/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn25y2010/no-865

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 865, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Mufti Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang di-Pertuan Agong membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

BUKU/RISALAH/KERTAS KERJA ‘ULUL ALBAB’, KARANGAN

ISMAIL BIN KASSIM

1.

Bahawa Buku/Risalah/Kertas Kerja ‘Ulul Albab’, karangan Ismail bin Kassim adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah serta menjadi ancaman kepada perpaduan dan keutuhan ummah dan bangsa, serta keamanan Negara.

1251 9hb Dis. 2010]

2.

Fahaman dan amalan ini perlu disekat keseluruhannya daripada terus berkembang di Negeri Pulau Pinang kerana terdapat ciri-ciri di dalam buku Ulul

Albab yang bertentangan dengan ajaran agama Islam seperti yang berikut:

2.1

Menuduh para penulis Al-Quran mengubah ayat Al-Quran sedangkan

Allah telah memberi jaminan bahawa Dia akan menjaganya daripada sebarang perubahan, sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam surah

Al-Hijr, ayat 9:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”;

2.2

Kesilapan nama penulis kitab Al-Quran iaitu di dalam buku tersebut ditulis nama Said bin Al-’As (nama penulis sebenar ialah Said bin

Abil ’As) dan Abdul Rahman bin Haris (nama sebenar ialah Abdul

Rahman bin Hisham);

2.3

Menghina dan merendahkan martabat Al-Quran mashaf Rasm Uthmani sebagai tidak mampu memberi petunjuk dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan terhadap hukum-hukum Allah;

2.4

Menganggap Al-Quran sebagai sebuah kitab yang tercemar kerana susun atur ayat-ayatnya yang cacat-cela;

2.5

Kenyataan dan susunan ayat yang mengelirukan;

2.6

Hadis Nabi tidak bersandarkan kepada nas yang sahih;

2.7

Menuduh para ustaz/ustazah dan ulama’ tidak berakal;

2.8

Menuduh para ustaz/ustazah dan ulama’ mengembangkan fahaman bid’ah dholalah; dan 2.9

menuduh para ustaz/ustazah dan ulama’ menjadi penyokong dan berpakat dengan musuh Islam, menerima latihan serta bantuan kewangan dan senjata untuk menjatuhkan pemimpin Islam.

3.

Mana-mana orang Islam yang berpegang kepada fahaman dan amalan kandungan tersebut adalah dilarang sama sekali dan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ia adalah salah dan sesat serta bercanggah dengan pegangan

Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang meliputi:

(a)

mengajar, mengamal, dan menyebarkan fahaman dan amalan kandungan buku tersebut; dan 1252

[9hb Dis. 2010

(b)

menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran fahaman dan amalan tersebut.

Dibuat Ogos 2010

[JMNPP/(S)/19/1101/001(16); PUNPP 152.100.1/2/2 Jld. 2]

DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri

Pulau Pinang

1253 9hb Dis. 2010]

1254

[9hb Dis. 2010

1255 9hb Dis. 2010]

KANUN TANAH NEGARA

(Akta 56 tahun 1965)

NATIONAL LAND CODE

(Act 56 of 1965)