Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2023/A1686
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2023 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1686 2023, currently marked in force and first recorded in 2023.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
[Akta 334], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memasukkan selepas takrif “kenderaan perkhidmatan awam” takrif yang berikut:
‘ “kenderaan p-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi caj
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1686
AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN
PERDAGANGAN (PINDAAN) 2023
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1686
bagi setiap barangan itu, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan caj bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;’; dan
dalam takrif “perniagaan pengantaraan”, dengan memasukkan selepas perkataan “kenderaan e-hailing”
perkataan “atau kenderaan p-hailing”.
Pindaan seksyen 14
Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Bagi maksud Akta ini, kenderaan p-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan barangan dan tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah
Bahagian IVa.”.
Pindaan seksyen 21a
Subperenggan 21a(1)(b)(i) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “penumpang” perkataan “atau jumlah sukatan barangan”.
Bahagian baharu IVb
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IVa bahagian yang berikut:
“Bahagian IVb
PEREDARAN ANTARABANGSA KENDERAAN PERDAGANGAN
Permit, lesen, dsb., di bawah perjanjian antarabangsa 26h. (1) Bagi maksud melaksanakan mana-mana perjanjian antarabangsa berhubung dengan memudahkan peredaran antarabangsa bagi mana-mana kenderaan perdagangan, Menteri boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
mengiktiraf permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang dibawa sementara ke Malaysia oleh orang yang bermastautin di luar negara dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di Malaysia, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;
mengawal selia permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang dibawa sementara ke luar negara oleh orang yang bermastautin di Malaysia dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di luar negara, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;
mengawal selia penggunaan, operasi dan kehendak teknikal bagi kenderaan perdagangan yang disebut dalam subperenggan (a) dan (b), termasuklah—
takat, jam, kekerapan dan laluan atau kawasan yang akan digunakan atau yang hendak diberikan perkhidmatan;
jenis dan bentuk dokumen yang perlu dibawa dan maklumat yang akan dipamerkan di setiap kenderaan perdagangan; dan
akaun, dokumen dan rekod berkaitan dengan seksyen ini untuk disimpan dan dikemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan; dan
menetapkan fi atau caj yang kena dibayar berkaitan dengan seksyen ini dan cara pembayarannya.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1686
Pindaan seksyen 34
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan)
dalam subperenggan (g)(v), dengan menggantikan noktah dengan perkataan “; dan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:
“(h) bagi kenderaan p-hailing.”.
Peralihan
Mana-mana orang yang mengendalikan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan perniagaan pengantaraan berkenaan dengan perkhidmatan kenderaan barangan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah membuat permohonan bagi suatu lesen mengikut Bahagian IVa Akta ibu dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.