/akn/my/act/act/2000/606

AKTA CAKERA OPTIK 2000

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
Act
Status
In force
Enacted
2000
Sections
4

Quick answer

About this act

AKTA CAKERA OPTIK 2000 is Malaysia Act, cited as Act 606 2000, currently marked in force and first recorded in 2000.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalseliaan pengilangan cakera optik, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [15 September 2000, P.U. (B) 327/2000] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual 1; atau

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 8

(b)

apa-apa bahan tara atau peranti lain yang padanya data boleh distor dalam bentuk digital dan dibaca dengan menggunakan laser, dan termasuklah apa-apa bahan tara atau peranti sedemikian yang dikilang bagi apa-apa maksud, sama ada atau tidak apa-apa data yang dapat dibaca dengan menggunakan laser atau apa-apa cara lain telah distor padanya;

“daftar” ertinya daftar yang disimpan oleh Pengawal di bawah

Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“hak cipta” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta

Hakcipta 1987 [Akta 332];

“kod pengilang” ertinya kod pengilang yang diberikan kepada seseorang pemegang lesen di bawah perenggan 7(2)(b);

“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah seksyen 7;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang telah diberi lesen di bawah seksyen 7;

“Pengawal” ertinya Pengawal Cakera Optik yang dilantik di bawah seksyen 3;

“pengilangan” ertinya proses dan aktiviti yang terlibat dalam pengilangan cakera optik, termasuk penyediaan salinan induk atau pereplikaan atau kedua-duanya;

“Penolong Pengawal” ertinya Penolong Pengawal Cakera Optik yang dilantik di bawah seksyen 3;

“premis yang dilesenkan” ertinya mana-mana premis yang dinyatakan dalam lesen yang di dalamnya pengilangan cakera optik dibenarkan;

“salinan langgaran” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Hakcipta 1987;

Cakera Optik 9

“tatakelakuan” ertinya tatakelakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 22;

“Timbalan Pengawal” ertinya Timbalan Pengawal Cakera Optik yang dilantik di bawah seksyen 3;

“tempat” ertinya mana-mana kawasan di atas tanah atau di air dan termasuklah apa-apa bangunan, struktur atau kepungan, sama ada boleh alih atau tidak;

“tuan punya hak cipta” ertinya tuan punya hak cipta mengikut pengertian Akta Hakcipta 1987.

(2)

Bagi maksud Akta ini, seseorang itu terlibat dalam pengilangan cakera optik jika orang itu mempunyai, mengarahkan, menguruskan atau selainnya mempunyai kawalan ke atas sesuatu perniagaan yang mengusahakan pengilangan cakera optik.

BAHAGIAN II

PENGAWAL CAKERA OPTIK, DSB.

Pelantikan Pengawal, dsb.

3. (1) Menteri boleh melantik, daripada kalangan pegawai awam, seorang Pengawal Cakera Optik dan apa-apa bilangan Timbalan

Pengawal Cakera Optik, Penolong Pengawal Cakera Optik dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.

(2)

Pengawal hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.

(3)

Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) adalah di bawah arahan dan kawalan Pengawal.

(4)

Pengawal dan Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pendaftar di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 10

(5)

Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal di bawah Akta ini kecuali kuasa di bawah Bahagian III.

(6)

Walau apa pun subseksyen (5), Pengawal boleh mewakilkan kepada seseorang Timbalan Pengawal mana-mana kuasanya di bawah Bahagian III, dan apabila diwakilkan sedemikian kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Timbalan Pengawal di bawah kawalan dan tertakluk kepada apa-apa arahan dan sekatan yang ditentukan oleh Pengawal.

(7)

Sesuatu pewakilan di bawah subseksyen (6) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pengawal dan tidak menghalang Pengawal daripada menjalankan sendiri kuasa yang diwakilkan itu.

(8)

Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini adalah disifatkan sebagai perkhidmatan awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

BAHAGIAN III

PELESENAN, DSB.

Lesen untuk mengilang cakera optik 4.

Mana-mana orang yang mengilang cakera optik tanpa suatu lesen yang sah di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.

Premis yang tidak dilesenkan 5.

Pemegang lesen yang mengilang cakera optik di sesuatu tempat selain premis yang dilesenkan melakukan suatu kesalahan.

Permohonan lesen

6. (1) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah

Akta ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengawal dalam bentuk, dan hendaklah disertakan dengan dokumen atau maklumat, sebagaimana yang ditetapkan.

Cakera Optik 11

(2)

Jika seseorang bercadang untuk mengilang cakera optik di lebih daripada satu tempat, dia boleh membuat satu permohonan bagi mendapatkan suatu lesen berkenaan dengan semua tempat itu.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu ditentukan, Pengawal boleh, dengan notis bertulis, menghendaki pemohon memberikan dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pengawal.

(4)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pengawal, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.

(5)

Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.

Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen

7. (1) Apabila diterima permohonan berserta dengan dokumen dan maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen 6, Pengawal boleh memberikan lesen atau enggan memberikan lesen.

(2)

Jika Pengawal memberikan lesen di bawah subseksyen (1), dia hendaklah—

(a)

menghendaki pemegang lesen itu membayar fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan;

(b)

memberi pemegang lesen suatu kod pengilang yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

satu huruf atau nombor atau lebih;

(ii)

suatu cap, tanda, simbol atau lambang; atau

(iii)

apa-apa kombinasi huruf, nombor, cap, tanda, simbol atau lambang, sebagaimana yang ditetapkan;

(c)

mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud—

(i)

menghalang pengilangan salinan langgaran karya yang mengenainya hak cipta wujud; dan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 12

(ii)

melindungi hak tuan punya hak cipta dan orang lain yang telah diberi hak di bawah Akta Hakcipta 1987; dan

(d)

mengenakan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkannya patut.

(3)

Sesuatu lesen hendaklah disifatkan telah tidak diberikan jika fi yang dikehendaki di bawah perenggan (2)(a) tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.

(4)

Jika Pengawal enggan memberikan lesen, dia hendaklah dengan segera memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi keengganan itu.

(5)

Jika Pengawal memberikan suatu lesen berkenaan dengan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 6(2), Pengawal hendaklah mengeluarkan suatu lesen yang berasingan bagi setiap tempat pengilangan.

Kesahan lesen 8.

Lesen yang diberikan di bawah seksyen 7, melainkan jika terlebih dahulu dibatalkan atau digantung, hendaklah sah selama tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu.

Kuasa untuk mengubah syarat

9. (1) Pengawal boleh, pada bila-bila masa selepas lesen diberikan—

(a)

mengenakan apa-apa syarat baru atau tambahan pada lesen itu;

(b)

mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan pada lesen itu; atau

(c)

mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang telah diubah di bawah perenggan (b).

(2)

Jika Pengawal bercadang untuk mengambil suatu tindakan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberi pemegang lesen—

(a)

notis bertulis mengenai niatnya; dan

(b)

peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu.

Cakera Optik 13

(3)

Setelah habis tempoh empat belas hari itu, dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen, Pengawal hendaklah memutuskan sama ada akan mengenakan, mengubah atau membatalkan mana-mana syarat di bawah subseksyen (1) atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.

(4)

Pengawal hendaklah memberi pemegang lesen suatu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (3).

Pembatalan lesen

10. (1) Pengawal boleh membatalkan sesuatu lesen jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

pemegang lesen telah gagal untuk mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini;

(b)

pemegang lesen telah melanggar mana-mana syarat lesen itu, atau mana-mana peruntukan Akta ini, tanpa mengira hakikat bahawa tidak ada pendakwaan bagi kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu;

(c)

pemegang lesen telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(d)

pemegang lesen atau mana-mana orang yang atau yang akan menjadi seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya bagi pemegang lesen itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi lesen itu atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen itu, memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Pengawal; atau

(e)

pemegang lesen telah berhenti menjalankan perniagaan pengilangan cakera optik.

(2)

Sebelum membatalkan sesuatu lesen, Pengawal hendaklah memberi pemegang lesen itu notis bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian dan menghendaki pemegang lesen itu menunjukkan sebab dalam masa empat belas hari mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan.

(3)

Setelah habis tempoh empat belas hari itu dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen, Pengawal hendaklah memutuskan sama ada akan membatalkan lesen itu atau tidak mengambil tindakan selajutnya.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 14

(4)

Pengawal hendaklah memberi pemegang lesen notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (3).

(5)

Pembatalan sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa—

(a)

jika tiada rayuan terhadap pembatalan itu, setelah habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis pembatalan itu disampaikan kepada pemegang lesen; atau

(b)

jika terdapat rayuan terhadap pembatalan itu, apabila pembatalan itu disahkan oleh Menteri.

Penyerahan balik lesen

11. (1) Pemegang lesen boleh menyerahkan balik lesennya dengan mengemukakan lesen itu kepada Pengawal berserta dengan notis bertulis mengenai penyerahan balik lesen itu.

(2)

Penyerahan balik hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh

Pengawal menerima lesen dan notis di bawah subseksyen (1) itu atau jika suatu tarikh kemudian daripada itu dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh yang kemudian itu.

Kesan pembatalan, penyerahan balik atau habis tempoh lesen 12.

Apabila pembatalan lesen di bawah seksyen 9 atau penyerahan baliknya di bawah seksyen 10 mula berkuat kuasa, atau apabila lesen itu habis tempoh, pemegang lesen hendaklah dengan segera berhenti mengilang cakera optik.

Pindah hakmilik lesen

13. (1) Sesuatu lesen tidak boleh dipindahkan hakmiliknya kecuali dengan kelulusan Pengawal.

(2)

Pemegang lesen yang memindahkan hakmilik lesennya kepada orang lain tanpa kelulusan Pengawal melakukan suatu kesalahan.

(3)

Pengawal boleh meluluskan pemindahan hakmilik lesen jika—

(a)

pemegang lesen itu mati atau menjadi tidak upaya atau bankrap;

Cakera Optik 15

(b)

dalam hal sesuatu syarikat, pemegang lesen telah digulung atau seorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan perniagaan pemegang lesen itu; atau

(c)

atas apa-apa sebab Pengawal berpuas hati bahawa tidaklah adil jika lesen itu tidak dipindahkan hakmiliknya.

(4)

Sesuatu permohonan bagi pemindahan hakmilik sesuatu lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengawal.

Pembaharuan lesen 14.

Pemegang lesen hendaklah memohon kepada Pengawal bagi pembaharuan lesen tidak kurang daripada satu bulan sebelum tarikh habis tempoh lesen sedia ada.

Mempamerkan lesen

15. (1) Pemegang lesen hendaklah pada setiap masa mempamerkan lesennya di suatu tempat yang mudah lihat di premisnya yang dilesenkan.

(2)

Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Daftar

16. (1) Pengawal hendaklah mengadakan dan menyenggara suatu daftar dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan bagi lesen yang diberikan di bawah Akta ini.

(2)

Pengawal hendaklah menjadikan daftar itu tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkannya patut.

Penyenggaraan rekod

17. (1) Pemegang lesen hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu rekod dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan, berkenaan dengan pengendalian perniagaannya yang berhubungan dengan pengilangan cakera optik.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 16

(2)

Rekod itu hendaklah—

(a)

disimpan semata-mata bagi maksud mencatatkan rekod yang dikehendaki di bawah Akta ini;

(b)

tersedia pada setiap masa bagi pemeriksaan mana-mana

Penolong Pengawal; dan

(c)

dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik.

(3)

Pemegang lesen hendaklah mengemukakan rekod dan memberikan dokumen dan maklumat yang berkaitan yang lain jika dan apabila dikehendaki oleh Pengawal dalam masa yang ditentukan oleh Pengawal, kecuali jika apa-apa rahsia perdagangan akan terdedah jika dokumen atau maklumat itu diberikan sedemikian.

(4)

Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1), (2) atau

(3)

melakukan suatu kesalahan.

Rayuan

18. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan

Pengawal di bawah Bahagian ini boleh merayu kepada Menteri mengikut cara yang ditetapkan dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan itu disampaikan kepada orang itu.

(2)

Menteri boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Pengawal yang dirayukan.

(3)

Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad.

BAHAGIAN IV

KOD PENGILANG

Cakera optik ditera dengan kod pengilang

19. (1) Pemegang lesen hendaklah menyebabkan setiap cakera optik yang dikeluarkannya ditera dengan kod pengilang yang diberikan kepadanya di bawah perenggan 7(2)(b).

(2)

Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Cakera Optik 17

(3)

Dalam seksyen ini, “ditera” ertinya ditera menurut piawaian yang ditetapkan di bawah seksyen 20.

Piawaian peneraan

20. (1) Menteri boleh menetapkan piawaian bagi peneraan kod pengilang pada cakera optik.

(2)

Tanpa menghadkan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—

(a)

piawaian yang berlainan berhubung dengan kelas atau perihalan cakera optik yang berlainan; atau.

(b)

piawaian yang berhubungan dengan cara bagaimana, dan kaedah yang dengannya, kod pengilang akan diterakan pada cakera optik atau pada apa-apa kelas atau perihalan cakera optik.

Menggunakan kod pengilang palsu

21. (1) Mana-mana orang yang—

(a)

memalsukan kod pengilang;

(b)

dengan cara salah meletakkan pada cakera optik suatu kod pengilang atau apa-apa tanda yang sebegitu menyerupai suatu kod pengilang sehingga boleh dikira bertujuan untuk memperdaya;

(c)

membuat apa-apa terap, blok, mesin atau alat lain bagi maksud memalsukan, atau yang berupaya digunakan untuk memalsukan, suatu kod pengilang;

(d)

melupuskan atau terdapat dalam milikannya apa-apa terap, blok, mesin atau alat lain bagi maksud memalsukan suatu kod pengilang; atau

(e)

menyebabkan dibuat apa-apa jua yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d), melakukan suatu kesalahan.

(2)

Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1), adalah menjadi suatu pembelaan jika orang yang dipertuduh membuktikan bahawa dia bertindak tanpa niat untuk memperdaya atau memfraud.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 18

BAHAGIAN V

TATAKELAKUAN

Pengawal boleh mengeluarkan tatakelakuan

22. (1) Pengawal boleh mengeluarkan suatu tatakelakuan yang memperkatakan kelakuan mana-mana orang yang mempunyai kaitan dengan perniagaan pengilangan cakera optik.

(2)

Pengawal boleh, sebelum mengeluarkan tatakelakuan di bawah subseksyen (1), berunding dengan badan yang mewakili orang-orang yang baginya tatakelakuan itu akan terpakai dan orang-orang berkepentingan yang lain sebagaimana yang difikirkannya patut.

(3)

Tatakelakuan yang dikeluarkan oleh Pengawal di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

Pembatalan, dsb., tatakelakuan

23. (1) Pengawal boleh membatalkan, meminda atau mengkaji semula, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya sesuatu tatakelakuan jika dia berpuas hati bahawa tatakelakuan itu, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidak lagi selaras dengan peruntukan Akta ini.

(2)

Pengawal boleh, sebelum membatalkan, meminda atau mengkaji semula sesuatu tatakelakuan, berunding dengan badan yang mewakili orang-orang yang baginya tatakelakuan itu terpakai dan orang-orang berkepentingan yang lain sebagaimana yang difikirkannya patut.

(3)

Peruntukan tatakelakuan yang dibatalkan, dipinda atau dikaji semula oleh Pengawal di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

Penalti sivil bagi ketidakpatuhan

24. (1) Walau apa pun Bahagian VI, seseorang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan sesuatu tatakelakuan bertanggungan membayar kepada Pengawal suatu denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit.

Cakera Optik 19

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, denda yang kena dibayar di bawah seksyen ini boleh didapatkan, tanpa menjejaskan apa-apa remedi atau sanksi lain, sebagai suatu hutang sivil.

Pematuhan tatakelakuan suatu pembelaan yang sah 25.

Pematuhan sesuatu tatakelakuan hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap apa-apa jenis pendakwaan, tindakan atau prosiding, sama ada di mahkamah atau selainnya, yang diambil terhadap seseorang yang tertakluk kepada tatakelakuan itu berkenaan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dalam tatakelakuan itu.

BAHAGIAN VI

KESALAHAN DAN PENALTI

Penalti

26. (1) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah

Bahagian III kecuali di bawah seksyen 15 apabila disabitkan boleh—

(a)

jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan didenda tidak melebihi dua ratus dan lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika seseorang yang merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah subseksyen

(1)

oleh sebab seksyen 30, maka apabila disabitkan dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(b).

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 20

Kesalahan berkenaan dengan maklumat

27. (1) Mana-mana orang yang mengemukakan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a)

jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi dua ratus dan lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

memberikan atau menyebabkan supaya diberikan kepada mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang dikehendaki oleh pegawai itu supaya diberikan di bawah Akta ini;

(b)

enggan menjawab atau memberikan jawapan yang palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor bagi maksud mendapatkan apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki supaya diberikan di bawah Akta ini;

atau

(c)

gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana Penolong

Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, melakukan suatu kesalahan.

Cakera Optik 21

(3)

Jika mana-mana orang yang merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) oleh sebab seksyen 30, apabila disabitkan dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(b).

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki seseorang supaya menjawab apa-apa soalan atau memberikan apa-apa maklumat jika jawapan atau maklumat itu berkecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan.

Kehilangan atau pemusnahan barang, dsb., yang hendak disita 28.

Mana-mana orang yang menyebabkan kehilangan atau pemusnahan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang hendak disita di bawah Akta ini dengan niat untuk menghalang penyitaan itu melakukan suatu kesalahan.

Pendedahan maklumat sulit

29. (1) Mana-mana orang yang menggunakan atau mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat sulit yang diperoleh menurut kuasa peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat—

(a)

bagi atau berkaitan dengan pentadbiran wajar Akta ini;

(b)

bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang;

(c)

bagi maksud apa-apa penyiasatan yang dijalankan di bawah

Akta ini;

(d)

kepada mana-mana orang atau kepada mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai orang yang patut menerima maklumat itu; atau

(e)

bagi atau berkaitan dengan penyediaan perangkaan oleh

Kerajaan berkenaan dengan perjalanan Akta ini.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 22

Kesalahan oleh pengarah, pengurus, setiausaha, dll.

30.

Jika apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian, juga melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dilakukannya untuk mencegah pelakuan kesalahan itu, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.

Kesalahan oleh pekerja atau ejen 31.

Jika mana-mana orang (“prinsipal”) boleh di bawah Akta ini dikenakan hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran sedemikian oleh mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja prinsipal itu dalam masa penggajiannya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal itu, atau oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Halangan terhadap pegawai 32.

Mana-mana orang yang menghalang, merintangi, menyerang atau mengganggu mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.

Penalti am

33. (1) Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu

Cakera Optik 23

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

(3)

Jika mana-mana orang yang merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya dalam sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini oleh sebab seksyen 30, dan tiada penalti diperuntukkan secara nyata bagi kesalahan itu, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).

Pengkompaunan kesalahan

34. (1) Pengawal atau seseorang Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal boleh dengan keizinan Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh mana-mana orang dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu kepada Pengawal atau Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang boleh dibenarkan oleh Pengawal atau Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 24

(3)

Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—

(a)

tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b)

apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan segera, tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Pengawal atau

Timbalan Pengawal atau orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.

BAHAGIAN VII

PENGUATKUASAAN

Kuasa penguatkuasaan

35. (1) Seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh menjalankan semua kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

(2)

Tiap-tiap Penolong Pengawal atau pegawai polis, apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah menyatakan jawatannya dan hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu apa-apa kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Pengawal supaya dibawa oleh Penolong Pengawal itu atau sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara supaya dibawa oleh pegawai polis itu.

Kuasa penyiasatan

36. (1) Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Bagi maksud subseksyen (l), Penolong Pengawal atau pegawai polis itu boleh mengeluarkan perintah kepada seseorang pemegang lesen bagi tujuan membantu penyiasatannya dan mendapatkan pematuhan terhadap Akta ini.

Cakera Optik 25

(3)

Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen

(1)

dan (2), Penolong Pengawal dan pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Kuasa tambahan 37.

Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh, bagi maksud menguatkuasakan Akta ini, melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

melawat, memasuki, memeriksa dan meneliti dengan atau tanpa notis mana-mana premis yang dilesenkan pada bila-bila masa yang munasabah;

(b)

menghendaki pengemukaan rekod, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen yang disimpan oleh pemegang lesen dan memeriksa, meneliti dan menyalin mana-mana daripadanya;

(c)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini; atau

(d)

membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Penggeledahan dengan waran

38. (1) Jika pada hemat seseorang Majistret berdasarkan maklumat bertulis yang diberikan dengan sumpah dan selepas siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana Penolong

Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada

Inspektor yang dinamakan di dalamnya untuk masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada siang atau malam hari, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 26

(2)

Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh, dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), menggeledah dan menyita apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan dan mungkin mendedahkan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(3)

Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah dengan munasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu tetapi tiada seorang pun wanita boleh diperiksa kecuali oleh seorang wanita lain.

(4)

Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang memasuki mana-mana premis menurut kuasa seksyen ini boleh membawa bersamanya orang lain dan kelengkapan lain sebagaimana yang pada hematnya perlu.

(5)

Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, semasa meninggalkan premis itu, jika premis itu tidak berpenghuni atau penghuninya tiada pada masa itu, meninggalkan premis itu dalam keadaan yang selamat daripada penceroboh sebagaimana sebelum dia memasukinya.

(6)

Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.

(7)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, tidaklah praktik untuk memindahkan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

Cakera Optik 27

(8)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen

(7)

atau memindahkan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 39.

Jika seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 38 mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan,

Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan semua kuasa yang disebut dalam seksyen 38

dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Senarai barang disita

40. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen

(2)

, jika apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen disita di bawah Bahagian ini, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan segera menghantarserahkan satu salinannya yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Waran boleh diterima walaupun cacat 41.

Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah sah dan boleh diterima walaupun terdapat apa-apa kecacatan, kesilapan atau ketinggalan di dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah

Akta ini.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 28

Akses kepada data berkomputer

42. (1) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada yang distorkan dalam suatu komputer atau selainnya.

(2)

Dalam seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

43. (1) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat Penolong

Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada

Inspektor itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2)

Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman bagi memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

44. (1) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu.

(2)

Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalah terikat di sisi undang undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang ditujukan kepadanya oleh Penolong

Pengawal atau pegawai polis itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau

Cakera Optik 29

perlucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan.

(4)

Seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan

(3)

.

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini, sama ada atau tidak suatu amaran telah diberikan kepadanya di bawah subseksyen 45(2) hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

selepas ia dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan

(b)

selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Pernyataan boleh diterima sebagai keterangan

45. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada atau tidak semasa penyiasatan di bawah Akta ini dan sama ada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dengan didengar oleh seorang Penolong

Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada

Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis lain atau orang lain, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 30

(2)

Pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

tidak boleh diterima atau digunakan di bawah subseksyen itu—

(i)

jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya adalah munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau

(ii)

dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberikan kepadanya dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang serupa maksudnya:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu nyatakan, sama ada pada menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”;

dan

(b)

jika dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk dia diberi amaran, tidak boleh dijadikan tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya atas sebab tidak ada amaran diberikan jika amaran itu telah diberikan dengan secepat mungkin.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah diwajibkan menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas amaran di bawah subseksyen (2) telah diberikan kepadanya.

Cakera Optik 31

Pelucuthakan barang, dsb.

46. (1) Segala barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.

(2)

Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dipertuduh melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama ada orang itu didapati bersalah atau tidak, memerintahkan supaya barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita daripada orang itu dimusnahkan atau dalam hal salinan langgaran, dihantar kepada tuan punya pertama hak cipta yang berkenaan atau pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusifnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang telah disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan terhadapnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dialah tuan punya mana-mana barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita di bawah Akta ini dan bahawa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada Penolong Pengawal mengenai tuntutannya itu.

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima,

Penolong Pengawal hendaklah merujukkan perkara itu kepada

Pengawal yang boleh, selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu, mengarahkan supaya barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusan.

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah tuan punya barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu dan orang yang daripadanya ia disita, hadir di hadapan mahkamah itu, dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir,

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 32

tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, mahkamah itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang, cakera optik benda, buku atau dokumen itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan barang, cakera optik, buku atau dokumen itu kepada orang yang berhak kepadanya.

(7)

Apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang dilucuthakkan atau yang disifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada Pengawal yang hendaklah melupuskannya mengikut cara yang difikirkannya sesuai.

Kos memegang barang, dsb., yang disita 47.

Jika apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan, hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.

Tiada kos atau ganti rugi berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 48.

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Perlindungan pemberi maklumat

49. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui.

Cakera Optik 33

(2)

Jika apa-apa buku, dokumen, rekod atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui siapa pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.

Hadiah bagi maklumat 50.

Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu mengikut perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah tetapi walau bagaimana sekalipun tidak melebihi setengah daripada denda itu kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.

BAHAGIAN VIII

PELBAGAI

Kuasa untuk mengecualikan

51. (1) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana orang atau golongan orang atau mana-mana perniagaan atau golongan perniagaan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 34

(2)

Menteri boleh, pada bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi diperlukan.

Perlindungan pegawai 52.

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Pengawal, seseorang Timbalan Pengawal, seseorang

Penolong Pengawal atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini atau seseorang pegawai polis bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pengawal, seseorang Timbalan Pengawal, seseorang Penolong Pengawal atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini atau seseorang pegawai polis jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya.

Pemulaan pendakwaan 53.

Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan 54.

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi mana-mana kesalahan sedemikian.

Cakera Optik 35

Penyampaian rekod, dsb.

55. (1) Rekod, dokumen atau maklumat lain yang berkaitan dengan aktiviti pengilangan mana-mana orang yang dikehendaki supaya dikemukakan atau diberikan atau notis yang diberikan, lesen yang dikeluarkan atau keputusan atau perintah yang dibuat di bawah

Akta ini boleh disampaikan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar.

(2)

Mana-mana rekod, dokumen atau maklumat lain, notis, lesen, keputusan atau perintah yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan disampaikan kepada orang yang kepadanya ia dialamatkan pada hari selepas hari rekod, dokumen atau maklumat lain, notis, lesen, keputusan atau perintah itu sepatutnya diterima melalui penjalanan biasa pos jika ia dialamatkan—

(a)

dalam hal Menteri atau Pengawal, kepada salah seorang daripada mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, ke Kementerian;

(b)

dalam hal syarikat, perkongsian atau kumpulan orang yang mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia, ke pejabat berdaftar itu atau, jika tiada pejabat berdaftar sedemikian, ke tempat utama perniagaan syarikat, perkongsian atau kumpulan itu di Malaysia atau, jika tiada tempat utama perniagaan sedemikian, ke tempat mana-mana aktiviti lain syarikat, perkongsian atau kumpulan itu dijalankan;

dan

(c)

dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir diketahui.

Peraturan-peraturan

56. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini, bagi menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini, atau bagi pelaksanaan lebih lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

untuk menetapkan borang yang hendaklah digunakan dan maklumat yang hendaklah diberikan bagi apa-apa maksud

Akta ini;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 36

(b)

untuk menetapkan tatacara bagi membuat permohonan untuk mendapatkan lesen dan penentuan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan pemberian, penyerahan balik, penggantungan, pembaharuan dan pembatalan lesen dan syarat-syarat yang akan dikenakan pada lesen itu dan tatacara yang berkaitan dengan rayuan;

(c)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara bagi memungut dan mengendalikan fi itu;

(d)

untuk menetapkan bentuk daftar yang kena disimpan dan disenggara oleh Pengawal, tatacara dan perkara-perkara lain yang berhubungan dengan pembukaan, penyenggaraan dan penutupan daftar itu dan tatacara dan perkara lain yang berhubungan dengan pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar itu;

(e)

untuk menetapkan bentuk rekod yang kena disimpan dan disenggara oleh pemegang lesen dan maklumat yang kena direkodkan dan pengemukaan rekod itu; dan

(f)

untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara di bawah Akta ini yang dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan atau yang perlu dan suai manfaat untuk ditetapkan.

Kecualian dan peralihan

57. (1) Mana-mana orang yang terlibat dalam pengilangan cakera optik sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan berhasrat untuk terus mengilang cakera optik pada atau selepas permulaan kuat kuasa itu hendaklah tidak lewat daripada enam bulan dan tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini memohon kepada Pengawal bagi mendapatkan suatu lesen di bawah Akta ini.

(2)

Sementara menunggu keputusan Pengawal mengenai permohonan lesen yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta ini dan tiada tindakan boleh diambil terhadapnya kerana terlibat dalam pengilangan cakera optik tanpa lesen.

(3)

Jika suatu lesen diberikan oleh Pengawal di bawah seksyen 7 menurut permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh lesen itu diberikan mengambil tindakan yang perlu bagi mematuhi syarat-syarat yang dikenakan pada lesen itu.

Cakera Optik 37

(4)

Jika suatu lesen tidak diberikan oleh Pengawal di bawah seksyen 7, pemohon yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada disifatkan telah dilesenkan di bawah subseksyen itu dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan Pengawal itu atau, jika terdapat rayuan di bawah seksyen 18, tarikh keputusan Menteri mengenai rayuan itu.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL 1

[Subseksyen 2(1)]

SENARAI CAKERA OPTIK

1.

Cakera padat (CD) termasuk—

Cakera padat-audio (CD-A)

Cakera padat-video (CD-V)

Cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM)

Cakera padat-saling tindak (CD-I)

Cakera padat-foto (CD-P)

Cakera padat-boleh rakam (CD-R)

Cakera padat-boleh tulis semula (CD-RW)

2.

Cakera serba guna digital (DVD) termasuk—

Cakera serba guna digital-boleh rakam (DVD-R)

Cakera serba guna digital-boleh tulis semula (DVD-RW)

3.

Cakera laser (LD)

4.

Cakera mini (MD)

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 38

Akta 606

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

– TIADA –

Cakera Optik 39

Akta 606

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Common questions

What is OPTICAL DISCS ACT 2000?
AKTA CAKERA OPTIK 2000 is Malaysia Act, cited as Act 606 2000, currently marked in force and first recorded in 2000.
Is OPTICAL DISCS ACT 2000 still in force?
Yes — OPTICAL DISCS ACT 2000 is currently in force.
When did OPTICAL DISCS ACT 2000 take effect?
OPTICAL DISCS ACT 2000 was first recorded in 2000.
How many sections does OPTICAL DISCS ACT 2000 have?
OPTICAL DISCS ACT 2000 contains 2 sections.
Where can I read the official version of OPTICAL DISCS ACT 2000?
The official text of OPTICAL DISCS ACT 2000 is published at lom.agc.gov.my.