah terhadap kaedah-kaedah itu atau pindaan kepadanya dalam tempoh satu bulan selepas kaedah-kaedah atau pindaan itu dikemukakan kepada
Lembaga untuk kelulusan.
Kaedah-kaedah sesuatu organisasi kawal selia sendiri boleh membuat peruntukan mengenai pemegangan syer dan hak mengundi dalam organisasi kawal selia sendiri itu demi kepentingan anggota organisasi kawal selia sendiri, pengguna, pelabur dan pengguna perkhidmatan mereka.
Sekatan terhadap membuat keputusan
Sesuatu organisasi kawal selia sendiri tidak boleh membuat keputusan di bawah kaedah-kaedahnya yang memudaratkan hak seseorang melainkan jika—
organisasi kawal selia sendiri itu telah memberi orang itu peluang untuk membuat representasi mengenai perkara itu; atau
organisasi kawal selia sendiri itu berpendapat, atas alasan munasabah, bahawa apa-apa kelengahan dalam membuat keputusan itu akan menjejaskan secara mudarat suatu kelas pengguna, pelabur atau anggota sektor atau industri itu sebagaimana yang terpakai.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 171
Obligasi pegawai dan obligasi yang berhubungan dengan pegawai organisasi kawal selia sendiri
Sesuatu organisasi kawal selia sendiri hendaklah memberitahu
Lembaga, mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga, dengan secepat yang dapat dilaksanakan sebelum atau selepas seseorang dilantik sebagai pegawai organisasi kawal selia sendiri itu.
Kuasa untuk memberikan arahan kepada organisasi kawal selia sendiri
menggantung, selama tempoh yang ditentukan dalam arahan itu, suatu peruntukan tertentu dalam perlembagaan atau kaedah-kaedahnya;
menghendaki, tertakluk pada Akta Syarikat Labuan 1990 atau mana-mana undang-undang lain, pindaan perlembagaannya sebagaimana yang ditentukan dalam arahan itu supaya menjadikannya mematuhi Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat oleh Lembaga;
menghendaki pindaan kaedah-kaedahnya sebagaimana yang ditentukan dalam arahan itu supaya menjadikannya mematuhi Akta yang berkenaan; atau
Jika Lembaga mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
seseorang pegawai sesuatu organisasi kawal selia sendiri bukan seseorang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini; atau
Undang-Undang Malaysia 172
Akta 704
pelantikan seseorang tertentu atau penerusan jawatannya sebagai seorang pegawai sesuatu organisasi kawal selia sendiri berkemungkinan memudaratkan organisasi kawal selia sendiri itu atau menjejaskan secara mudarat kepentingan pelabur dan pengguna perkhidmatan kewangan atau kepentingan anggota sektor atau industri yang berkenaan,
Lembaga boleh, selepas memberi peluang yang munasabah kepada pegawai dan organisasi kawal selia sendiri itu untuk membuat representasi, mengarahkan organisasi kawal selia sendiri itu untuk tidak melantik pegawai itu, atau menyingkirkannya daripada jawatannya.
Subseksyen (1) dan (2) tidak membataskan arahan yang boleh diberikan oleh Lembaga kepada sesuatu organisasi kawal selia sendiri.
Penamatan perkiraan dan pembatalan perisytiharan atau pengiktirafan
organisasi kawal selia sendiri itu tidak memulakan operasi dalam masa tiga bulan selepas suatu perkiraan di bawah
Bahagian ini telah dibuat;
Lembaga tidak berpuas hati bahawa organisasi kawal selia sendiri itu melaksanakan dengan sepatutnya atau dapat melaksanakan fungsi atau kuasa yang diwakilkan kepadanya, atau fungsi dan kuasanya yang lain;
Lembaga berpuas hati bahawa organisasi kawal selia sendiri itu telah melakukan suatu pelanggaran material sesuatu perkiraan atau Akta yang berkenaan atau undang-undang lain yang terpakai;
ternyata kepada Lembaga bahawa organisasi kawal selia sendiri itu terlibat dalam suatu jenayah kewangan; atau
organisasi kawal selia sendiri itu tidak mematuhi arahan
Lembaga.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 173
Lembaga tidak boleh membatalkan sesuatu perisytiharan atau pengiktirafan melainkan jika Lembaga telah memberitahu organisasi kawal selia sendiri itu tentang niatnya dan sebab bagi tindakan
Lembaga itu, dan telah memberi peluang yang munasabah kepada organisasi kawal selia sendiri itu untuk membuat representasi kepada Lembaga.
Lembaga hendaklah menyebabkan suatu notis mengenai pembatalan di bawah subseksyen (1) disiarkan dalam Warta.
Pindaan kepada perlembagaan organisasi kawal selia sendiri
Walau apa pun seksyen 24 Akta Syarikat Labuan 1990, sesuatu pindaan kepada dokumen konstituen sesuatu organisasi kawal selia sendiri tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika pindaan itu diluluskan oleh Lembaga.
Perlindungan bagi organisasi kawal selia sendiri
Sesuatu organisasi kawal selia sendiri, pegawai atau pekerja organisasi kawal selia sendiri atau anggota sesuatu jawatankuasa organisasi kawal selia sendiri tidak bertanggungan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh atau kehilangan yang disebabkan kepada mana-mana orang akibat apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan oleh mereka dalam pelaksanaan, secara suci hati, fungsi dan kewajipan mereka berkaitan dengan fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan organisasi kawal selia sendiri itu, termasuk fungsi yang diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.
Penyata kewangan organisasi kawal selia sendiri
Dalam tempoh enam bulan dari berakhirnya setiap tahun kewangan, organisasi kawal selia sendiri hendaklah memfailkan dengan Lembaga suatu salinan, yang diperakui oleh setiausaha sebagai salinan benar, penyata kewangan organisasi kawal selia sendiri itu bagi tahun itu yang disediakan dan diaudit mengikut
Bahagian VI
Akta 704
Bagi maksud Penggal ini, kuasa yang diberikan kepada
Lembaga di bawah seksyen 160 hendaklah terpakai juga berkenaan dengan mana-mana perbadanan atau organisasi Labuan yang diisytiharkan atau diiktiraf oleh Lembaga sebagai suatu organisasi kawal selia sendiri di bawah seksyen 156.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 175
Jika, dalam penjalanan auditnya, juruaudit sesuatu organisasi kawal selia sendiri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa—
telah berlaku perubahan bertentangan yang material dalam risiko yang terdapat dalam perniagaan sesuatu organisasi kawal selia sendiri itu yang berpotensi untuk menjejaskan keupayaan organisasi kawal selia sendiri itu sebagai suatu usaha berterusan;
organisasi kawal selia sendiri itu mungkin berlanggaran dengan Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga;
ketidakteraturan serius telah berlaku, dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu secara bertulis kepada Lembaga.
Apa-apa laporan yang dibuat di bawah subseksyen (3)
tidaklah menjadi pelanggaran kewajipan juruaudit.
Kuasa Lembaga berkenaan dengan organisasi kawal selia sendiri
Bahagian XI
Lembaga hendaklah, selepas menimbangkan rayuan di bawah subseksyen (1), membuat keputusan muktamad dan hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keputusannya.
Seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Menteri secara bertulis yang boleh mengesahkan, mengubah atau mengakas keputusan itu, dan keputusan Menteri hendaklah muktamad.
Bagi mengelakkan keraguan, pembawaan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (1) dan (3), tidak menggantung keputusan yang dirayukan itu.
Pembatalan persetujuan, lesen atau pendaftaran
entiti berlesen itu berhenti menjalankan perniagaan dalam atau dari dalam Labuan;
entiti berlesen itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana terma, syarat, sekatan atau batasan yang berkaitan dengan lesen atau pendaftaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Lembaga telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi lesen atau pendaftaran, atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen atau, pendaftaran itu, diberi maklumat, dokumen atau akuan yang palsu atau mengelirukan oleh atau bagi pihak entiti berlesen;
entiti berlesen itu telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau suatu kesalahan jenayah dalam mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf;
entiti berlesen itu telah dengan disedarinya dan dengan sengaja membekalkan maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat atau tidak menzahirkan maklumat yang dikehendaki di bawah Akta ini;
entiti berlesen itu menjalankan perniagaan mengikut cara yang Lembaga dengan munasabah mempercayai akan memudaratkan kepentingan, dalam hal entiti berlesen di bawah Bahagian III, pelabur dana bersama, atau kepentingan awam;
entiti berlesen itu diisytiharkan bankrap atau telah digulungkan atau selainnya dibubarkan;
suatu resolusi bagi penggulungan sukarela entiti berlesen itu telah diluluskan;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 177
berhubung dengan pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans, jika apa-apa jaminan atau aku janji yang disebut dalam seksyen 88
dan 89 atau seksyen 103 dan 104 telah tidak ditunaikan; atau
Lembaga mengikut budi bicaranya memikirkannya patut kerana apa-apa sebab lain.
Tatacara pembatalan
memberikan notis bertulis kepada entiti berlesen itu mengenai alasan yang berdasarkannya Lembaga berniat berbuat demikian;
memberi entiti berlesen itu peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Lembaga dalam tempoh tiga puluh hari selepas penerimaan notis itu; dan
Jika Lembaga membatalkan apa-apa lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 167, Lembaga hendaklah memberikan notis bertulis kepada entiti berlesen itu mengenai pembatalan itu dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika pembatalan itu adalah mengenai suatu lesen bank atau lesen insurans, Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan dalam satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa suatu notis mengenai pembatalan lesen bank atau lesen insurans itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen ini tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis itu atau kegagalan untuk menyiarkan notis itu tidaklah dengan apa-apa cara menjejaskan kesahan pembatalan itu.
Undang-Undang Malaysia 178
Akta 704
Jika pembatalan itu adalah mengenai pendaftaran suatu syarikat amanah Labuan, sebagai tambahan kepada subseksyen (1)
dan (2)—
atas permintaan bagi pembatalan, syarikat amanah Labuan itu hendaklah memuaskan hati Lembaga bahawa ia telah membuat peruntukan yang mencukupi berkenaan dengan semua liabilitinya dan hendaklah juga menetapkan tarikh yang pembatalan itu akan berkuat kuasa; dan
syarikat amanah Labuan itu hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang ditetapkan di bawah perenggan (4)(a), menyiarkan suatu iklan mengenai pembatalan pendaftarannya yang dicadangkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar Malaysia yang diedarkan secara meluas dan satu akhbar kewangan antarabangsa.
Penyerahan balik lesen atau pendaftaran
Entiti berlesen itu hendaklah memberi empat belas hari notis kepada Lembaga mengenai penyerahan balik itu.
Lembaga boleh memberikan kelulusannya jika Lembaga berpuas hati bahawa entiti berlesen itu telah membuat peruntukan yang mencukupi berkenaan dengan semua liabilitinya, dan selepas itu hendaklah menetapkan tarikh yang penyerahan balik itu mula berkuat kuasa.
Jika kelulusan Lembaga telah diperoleh di bawah subseksyen (3), entiti berlesen itu hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen (3), menyiarkan suatu iklan mengenai penyerahan balik yang dicadangkan itu dalam sekurang-kurangnya satu akhbar Malaysia yang diedarkan dengan meluas dan satu akhbar kewangan antarabangsa.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 179
Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan dalam satu akhbar Malaysia yang diedarkan dengan meluas dan satu akhbar kewangan antarabangsa suatu notis mengenai tiap-tiap penyerahan balik di bawah seksyen ini tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis itu atau kegagalan untuk menyiarkan notis itu tidaklah dengan apa-apa cara menjejaskan kesahan penyerahan balik itu.
Akibat pembatalan atau penyerahan balik lesen
Walau apa pun subseksyen (1), jika suatu entiti berlesen terus wujud sebagai suatu perbadanan selepas pembatalan lesennya telah mula berkuat kuasa, Menteri boleh, atas syor Lembaga, membenarkan secara bertulis entiti berlesen itu untuk terus menjalankan aktiviti perniagaannya pada apa-apa takat dan bagi apa-apa tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud penggulungan hal ehwalnya atau bagi maksud menjelaskan tuntutan pemunya polisinya, pelanggan atau pemiutang lain.
Tiap-tiap entiti berlesen yang lesennya telah dibatalkan atau diserah balik hendaklah terus tertakluk pada peruntukan Akta ini selagi liabilitinya belum dijelaskan atau tidak dibuat peruntukan selainnya mengenainya.
Sistem pembayaran
mula mengendalikan apa-apa sistem pembayaran dalam, dari atau melalui Labuan; atau
Undang-Undang Malaysia 180
Akta 704
jika orang itu telah mengendalikan apa-apa sistem pembayaran dalam, dari atau melalui Labuan sebaik sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, terus mengendalikan sistem itu, melainkan jika dia telah mengemukakan untuk kelulusan Lembaga skim pengendalian sistem pembayaran itu dan kaedah-kaedah, kontrak, undang-undang kecil atau dokumen lain yang berhubungan dengan hak, kewajipan dan liabiliti orang yang menyertai sistem pembayaran itu dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada
Lembaga untuk mengendalikan sistem pembayaran itu.
Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (1),
Lembaga boleh menghendaki orang yang berkehendakkan kebenaran itu untuk mengemukakan kepada Lembaga apa-apa maklumat dan butir-butir lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu atau dengan orang yang berkehendakkan kebenaran itu, atau dengan orang yang sedang atau yang akan menyertai sistem pembayaran itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dan juga boleh membuat apa-apa pemeriksaan premis, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen, akaun dan transaksi lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu sebagaimana yang didapati wajar oleh Lembaga.
Lembaga boleh meluluskan atau menolak sesuatu skim yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) dan kaedah-kaedah, kontrak, undang-undang kecil atau dokumen lain yang berhubungan dengan skim itu dan dikemukakan bersama dengan skim itu atau boleh meluluskannya tertakluk pada apa-apa ubah suaian dan pengubahan kepada skim itu, atau kepada mana-mana atau semua dokumen yang dikemukakan bersama dengannya, sebagaimana yang difikirkannya perlu, wajar atau suai manfaat, dan boleh apabila memberikan apa-apa kebenaran di bawah seksyen ini, mengenakan apa-apa sekatan, batasan, atau syarat yang disifatkannya patut.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kebenaran yang diberikan, atau dalam apa-apa skim atau dokumen yang diluluskan, di bawah subseksyen (3), mana-mana orang yang dibenarkan di bawah subseksyen itu hendaklah mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan sistem pembayaran, dan jika terdapat apa-apa konflik atau ketidakselarasan antara terma kebenaran itu atau apa-apa jua dalam skim itu atau dalam apa-apa dokumen itu dengan peraturan-peraturan sedemikian, peruntukan peraturan-peraturan itu hendaklah mengatasi dan hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 181
Semasa suatu kebenaran di bawah subseksyen (3) sedang berkuat kuasa, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa premis, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen, akaun atau transaksi lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, selepas memberi orang yang dibenarkan di bawah subseksyen (3) peluang yang munasabah untuk membuat representasi, membatalkan atau menggantung, atau meminda apa-apa jua yang terkandung dalam, sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen itu.
Dalam membuat apa-apa pembatalan di bawah subseksyen (6),
Lembaga boleh memasukkan kehendak yang bersifat berdampingan, berkaitan atau bersampingan untuk dipatuhi oleh orang yang kebenarannya hendak dibatalkan atau oleh mana-mana orang yang menyertai sistem itu, dan dalam membuat apa-apa penggantungan di bawah subseksyen itu, Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan kehendak yang difikirkannya perlu atau suai manfaat.
Mana-mana orang yang kebenarannya dibatalkan atau digantung di bawah subseksyen (6) hendaklah dengan serta-merta berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang berkenaan dengannya kebenaran itu telah dibatalkan atau digantung.
Tiada entiti berlesen Labuan boleh diberi kelulusan untuk mengendalikan apa-apa sistem pembayaran di bawah seksyen ini.
Pemindahan perniagaan
Kesemua atau mana-mana bahagian perniagaan pemindah boleh dipindahkan kepada penerima pemindahan jika pemindahan itu dilaksanakan melalui skim di bawah seksyen ini.
Undang-Undang Malaysia 182
Akta 704
Skim di bawah seksyen ini tidak boleh mengadakan peruntukan mengenai perniagaan pemindah yang hendak dipindahkan kepada orang yang belum lagi berdaftar untuk menjalankan perniagaan itu di bawah Akta ini atau yang belum lagi wujud kecuali apabila diperuntukkan secara nyata dalam skim itu bahawa skim itu hendaklah hanya mula berkuat kuasa apabila orang itu telah dilesenkan.
Skim di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan mengenai perkara yang bersampingan dengan pemindahan yang dilaksanakan itu dan peruntukan bagi melaksanakan pemindahan itu, dan secara khususnya boleh termasuk peruntukan mengenai—
apa-apa harta, hak atau liabiliti pemindahan itu termasuklah aset yang mengandungi dana insurans (dalam hal pemindahan perniagaan insurans), untuk meletak hak, menurut skim itu dan tanpa jaminan lanjut, pada penerima pemindahan;
dalam hal pemindahan perniagaan insurans, pendaftaran polisi yang dipindahkan oleh penerima pemindahan, bagi amaun yang akan dimasukkan berkenaan dengan polisi itu ke dalam dana insurans penerima pemindahan dan, bagi apa-apa perkara lain yang berbangkit di bawah Akta ini daripada pemindahan itu;
penerusan apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap penerima pemindahan atau terhadap pemindah;
apa-apa perkara yang bersampingan, berbangkit atau tambahan yang perlu untuk menjamin bahawa skim itu boleh dijalankan sepenuhnya dan dengan berkesan.
Skim di bawah seksyen ini tidak mempunyai kesan melainkan jika ia diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga dan kemudiannya disahkan oleh Mahkamah.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 183
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai berkenaan dengan tiap-tiap skim:
pemindah hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu salinan laporan, berserta dengan salinan laporan, jika ada, yang menyatakan terma skim itu;
setiap pihak kepada skim itu hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan selepas salinan skim itu dikemukakan kepada
Lembaga, menyebabkan supaya disiarkan dalam tidak kurang daripada dua akhbar harian yang diluluskan oleh Lembaga suatu notis, yang mengandungi apa-apa butir yang ditentukan, mengenai hasrat untuk membuat apa-apa permohonan kepada
Mahkamah bagi pengesahan skim itu; dan
setiap pihak kepada skim itu hendaklah, bagi tempoh lima belas hari selepas penyiaran notis yang disebut dalam perenggan (b), menyimpan suatu salinan skim itu di pejabatnya di Labuan dan salinan tersebut hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh kesemua anggotanya dan pemunya polisi yang terjejas oleh skim itu.
Sebagai tambahan kepada subseksyen (6), berkenaan dengan skim bagi pemindahan perniagaan insurans, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
laporan aktuari, jika ada, hendaklah diserahkan berserta dengan salinan skim itu;
pemindah hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan yang mencukupi untuk menunjukkan pendapat aktuari itu mengenai kesan yang bermungkinan daripada skim itu terhadap pemunya polisi pihak-pihak kepada skim berkenaan dengan apa-apa pemindahan perniagaan insurans nyawa;
setiap pihak kepada skim itu hendaklah mengemukakan suatu salinan dan laporan yang disebut dalam perenggan (b) kepada mana-mana orang yang meminta salinan itu pada bila-bila masa sebelum Mahkamah mengesahkan skim itu; dan
Lembaga boleh menyebabkan suatu laporan skim dibuat oleh aktuari yang bebas daripada pihak-pihak kepada skim itu dan, jika Lembaga berbuat demikian, hendaklah menyebabkan suatu salinan laporan itu dihantar kepada setiap pihak itu.
Undang-Undang Malaysia 184
Akta 704
Salinan apa-apa skim dan apa-apa laporan yang disebut dalam subseksyen (6) dan (7), atau ringkasannya yang diluluskan oleh Lembaga, hendaklah, kecuali setakat yang Mahkamah, apabila dibuat permohonan bagi pihak itu, mengarahkan selainnya, dihantar oleh setiap pihak kepada skim itu kepada setiap pemunya polisinya yang terjejas oleh skim itu.
Pihak kepada skim itu hendaklah bertanggungan secara bersesama atau berasingan untuk membayar balik kepada Lembaga apa-apa kos atau perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga di bawah seksyen ini berkaitan dengan skim itu; dan skim itu hendaklah termasuk peruntukan mengenai liabiliti yang kena ditanggung antara pihak-pihak:
Dengan syarat bahawa jika Mahkamah telah membuat apa-apa perintah mengenai kos, kos yang hendaklah dibayar balik kepada
Lembaga tidak boleh melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah itu.
Selepas sesuatu skim diluluskan oleh Lembaga di bawah subseksyen (10), suatu permohonan boleh dibuat secara bersesama kepada mahkamah melalui saman pemula ex parte oleh pihak-pihak kepada skim itu bagi apa-apa perintah Mahkamah untuk mengesahkan skim yang diluluskan itu dan untuk memudahkan atau membolehkan skim itu dilaksanakan.
Suatu permohonan kepada Mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan skim itu boleh, pada bila-bila masa sebelum pengesahan skim itu oleh mahkamah, dibuat oleh Lembaga atau oleh mana-mana orang yang pada pendapat
Mahkamah berkemungkinan terjejas oleh skim itu.
Mahkamah boleh mengesahkan sesuatu skim dengan atau tanpa ubah suaian atau boleh menolak untuk mengesahkan skim itu.
Skim yang tidak disahkan oleh Mahkamah di bawah subseksyen (13) hendaklah berkuat kuasa mengikut maksudnya walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam seksyen yang terdahulu dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas olehnya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 185
Apabila skim disahkan, setiap pihak kepada skim itu hendaklah, melainkan jika ia syarikat yang tidak diperbadankan memfailkan suatu salinan skim itu dengan Lembaga dan dengan pihak berkuasa kawal selia dalam negara penubuhannya atau negara asalnya.
Penerima pemindahan hendaklah, dalam tempoh satu bulan selepas skim itu berkuat kuasa, mengemukakan kepada Lembaga—
pernyataan aset dan liabiliti setiap pihak kepada skim itu, pada masa sebaik sebelum pemindahan itu, yang ditandatangani bagi pihak-pihak itu;
suatu salinan skim itu yang disahkan oleh Mahkamah dan salinan termeterai perintah Mahkamah yang mengesahkan skim itu; dan
suatu perisytiharan yang dibuat oleh pengerusi lembaga pengarah penerima pemindahan, atau oleh pegawai prinsipalnya di Labuan, yang menyatakan dengan lengkap tiap-tiap bayaran yang dibuat atau akan dibuat kepada mana-mana orang oleh sebab pemindahan itu, dan yang menyatakan, setakat yang dipercayainya, tiada apa-apa bayaran melampaui yang dinyatakan telah, atau akan, dibuat oleh sebab pemindahan itu atau dengan diketahui oleh pihak-pihak kepada skim itu.
Pemindah hendaklah mengemukakan, dalam tempoh tiga puluh hari dari perintah Mahkamah dibuat di bawah subseksyen (11), suatu salinan disahkan perintah itu berserta dengan salinan disahkan skim itu yang diluluskan oleh Lembaga di bawah subseksyen (10), dengan pihak berkuasa yang patut, jika ada, yang berkaitan dengan pendaftaran atau perekodan urus niaga mengenai apa-apa harta alih atau kepentingan mengenai harta alih yang dipindahkan menurut perintah itu.
Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11)
meletak hak apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa tanah beri hakmilik pada penerima pemindahan—
Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2)
*Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965], menyebabkan
*CATATAN—Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] telah disemak dan dinamakan sebagai
Kanun Tanah Negara [Semakan-2020] [Akta 828] yang mula berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020.
Undang-Undang Malaysia 186
Akta 704
suatu salinan perintah itu diserahkan kepada Pendaftar
Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan peruntukan subseksyen 420(2), (3) dan (4);
jika tanah beri hakmilik itu di Sabah, penerima pemindahaan itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, mengeluarkan suatu salinan disahkan perintah itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran peletakhakan tanah beri hakmilik itu atau bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik itu kepada penerima pemindahan itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68]; atau
jika tanah beri hakmilik itu di Sarawak, penerima pemindahan itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, mengeluarkan salinan disahkan perintah itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran peletakhakan tanah beri hakmilik atau mengenai bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik itu, kepada penerima pemindahan, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Sarawak
[Sarawak Bab 81].
Suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11)
boleh berkaitan dengan apa-apa harta atau perniagaan pemindah di luar Malaysia dan, jika ia berkaitan sedemikian, kuat kuasa boleh diberikan sama ada mengikut apa-apa perkiraan timbal balik berhubung dengan penguatkuasaan penghakiman yang mungkin wujud antara Malaysia dengan negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia di mana harta atau perniagaan itu berada, atau jika tiada perkiraan sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai di negara, wilayah atau tempat itu.
Dalam seksyen ini, “pihak-pihak kepada skim itu” ertinya pemindah dan penerima pemindahan, dan “pihak-pihak kepada sesuatu skim” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 187
Audit dalaman
Juruaudit dalaman yang dilantik oleh pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans untuk menjalankan audit dalaman ke atas buku dan operasinya di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi maksud Bahagian ini disifatkan sebagai seorang pegawai pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans masing-masingnya dan hendaklah, pada setiap masa, tertakluk pada seksyen 178.
Audit dalaman boleh dijalankan oleh mana-mana orang kecuali juruaudit luaran pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 174.
Seseorang juruaudit dalaman hendaklah dengan segera melaporkan kepada Lembaga jika, dalam perjalanan kewajipannya sebagai juruaudit dalaman pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans, dia berpuas hati bahawa—
telah berlaku suatu pelanggaran peruntukan Akta ini atau bahawa suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan oleh pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans itu atau oleh mana-mana pegawai atau pekerjanya; atau
apa-apa ketidakteraturan yang menjejaskan kepentingan pemiutang pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans itu, atau, dalam hal pemegang lesen insurans, kepentingan pemunya polisi, atau apa-apa ketidakteraturan serius yang lain, telah berlaku.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 188
Akta 704
Juruaudit luar
Lembaga boleh menyenggarakan suatu senarai juruaudit bagi maksud seksyen ini.
Juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjalankan audit ke atas akaun entiti berlesen itu berkenaan dengan operasi perniagaannya dan hendaklah mengemukakan laporan mengenai audit itu berserta dengan ulasannya mengenai sistem perakaunan dan kawalan entiti berlesen itu kepada peserta-peserta entiti berlesen itu dan kepada Lembaga.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghendaki juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini untuk mengemukakan kepada
Lembaga apa-apa penjelasan berhubung dengan auditnya sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Seseorang juruaudit hendaklah dengan segera melaporkan kepada Lembaga jika, dalam perjalanan kewajipannya sebagai juruaudit bagi entiti berlesen, dia berpuas hati bahawa—
telah berlaku suatu pelanggaran peruntukan mana-mana
Bahagian Akta ini atau bahawa suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan oleh entiti berlesen itu atau mana-mana pekerjanya; atau
apa-apa ketidakteraturan yang menjejaskan kepentingan pemunya polisi, dalam hal suatu entiti berlesen di bawah
Bahagian V
Tiap-tiap entiti berlesen dan pengarahnya hendaklah menyebabkan catatan yang sewajarnya dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain entiti berlesen itu dalam tempoh enam puluh hari selepas selesainya transaksi yang berhubungan dengannya.
Menjadi wajib bagi rekod perakaunan dan rekod lain entiti berlesen disimpan di pejabat berdaftar entiti berlesen itu atau di mana-mana tempat di Labuan yang difikirkan patut oleh pengarah entiti berlesen itu dan rekod perakaunan dan rekod lain itu hendaklah pada setiap masa dibuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pengarah dan hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara bagi membolehkan rekod-rekod itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya.
Lembaga boleh, dalam mana-mana hal tertentu, mengarahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain sesuatu entiti berlesen dibuka untuk pemeriksaan juruaudit yang bertindak bagi pihak seorang pengarah, tetapi hanya atas suatu aku janji secara bertulis bahawa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit semasa pemeriksaannya itu tidak boleh didedahkan kepadanya kecuali kepada pengarah itu.
Mana-mana pengarah sesuatu entiti berlesen yang tidak mengambil segala langkah munasabah untuk memastikan pematuhan kehendak seksyen ini oleh entiti berlesen itu, atau seorang pengarah yang dengan tindakan sengajanya telah menyebabkan keingkaran oleh entiti berlesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Bagi maksud seksyen ini, “rekod perakaunan dan rekod lain” hendaklah termasuk, jika berkenaan, yang berikut:
semua jumlah wang yang diterima dan dibelanjakan oleh entiti berlesen dan perkara-perkara yang berkenaan dengannya penerimaan dan perbelanjaan itu telah dibuat;
Undang-Undang Malaysia 190
Akta 704
Walau apa pun subseksyen (3), Lembaga boleh secara bertulis membenarkan sesuatu entiti berlesen untuk menyimpan rekod perakaunan dan rekod lain di luar Labuan dengan syarat bahawa entiti berlesen itu hendaklah juga menyenggarakan akaun dan rekod yang menunjukkan kedudukan kewangannya dengan semunasabahnya tepat dan akaun dan rekod itu dikemaskinikan sekali dalam tiap-tiap enam bulan di Labuan.
Wang atau harta lain daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang
apa-apa wang atau harta lain yang berpunca daripada sesuatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan; atau
apa-apa wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau pengawalannya ialah atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1)(a).
Jika mana-mana orang, yang merupakan seorang pengarah, pegawai atau ejen mana-mana entiti berlesen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (1)—
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa entiti berlesen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (1)
mempunyai harta atau pendapatan yang terakru kepadanya atau yang diperoleh olehnya dan yang berpunca daripada suatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan; atau
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 191
telah menerima atau mempunyai dalam milikannya atau kawalannya wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau pengawalannya ialah atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (2)(a), menjadi kewajipan orang itu untuk dengan serta-merta untuk membawa perkara itu kepada perhatian Lembaga.
Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Semua wang atau harta yang diperihalkan dalam subseksyen (1)
dan (2) hendaklah terlucut hak kepada Kerajaan dan menjadi hartanya secara mutlak.
Pemeriksaan dan penelitian buku dan dokumen entiti berlesen
memeriksa dan meneliti buku atau dokumen lain, akaun dan transaksi lain mana-mana entiti berlesen; atau
mendapatkan daripada mana-mana entiti berlesen, menghendaki mana-mana entiti berlesen untuk memberikan akses kepada, atau menghendaki mana-mana entiti berlesen untuk memberikan, apa-apa maklumat atau salinan apa-apa rekod, buku atau dokumen lain yang berhubungan dengan perniagaan entiti berlesen itu yang dijalankan di bawah Akta ini yang, pada pendapat Lembaga, perlu bagi membolehkannya menentukan pematuhan peruntukan
Akta ini.
Lembaga boleh meluluskan pihak berkuasa penyeliaan negara asal entiti berlesen itu untuk menjalankan aktiviti yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b).
Setiap pengarah atau pegawai entiti berlesen hendaklah memberikan kerjasama dan bantuannya kepada Lembaga untuk memudahkan apa-apa pemeriksaan dan penelitian yang dijalankan di bawah perenggan (1)(a).
Undang-Undang Malaysia 192
Akta 704
Kerahsiaan
mana-mana pelanggan suatu syarikat amanah Labuan atau syarikat amanah persendirian Labuan di bawah
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 189
Akaun dan rekod
Bahagian V
Bahagian X
Jika apa-apa surat cara atau dokumen yang dikehendaki diserah simpan dengan Lembaga adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, surat cara atau dokumen itu hendaklah disertakan dengan suatu terjemahannya yang telah ditentusahkan atau diperakukan sama ada dalam bahasa kebangsaan atau Inggeris.
Pemakaian Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996
Jika berlaku apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996, peruntukan Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996 hendaklah mengatasi.
Pemakaian Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam
Labuan 2010
Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 dalam perkara-perkara yang pematuhan syariah adalah berkenaan, peruntukan Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 hendaklah mengatasi.
Pemakaian *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 195
Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan *Akta Kawalan Pertukaran
Wang 1953, peruntukan *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953
hendaklah mengatasi.
Peruntukan *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 tidaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa transaksi yang dikecualikan di bawah Akta itu dan apa-apa garis panduan, pekeliling atau notis yang dikeluarkan di bawahnya.
Pemakaian Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007, peruntukan Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 hendaklah mengatasi.
Peruntukan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
tidaklah terpakai bagi suatu entiti berlesen berkenaan dengan apa-apa aktiviti berlesen di bawah Akta ini, apabila aktiviti berlesen itu dijalankan di Labuan atau di luar Malaysia.
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271
dan 272 Akta 758.
Undang-Undang Malaysia 196
Akta 704
Pemakaian Akta Syarikat Labuan 1990 dan *Akta Syarikat 1965
pemegang lesen bank yang bukan pemegang lesen bank Malaysia; dan
pemegang lesen insurans yang merupakan syarikat
Labuan atau syarikat Labuan asing; dan
pemegang lesen bank Malaysia atau entiti berlesen yang dilesenkan di bawah seksyen 90 yang merupakan pejabat sesuatu bank Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta itu; dan
pemegang lesen insurans yang merupakan cawangan suatu penanggung insurans Malaysia.
Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta lain yang disebut dalam subseksyen (1) dalam pemakaiannya kepada entiti berlesen masing-masing, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi.
Jika terdapat apa-apa kesukaran atau keraguan yang timbul dalam pemakaian subseksyen (1) berhubung dengan mana-mana entiti berlesen tertentu atau apa-apa perkara atau hal keadaan tertentu atau secara amnya, Lembaga boleh menyelesaikannya dengan mengeluarkan arahan mengenai isu itu.
Ketidakpakaian undang-undang tertentu
Tiada pemegang lesen insurans boleh, berkenaan dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan oleh pemegang lesen itu di bawah Bahagian VII, tertakluk pada mana-mana peruntukan
*Akta Insurans 1996 dan **Akta Takaful 1984.
Bagi maksud Bahagian IX—
peruntukan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
tidaklah terpakai bagi penubuhan, penjalanan, aktiviti dan perniagaan apa-apa bursa yang ditubuhkan di bawah
Penggal 2
Penggal 2 Bahagian IX boleh menjalankan perniagaannya selama dua puluh empat jam setiap hari pada mana-mana dan semua hari setiap minggu tertakluk pada apa-apa batasan atau sekatan yang dikenakan oleh atau menurut undang-undang kecil atau kaedah-kaedah, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Lembaga;
*CATATAN—Akta Insurans 1996 [Akta 553] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
**CATATAN—Akta Takaful 1984 [Akta 312] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282 dan 283 Akta 759.
Undang-Undang Malaysia 198
Akta 704
mana-mana orang lain yang menurut undang-undang bertindak bagi pihak, atau dengan mematuhi arahan,
Lembaga, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau sebagai melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan Akta ini, atau apa-apa garis panduan, arahan, nasihat atau apa-apa jua benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Subseksyen (1) hendaklah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198], dan bagi maksud Akta itu, tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam atau orang yang terlibat atau diambil kerja dalam melaksanakan kewajipan awam.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota
Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat itu.
Penalti am
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh—
dalam hal sesuatu badan, diperbadankan atau tidak diperbadankan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit;
atau
dalam hal seseorang individu, didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian yang tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 199
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini, mana-mana orang yang, pada masa pelakuan kesalahan itu, ialah pengarah atau pegawai lain yang seumpamanya atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian—
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya;
dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Undang-Undang Malaysia 200
Akta 704
Fi tahunan dan fi lesen
Fi yang ditetapkan itu hendaklah dibayar pada atau sebelum 15 Januari tiap-tiap tahun yang berikutan tahun yang apa-apa persetujuan, lesen atau pendaftaran diberikan.
Apa-apa fi yang tidak dibayar boleh diambil guaman ke atasnya oleh Lembaga melalui tindakan sebagai hutang sivil dan sebagai tambahan Lembaga boleh menghendaki pembayaran penalti kerana pembayaran lewat ke takat suatu amaun yang setara dengan dua kali ganda amaun fi yang tidak dibayar itu dan kos mendapatkan amaun itu termasuklah tetapi tidak terhad kepada kos prosiding undang-undang.
Fi dan penalti hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Walau apa pun subseksyen (1), semua fi yang dibayar di bawah seksyen 140 Bahagian IX hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang Bursa atau apa-apa bursa lain yang ditubuhkan menurut Bahagian IX dan boleh digunakan mengikut peruntukan undang-undang kecil Bursa itu atau mana-mana bursa lain.
Tatacara apabila tiada tatacara dinyatakan
Sekiranya apa-apa perbuatan atau langkah dikehendaki atau dibenarkan dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan tiada borang ditentukan atau tatacara dinyatakan sama ada dalam Akta ini atau peraturan-peraturan, permohonan boleh dibuat kepada
Lembaga untuk arahan tentang cara yang mengikutnya perbuatan atau langkah itu boleh dilakukan atau diambil, dan apa-apa perbuatan atau langkah yang dilakukan atau diambil mengikut arahan sedemikian hendaklah menjadi pelaksanaan yang sah bagi perbuatan atau langkah itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 201
Salah nyataan
dengan sengaja atau dengan melulu membuat sesuatu salah nyataan dalam apa-apa dokumen atau bahan atau rekod yang dikehendaki supaya difailkan, diberikan atau dihantar serah di bawah Akta ini;
membuat apa-apa pernyataan atau memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki di bawah Akta ini yang diketahuinya palsu atau mengelirukan;
dengan disedarinya tidak menzahirkan apa-apa fakta atau maklumat yang dikehendaki supaya dizahirkan di bawah
Akta ini; atau
mempunyai jagaan ke atas, atau mempunyai milikan atau kawalan secara berseorangan atau bersama seorang lain atau bersama beberapa orang lain atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa maklumat, rekod, buku atau dokumen lain yang disebut dalam peruntukan Akta ini yang enggan atau dengan sengaja abai untuk mematuhi apa-apa arahan sah di sisi undang-undang yang diberikan di bawah peruntukan sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penguatkuasaan
sesuatu entiti berlesen tidak solven atau berkemungkinan tidak boleh memenuhi semua atau mana-mana obligasinya atau akan menggantungkan pembayaran pada apa-apa takat;
sesuatu entiti berlesen, pegawai prinsipalnya, pegawainya atau mana-mana orang lain yang serupa itu yang menjalankan perniagaan mengikut cara yang dipercayai
Lembaga dengan munasabah sebagai memudaratkan kepentingan benefisiarinya, pelaburnya, pemiutangnya atau mana-mana pihak berkepentingan serupa yang lain; atau
Undang-Undang Malaysia 202
Akta 704
sesuatu entiti berlesen, pegawai prinsipalnya, pegawainya atau mana-mana orang lain yang serupa telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa,
Lembaga boleh—
jika berkenaan, mengenakan terma, syarat, sekatan atau batasan baru atau tambahan ke atas pengendalian entiti berlesen itu atau mengubah atau membatalkan apa-apa terma, syarat, sekatan atau batasan yang telahpun dikenakan;
menghendaki penyingkiran mana-mana pegawai prinsipal, pegawai atau mana-mana orang serupa yang lain entiti berlesen itu oleh seseorang lain yang diluluskan oleh
Lembaga;
melantik seseorang, bagi pihak Lembaga, untuk mengambil alih kawalan ke atas hal ehwal entiti berlesen itu; atau
memohon kepada Mahkamah bagi suatu perintah untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh
Lembaga untuk melindungi kepentingan benefisiari, pelabur, pemiutang atau mana-mana pihak berkepentingan serupa yang lain entiti berlesen itu.
Lembaga boleh membawa tindakan dan memulakan prosiding untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini atau untuk mendapatkan fi atau jumlah wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini atau perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga dalam menjalankan obligasinya di bawah Akta ini.
Kuasa untuk mengkompaun
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang ditentukan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
Apa-apa wang yang dibayar kepada Lembaga menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29
Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.
Penyampaian dokumen
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 203
Jika dokumen atau notis itu telah disampaikan mengikut subseksyen (1), dokumen atau notis itu disifatkan telah disampaikan dengan sempurna kepada entiti berlesen, dana bersama, organisasi kawal selia sendiri atau bursa tertentu itu.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh, atas syor Lembaga, membuat peraturan-peraturan menetapkan semua perkara dan benda yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau diperuntukkan, bagi menjalankan, atau melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 204
Akta 704
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan
melarang pembentukan apa-apa perniagaan atau aktiviti, termasuklah apa-apa kelas perniagaan atau aktivitinya;
atau
mengarahkan sesuatu entiti berlesen, untuk berhenti menjalankan perniagaannya atau sebahagian daripada perniagaannya sama ada dengan serta-merta atau dalam apa-apa masa yang ditentukan dalam arahan itu.
Sesuatu arahan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah oleh Menteri.
Kuasa Menteri untuk meminda jadual
Warta, suatu arahan—
Menteri dalam mengubah, memotong atau menggantikan mana-mana jadual yang disebut dalam subseksyen (1) boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya perlu.
Kuasa Menteri untuk memberikan pengecualian
Menteri boleh, atas syor Lembaga, mengecualikan mana-mana entiti berlesen Labuan daripada mana-mana peruntukan Akta ini dan boleh, dalam memberikan pengecualian sedemikian, mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 205
Penyiaran pemberitahuan, Warta
Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga hendaklah, sama ada sebagaimana yang diperuntukkan secara nyata dalam peruntukan atau jika tiada jangka masa dinyatakan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan pemberitahuan, termasuklah pemberitahuan Warta, tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis sedemikian tidak boleh dengan apa-apa cara menyentuh kesahan pemberitahuan itu atau kandungan atau perintah yang dibuat dalamnya.
Pemansuhan, pengecualian dan peralihan
Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 [Akta 442], Akta Bank
Luar Pesisir 1990 [Akta 443], Akta Insurans Luar Pesisir 1990
[Akta 444] dan Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998 (“Akta yang dimansuhkan”) dimansuhkan bermula dari tarikh kuat kuasa.
Walau apa pun subseksyen (1)—
peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, pengecualian dan perundangan subsidiari lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil; dan
semua kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah atau mengikut, atau menurut kuasa Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat, diberikan, atau, dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubungan dengan orang yang baginya ia terpakai sehinggalah dipinda, dimansuhkan, diungkai, dibatalkan atau digantikan di bawah, mengikut atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 206
Akta 704
tiap-tiap arahan, notis, garis panduan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga atau Menteri di bawah
Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh kuat kuasa dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu, hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan menurut undang-undang di bawah Akta ini berhubungan dengan peruntukan tertentu Akta ini yang bersamaan dengan perkara yang diperkatakan dalam arahan, notis, garis panduan atau pekeliling itu dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga dipinda, diungkai atau dimansuhkan di bawah
Akta ini;
apa-apa permohonan untuk kelulusan atau persetujuan, atau bagi apa-apa jua maksud lain, atau apa-apa rayuan yang berhubungan dengan permohonan itu, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau kepada
Lembaga di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh kuat kuasa, dan yang masih belum selesai sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu, hendaklah, jika terdapat peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan itu dan, jika peruntukan yang bersamaan sedemikian tidak ada dalam
Akta ini, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada tarikh kuat kuasa; dan
segala transaksi atau urus niaga menurut undang-undang yang dilaksanakan atau dibuat menurut undang-undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah atau mengikut Akta yang dimansuhkan oleh seseorang yang diluluskan atau didaftarkan di bawah Akta yang dimansuhkan, dengan mana-mana orang lain, hendaklah disifatkan sebagai telah dilaksanakan, dibuat, atau dilakukan, di bawah dan mengikut Akta ini, dan dengan sewajarnya, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi atau urus niaga itu, sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah disifatkan sebagai terus sah di sisi undang-undang dan sah di bawah Akta ini.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 207
Jika sesuatu sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai “Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir
Labuan 1998”, “Akta Syarikat Amanah Luar Pesisir 1990”,
“Akta Bank Luar Pesisir 1990”, dan “Akta Insurans Luar Pesisir 1990”, pada dan selepas tarikh ditetapkan, sebutan itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Bahagian yang berkaitan dalam Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan perenggan di atas, Bursa
Kewangan Antarabangsa Labuan yang ditubuhkan oleh Menteri di bawah seksyen 30 Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir
Labuan 1998 yang dimansuhkan dan yang diluluskan dan diiktiraf sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai telah diluluskan di bawah peruntukan yang bersamaan
Akta ini.
Apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh
Menteri ke atas Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan dan yang sedang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai syarat atau sekatan yang kepadanya kelulusan atau pengiktirafannya di bawah Akta ini adalah tertakluk.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2) dan tertakluk pada peruntukan Akta ini, mana-mana orang yang memegang mana-mana lesen yang berikut atau dibenarkan untuk didaftarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah, dari tarikh itu, disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan olehnya di bawah lesen yang mula-mula disebut itu:
lesen pengurus yang diberikan di bawah Akta Perindustrian
Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998 yang dimansuhkan;
pentadbir yang didaftarkan di bawah Akta Perindustrian
Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998 yang dimansuhkan;
syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat
Amanah Labuan 1990 yang dimansuhkan;
Undang-Undang Malaysia 208
Akta 704
lesen perbankan luar pesisir dan lesen perbankan pelaburan luar pesisir yang diberikan di bawah Akta
Bank Luar Pesisir 1990 yang dimansuhkan;
lesen insurans luar pesisir yang diberikan di bawah
Akta Insurans Luar Pesisir 1990 yang dimansuhkan.
Apa-apa syarat atau sekatan yang kepadanya mana-mana lesen atau pendaftaran yang disebut dalam subseksyen (6) adalah tertakluk sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, setakat yang ia adalah selaras dengan peruntukan Akta ini, hendaklah disifatkan menjadi suatu syarat atau sekatan yang kepadanya lesen yang bersamaan yang disebut dalam subseksyen (6) hendaklah tertakluk.
Keberterusan hak, liabiliti lain, dsb., yang lain di bawah Akta yang dimansuhkan
Mana-mana hak, keistimewaan atau obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini telah tidak dibuat.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 209
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
apa-apa penzahiran yang dikehendaki dengan sah di bawah seksyen 28b Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan
Labuan 1996 atau di bawah seksyen 22 Akta Cukai
Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445];
apa-apa penzahiran yang dikehendaki di bawah suatu perintah mahkamah yang dibuat dengan permohonan ex parte, dengan syarat bahawa orang yang menzahirkan maklumat yang berkenaan hendaklah memberitahu orang yang terjejas dengan perintah itu dan setelah diterima pemberitahuan itu, orang yang terjejas itu boleh memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk mempertikaikan perintah itu atau sebaliknya mematuhi perintah itu dengan sewajarnya;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 193
maklumat yang berhubungan dengan dana bersama di bawah Bahagian III, dengan persetujuan dana bersama itu terlebih dahulu dan pelaburnya yang berkenaan;
maklumat yang berhubungan dengan pelanggan syarikat amanah Labuan atau syarikat amanah persendirian
Labuan di bawah Bahagian V, dengan persetujuan bertulis pelanggan atau pelanggan itu terlebih dahulu;
maklumat yang berhubungan dengan pelanggan pemegang lesen bank di bawah Bahagian VI, dengan persetujuan bertulis pelanggan itu atau wakil dirinya terlebih dahulu;
maklumat yang berhubungan dengan pemunya polisi di bawah Bahagian VII, dengan persetujuan bertulis pemunya polisi itu atau wakil dirinya terlebih dahulu atau dalam perjalanan peletakan perniagaan insurans semula;
maklumat yang berhubungan dengan entiti berlesen, dengan persetujuan bertulis entiti berlesen itu terlebih dahulu.
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan berlanggaran dengan subseksyen (1) boleh dengan apa-apa cara jua menzahirkan rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.
Semua prosiding, kecuali prosiding jenayah, yang berhubungan dengan pelanggaran seksyen ini hendaklah dimulakan di mana-mana
Mahkamah di bawah peruntukan Akta ini dan apa-apa rayuan daripadanya hendaklah, melainkan jika diperintahkan oleh
Mahkamah selainnya, didengar secara tertutup dan tiada butir-butir mengenai prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa keizinan Mahkamah.
Tertakluk pada subseksyen (6), tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh membataskan apa-apa kuasa yang diberikan kepada
Mahkamah atau seseorang hakim oleh Akta Buku Jurubank
(Keterangan) 1949 [Akta 33] atau melarang pematuhan perintah yang dibuat di bawah Akta itu.
Undang-Undang Malaysia 194
Akta 704
Seksyen 7 Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 tidaklah terpakai bagi pemegang lesen bank di bawah Bahagian VI, pengarah atau tawarannya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Terjemahan
seksyen 7, subseksyen 21(2), seksyen 24, 85, subseksyen 87(2),
87(4), 87(5), 87(10), 93(2), 93(6) dan 93(7) Akta Syarikat
Labuan 1990 tidaklah terpakai bagi apa-apa bursa yang ditubuhkan di bawah Penggal 2 Bahagian IX; dan
peruntukan Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidaklah terpakai bagi apa-apa bursa yang ditubuhkan di bawah
Peruntukan Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] tidaklah terpakai bagi sesuatu syarikat yang didaftarkan sebagai syarikat amanah Labuan, syarikat amanah diurus Labuan atau syarikat amanah persendirian Labuan.
Kekebalan
Jadual Pertama
[subseksyen 2(1); takrif “pengarah”]
Ruang Pertama
(orang)
Ruang Kedua
(pengarah)
Ruang Ketiga
(ditubuhkan)
Ruang Keempat
(peserta)
Perbadanan s e s e o r a n g y a n g memegang jawatan pengarah perbadanan itu, tidak kira apa jua namanya dipanggil, d a n t e r m a s u k l a h s e s e o r a n g y a n g mengikut arahan atau petunjuknya pengarah perbadanan itu biasanya bertindak dan seorang pengarah silih ganti atau gentian diperbadankan pemegang syer
Koperasi s e o r a n g a n g g o t a lembaga atau badan pengelola lain koperasi itu, tidak kira apa jua namanya dipanggil didaftarkan, diperbadankan atau selainnya wujud di sisi undang-undang sebagai suatu koperasi anggota
Badan berkanun s e o r a n g a n g g o t a lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengelola lain badan berkanun itu, tidak kira apa jua namanya dipanggil kewujudannya di bawah undang-undang yang menubuhkan, melantik atau membentuknya p e m e g a n g s y e r atau, jika badan berkanun itu tidak mempunyai modal syer, seseorang yang secara keseluruhan berasingan atau bersesama dengan orang lain yang memiliki badan berkanun itu
Perkongsian pekongsi pembentukannya pekongsi
Perkongsian terhad pekongsi am (atau orang yang memegang peranan yang serupa)
pembentukannya atau jika pendaftaran atau b e n t u k p e r e k o d a n atau pengiktirafan lain dikehendaki sebelum aktiviti atau perniagaan b o l e h d i m u l a k a n menurut undang-undang, pendaftaran, perekodan atau pengiktirafan undang-undangnya di bawah undang-undang yang terpakai pekongsi
Perkongsian liabiliti terhad pekongsi ditetapkan
(atau orang yang memegang peranan yang serupa)
pembentukannya atau jika pendaftaran atau bentuk perekodan atau pengiktirafan lain dikehendaki sebelum aktiviti atau perniagaan b o l e h d i m u l a k a n menurut undang-undang, pendaftaran, perekodan atau pengiktirafan undang-undangnya di bawah undang-undang yang terpakai pekongsi terhad
Undang-Undang Malaysia 210
Akta 704
Ruang Pertama
(orang)
Ruang Kedua
(pengarah)
Ruang Ketiga
(ditubuhkan)
Ruang Keempat
(peserta)
Pemunyaan tunggal pemunya tunggal jika pendaftaran atau bentuk perekodan atau pengiktirafan lain dikehendaki sebelum aktiviti atau perniagaan b o l e h d i m u l a k a n menurut undang-undang, pendaftaran, perekodan atau pengiktirafan undang-undangnya di bawah undang-undang yang terpakai pemunya tunggal
Mana-mana badan, p e r s a t u a n a t a u kumpulan orang l a i n s a m a a d a diperbadankan atau tidak diperbadankan mana-mana orang yang mempunyai arahan atau kawalan ke atas pengurusan hal ehwal atau perniagaannya jika pendaftaran atau bentuk perekodan atau pengiktirafan lain dikehendaki sebelum aktiviti atau perniagaan b o l e h d i m u l a k a n menurut undang-undang, pendaftaran, perekodan atau pengiktirafan undang-undangnya di bawah undang-undang yang terpakai anggota bagi badan, p e r s a t u a n a t a u kumpulan itu, tidak kira apa jua namanya disebut
Jadual Kedua
[subseksyen 2(1)]
Persatuan profesional yang diiktiraf berhubung dengan syarat aktuari
Institut Aktuari di England
Fakulti Aktuari di Scotland
Pertubuhan Aktuari di Amerika Syarikat
Institut Aktuari Kanada
Institut Aktuari Australia
Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Lembaga
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 211
Jadual Ketiga
[seksyen 99 dan 111]
Maklumat kewangan dan statistik dan maklumat untuk dikemukakan kepada Lembaga
Bahagian A: Pemegang lesen bank
Penyata kewangan
Dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan sesuatu pemegang lesen bank, atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh
Lembaga, pemegang lesen bank hendaklah mengemukakan kepada Lembaga, berkenaan dengan keseluruhan operasi perniagaannya, dua salinan setiap kunci kira-kira tahunan terauditnya yang terkini, akaun untung rugi, suatu pernyataan yang menyatakan sumber, peruntukan dan penggunaan wangnya dan laporan juruaudit.
Statistik dan maklumat
Tiap-tiap pemegang lesen bank, pada apa-apa kekerapan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, mengemukakan kepada Lembaga suatu pernyataan yang menunjukkan aset dan liabiliti pemegang lesen bank itu berhubung dengan perniagaan perbankan Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Labuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Sesuatu pernyataan yang dikemukakan di bawah perenggan (1) hendaklah termasuk—
suatu penyata yang menyatakan keseluruhan amaun kemudahan kredit yang diberikan oleh pemegang lesen bank kepada mana-mana pelanggan pemegang lesen bank itu yang ditentukan oleh Lembaga;
suatu pernyataan yang menyatakan kelas, kategori atau perihalan kemudahan kredit yang diberikan dan perniagaan atau industri yang dalamnya pelanggan pemegang lesen bank itu terlibat;
suatu pernyataan yang menunjukkan pemegang lesen bank telah mematuhi kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh seksyen 100; dan
apa-apa pernyataan, maklumat, dokumen, statistik atau penyata lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Walau apa pun perenggan (2), Lembaga boleh menyiarkan apa-apa pernyataan yang disatukan, berkenaan dengan apa-apa kategori, kelas atau perihalan pemegang lesen bank yang difikirkan wajar oleh Lembaga, dengan mengagregatkan angka dalam penyata yang dikemukakan di bawah perenggan (1):
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh memberi kuasa kepada Lembaga untuk menetapkan mana-mana pemegang lesen bank tertentu untuk menjadi suatu kategori, kelas atau perihalan pemegang lesen bank bagi maksud perenggan ini.
Undang-Undang Malaysia 212
Akta 704
Jika mana-mana orang dikehendaki oleh atau di bawah Bahagian ini untuk mengemukakan, mengeluarkan atau memberikan kepada Lembaga apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen, Lembaga boleh menentukan supaya maklumat, statistik, penyata atau dokumen itu dikemukakan, dikeluarkan atau diberikan mengikut apa-apa bentuk dan cara dan dalam apa-apa tempoh atau pada apa-apa lat tempoh atau masa, yang selaras dengan mana-mana peruntukan
Bahagian ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam penentuan itu; dan orang itu tidak boleh mengemukakan, mengeluarkan atau memberikan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen yang diketahuinya, atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu, tidak tepat dan mengelirukan sebagai maklumat, statistik, penyata atau dokumen yang benar atau tepat.
Bahagian B: Pemegang lesen insurans
Penyata kewangan
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan hendaklah, dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Lembaga, mengemukakan kepada Lembaga, berkenaan dengan keseluruhan operasi insurans Labuannya, empat salinan setiap kunci kira-kira tahunan terauditnya, akaun untung ruginya, akaun hasilnya dan, berkenaan dengan perniagaan insurans nyawanya, suatu laporan yang menyatakan penilaian aktuari mengenai aset dan liabilitinya sebagaimana yang diluluskan mengikut dokumen konstituennya.
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan hendaklah mengemukakan kepada
Lembaga empat salinan setiap dokumen yang disebut dalam perenggan (1)
sebagaimana yang diluluskan mengikut dokumen konstituennya dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas kelulusan itu.
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat
Labuan asing hendaklah, sebagai tambahan kepada penyata kewangan yang dikehendaki supaya dikemukakan kepada Lembaga di bawah perenggan (1), juga mengemukakan pada setiap tahun suatu salinan diperakui kunci kira-kira tahunan terauditnya yang terkini berkenaan dengan keseluruhan operasinya di dalam dan di luar Labuan dalam tempoh tiga bulan selepas kunci kira-kira itu difailkan dengan pihak berkuasa pengawalseliaan di negara penubuhan atau asalnya.
Tiap-tiap pengurus insurans Labuan berlesen, pengurus pengunderaitan
Labuan berlesen dan broker insurans Labuan berlesen hendaklah, dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Lembaga, mengemukakan kepada Lembaga empat salinan setiap kunci kira-kira tahunan terauditnya dan akaun untung ruginya.
Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Akta ini, Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen insurans untuk mengemukakan kepada Lembaga apa-apa dokumen yang berhubungan dengan operasinya mengikut apa-apa cara yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga.
Bahagian C: Syarat tambahan
Walau apa pun di atas, Lembaga boleh mengenakan kehendak baru atau tambahan bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual ini.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 213
Akta 704
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1654
Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti
Labuan (Pindaan) 2022 01-01-2019
Undang-Undang Malaysia 214
Akta 704
Akta 704
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 8
Akta A1654 01-01-2019 101
Akta A1654 01-01-2019 114
Akta A1654 01-01-2019